Sunday, May 29, 2011

Kawan dari zaman lapan belas maniss..erk.. ^^

Lamanya kami tak berjumpa..

Tak sabar nak bersua muka. Semoga semuanya berjalan lancar & dipermudahkan urusan kami oleh-Nya.

Amin..

**Di dalam gambar adalah kami semasa 27 tahun =)

Saturday, May 28, 2011

Marking time...



Minggu peperiksaan datang lagi! Periksa dah habis..sekarang dah masuk minggu cuti & permulaan hari menanda kertas!

Bab tanda kertas ni yang 'syok' (tangan di dada mata ke atas)
Kadang-kadang berbunga-bunga hati..
Kadang-kadang terus jadi lapar..
Kadang-kadang rasa nak saja digumpal-gumpal kertas jawapan itu. Tsk.
Kadang-kadang rasa nakkkk aje ku lepuk-lepuk budak-budak tu. Nasib baik bukan ada depan mata.....

Dan satu perkara yang pasti.
Setiap kali lepas satu ujian atau peperiksaan, perlu muhasabah diri.

Gambatte! Perlu menanda sebelum pulang ke kampung bercuti ^^

Friday, May 27, 2011

Midas Contest - Kamsahamnida, ONE TV Asia

*Entri menjobo hadiah sendiri*

Sampai sudah parcel dari mereka..






























Hadiah saguhati dalam bungkusan sebesar bantal yang diterima, dalamnya ada:
-Poster MIDAS
-Keyfinder
-Thumb drive 4 GB
-Sunshader
-Laptop bag
-Cushion blanket






Keyfinder
Aku memang dah laaaamaaaa nak keyfinder ni.. Nak beli selalu teragak-agak. Sebab ianya dijual dengan agak mahal (pada aku laaa,, untuk benda sekecil itu), RM 30++. Blog yang menjual keyfinder pun tak banyak.
Keyfinder ni gunanya untuk memudahkan kita menyangkut kunci pada handbag so that masa nak cari kunci kereta tak de la dok terkorek-korek handbag itu. (Yes, kalau tak nak terkorek-korek kunci kereta letak aje dalam kocek kecil pada handbag. Itu adalah 1 solution yang membantutkan hasrat aku nak beli benda kecil ini..)


Thumb Drive
Paling suka!!! Aku memang mahukan 1 thumb drive baru tapi tak terbeli-beli. Pastinya aku takkan amik thumb drive berbatu-batu macam ni kalau membeli.

 Cushion Blanket & Sunshader



Laptop bag. 
Comel walaupun aku rasa aku takkan selalu guna sebab kecil sangat. Tak muat nak letak aksesori laptop yang lain.
Poster kat bawah tu.. Tak tau nak buat apa. Buat sampul buku je kot nanti hehehe.

Thank you, One TV Asia =)

Thursday, May 26, 2011

Yang mana satu??

Ada orang, tak puas hati jika diberikan jawatan.
Ada pula, yang tak puas hati jika tak diberikan jawatan.

Ada yang nakkan jawatan, tapi tak nak melaksanakan kerja & tanggungjawabnya.