Monday, April 25, 2011

Doing my work.. day and night

Lepas balik tuisyen pukul 10.15 p.m. tadi, masih perlu menyiapkan bahan untuk mengajar esok: Bahan bantu mengajar, nota & latihan untuk pelajar..

Semoga usaha cikgu-cikgu selama ini diberkati Allah, ditetapkan iman dan hati agar sentiasa ikhlas menjalankan tanggungjawab mendidik.
Amin..

Sunday, April 24, 2011

Nak balik! Nak balik! Nak balik!

Bukan lah sesuatu yang menghairankan kalau jiran sebelah rumah aku ini memekak dari pagi. Pagi hari Sabtu/Ahad.

Masa mula-mula pindah sini dulu, I found it quite annoying. Seriously. Kadang tu aku masih golek-golek atas katil then aku tesentak sebab dengar hilaian tawa dorang. Tak de jalan lain lagi dah. Bangun aje la. Lagipun jam dah jejak pukul 8. (Kadang tu 7.30am dah start ok, hehe)

Mungkin memang style mereka. Bila bekumpul sesama saudara mara akan sembang-sembang riuh rendah hilai mengilai begitu. Jiran terdekat aku ni tuan rumah aku. Sebelah rumah dia adalah umah mak tuan rumah aku, yang duduk bersama adik tuan rumah aku sekeluarga. So mak tuan rumah aku adalah jiran aku juga.

Ni memang jiran dalam erti kata sebenar, ok.
(Kalau diukur dari segi jarak la)
Rumah aku dan rumah tuan rumah ni sangat la dekat. Bergolek dalam 5 round je dah sampai (Ibaratnyalah.. Koserr nak main golek-golek atas tanah hokeiii)
Tingkap depan dapur dia ni mengadap tingkap ruang tamu rumah aku. Jarak antara tingkap dia dengan tingkap aku adalah dalam 2 setengah meter.

Bila dah lama-lama aku dah immune. Paling tidak, bukak aje lah tv kuat-kuat, ye dak.

Tapi kelakar jugak, bila sesekali family aku datang dan dorang pun komen benda yang sama. "Ek. Bisingnya pagi-pagi".
WELL... Tidak kah mereka itu familiku, hehe.

Family mempunyai citarasa yang sama.
Macam tu juga dengan family tuan rumah aku yang gemakan aktiviti berkumpul dan pumpampumpam kuat-kuat sebegitu.

Apa-apa ajer,,,,

*Rindu nak balik rumah makpak di kampung... Dah sebulan lebih tak balik weihhhh.

Craving for McD

Gara-gara pagi-pagi dah bukak blog orang.
Ada pulak yang tayang-tayang entri bersarapan di mekdi.

Celah mana nak cari mekdi kat area sini weihh.. Mintak maap. Ada tak ada pun KFC tapi kena drive 30 minutes la.
*malas nak salin baju. malas nak keluar rumah. sehari ni nak duduk rumah puas-puassss*

Sabor ye. Jap gi instant pau tu masak, ha makan lah dan bayangkan aje itu adalah dabelcis beger.

*Bila menstuation begini selera memang beso & mengada-ngada. Makan nak sedap aje.
**Apakah menu hari ini ye. Semalam aku isytiharkan hari mengemas dan membasuh aku. Hari ni nak isytiharkan hari memasak pulak. Masalahnya, aku dalam zon kitikal, hari ketiga period dan as usual the pain is here & aku rasa kaki aku mengembang.
Waduh waduh.

Saturday, April 23, 2011

Baru nak excited

Ni entri penuh syok sendiri..

huhuh.

Sebab my friends yang sama-sama minat K Drama memang tak tau pasal blog ni. Why should I let them now about my crappy writing.

Maaf kepada reader yang got no idea pasal keobsesan aku ini ye. I feel like spazzing it here and there. Tapi most of my friend dah laaaamaaaa tengok. So no fun la kot kalau tetiba bangkitkan isu yang aku baru nak rasa best/excited,,, padahal orang lain dah suam-suam kuku perasaannya pada drama ni.. Aku spazzing kat blog aku ajelah gamaknya..

Ye. Setelah sekian lama. Aku baru nak tengok Drama Dream High.
(Best apa tengok drama bila keadaan dah bertenang. Betul ni. Tak payah nak tunggu-tunggu bila laaa video / subtitle nak release. Sekali mulakan tengok boleh terus tengok sampai habis..)

