Tabs

Wednesday, August 31, 2011

Soalan yang tiada jawapan..

Salam aidilfitri. Eid mubarak.

Semoga sentiasa ceria dan bahagia menyambut aidilfitri kali ini.

Straight to the point;Aku kan, bila ditanya dua soalan ni, at times I feel lost.
1)Kenapa gemuk sangat sekarang?
2)Bila nak kahwin?

Biasanya waktu mood aku ok,tidak dipengaruhi oleh hormon2
Estrogen yang tiba2 datang menggila, aku dah sediakan jawapan sambil dilontarkan dengan tenang,
~hehe senang hati la kot.
~banyak makan dan kurang bersenam, hihi.
(sebenarnya dalam gelak2 sengih2, hati ni meratapi, ok. Aku pun tak suka jadi gemuk, tapi sekarang its happen that aku memang gemuk)

~entahlah, belum sampai masa.
~hehe belum ada jodoh.

Soalan2 'biasa' ni kan, memang sekali pandang dan dengar nampak macam biasa2 je,, TAPIII..... Kalau terlalu acapkali ditanya, kan... Dah macam memerah limau atas luka tau..
Serius, sentap di hati.

Mula la, jawapan yang sopan santun tadi, rasa macam nak kuburkan saja di lubuk hati dan ganti dengan jawapan semacam ini;
~maaflah kalau2 kegemukan saya menyakitkan pandangan mata..
~hina sangat ke, bujang dan belum berkahwin di usia ini..

Tapi,,, biasanya, jawapan2 kurang bersopan itu tak terzahir di mulut pun. Cuma terpendam jauh dilubuk hati dan di satu sudut kecil dalam kepala. Hanya senyum tawar yang mampu diberi..
Yang pasti, lepas2 tu,awan berat yang dikumpul pasti sikit2 akan tertumpah jua.

Mungkin tak kena pada masanya. Nak menyalahkan pada yang bertanya pun... macam tak kena gaya. Tapi kan.. Tapi kan.. Bab2 hati dan perasaan ni kadang memang di luar kawalan kita..

Tuesday, August 30, 2011

Selamat hari raya aidilfitri

Walau dimana anda berada, semoga hari raya ini disambut dengan kesyukuran dan kegembiraan.

Mohon maaf dari hati andai ada yang berkecil hati dengan penulisan dari blog ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.

Sunday, August 21, 2011

Teringin...

Background music:  Lagu Tibanya Syawal nyanyian Kak Pah Taik Lalat yang dah berputar-putarr entah berapa kali sampai aku naik muak da..

Walaupun macam ntahpape tapi boleh tak nak cakap aku teringin beberapa makanan yang only available kat Batu Pahat sana..

1) Murtabak tinggi dari kedai mamak taman bukit soga.. (walaupun bukan lah kerap sangat, tapi my parents agak gemar membelikan kami adik beradik murtabak ni kalau kebetulan ada ke bandar)

2) Lontong daun Haji Salim @ Parit Raja.. Kat Endau ni macam tak berapa nak jumpa dalam bulan Ramadan ni.

Itu je. Yang aku teringin dan tebayang-bayang buat masa ni. Tapi takde la sampai tahap mengidam..

p/s - Untuk pertama kali aku siap hidang makanan awal. Masak main campak-campak je so sekejap saja hehe.
p/s/s- Aku dah masak ketupat ye, hehe ketupat segera je. Lauknya pulak lauk yang aku teringin nak makan dan susah nak jumpa kat sini, iaitu sambal goreng. Sambal kacang & sambal udang sekali. Dua-dua ni ada je kot kat sini tapi dah kes malas nak ke bazar.
As expected, ketupat mesti ada baki so hari ni recycle jadi ketupat goreng. Sebab tu jugak cepat aje siap hehe.

Selamat berbuka & meneruskan ibadah puasa, walau dimana anda berada.  

Wednesday, August 17, 2011

Operasi 2


Oyeah.
Its better than operasi 1 coz I can stop at 12.15

Mengantuk suda...

p/s - macam x de keje lain je ye aku..........

Tuesday, August 16, 2011

Untuk keselesaan, kan?

Tiba-tiba teringat perbualan dengan x - housemate  satu ketika dulu..

Kami bincang pasal barang-barang keperluan dalam rumah.

