Tabs

Sunday, April 24, 2011

Nak balik! Nak balik! Nak balik!

Bukan lah sesuatu yang menghairankan kalau jiran sebelah rumah aku ini memekak dari pagi. Pagi hari Sabtu/Ahad.

Masa mula-mula pindah sini dulu, I found it quite annoying. Seriously. Kadang tu aku masih golek-golek atas katil then aku tesentak sebab dengar hilaian tawa dorang. Tak de jalan lain lagi dah. Bangun aje la. Lagipun jam dah jejak pukul 8. (Kadang tu 7.30am dah start ok, hehe)

Mungkin memang style mereka. Bila bekumpul sesama saudara mara akan sembang-sembang riuh rendah hilai mengilai begitu. Jiran terdekat aku ni tuan rumah aku. Sebelah rumah dia adalah umah mak tuan rumah aku, yang duduk bersama adik tuan rumah aku sekeluarga. So mak tuan rumah aku adalah jiran aku juga.

Ni memang jiran dalam erti kata sebenar, ok.
(Kalau diukur dari segi jarak la)
Rumah aku dan rumah tuan rumah ni sangat la dekat. Bergolek dalam 5 round je dah sampai (Ibaratnyalah.. Koserr nak main golek-golek atas tanah hokeiii)
Tingkap depan dapur dia ni mengadap tingkap ruang tamu rumah aku. Jarak antara tingkap dia dengan tingkap aku adalah dalam 2 setengah meter.

Bila dah lama-lama aku dah immune. Paling tidak, bukak aje lah tv kuat-kuat, ye dak.

Tapi kelakar jugak, bila sesekali family aku datang dan dorang pun komen benda yang sama. "Ek. Bisingnya pagi-pagi".
WELL... Tidak kah mereka itu familiku, hehe.

Family mempunyai citarasa yang sama.
Macam tu juga dengan family tuan rumah aku yang gemakan aktiviti berkumpul dan pumpampumpam kuat-kuat sebegitu.

Apa-apa ajer,,,,

*Rindu nak balik rumah makpak di kampung... Dah sebulan lebih tak balik weihhhh.

1 comment:

  1. klu kat tempat aku ni dd, sminggu sekali nk tengok muka jiran pun payah...nak dengar suara lagi la payah...cuma dngar je bunyi orang buka gril pintu semua. errr...

    ReplyDelete