Tabs

Sunday, July 24, 2011

Sesal kemudian yang tiada gunanya

Pepatah kita kata macam tu kan.

Tapi pada pendapat aku, sesal kemudian pun masih ada gunanya.

Contoh terbaik (untuk diri sendiri),
_Mendengar guruh mula berdentum tapi hati agak berkeras tidak mahu menutup PC. Kemudian terdetik di hati untuk lekas-lekas shut down PC melihatkan dan mendengarkan kilat dan petir yang makin menggila. Sejurus selepas menekan button shut down, di kala menunggu shut down screen yang berpusing-pusing di monitor, 99% proses shut down sudah berlaku dan tiba-tiba..

nampak macam ada kilat belakang PC aku. CPU n Monitor 'off ' macam biasa dengan signal system shutdown terakhir pada monitor.

Lepas hujan berhenti, apabila ditekan button start pada PC...._

Yes, you guess it right. Rasanya at that very moment, masa PC aku tgh shut down (bukan log off), masa tu lah petir telah menyambar. Alhamdulillah monitor dan printer masih OK.

My CPU has been electrocuted. And to think that I'm living in an area with the verrr-ryy limited pc-repairing-service.

Saya menyesal. Tapi ini satu lagi pengajaran berguna untuk saya.

Bestnya kalau pandai mendiagnos PC. Bestnya kalau boleh menukarganti barang-barang dalam PC sendiri. Rasa macam nak ambil kursus betulkan PC sekarang juga! Apa yang aku mampu buat tadi cuma buka CPU dan membuang sawang dalam CPU. erk. (kang segan pulak masa nak hantar pada orang betulkan)

Seriously, aku nak belajar repair PC!

**Alhamdulillah, PC sudah OK. Petir menyebabkan kabel dan Power Supply PC aku kong. So, cuma tukar 2 benda tu je.

Kini mendengar rintik hujan saja terus OFF semua peralatan eletrik. Yeah, its our money!

1 comment:

  1. Sesal dulu pendapatan, duit kita tak hilang dilabur utk membaiki, pasai tu dia sebut pendapatan kot.. he he..... Aku pun teringin gak nak pandai godek2 pc dd, nak terai OS yang mcm2 tu..teringin, tp bila entah..

    ReplyDelete