Monday, 9 September 2019

Negative vibe

Assalamualaikum..

Saja nak menaip sebab fikiran aku sedikit terganggu dengan sesuatu.

Bayang kan situasi ni ya.

Kita tengah berusaha berdiet. Dan kita share la serba sedikit tentang diet kita di media sosial, contohnya seperti menu suku suku separuh yang kita bawa setiap hari ke tempat kerja. Tiba tiba satu hari, ada seseorang ni tinggalkan komen macam ni,
"Hah, dah berapa kilo berat ko turun sejak diet ni??"
..
Krik Krik.. Krik Krik
......

Situasi lain.
Kita sejenis yang agak particular dengan penjagaan muka, walau bukan la detail sangat.. Tapi kita tak berapa suka dan senang dengan kewujudan jeragat dan jerawat di pipi.... Lalu, kita berusaha untuk hilangkan noda dan cela tersebut dengan mencuba produk produk seperti mask, krim, serum, dan macam macam lagi lah. Sedang asyik kita bersembang tentang kerisauan tentang jeragat, dan keterujaan tentang produk yang kita guna.. Tiba tiba ada satu suara menyampuk,
"Ala.. Saya pun ada juga jeragat kat pipi ni ha. Tapi saya malas nak layan. Nanti kalau tak ada semua ni tak sedar pulak diri ni dah berusia!"
..
Krik Krik... Krik Krik
.....

Situasi lain.
Berkait dengan cerita diet tadi. Barangkali, sebab asyik melihat gambar bento yang dikongsi di media sosial.. Apabila ada peluang bertemu 4 mata secara live, terus terjah dengan soalan,
" Hah! Kau bila nak buatkan aku bento jugak?!!"
..
Krik Krik.. Krik Krik..
......

Situasi lain.
Rakan tempat kerja yang telah berpindah sekolah, datang semula ke sekolah sebelumnya sebab tak tahan dengan senario dan situasi di sekolah baru. Di sekolah lama, memang tak berapa nak diberikan jawatan sebab kebanyakannya, malas melayan karenah dia. Malas nak dengar dia bising bising. Akhirnya bila berpindah ke sekolah baru, mungkin agak cultural shock dengan macam macam jawatan yang diberi. Well, sebagai 'penyapu baru', sebenarnya kita tak boleh nak mempertikai sangat tugasan yang diserahkan. Itu kita panggil, LUMRAH. Orang baru masuk, expectation dari orang orang lama agak tinggi. Yang pasti, sebagai cikgu baru, tak kira la yang baru posting atau yang dah lama mengajar tapi masuk ke sekolah yang baru, memang kena bersedia dengan cabaran yang satu ni. Orang memang akan bagi kau macam macam kerja. Kadang kadang rasa macam tak masuk akal pun ada... Tapi, memang begitu. Siapa lah kita nak mempertikai, kan? Sebab tu ada pepatah, masuk kandang harimau mengaum.. Masuk kandang kambing mengembek. Bukan sekolah baru yang kena 'ikut rentak' kita... Tapi kita yang kena ikut rentak sekolah, atau tempat kerja.


Bagi aku, semua di atas tu ialah negative vibes. Kita boleh ubah cara kita fikir dan pandang sesuatu kan. Sebab diri kita pun tak semestinya sentiasa betul.

Ye.. Lepas aku menaip semua ni aku pun terasa sendiri yang aku ni negatif, sebab aku gagal berfikir dengan positif.. Huuu apakah..

Apapun, let's try our best to look at things from different angles. Lagi satu, belajar untuk jadi lebih memahami.. Walaupun tak senang langsung kan belajar memahami ni. InshaAllah nanti aku kupas di entri lain, hehe. Memahami diri dan orang lain.. Aku kongsikan sekali pengalaman dan ilmu yang aku dapat dari kursus Forensik Bisnes dan Forensik Insan yang aku hadiri bulan lepas.. InshaAllah. Memang menarik.

No comments:

Post a Comment