Marathon. 3 hari cukup. Tapi tobat dah tanak buat lagi marathon cenggitu. Seriously.

Ending nya pada aku 50-50 je. Tapi masih suka. hehehe. Ni konfem 4-5 hari pasang mp3 dari drama ni aje.

Baiklah. Kalau tak faham apa-apa takpe. Tapi kalau rasa-rasa nak dengar suara sedap mereka, marilah mendonlot. Aku tulun upload balik. Kottt la nak try dengar lagu yang lain dari yang lain. Ni aku pilih-pilih yang sedap-sedap je.. Tapi taste aku lah ye.
(Right click on the link, Open link in New Tab & just follow the simple instruction!)

Dream High
Lagu tema yang dinyanyikan oleh cast-cast dalam drama. Mereka semua adalah penyanyi juga di luar lokasi.

Suzy (Miss A) - Only Hope
Lagu asal dinyanyikan oleh Mandy Moore dalam filem omputeh 'A moment to remember'.
Suzy is the female lead.

Mandy Moore - Only Hope

No need to explain. Rasanya dia dikenali.

Lee Sung Chul - Last Concert
Lagu ni aku terus suka lepas first time dengar. Even aku tak kenal langsung penyanyinya. In Malaysia, he's kind of Jamal Abdillah / Awie la kot. Penyanyi yang dah berpuluh tahun debut. Suara memang sedap. Lagu ni pun sedap (Again, taste aku huhu). Abaikan liriknya yang sepatah haram tak difahami..

Itu aje. Sekian.

Friday, April 22, 2011

Nooomu apppa!

Nomu appa=sangat sakit (Korean language)

Tetiba fefeeling Korea ye.


Gini lah gamaknya muka aku tadi.

Aku berurut petang tadi.
Dah agak lama tak berurut. Tak silap aku, start 2009, aku mula pegi berurut. Masa tu, tiba-tiba kaki kiri aku bengkak. Tak jatuh tak apa. Masih boleh berjalan, cuma time nak menyangkung / bila regangkan otot kaki rasa sakit. Lepas 3 kali berurut oleh 2 tukang urut, alhamdulillah dah tak bengkak.

Lepas-lepas tu aku memang berurut jugak la, sekali sekala, if rasa kaki tak selesa.

Bukan senang OK nak cari tukang urut. Yang ada ni pun selalu je sibuk. Kalau tak dia sibuk, aku sibuk.

Ni telah mula nak jadi sakit semula gara-gara memakai high heel baru-baru ni. Demi mematuhi arahan bos.

Mula-mula akak tu urut, rasa rileks je. Tak sakit langsung. Sampai aku leh terfikir, eh adakah kaki aku dah sembuh, tak sakit pun bila diurut.

Kenapa?
Senang je. Sebab masa tu akak tu tak tekan kuat. Lepas 5 minit. Huhuhuhu. Memang tebaikkk sakitnya. Siapa pernah berurut sebab urat bersimpul tahu la kot cemana rasanya. Dari meniarap last-last aku boleh terduduk depan akak tu, sambil pegang kaki aku.

Since ini dah kali ke 4-5 dia mengurut aku, so aku dah tak de feeling segan-segan nak mengaduh. Masa pertama kali berurut dulu siap nangis woo.. :::sakit ko tauuu::: sekarang aku dah agak kool la tapi masih admit sakit.. especially bila pengurut tu tekan-tekan/gonyoh-gonyoh/sental-sental bahagian urat bermasaalah itu.

Apapun, selari dengan usia yang makin meningkat, mengurut itu adalah perlu.

P/S- Menunggu harinya untuk berurut satu badan. Selama ni urut kaki aje, huhu. Aku nak try berurut dengan orang lain pulak. Bukan sebab akak yang baru mengurut aku ni tak best, tapi nak cuba jugak kan dengan orang lain. Biar apa-apa urat di badan yang 'lari' boleh dipulihkan. Kalau dah sampai tahap kaki aku ni, time kritikal baru nak berurut, memang payah la nak baik. Urut sekali,,, lepas 7-8 bulan sakit balik. Takpelah. Redha.

Saturday, April 16, 2011

When Side dish becomes main dish

Ni kes malas ok.
Aku bila malas datang. Memang super duper.

Kelmarin, buat roti jala, tapi malas nak buat kuah. So makan aje la roti jala kosong cenggitu.

