Tabs

Monday, November 01, 2010

Kerabu Mangga Oh!

Dah lamaaaaaa teringin..

Dulu dulu...zaman kat UIA duluuuu.. kalau teringin nak makan kerabu mangga, ajak saja kawan-kawan ke Kedai Pak Chu Tomyam. Aku dah tak ingat kat mana. Tapi naik Putra LRT turun kat stesen Dato' Keramat.. kot! (Sila tegur kalau salah, nanti aku betulkan, huhu)

Pernah pegi dengan Fida & geng2 ICT..
Pernah pegi dengan geng2 orang kampung: Aishah, Kama, Zatt, Nisah, Za & KB..

Tapi sejak aku balik Johor, tahun 2006, sangat susah nak cari menu ni kat kedai. Ada tak de pun muncul la dalam bulan Ramadhan kat param.

Aku pun tak tau kenapa. Aku yang tak reti cari port kot. Even kat Endau ni pun, macam takde. Malas dah nak explore kedai-kedai makan.
Apakata... kita buat sendiri?? Then eat all you want,,
(Gara-gara my colleague aka jiran hantar kerabu mangga kat aku lastweek.. Oh aku sangat teringin nak makan kerabu mangga dalam kuantiti yang 'banyak' lepas tu..)

Baiklah. Seterusnya biar saja gambar yang bercerita...





Aku lupa nak beli kacang.. Malas nak keluar banyak2 kali, so terfikir why not aku kuis-kuis saja kacang dari tempeyak ni, hehehe.. Lagipun aku suka tepung dan ikan bilis je kalau makan tempeyek..


Hiriskan bawang besar, rendam kan udang kering.


Tumbukkan udang kering tadi.


Campur gaulkan kesemua bahan.

.
Perasakan dengan sos ikan sikit.


Tambahkan gula pasir secukupnya.


Perahkan limau kasturi.


Gaul rata.


Sedia untuk dimakan. =)

Amacam? Ada rasa nak meleleh tak saliva? hehehehe..

2 comments:

  1. meleleh gak la air liur aku tengok...

    ahaaa, pakchu tom yam..betul la tu kat dato keramat..entah ada ke idak lagi kedai pakchu tomyam tu. Aku lak dah lama gile tak naik putraline pi jalan2 arah sana...klu tak leh intai2 kedai pakchu..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Fida: I miss those times, huhu.. hmm..skang slalu ngan incik hitam kan hehe.. ha-ah ek.. entah2 dah tuka jadi restoran ke..

    ReplyDelete