Tabs

Monday, June 21, 2010

Do not forget little kindness; and do not remember small faults

Do not forget little kindness; and don't remember small faults..

I've got to read this deep meaning saying almost everyday..since it was carved on my 'car perfume cum bookmark'. Hari-hari bawak kereta kan so mesti la terpandang.

(Well, when I first buy, its main function is as the car's perfume; and as prescribed on the outer pack, later when the smell vanish, it can be used as a bookmark!)

Tapi lama-lama tergantung dalam keta, siyes aku rasa sayang nak tanggalkan.. So even the 'aroma' is not there anymore, tapi biarlah ia tergantung di situ.. Sekurang-kurangnya gambar kucing bertuah kat situ memang comel dan menarik dipandang.

Panjanglah pulak kan intro.. hehe itu baru intro.. Apa yg aku nak merepek di sini laagi panjang..dan ada la kaitannya dengan kata-kata kat atas tuh.

Walaupun hari-hari baca kata-kata hikmat tu.. Hari-hari berpesan dengan diri sendiri.. tapi ingat senang ke nak ikut macam sayings tu? Mungkin ada orang yang kata senang.. tapi pada aku sangat susah.

Aku amik contoh diri sendiri la.. Orang lain aku tak tau. Sebab ini blog aku,maka 80% cerita nya pun pasal diri aku kan, huhu.. Selama ni I always think positive ngan sorang hamba Allah ni. Aku dengar cerita dan luahan perasaan dia. Kalau perlu respond, aku bagi respond.. Seadaanya la.. Kadang-kadang kita pihak yang mendengar orang bercerita ni tak boleh pun nak bantu solve kan masalah dorang. Tapi bukan ke ada masanya kita akan rasa lega bila sesuatu perkara atau masalah tu kita share dengan somebody.. Apa.. orang kata..setidak-tidak pun, lepas la sikit beban yang digalas di bahu.

Tapi hari ini..yer..hari ini dalam hari pertama penggal kedua sekolah dibuka, aku sangat-sangat terkejut dengan hamba Allah ni.
OK, orang yang buat salah, tak kisah lah kalau ditegur. Fine. Aku mengaku aku bersalah. Salah aku sebab lepas kan students lewat 5-10 minit untuk waktu rehat. Tapi kan, lewat 10 minit, diorang masih ada 20 minit untuk waktu makan. Aku bukannya suka-suki lepaskan mereka lewat OK. Aku tahan siapa yang tak siap kan keje yang aku bagi. Kalau tak macam ni, memang takkan siap la. Lagipun memang ada budak-budak tertentu je yang bermasaalah. Boleh buat kerja, tapi besar kepala, buat kerja lambat-lambat dan banyak songeh! Budak yang lebih slow pun boleh siapkan kerja dan rehat lebih awal. Geram tak? Bukan sekali dua ye, tapi berkali-kali. Kadang-kadang aku malas nak layan dan lepaskan aje budak ni rehat. Buku pun selalu tak bawa. Kerja rumah memang jarang la dibuat. Bawak alat tulis tapi selalu menipu aku dengan berkata dia tak bawa (contoh: pensil warna) Aku lepaskan je budak ni rehat, sebab dah tak kose melayan. Tapi kesannya, kerja dia conform tak siap, ilmu yang diajar entah melekat atau tidak.

Yer..mungkin aku belum nyatakan di sini apa kesinambungan antara hamba Allah dengan budak yang buat kerja main-main tadi. Budak tu adalah anak hamba Allah tu tadi.

Hello!! Bila budak keluar rehat lambat dan makanan tak cukup, bukankah itu bermakna orang kantin yang sediakan makanan dalam kuantiti yang sikit! Let say aku lepas kan budak-budak kelas ni 10 minit lebih awal sebelum waktu rehat pun, dan budak-budak kelas lain pun ada yang keluar rehat 5 minit lebih awal..akhirnya ada 1 kelas je yang keluar rehat tepat pada waktunya. Tak ke sama jugak? Kalau dah memang orang kantin sediakan makanan tak cukup, memang akan ada la budak yang tak dapat makanan!