Hari ni ingat nak perap ayam ala2 BBQ (nak bako, aku mana ada tempat bako) n buat side dishes nya, coslow (ejaan hentam saja) & mashed potato.
Tapi yang selamat cuma mashed potato & kuah black pepper aje.
So, makan itu aje la ye.

Choiiii betul si pemalas ni.

Gambar?
Aku rajin kang aku taruk huhuhu

Sunday, April 10, 2011

Rumaja & Restoran Makanan Segera

Aku rasa teenagers zaman sekarang kaya-kaya. Buktinya, setiap kali aku menyinggah KFC Rompin kebiasaannya hari Ahad) mesti ramai budak-budak asrama makan-makan kat situ.
Makan-makan sambil bersantai dengan kawan-kawan dengan pakai baju batik.
Makan-makan sambil duduk rapat-rapat dengan kekasih. erk..
Makan-makan sambil gelak kuat-kuat kah-kah-kah macam KFC tu dorm dorang.
Whatever,..
Adik aku yang form 2 tu pun sama. Aku tau dari adik bongsu aku yang dia ada pegi KFC bila kuar bandar.

Aku dulu duduk asrama jugak. Tapi paling-paling kuat pun pegi makan mi goreng basah dekat bus stand Kuala Terengganu. Takpun, makan nasi air dekat warung Wakaf Tengah.
Pakai baju batik.

Masa duduk asrama dekat Batu Pahat aku tak pernah outing! Sepanjang tahun masa Form 1 (1995), aku sentiasa balik umah pada hari outing (Sabtu) sebab nak pegi darjah khas agama.

Sebenarnya,warden aku tau aku tunggu bas setiap pagi Sabtu.(Padahal tunggu ayah aku lalu, dia amik ikan dari pasar Batu Pahat awal-awal pagi & akan lalu depan hostel aku; aku ikut ayah aku balik rumah pagi-pagi)

Dan warden aku ingat aku balik asrama terus lepas kelas darjah khas habis pukul 1 p.m. (Padahal tak pernah langsung aku terus balik hostel. Memang aku akan balik rumah aku dulu, lepak-lepak, petang karang baru tehegeh-hegeh balik asrama. Kadang-kadang lebih ekstrem, suka-suka balik petang Ahad..muahahaha. mak ayah aku kata kalau jadi apa-apa dorang tak tau.
........
.....
..
Selamat je setahun aku menjalankan kegiatan gelapku itu, kahhhh2.)

Lepas tu, masa Form 2 & 3, lepas aku memang kena duduk asrama betul-betul, no more cabut-cabut macam Form 1, tiba-tiba pihak pengurusan asrama buat peraturan baru. Budak hostel tak boleh outing langsung melainkan dengan ibu bapa yang datang mengambil.Nak beli barang, beli aje kat koop asrama.

Jakunkan? hehe.... Tapi masa tu tak kisah pun. Sebab nak keluar bandar pun, macam lah ada duit sangat..
Memang tak merasa la aku gi keluar outing suka-suka dengan kawan-kawan.
Mak ayah bukan jenis nak melayan bawak anak-anak keluar bandar sangat. Ada la, sekali je kot. Mak aku amik aku dan bawak gi bandar.

Eh. Tadi nak cerita pasal teenagers dan restoran makanan segera kan. Termelalut pulak, hehe. Maaf. Aku memang selalu begini, hehe.

Tak lama dulu, aku pernah pegi makan kat McD Carrefour Batu Pahat. Serious aku agak terkujat. (Sekejap je!) McD penuh dengan student-student IPT dengan memacam aktiviti. Yang paling aku kagum, ada yang boleh study kat situ. Study, OK!! Baca buku gemuk tu sambil pegang highlighter & buat notes. Kagum tak kagum pulak aku. Di tengah kebisingan McD tu, ada insan yang boleh fokuuusss study. Yang lelain tu, ramai yang buat discussion, berdating & tengok bola. Tak kurang jugak yang online guna WIFI McD.

Cayalah dik. Memang ahkak kagum. Ahkak dulu study dalam bilik je. Takpun sekali sekala dekat library. Tapi kebanyakan masa akak habis dekat General Lab la, hehehehe.

Seingat-ingat aku, aku mula pandai meng order makanan kat restoran makanan segera bila aku dah 18 tahun ke atas. Tu pun sebab aku dah masuk matrik & mula memegang duit sendiri.
Mula-mula KFC. Kemudian cuba-cuba masuk Mc Donald pulak. Lepas tu Burger King.

