Monday, February 20, 2012

Sentap

Bila ayah saya yang jarang-jarang sekali request sesuatu pada saya, hati saya kata saya mesti tunaikan permintaan ni.
Korang pula, macam mana?

Cuti Thaipusam dan Maulud Nabi hari tu, ayah saya jatuh dari tangga waktu mengecat.
Sebab takut tangga tu tumbang dan hempap dia /  jatuh dalam longkang, maka ayah saya terjun dari tangga.
Dengan ketinggian yang boleh tahan la tingginya.

Akibatnya, tulang pada tumit kaki kiri sedikit retak. Itu yang dalaman.
Yang luaran nampak lebih teruk. Kaki kiri lebam-lebam. Kaki kanan luka.
Kami bawa ayah berurut dan ambil gambar x-ray.

Lepas 2 minggu, ayah saya sms minta tolong saya hantarkan ke Sri Medan, untuk diurut oleh seorang pak imam ni.
Hari Jumaat, saya dah janji dengan bengkel kereta nak servis alignment tayar.
Hari Sabtu, ada aktiviti koko.
Memikirkan sepanjang 4 tahun ni saya TAK PERNAH skip koko, (walaupun kadang-kadang datang tapi datang saja dan tak handle budak sebab kawan-kawan yang handle) maka saya buat keputusan untuk ponteng koko hari tu. Lepas subuh hari Sabtu saya gerak meninggalkan Endau. Perjalanan ke BP ada la dalam 2 setengah -3 jam.

Gedebak gedebuk gedebak gedebuk selesai 2 hari di kampung.

Hari Isnin sekolah macam biasa.
Pagi ada perhimpunan.
Lepas perhimpunan ada short meeting.

Tiba-tiba, ada sorang insan ni yang suarakan terusss pada GB depan-depan semua cikgu,, nak kata yang masa hari Sabtu aktiviti koko tu tak meriah sebab ramai cikgu yang tak de. Dalam 5 orang guru pergi belajar (program pensiswazahan guru). Point hamba Allah ni tadi, nak kasi tahu ada yang ponteng koko.
Lain kali, diharap semua orang dapat datang dan memeriahkan hari Sabtu koko.

Ye, saya la tu yang ponteng.

Tapi, nak ponteng tu pun saya dah berkira-kira.
Kalau saya tak datang, ada tak cikgu-cikgu lain yang tinggal, yang boleh jaga budak.

Memang hari tu sah-sah 5 orang cikgu baru mesti ada. Campur cikgu lama ada dalam 9 orang untuk handle budak dalam 50 orang. Kira ok la tu.

Yang saya sangat-sangat terkilan, tanpa menyelidik dan menyiasat kenapa saya ponteng koko, terus zasss suarakan pada GB.

Lagi sentap, bila ada yang bagitahu, hari Sabtu tu lepas dengar saya balik kampung hamba Allah ni siap boleh keluarkan statement "Kalau ayah sakit pun, macam tak boleh balik kampung hari lain!"

Benci mana pun saya pada seseorang kan, kalau sebut pasal ahli keluarga sakit ke, hati saya terus jadi mellow. Sebab saya memikir macam mana la kalau saya ada kat tempat dia.

Tapi, memang kurang bijak la saya  ni  kan, sebab fikir orang lain pun akan fikir macam tu. TIDAK rupanya. Ada juga manusia yang berhati macam ni.

Saya kan, bukan la dalam kategori anak yang memang rajinnn sangat balik kampung. Maksud saya, saya balik kampung, tapi bukan lah sekerap mana. Lagi-lagi kalau ada banyak kerja. Takpun, memang saya saja-saja nak duduk berehat di rumah sewa sendiri ni. Saya jenis yang begitu.

Tapi, sesekali saya balik, BERSEBAB, dan diperlakukan macam ni saya memang sangat sentap ok.

Hamba Allah itu sendiri pun, pernah je tak pergi koko dengan MAAACAM-MAAACAM alasan.
Hantar bini
Hantar anak
Interview ntah apa-apa lah (pernah dulu pergi interview PTD, walaupun dah jadi cikgu)

Elok je kami kat sekolah ni cover.
Bising memang bising. Tapi aktiviti tetap berjalan seperti biasa.
Uruskan aje laa budak-budak tu.
Lepas tu takde pulak sampai nak mengadu bagai dengan GB.
------------------------------------------------------------------------------
Kisah di atas adalah kisah benar.
Cikgu itu seorang cikgu lelaki.

Thursday, February 16, 2012

Si Cilik Yang Tak Reti Diam

Dah lama aku tak kena ajar budak-budak tahun 1. First and last time, tahun 2010.
Masa tu, aku sendiri yang request nak ajar year 1, dengan niat nak 'ikut' budak.
Maksudnya, aku nak terusss ajar diorang selama yang boleh.
Sebab, bila kita dah kenal betul-betul pelajar kita, senang sikit kot nak handle dan tackle masalah pembelajaran diorang.

Dan...
Aku ada niat, sampai 1 masa nanti aku mungkin dah tak payah la ajar budak tahun 6, biar cikgu lain pulak yang ganti (dengan ikut sistem 'ikut budak' ni la..)
Tapi harapan la kan... T______T        -malas nak cerita kenapa

Baru-baru ni, aku kena relieve kelas tahun 1.
Sebagai seorang yang dah lama tak ajar budak-budak kecik ni maka masa tu aku agak nervous kot.
Maksud aku, tak sure nak ajar apa. Kalau budak tahap 2 memang dah sah-sah aku kasi je latihan ala-ala dan ke arah UPSR, buat ayat. Ajar grammar ke. Spelling ke.

