Tabs

Saturday, February 19, 2011

Ibarat roda..

Assalamualaikum..

Selalu kan dengar, orang kata.. dunia ini ibarat roda.. Kadang-kadang kita ada kat atas. Pada satu masa lain nanti kita akan duduk kat bawah pulak. Kadang-kadang kita mengeluh kenapa laaaa asyik duduk kat bawah. Tanpa kita sedari masa berlalu & tiba-tiba, baru kita tersedar yang kita dah duduk di atas pulak..

The point is, how would you behave on each situation? Tang duduk kat atas, bawah & juga tengah2 roda tu,...


Malam semalam ada 1 unknown number naik kat phone aku. Berlari-lari aku yang tengah masak nasik-goreng-takde-jenama (no identity though, memacam aku letak huhu) masuk ke bilik capai henfon.

Dah macam psycho aku. Tekan button receive, tapi senyap tak bersuara. huhu. Taktik tu. Aku malas melayan panggilan merapu. Tunggu the other side dulu bercakap.(Ni aku buat dekat anonymous aje ok..)

Its happened that it was my ex classmate masa kat maktab, Encik X. Aku macam.. eh motif kol aku?? Sebab kami memang tak ngam dari zaman maktab.

gedebak-gedebuk-gedebak-gedebuk bercakap lebih kurang

rupanya..

Hm.. Nak mintak soalan dari aku. Aku kata aku banyak keje dan jawatan kat sekolah. (Well it is a fact!) Kalau setakat ujian bulanan aku tak sempat nak taip-taip. Main fotostat dari buku je. So aku cadangkan dia buat macam tu.

He said, tak nak, OK. Tak suka.

Patutnya kalau tak suka amik soalan dari buku, so sila lah kerahhh otak bina soalan sendiri. Tapi makan masa la. Lagi-lagi kalau banyak kelas nak ngajar.

Eh. Jawabnya tak boleh pulak (dah agak!). Banyak kelas nak mengajar. Dari Year 2 sampai 6.

Aku suggest, gi la cari dari network sekeliling. Dalam satu zon, daerah, takkan tak ada kontek sekolah lain.

Cikgu-cikgu BI sekolah area situ tak suka share bahan.. Katanya..

Last-last, dia siap bagitau suggestion kat aku. Yang tak tahannya, aku pun terlibat sekali. Mintak aku poskan soalan-soalan Majlis Daerah dalam simpanan Bank Soalan sekolah aku. Takpun, scan kan, email softcopy kat dia.

Eh, kau! Senang je ye?

Dia kata, dia boleh bayar kat aku.

Ni bukan soal bayaran.

1
=-=
Kau cikgu. Kau nak kasi ujian pada budak untuk uji kefahaman dia dalam topik yang kau dah ajar. Tapi kau mintak soalan dari orang lain, yang ada kumpulan-kumpulan pelajar dengan kelemahan tertentu. Sama ke?

2
=-=
Tak suka soalan dari buku? Aku rasa soalan dari buku banyak je yang OK. Aku pun pilih-pilih soalan dari buku, yang ada kaitan dengan topik yang aku dah ajar. Tapi aku taip semula. So nampak la kemas sikit. Kau? Ambil dari buku pun kau taknak. Bina sendiri kau kata tak sempat. So, jalan terbaik mintak kat orang?

3
=-=
Cikgu-cikgu sekolah lain yang berhampiran tak suka sharing. Huhu. Ye. Aku cukup faham tang itu. Tapi perlu ke kau salahkan diorang kalau diorang tak nak share? Adakah kau cukup rapat dengan diorang untuk kau copy-copy bahan hak cipta diorang sesuka hati? Adakah kau pernah tawarkan apa-apa bahan untuk kau kongsi dengan diorang sebelum ni?
It's not like, kau jumpa someone tepi jalan & main mintak-mintak macam tu je..
Kalau itu adalah bahan yang Pihak Atasan suruh sebar-sebarkan pada sekolah-sekolah berdekatan.. Aku rasa tak ada masalah.

Tapi cakap terus terang la.. Aku rasa malu nak mintak soalan periksa dari kawan di sekolah lain. Aku sendiri tak pernah membayangkannya. Tak tau, kalau aku minta, orang nak kasi atau tidak. Lain la, kalau bunyi nya, nak tukar-tukar soalan, macam soalan Percubaan ke..

Menyediakan soalan (aku guna perkataan menyediakan, sebab terpulang pada cikgu nak bina sendiri atau nak ambil dari buku) tu bukan ke termasuk dalam tugas hakiki seorang cikgu???

Seorang Encik yang juga seorang ketua keluarga tak patut menunjukkan side yg begitu lemah macam ni. Aku tak nampak apa-apa keterangan dari dia yang menunjukkan dia berusaha, kecuali
~Dia berusaha mintak kat cikgu-cikgu sekolah lain. Tapi tak dapat.
~Kemudian, berusaha cari balik nombor-nombor lama classmate kat maktab untuk dihubungi. Lantak la tak pernah tanya khabar sebelum ni pun takpe. Janji boleh call untuk mintak soalan. Usaha la tu kan.
~Berusaha meyakinkan aku dengan memberi alasan-alasan yang boleh dikuis & ditepis aku dengan mudah. Alasan tak relevan la bang. Maap.

Dia lelaki. Patut lebih tabah. Ye, ayat aku macam berlagak tapi aku memulakan karier ni dengan kepayahan. Sendiri-sendiri juga. Tapi belajar la sikit-sikit. Kumpul bahan sikit-sikit. Kenal network sikit-sikit.

Sila berusaha lagi! & tolong refleksi diri.

Orang yang kau pernah lemparkan kata keji, akhirnya,, dia yang kau minta tolong untuk membantu saat macam ni.

Sekian. Usaha Tangga Kejayaan.

P/S - Ye. Aku mungkin sudah berubah menjadi lebih sarkastik setelah menimba pengalaman setahun jagung. Sedar diri, saya masih orang baru. Tapi juga sedar diri, jangan sewenang-wenangnya membiarkan diri dibuli sesuka hati.

4 comments:

  1. waa, teruknya..ada gak cikgu camtu ek..itulah yg rosakkan imej cikgu..especially cikgu dg41 cam kite nie..nanti adalah yg ngata..masuk cikgu just sbb x de keje..tak suka akak..

    ReplyDelete
  2. huhuhu.. emo aku tau kak semalam. Memang la.. merosakkan imej kumpulan cikgu mcm kita.. Sebab nila setitik je.

    Kadang2 kan, org ni saja je sebut2 isu tu. Walhal kebenaran dah ada depan mata. Kalau dah namanya penyakit Malas kronik tu, bukan cikgu KPLI je pandai kena.. Cikgu yg straight diploma perguruan pun reti jugak kan kena sindrom begini..

    Tapiiiiiii org naaak jugak mengeji KPLI. Sedih tau..

    ReplyDelete
  3. huhu...pemalasnya cikgu, mcm mana nak tunjuk contoh tauladan yang baik dekat anak murid. Didi, tok sah dilayan cikgu tu... suka hati dia je
    geram pulak aku baca..huh

    ReplyDelete
  4. fida> hehe memang geram kan? aku pun malas nk tolong pk masalah dia.

    ReplyDelete