Tabs

Friday, November 18, 2011

My 20 cent on 2011 UPSR result

Assalamualaikum

Akhirnya, selamat sudah keputusan UPSR diumumkan Khamis lepas..
Pertama kali aku sendiri pergi PPD ambil keputusan pelajar.

Dannnnn..
Alhamdulillah, ini mungkin rekod dan pencapaian terbaik kami (sepanjang 3 thn aku mengajar di sini lah,,)

19 calon.
100% kelulusan untuk:
BM Pemahaman
BM Penulisan
Matematik
Sains

94.7% kelulusan untuk Bahasa Inggeris, seorang pelajar gagal dengan gred D.

Its a good news kan?
Tapi to be honest semalam aku menangis dah macam aktress Neng Yatimah.
(Malu untuk diingat,, rasanya)

Memang itu keputusan yang baik.(result budak).. Tapi aku agak stress memikirkan yang sekolah tak dapat capai target 100% lulus sebab subjek aku.

Sangat sedih. Bukan dibuat-buat. Tapi air mata memang mengalir laju-laju tanpa dapat ditahan lagi bila aku berfikir dan terus berfikir.

Rasa,, apa yang aku buat selama 3 tahun mengajar budak ni.


Selepas tidur 1 malam dengan mata yang bengkak & muka sembab, hari ni aku rasa lebih bertenang.


Hey, I've done my job, apa. Memang dah tersurat begini. Semua pun dah berusaha  kan. Semua pun berharap yang terbaik kan.

Tapi, kita sebagai insan hanya boleh merancang dan mengharap. Selebihnya ketentuan Tuhan.

Aku cuba lagi tahun depan, Insya Allah ^^

2 comments:

  1. Dd, ada la hikmahnya tu tak dapat 100%. Aku yakin, ko dah buat yang terbaik utk semua anak didik. Kita merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah jua lah sebaik2 perancang;)

    PS: Bestnyerrr cuti lama!!

    ReplyDelete
  2. TQ Fida. ^^

    Ye, everything happen for a (some) reason(s)..

    p/s-memang best!!! hehe

    ReplyDelete