Ada orang berfikir, selagi tak ada rumah tetap milikan peribadi diri sendiri, maka tak perlu susah payah nak letak atau beli macam-macam dalam rumah.. Contoh;
  • Tak payah la beli katil, tido atas comforter/toto je. Nanti nak pindah leceh.
  • Tak payah la beli sofa, duduk atas lantai je. Nanti banyak sangat nak berangkut bila nak pindah.
  • Tak payah la beli TV besar, beli yang kecik-kecik je. Sementara duduk rumah sewa ni. Karang-karang kalau pindah senang nak angkat.
  • Tak payah la beli almari baju cantik-cantik. Beli yang kain/kanvas ni je. 
Pada aku la kan, kalau memang berfikir seperti di atas sebab kekangan wang, maka tak apa lah. Biasalah dalam hidup kita pelbagai ragam, wang tu sentiasa ada je keperluannya. Kadang-kadang gaji belum masuk pun, dah terbentang 'list' ke mana duit-duit tu akan ditujukan (huhuhu, that's life)

Yang aku rasa agak terpanggil untuk menulis pasal isu ni ialah, "pasti ke boleh dapat pindah??" "pasti ke dalam masa tedekat akan buat / beli rumah?" Kalau aku, jawapannya, "Ye, saya langsung tak pasti.. buat masa ini. Entah bila saya boleh ada rumah sendiri."

Bukan ke itu semua pun 1 keperluan. OK la, benda-benda macam sofa, TV besar, almari tu boleh je kalau nak beli yang biasa-biasa tapi kena juga consider pasal beberapa perkara:
  • Tahan ke tidak. Sampai masa ko betul-betul dapat pindah buatnya terbarai almari tu dek kerana dok diangkat ke sana sini, dah nak kena beli yang baru. Baik la beli yang OK & tahan kan? Ini lah namanya alah membeli menang memakai.
  • Keperluan+kehendak. Yang ini biasalah, orang kata ada yang biasa-biasa pun dah OK, janji ada. Tapi untuk kita yang bekerja ni mesti la sedikit sebanyak terselit kehendak dalam diri, nak yang macam ini, yang macam itu. Dan aku rasa tak salah kot kalau kita berusaha untuk dapat, sebab kita kan kerja. Mungkin kita rasa sesuatu benda tu tak berapa penting, tapi mesti ada, so kita beli barang yang sedang-sedang je harganya. Janji, ada. Untuk barang lain pulak, kita rasa kita mesti ada & hati/perasaan kita kalau boleh naaaaakkk sangat beli benda yang branded, menepati citarasa kalbu idaman hati. Tak salah pun, sebab kita kan kerja.
Yang salah?
Iye, yang salah atau tak berapa betul ialah kalau kau bawak pemahaman kau untuk cakap pada orang, apa yang kau fikir tu macam 100% betul.Siap bagi nasihat/kempen lagi suruh ikut apa yang kau buat.

Lagi satu, buatnya kau tak pindah-pindah maka tidurlah atas toto je sampai dapat pindah. Jangan salah faham pula, as if aku nak kata tidur atas katil adalah lebih baik dan sangat baik compared to tidur atas toto. Again, itu atas keselesaan masing-masing.

Senangnya, cakap dalam hati je boleh,,. Tak payah jadikan isu. Takde orang tanya pun. Bila tiba-tiba ditimbulkan isu begini, tu yang buat orang lain pun terfikir dan bila dah berfikir tu, macam-macam la outputnya.. Nak beli yang mahal ke, murah ke, tak nak beli terus ke, diam-diam saja... huhuh..

Friday, August 12, 2011

Melon Yakitate

Serius, aku nampak melon ni dari jauh, terus x toleh kiri kanan dan berjalan mendekati.. Sebijik macam melon dalam anime yakitate japan! (sapa yang pernah tengok anime ni, prasan x??)





Rasanya sama je macam honeydew biasa, manisnya agak kurang tapi OK je pada aku,..

 

Wednesday, August 10, 2011

Goreng pisang=diet?

Nak tegelak pun ada, hehe..

Boleh pulak aku dianggap diet bila aku kata aku berbuka pisang goreng.

Dah tentu-tentu pisang goreng tu deep fry cooking hehehe

Kalau aku berbuka makan pisang rebus, iyelah kot diet hehehe..

Dah tu bila namanya aku yang menggoreng tu, takkan la sebijik dua je kan..

***errrk.. jangan la, terasa tau sebab aku memang tak berdiet.


Tuesday, August 09, 2011

Bazaar Setahun Sekali

Sebelum aku menulis dengan lebih detail, haruslah memberitahu ini adalah pendapat peribadi ye? Jika bercanggah dengan apa yang ko fikir, aku bukan bermaksud yang  aku menyangkal dan menidakkan apa yang ko pikir.. hehe. Its just my 2 cent..

Untuk pertama kali aku sudah sangat jarang pergi param.Atau lebih dikenali dengan Pasar Ramadhan. Ada jugak yang sebut Bazar Ramadhan.