Sekarang ni, nasib baik jugaklah aku tercampak di daerah yang ala-ala Pekan Koboi ni. KFC ada la. Yang lain, ilek. Kot kalau ada Pizza Hut, McD bagai, mau aku selalu keluar mentekedarah, huhuhu.

Ni cara-cara pegi fastfood restaurant bila dah 18 ++.
Cer aku start pegi masa aku remaja-remaja macam budak-budak ni.
Konfem aku menjadi gemuk dengan lebih awal.

Tsk3.. Aku memang gemuk sekarang.

Friday, April 08, 2011

Laser

Assalamualaikum.

Pagi tadi ada perjumpaan Ibubapa & guru pelajar Tahun 6.

1 of my colleague beriya-iya nak present, siap mencari laser bagai, nak point kat slides kat depan..
Baguslah, kata kerjasama. Ada team yang prepare bahan. Ada yang lain pulak present.

Aku pun laser jugak hari ni. Bukan laser kaler merah untuk tunjuk-tunjuk tu, tapi laser mulut.

"Daripada markah periksa anak Encik kali ni, saya rasa dia tidak bersedia langsung & memang nampak macam tak belajar untuk subjek ni. Kerja rumah selalu tak buat. BUku pun kerap tak bawa."
Ateee, asalnya dari lulus ko boleh dapat karipap, 28.

"Sama yang macam akak cakap tadi, dia suka menjawab bila akak bercakap. Macam tu jugaklah dekat sekolah, dengan cikgu-cikgu ni. Contoh, kalau saya pesan 'Jangan lupa siapkan kerja saya di rumah,,' maka jawab dia tanpa rasa bersalah 'tengoklah kalau rajin cikgu ,,' "
,,,begitu........

"Anak akak kata, 'Memang tak sempat nak buat kerja rumah pun cikgu,,,'
Walaupun kerja rumah itu saya beri untuk cuti sekolah selama SEMINGGU.
Dia siapkan kerja tu hari Isnin, lepas naik sekolah.
Buat depan saya, dan hantar lewat sikit dari kawan yang lain."
So memang nampak la dia tak buat masa cuti (dan memang budak tu terang-terangan mengaku punnnnn...)


Laser ke aku?
Biorlahhh. Aku cuma dah malas nak selindung-selindung.
Sori bebeh.
Laser pun laser lahh

Tapi aku rasa ini bukan laser.

Thursday, April 07, 2011

Kini sesiapa jua boleh memuatnaik ^^

Hi!

Entri kali ni pasal 1 aplikasi yang aku baru tampal dalam blog ni.

Kalau adalah yang tertanya-tanya, macam mana ek nak kongsi sesuatu dokumen/lagu/video/gambar dengan kawan-kawan tanpa perlu menghantar melalui email atau menghulur pendrive (..erk).

Jawapannya ialah dengan memuatnaik fail tersebut pada 1 server & berkongsi link fail tesebut yang sudah tersimpan kemasss di dalam server.

Ada banyak hosting site yang menawarkan servis sebegini. Antara yang fofulerr ialah Mediafire, Megaupload, Fileserve, Hotfile, Rapidshare & macam-macam lagi. Tapi biasalah, kena ikut prosedur, kena mendaftar sebagai ahli.

Memang tak susah pun tapi kadang-kadang ada sesetengah orang rasa,. "owh! annoying nya nak kena daftar sana sini pastu nak kena bukak email verify lagi.."

So, dengan filebox Megaupload ni, boleh je terus nak muatnaik apa-apa fail.
Cuma 3 langkah mudah perlu dibuat!

Klik pada butang 'BROWSE' kat filebox Megaupload tu
Lepas tu, pilih fail yang nak dimuatnaik, dari komputer korang.



Pada ruangan File Desciption tu, boleh la taip sikit keterangan/info pasal fail tu.
Lepas tu, tekan butang "Send"



Tunggu..... sampai nampak Filebox jadi macam kat bawah ni:


Bila nampak frasa "UPLOAD COMPLETE"
maksudnya your mission is also completed! hehe
link kat bawah tu (http://www.megaupload.com/?d*********) adalah link yang mengandungi fail yang korang dah muatnaik.

OK. Itu aje. Sekian ^^

Monday, April 04, 2011

Dessert Pisang


Puding Pisang Berkuah

Sekali lagi resepi dari blog Potret Kasih

Sedapppp, simple dan mudah.
Sesuai untuk di makan petang-petang



Jom cuba~~~

Sunday, April 03, 2011

Meriahnyaaa baju,,,

Bukak aje laa tv.

