Tabs

Sunday, May 19, 2013

My Weight Journey Part 2

Sambung membebel pasal kurus gemuk lagi.

Agaknya, lumrah dunia kot eh? Yang kurus dipandang cantik, yang gemuk dipandang sebelah mata.
Aku harap kalau ada yang membaca coretan aku kali ni, janganlah berkecil hati..(mintak maaf siap-siap) Kalau aku terkutuk yang tembam ke.. yang kurus kering ke.. sebab aku pernah merasa dua-dua. In fact, sekarang ni pun aku masih gemuk lagi. Yeah, my BMI still considered obesity. Sikiiiiit je lagi nak masuk overweight. Entah bila. X_____X

Masa sekolah dulu aku memang kurus. BMI normal. Aku dalam kategori makan banyak mana pun tetap badan tak naik. Rasanya I'm one of those yang dikatakan metabolisme nya tinggi. Walaupun aku bukan jenis bersukan pun. Ye, aku tak suka aktiviti sukan dari kecik.

Lepas SPM, duduk rumah beberapa bulan, berat aku start naik. Dari 40++ ke 50++. Tapi still considered healthy BMI.
Duduk U, aku mula menjana badan.. Tapi masa tu punn OK lagi. Sampailah di tahun akhir, masa tu aku perasan aku dah makin tembam. Mana taknya. Kelas dah tak banyak. So dah tak banyak bergerak. Sukan tak nak. Makan boleh tahan banyak.

Innocent sangat muka memasing. 7 sekawan ni, sekarang cuma 2 orang je yang masih bujang. Yang lain isteri dan mak orang.

   Berumur 19 tahun. Zaman matrikulasi. Tahun 2001.

Lepas habis belajar, kerja.. Lepas tu masuk maktab perguruan. Ha,, kat sini bermula turning point nya.
Awal-awal masuk maktab aku rasa berat aku OK lagi.. Kemudian bila dah mula praktikum, badan aku macam di pam-pam. Rutin masa tu, keluar awal pagi, sebab sekolah jauh. Balik dalam pukul 3,4 petang baru sampai asrama. Kadang-kadang jejak juga pukul 5, 6 kalau ada aktiviti. Kat sekolah, pagi-pagi dah melantak nasi campur kat kantin (kalau makan lambat, lauk habis..huhu). Kemudian, petang/malam di asrama, makan lagi. Dengan alasan penat, tension banyak kerja, aku rasa masa tu aku deserve untuk makan dengan banyak. Bersukan, memang malas.. Petang-petang kat asrama, tidur. Kadang-kadang je aku ikut roomate ber jogging. Tapi macam tak betul jugak, sebab balik jogging singgah kantin order roti canai.. (Nice kann huhu) Habis je praktikum memang terbinalah binaan badan yang mantoppp huhu.

Ni awal-awal praktikum. OK lagi.


Ni minggu terakhir di maktab. On the way nak ke program BTN ni.


Tahun pertama posting, aku dah boleh dikatakan berisi. Kalau tak silap berat masa tu 70++ dah nak masuk 80 series. Tak lama pun nak masuk 80 series tu.

Turning point gemuk kedua terjadi lagi lepas aku duduk sorang. Housemate aku baru kawin masa tu dan pindah rumah. Kalau orang lain, duduk sorang, makin malas masak. Tapi terbalik pulak dalam kes aku. Aku makin rajin masak. (dan makan). Tabiat (ke tebiat......huhuhu) masak nasi goreng sekuali petang-petang/malam-malam, lepas tu asal lapar je layan perut makan nasi..

Bersenam? Lagilah tidakkan. Awal-awal mengajar, aku kena juga ajar subjek PJK. Jadi, adalah juga bersenamnya. Tapi lepas 2-3 tahun, dah tak kena sebab dah ada cikgu baru masuk. (eh tak tau lah kalau sebab aku makin gemuk maka orang tak bagi aku mengajar PJK lagi).

Aku masih ingat, dari hari ke sehari aku timbang berat. Ada penimbang, dan rilek je timbang berat hari-hari walaupun angkanya makin bertambah setiap hari. Seriously, masa tu aku macam takde perasaan.

Gemuk? Gemuklah, so what?

Ramai jugak kawan-kawan yang menegur, especially lepas cuti sekolah yang agak panjang. Tapi selamba pulak aku menjawab. Aku kata, aku happy. Biarlahhh..

(pffttt).

Sebenarnya masa tu, susah hati juga, bila nak beli baju, semua yang cantik-cantik tak ada saiz.
Ini pun kenyataan juga, baju yang cantik-cantik memang untuk saiz yang normal je (S-L).
Kalau untuk plus size, hampir semuaaa baju nya tak berapa nak menepati piawaian mata aku.

Maka aku terus gemuk gemukk dan gemukkkk sampai satu tahap pernah sampai 93kg.

Orang mengandung pun belum tentu boleh capai angka tu, kan? Charesso, Didi, charesso.. x____x
Muahahaha. Resepinya? nasi goreng sekuali, makan lah sampai habis sorang diri. Pilihan waktu makan? Takde.. Bila-bila lapar, makan je..

Setelah sekian lama membina badan, 1 hari kawan aku yang duduk di sebelah meja dalam bilik guru kembali ke sekolah. Lepas 3 bulan cuti bersalin. Masa tu rasa terperanjat jugak, sebab kawan yang sama-sama teman berteman makan dan membina badan (walaupun aku tetap juaranya) dah jadi slim river sangat.
Barulah rasa macam, eh, sekarang ni aku sorang je yang paling gemuk dalam sekolah..

Barulah bermula episod berdiet yang selama bertahun-tahun ni tak pernah wujud dalam kamus hidup aku.
Ye, nak turunkan berat badan memang tak semudah nak menaikkannya..

Rasanya macam nak kena berhenti menulis sebab aku nak siapkan isi borang saringan linus 2.0.
Nanti aku sambung lagi.
Sambung update letak gambar. Leceh pulak nak kena bukak PC sebab gambar lama banyak dalam PC.

\ ^^ /


No comments:

Post a Comment