Why? Why? Why?

*Kesedaran untuk menjaga pemakanan (kahhh.. walaupun cam tak berapa nak betul sebab kekadang aku taram je nugget), aku rasa makanan yang dijual kat pasar banyak dicampur MSG. Dan agak masin-masin..

*Harga yang agak mahal. Kuantiti yang sedikit. (heee aku nak makan banyak ke??)

*Rasa yang &*^%$%$#%$#%%@ (hehe)
Pengalaman lalu: Aku suka air soya panas pasar malam. Rasanya lain dari air soya kotak dalam supermarket kan. Tapi tahun lepas kot, fantasi air soya sedap aku telah dimusnahkan gara-gara terbeli air soya yang mengandungi 8% hampas soya. Walaupun cuma 8% tapi bila disedut dan lalu kat tekak ni sangat terasa okehhhh serdak itu.

*Kena masak sebab alang-alang nak pulangkan pinggan mangkuk piring jiran tetangga yang selalu bermurah hati hantar makanan kat orang bujang ni huhuhuh.

*Strategi 2 dalam 1; mengurangkan beban memasak 2-3 kali. Masak untuk berbuka sekaligus untuk bersahur esoknya & mengelakkan makan macam-macam makanan sangat waktu berbuka (tapi ada sedikit sukar bila ada juadah dari rumah-rumah sebelah, total juadah sudah jadi 2-3 macam & siapa lagi yang nak makan??)

*Dikhuatiri overspent gara-gara gagal mengawal nafsu makan. Ah-ha yang ini pun bahaya jugak untuk aku.

*Malas nak salin baju & drive kereta.. Nasib baik lah takde bazaar dekat-dekat dengan rumah tahap boleh jalan kaki....

Ye, seminggu lebih berpuasa, rekod  setakat ni pernah berkunjung ke Bazaar Ramadhan sebanyak 2 kali. Dengan belian paling minima.

Lepas-lepas ni, tak tau la huhuh..

Monday, August 08, 2011

Mengasapkan dapur ^^

Nak tengok aku memasak hari-hari. Bulan Puasa lah kot.

Dah macam assignment memasak. Gara-gara nak pulangkan pinggan mangkuk jiran-jiran aku ni, hehe. Pulang 2 piring, datang 2 mangkuk lain. Memang never ending story youu..

Think positive ye. Bila lagi nak belajar masak kan?? hehehehe. Lagipun memberi makan pada orang yang berpuasa adalah besar pahalanya.

Agak-agak kalau aku buat list apa yang aku masak aku pun akan kagum sendiri.

puding roti berkaramel
pengat pisang
karipap
dadar gulung (inti recycle, inti karipap banyak lebih)

Ye, mari memasak!

Saturday, August 06, 2011

Insiden Tengok Bola

Disebalik kemeriahan rakyat M'sia menonton perlawanan bola antara M'sia-S'pura minggu lalu, rupanya ada 1 tragedi.

Ada peminat yang tecedera lalu hilang keupayaan penglihatan sebelah mata kerana serpihan mercun yang dilemparkan peminat lain. Hilang upaya secara kekal.

Dan rupa-rupanya mangsa tu adalah kawan 1 sekolah masa kat MRSM KT (98-99) dulu.  :(

Ahmad Jazimin aka Mat G, sewaktu dirawat di PPUM
(Gambar diambil dari laman sosial FB isteri beliau)

Malang tak berbau,kan?
Pergi ke stadium dalam keadaan sempuna, tapi baliknya membawa khabar duka.
Besar sungguh dugaan yang harus beliau & isteri serta keluarga hadapi. Isteri beliau pada waktu itu sedang sarat menunggu masa melahirkan anak pertama (mungkin sekarang sudah melahirkan anak). Dan katanya mata kiri beliau yang tidak terjejas itu  mengalami masalah silau. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku doakan Mat G cepat pulih & diberikan kesabaran, dikuatkan semangat & ditetapkan imannya.

Berita ni buat aku risau pada 2 adik lelaki kat kampung tu. Di bulan puasa ni, dah macam tabiat budak-budak bermain mercun. Ngeri betul kalau memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang buruk macam ni. Daripada kena mercun lebih baik rasa cubitan/pelepuk aku dulu. Sebagai warning gitu. Tsk tsk..

Thursday, August 04, 2011

Selamat Bepuasa!

Walaupun dah nak masuk 5 Ramadhan, mahu juga ucapkan Salam Ramadhan  untuk sesiapa yang sudi baca blog ni ^^

Semoga ibadah kita di bulan yang mulia ini diterima Allah SWT dan sentiasa mendapat keredhaan dari Nya.

Amin.