Walaupun aku tak bertunggu tangga depan tv betul-betul.

Nanti kang esok orang cerita-cerita aku terpinga-pinga pulak.

1 je fokus aku malam ni bila tengok ABP ni.

Baju artis, hehehe

Macam-macam fesyen..yang ketat yang cantik yang liplap.. yang sesuai.. yang tak sesuai..

Kalau tengok atis-artis korea menyeksi dalam Korean Daesang Award, pada aku biasa je, sebab diorang bukan Islam pun. Tapi.....

Analogi Lauk Hari Ahad~

Minggu ni straight 5 hari dapur aku tak berasap sebab masak lauk.

Asap dari cerek air hari-hari ler.. hehe

Dalam kepala tengah kumpul-kumpul-kumpul,,, apa eh makanan yang aku teringin. Lagi-lagi bila blogwalking kat blog resepi..

Jadi, menu hari ini adalah,,


Ayam masak gulai limau purut

&&


Tumis kacang panjang dengan sotong.



Menu asal dari sini , penulisnya Kak Wana.


Plan asal ada 1 lagi lauk, Sambal ikan bilis goreng. (Ikan bilis goreng yg ditumbuk dengan bawang dan cili padi)

Tapi dah tak larat nak masak huhu. Penat jugak berdiri walaupun cuma dua lauk.

Lagipun, perut aku kenyang lagi sebab makan roti sardin tadi.

**1 lagi sebab aku malas nak masak ialah, lepas masak aku rasa kenyanggg je walaupun belum makan. Mungkin masa memasak bau-bauan itu telah menyumbat-nyumbat hidung aku, menghantar isyarat ke otak lalu aku rasa kenyang. Ataupun otak aku mentafsir masakan aku tak sedap, so selera terus hilang.

Sebut ayat Penat jugak berdiri walaupun cuma dua lauk, teringat luahan sorang cikgu senior kat satu sekolah di utara tanah air masa zaman aku kat Maktab dulu.

Dia umpamakan cikgu, anak murid & keputusan periksa dengan suami, isteri & lauk.

Seorang isteri sibuk memasak lauk untuk suami. Kerana kekangan waktu, isteri tersebut cuma masak sejenis lauk saja, gulai ayam. Lauk diletak di bawah tudung saji beserta dengan nasi. Suami yang lapar terus membuka tudung saji & setelah melihat lauk yang terhidang, lantas berkata,,,

"Ini ajeee????"

Walhal untuk menyediakan 1 jenis lauk itu, macam-macam persiapan yang dibuat isteri.

Betul jugakkan? Lain la kalau hidang ikan masin goreng saja, boleh la kasik komen "Ini ajeee????"

Cikgu tu kaitkan pulak dengan cikgu, anak murid & keputusan periksa.

Pelajar yang mengambil keputusan periksa, & mendapat keputusan yang baik, namun bukan yang tebaik. Contoh, dapat 4A1B instead of 5A. 8A1B instead of 9A.

Datang pula individu lain tiba-tiba mengeluarkan komen,,
"Hai, dapat begini ajeeee??? "

Walhal untuk mendapatkan keputusan sebegitu, siapa yang tahu jerit perih yang cikgu & pelajar tersebut dah lalui...

Tepuk dada, tanya selera. Nak makan apa hari ni? hehehe

Sekian entri meraban hari Ahad.

Saturday, April 02, 2011

Excited Lebihhh

Tetiba feeling macam budak kecik.

Excited lebih dengan meja komputer merangkap meja study & kerusi empuk,,
(Ya!!! lebih banyak ruang untuk aku sepahkan buku/kertas/alat tulis aku tanpa perlu melambakkan buku depan TV lagi~~)

Hehehe. Jaman kecik-kecik dulu, kalau dapat sesuatu yang baru, mesti banyak kali nak try pakai/guna kan? Macam kasut/beg sekolah ataupun kasut/baju raya.

Rupanya dah tua-tua gini masih ada perangai macam tu OK,

Tapi takpelah, at least aku memakukan punggung depan PC ni dengan semangat berkobar-kobar untuk siapkan kerja-kerja aku yang membukit itu.

Walaupun dikira masih bekerja, di hari cuti.

Hey, siapa kata jadi cikgu rilek saja kerjanya???