Yang paling aku kesalkan, kenapa tak pilih saluran yang lebih professional untuk settle kan masalah ni?? Instead of roaming dalam kantin, kata aku memang setiap kali pun lepaskan budak-budak tu rehat lambat, (WHICH IS TOTALLY WRONG!!!! Hello, I'm not that diligent OK, aku pun tak sanggup duduk lama-lama dalam kelas, bila sudah sampai masa untuk mengisi perut yang lapar nih! Tapi aku korbankan masa aku untuk tolong budak-budak nih!) kenapa tak directly cakap dengan aku.. Cakap elok-elok, insya Allah aku open untuk menerimanya dan aku boleh jugak defense diri aku.. Sebab aku ada reasons lepaskan dorang rehat lambat.

And the most scary and annoying part is when bila aku tiba dan join mereka makan-makan, hamba Allah ni tadi boleh je berlagak selamba macam takde apa-apa. Yes, aku masa tu pun selamba la sebab tak tau apa-apa. Kemudian baru ada member yang berpesan dengan aku.

Kesannya?

Now dah lebih 6 jam kejadian ni berlaku. Tapi aku disini masih lagi berapi-api. Gilo panjang entri nih!

Hadoiiii lah! Susah lah, orang yang expect kita untuk faham dia, tapi dia tak nak faham kita! Takpe lah kalau taknak faham aku, aku pun bukan harap orang faham aku, tapi at least tolong lah faham situasi.

Sekian. Istighfar.

6 comments:

  1. Sabar didi..dugaan dunia perguruan..
    setiap orang diduga dengan kadar masing-masing.Asalkan niat kita baik, nak bantu anak dia...

    aku dulu masa jadi cikgu sementara...nak settle masalah budak-budak tak siap kerja sekolah ni susah jugak.... diaorang degil sangat..budak kampung.Denda pun diaorang dah lali...sok lusa buat lagi..haihh...

    Didi..aku yakin, tindakan yang ko buat ada asasnya...pedulikan cakap-cakap orang didi....

    demi anak bangsa..

    ReplyDelete
  2. Fida!!!!!!!!! aka sensei.. (oh aku ttiba tingat kakashi sensei..da lama gilaa tinggal!)

    Hehe malu je ko baca entri merapu aku..huhuhu.. Itulah, selalunya aku bottle up everything. tp hari tu aku hilang kwln coz frust.

    Mmg pn, bdk2 ni marah hari ni, lusa buat lagi.. huhuh..at 1 point rasa mcm nk ingnore je anak org tu.. since ur mum chose food over knowledge kan..

    ReplyDelete
  3. Owhh ingat kat kakashi je..kat aku tak ingat..hihi...

    merapu apanya didi..ada something yang semua orang boleh ambil pengajaran dari entry ko ni..sungguh!!!...

    ReplyDelete
  4. hi didi, ada blog gak..mcm mana nak follow??huhu

    bukan ke bende biasa ke cikgu lepas budak kuar rehat lambat klo xsiap keje...dulu aku pon masa sekolah pernah gak rehat lambat sbb kene siapkan keje dulu....mcm tu gak waktu balik...

    pelik ahh sekarang ni dimanjakan sgt budak2...

    ReplyDelete
  5. Hi Fida! Heheaku tengok mung dulu baru tringat pada Kakashi, ye.. Bukan tgk Kakashi baru teringat ke mung!

    Hehe arigato ne,

    ReplyDelete
  6. Hai aideeb! hehe saya deactivate kan button followers..nanti saya cek setting semula.

    Kan? Tapi seriously now abad 21 wujud parents begini. Mengambil contoh orang yang sama, masa exam paper BM, budak tu cam biasalah jawab soalan lambat2.. tp cikgu BM tu mmg garang, sampai menangis2 budak tu menyudahkan jawab soalan. mmg kuar rehar lambat la.. n parent tadi of course la bising. Tgk2 lepas marking dapat 100. Pandai pulak diam ye. Siap bermanis2 muka tanya parent lain yang anaknya sekelas, nak tanya pasal markah.

    Huhu..rakan2 diluar sana.. para ibu bapa ataupun bakal ibu bapa.. Sila jangan contohi perangai begini. Saya yakin anda semua takkan buat. Manjakan anak perlu ada batasan. Takkan ada seorang cikgu yang marah atau denda suka suki... Tak kuasa tau.. Boleh rasa sebenarnya masa marah tu, tekanan darah yang naik. Kalau boleh memang tak nak marah tapi apa jadi kalau dibiarkan macam tu je..

    ReplyDelete