Saturday, September 04, 2010

New Addictions

Salam Satu Malaysia

Ada feeling pembaca berita pulak..hehe (sila jangan loya~)

I guess these r my new addictions..
~Buat kuih raya.. sebab nak raya
~Meng set kan masa utk subtitle k drama.. sebab nak release tension (aci eh?).. Mau x tension, our latest schedule with year 6 pupils skang non-stop class from 7.20-1.20... dah x de free time.. badan mmg x penat tp penat minda~~ huhuhu. Balik sekolah aku mmg suda x mampu bukak apa2 bahan ilmiah.. Kat mana beg aku letak petang tu kat situ la aku pick up balik esok pagi sblm pegi sek.

Sekian!

P/S-arini lepas tuisyen aku balik kampung halamannnnn... =)
P/S/S-Salam Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.. Andai ada terkasar bahasa, tersalah bicara, tergurau senda melampaui batasnya..
Berhati2 di jalan raya..Ingatlah orang yang tersayang,,

Tuesday, August 31, 2010

Jom cuti!

Salam Ramadhan & Salam Merdeka!

Untuk kawan2 yang sudi membaca blog biasa2 ni. =)

Hari ni hari cuti.
Nawaitu awal, ada hati juga mahu buat kelas tambahan. Tapi kena dush3 ngan beberapa cikgu.
"Oit.. tuisyen3.. kesian tau kat budak. Penat mereka. Mereka pun nak g beli baju raya jugak!"

Hmmpph..
Hari Ahad x pernah ada tuisyen kan.
Hari Sabtu pun cuma sekejapan saja.. Pukul 11 ++ dorang dah free...

Okay lorrrr.
It's not that aku ttttak nnnnak cuti.
Best ohhh cuti.

Jomlah kita bercuti hari ni...

Tapi nak bercuti dalam rumah saja.. =)

Misi hari Merdeka ni adalah untuk memerdekakan rumah sewa aku ni dari kesepahan.
Kesepahan yang sangat tegarrr..
Kesepahan lepas housemate aku berpindah keluar...
Kesepahan yang sangat la sinonim dengan aku...

Baiklah.
Rumahku,,


BERTUKARRRRR!!!!

Sunday, August 29, 2010

The moving objects

Salam Ramadhan & Salam 1 Malaysia..

Mengada2kah aku?
Masa boleh tengok tv, tak nak tengok.
Now, tak dapat tgk, rasa naaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak sangat tengok. (panggg ;p)

Aku rasa aku sangat mengada.

TV baru aku dah sampai.
Tapi akaun astro x aktif2 lagi (katanya....)
So masih tak dapat tengok la objek2 bergerak di kaca tv.

* tv + astro sebelum ni, osmet aku punya... semalam dia moved out. Akaun atas nama dia so dia la yang bawak..

Arghhh.. x dapat tengok nasi lemak kopi o....

Thursday, August 26, 2010

1,2,3 Lekuk! Banyak sungguh pinggan mangkuk!!

Salam Ramadhan..
Esok Nuzul Qur'an kan. Tsk3 tapi aku masih ABC =(
Takpelah lusa maybe aku dah boleh continue.

Selamat bercuti lah pada yang duduk kat negeri yang amik cuti.
Johor memang tak amik cuti Nuzul Qur'an sebab kami dah amik cuti Awal Ramadhan.
Banyak cantik muka nak selalu2 cuti.

Cuti2 pun aku tatappp kena gi sekolah, kasi polish itu budak2.
Kejap kang menyental..
Kejap kang menggilap..
Kejap kang menyembur..
Kejap kang membelai (erk?) ** payah tau.. dah marah2 pastu kena make sure menjaga hati mereka juga..
Marah adalah kerana cuai yang buat cikgu menyampah.
Jaga hati adalah kerana mereka calon 5a sekolah.

Kak, apa kaitan bebelan ko dengan tajuk entri ni?

Er..maaf.
Sindrom cikgu cikgi. Kan dah biasa ada set induksi. Pastu terus melalut sana sini.

Baiklah. Entri ini adalah perihal pinggan mangkuk yang makin lama makin berlonggok kat dapur.
Bukan aku punya. Tapi JIRAN TETANGGA aku punya.

Bukan kes Cik Didi tak cukup pinggan mangkuk periuk belanga sampai meminjam jiran punya. Tapi kes jiran tetangga yang baik hati bersedekah makanan pada aku yang sebatang kara duduk di rumah kecik ini.

Aku mengaku aku bukan lah salah seorang dari masyarakat yang baik. Iya, tak tipu. Kalau waktu aku balik dari sekolah, jiran2 aku duduk berkumpul depan pintu, cukup lah aku senyum2 dan terus jalan masuk ke rumah. Kadang2 aku tak toleh2 pun dan terus saja masuk. Lagi2 kalau dorang tak pandang aku. Hina kan perangai?

Pernah 2 hari cuti aku betul2 duduk dalam rumah tak keluar langsung. Tiba2 sorang jiran yang memang layak aku gelar nenek berdiri tepi tingkap bilik aku dan panggil2..

"Diiiiiiiiiii oooo Diiiiiiiiiiiiiiii"

diam. (telinga aku bertutup ngan headphone)

"Diiiiiiiiiii oooo Diiiiiiiiiiiiiiii"

iye tokkk..
Krek. Tingkap naco aku kuak.

"Buat apa.. senyap je 2 hari tak keluar2 rumah.."

"Hehehe saya berehat cukup2 tok.. penat 5 hari sekolah"

Err.. kak, masih tak dapat tangkap apa kaitan bebelan ko dengan tajuk entri ni?

OK baiklah, baiklah.
Dah 2-3 hari aku berfikir apa sebenarnya aku nak masak untuk pulangkan pinggan mangkuk jiran2 ni. Hina2 perangai aku pun, aku tak tergamak nak pulang pinggan kosong..

Memandangkan lusa maybe dah boleh puasa maka aku rasa I'll be back to normal.
Tido awal.
Bangun awal.
Masak makanan sahur.
Masak makanan berbuka.
Hantar juadah ke rumah jiran.

Mungkin bulan puasa ini mampu mengubah perangai tak cantik aku ni.
Mungkin.
Insya Allah..