Tapi budak-budak kecik ni lain sikit.
Nak kontrol diorang 1 hal lagi..

Maka, dalam keadaan pasti tak pasti tu, masuk jugak la aku dalam kelas tahun 1.
Mula-mula OK lagi, sebab cikgu BM dia ada lagi dalam kelas & budak-budak kena siapkan keje BM.
Patut masa aku relieve tu diorang kena siapkan jugak latihan tu.
Keluar je cikgu ni, OK...

Mula la sorang, dua melilau...
Aku suruh duduk, duduk la kejap.. Lepas doploh saat kang eh bangun lagi.

Dah la aku memang tak kenal nama diorang. Dok terpanggil-panggil dengan panggilan "adik xxxx", "adik yyy" je (sebab aku ajar kakak-kakak dan abang-abang dorang)

Belum lagi dengan karenah dorang yang tiba-tiba je datang depan dan bercerita. Cerita yang tak ada permulaan dan hujung pangkal pulak tu.
Budak-"Cikgu, ayah kita kan, dia kan, dah balik dari kerja dah ni.."
Aku-....  ye lah.

Paling tak boleh blah,

Aku-Siapa yang bawa jadual kelas terkini, saya nak tau lepas ni masa subjek apa. Jadual kat depan ni jadual yang lama.
Budak A-Masa.....................Masa........................ Masa.......................... Masa........................ Masa.................... (Aku dah jenuh dah ni)....... Masa........ Cikgu mak kita dah kemas kan beg kita tapi dia tak bagitau kita lepas ni masa apa..........

Aku-..............

Pencinta Seni - Corak Jidar

Hari Rabu... Hari memakai pakaian beruniform.. Hari ada subjek PSV..

Minggu ni tajuknya Corak Jidar, menggunakan teknik tekapan/capan..
Mari melihat gambar;


Ini hasil kerja cikgunya...
Haruslah buat dulu untuk jadi contoh..
 dari corak

kepada,,


frame (jidar)


Dan giliran mereka pula berkreatif  ;)






depan PSV corner.. pemilik-pemilik lukisan bertuah ^^

Monday, February 13, 2012

Sayur campur masak lemak & tempe-tahu-goreng

Masih lagi dalam mode makan makanan berwaspada.. Sampai alahan ni betul-betul baik.

Ini lauk semalam (hari Ahad). Bakal juga jadi lauk hari ni.
Memang standard aku la kot sekali masak 1 lauk boleh makan 2 hari..
Kadang-kadang sampai 3 hari...
Lebih sadis kalau jejak 4-5 hari... Biasa aku buang dah kot lepas tu. Wat ngabeskan gas je panaskan lauk tapi tak makan..

Lauk 1-Sayur campur masak lemak cili padi
[Mula-mula plan nak buat sayur cendawan masak lemak cili padi. Sekali masa kelebet-kelebet isi dalam peti ais. Eh, ada ini. Eh yang itu pulak bila nak masak. Tssskk, yang ni mana tahan lama selalu kan lepas 2-3 hari je dah rosak.. So pilih-pilih-pilih, end up lauk ni jadi sayur campur masak lemak cili padi.]

Bahan-bahan
1 paket cendawan
Sedikit kobis & kobis bunga
1 keping tahu
Sedikit tauge
2-3 biji cili padi, seulas bawang putih & merah, sedikit kunyit hidup &  sedikit ikan bilis (ditumbuk bersama) 
1 paket santan segera. Kalau guna santan sebenar lagi baik. Tak pun, santan kotak pun boleh saja (santan paket kena bancuh sikit dengan air)


Cara-cara memasak:
Masukkan santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk. 
Tenggekkan atas api.
Kacau sentiasa sampai mendidih. 
Perasakan dengan garam. 
Bila dah mendidih masukkan sayur yang keras-keras dulu, macam karot & kobis bunga.
Lepas 2-3 minit masukkan pula sayur-sayur lain.
Tutup api bila nampak sayur layu sikit. Sikit je. Sayur layu-layu karang khasiat kurang.


Lauk 2-Tahu dan Tempe goreng KFC
[Dapat nama KFC sebab pakai tepung goreng ayam KFC tu je, hehehe. Padahal takde cap KFC pun tapi dah biasa sebut nama tepung tu cenggitu]

Bahan-bahan:
Tempe (potong saiz segi empat sama comel-comel muat masuk mulut)
Tahu (aku potong 2 je)
Tepung goreng ayam KFC,, agak-agak la dengan banyak mana tahu & tempe (dibancuh dengan sedikit air, biar pekat-pekat)
Sedikit ketumbar, jinta halus dan kasar (ditumbuk, lumat atau tidak tak pe, janji tumbuk)


Cara-cara memasak:
Ambil tempe & tahu yang dah siap dipotong itu, celup dalam bancuhan tepung tadi.
Deep fry sampai masak kekuningan.


Lastly, 













Sebiji tomato yang dihiris.... Muka lepas kena alergi ni memang agak sedehh. Dah la memang tak berapa nak licin kan maka kena lah makan suplemen semulajadi macam tomato..