Tabs

Tuesday, August 09, 2011

Bazaar Setahun Sekali

Sebelum aku menulis dengan lebih detail, haruslah memberitahu ini adalah pendapat peribadi ye? Jika bercanggah dengan apa yang ko fikir, aku bukan bermaksud yang  aku menyangkal dan menidakkan apa yang ko pikir.. hehe. Its just my 2 cent..

Untuk pertama kali aku sudah sangat jarang pergi param.Atau lebih dikenali dengan Pasar Ramadhan. Ada jugak yang sebut Bazar Ramadhan.

Why? Why? Why?

*Kesedaran untuk menjaga pemakanan (kahhh.. walaupun cam tak berapa nak betul sebab kekadang aku taram je nugget), aku rasa makanan yang dijual kat pasar banyak dicampur MSG. Dan agak masin-masin..

*Harga yang agak mahal. Kuantiti yang sedikit. (heee aku nak makan banyak ke??)

*Rasa yang &*^%$%$#%$#%%@ (hehe)
Pengalaman lalu: Aku suka air soya panas pasar malam. Rasanya lain dari air soya kotak dalam supermarket kan. Tapi tahun lepas kot, fantasi air soya sedap aku telah dimusnahkan gara-gara terbeli air soya yang mengandungi 8% hampas soya. Walaupun cuma 8% tapi bila disedut dan lalu kat tekak ni sangat terasa okehhhh serdak itu.

*Kena masak sebab alang-alang nak pulangkan pinggan mangkuk piring jiran tetangga yang selalu bermurah hati hantar makanan kat orang bujang ni huhuhuh.

*Strategi 2 dalam 1; mengurangkan beban memasak 2-3 kali. Masak untuk berbuka sekaligus untuk bersahur esoknya & mengelakkan makan macam-macam makanan sangat waktu berbuka (tapi ada sedikit sukar bila ada juadah dari rumah-rumah sebelah, total juadah sudah jadi 2-3 macam & siapa lagi yang nak makan??)

*Dikhuatiri overspent gara-gara gagal mengawal nafsu makan. Ah-ha yang ini pun bahaya jugak untuk aku.

*Malas nak salin baju & drive kereta.. Nasib baik lah takde bazaar dekat-dekat dengan rumah tahap boleh jalan kaki....

Ye, seminggu lebih berpuasa, rekod  setakat ni pernah berkunjung ke Bazaar Ramadhan sebanyak 2 kali. Dengan belian paling minima.

Lepas-lepas ni, tak tau la huhuh..

2 comments:

  1. onde2...5 biji 2 ringgit kat sini. Dah la kecik2... giler la. Geram dengan keadaan itu, buat sendiri dah la onde2 ni...

    Rekod sepanjang puasa ni... cuma 3 kali je masak..ngaaaa...

    ReplyDelete
  2. wahhh gilak mahal! memang kan? rasa nak tukar profession serta merta!

    aku pun ada plan nak wat onde2 gak. sudah kejung kelapa parut dlm esbok agaknya huhu..

    ReplyDelete