Tabs

Saturday, May 24, 2014

Karnival BI

Assalamualaikum..

Baru lepas habis karnival BI peringkat zon. Yang dijalankan di sekolah aku sebab kami tuan rumah.

Jujurnya, 5 tahun di Endau aku tak pernah ambil kisah dengan karnival BI ni. Aku tau ianya wujud..tapi sebab guru besar tak pernah push supaya kami ambil bahagian, so I took it for granted. Aku rasa, syukurlah.. kerja yang ada-ada ni pun dah banyak.. so kenapa nak libatkan diri dengan kerja tambahan sebegini. Laipun, dulu sekolah aku dalam kategori sekolah kecil.

Bila pindah ke Batu Pahat ni, rupa-rupanya sekolah baru aku ni memang dah tetap dan berpencen menjadi tuan rumah untuk karnival peringkat zon. Jadi, merasalah aku ye, he he he.

Dalam memori aku, karnival peringkat zon tahun lepas memang pengalaman yang cukup sukarrr dilupakan. Penat, serabut, tension & macam-macam pengalaman dan pelajaran baru juga. Yang manisnya? Bila pasukan yang dilatih menang.
Dari segi pengurusan, aku banyak dibantu cikgu senior merangkap GPK Koko aku. She's very helpful and knowlegeable since she has been working on it for years.

So, tahun ni, aku agak berwaspada dan rasa nak prepare awal-awal. Takdelah awal sangat. Tapi awal lah dari sekolah lain. Dari bulan 3 aku dan Khairun dah mula dengan latihan. Aku menguruskan choral speaking, story telling level 1 & 2. Khairun pula uruskan budak-budak action song.

Tapi, kini baru ku sedar, berurusan dengan sekolah lain memang sesuatu yang sangat sangat sangat sangat sangat mencabar dan memenatkan. Ada yang ok, respon dan bertindak seperti yang dimahukan. Tapi tak kurang juga yang bersikap selenga, endah tak endah, acuh tak acuh dan ambil mudah. Seriously menyusahkan orang lain. Aku lah tu yang disusahkan.

Benda yang menyerabutkan ni dah memang terjadi dari tahun lepas. So tahun ni aku harap aku dapat ubah la. Ada certain perkara memang dapat dielakkan. Tapi ada jugak masalah yang timbul. 

Sebab aku geram... jadi aku blog kan jugak kat sini.. Supaya next time aku beringat dn haruslah 'ligan' sekolah-sekolah tersebut dengan lebih hebat.

Mula-mula, borang penyertaan. Dah diberitahu dari awal bila kena hantar. Kalau lewat sehari dua, boleh accept lagi. Tapi, beritahulah. They have our number. email pun boleh. Ini senyap sunyi macam tu. Bila di call baru terkeseng-keseng nak kata tak sempat melatih la apa lah. Lantak korang lah kan tak sempat latih ke apa tapi maklumkan  lah pada penganjur.. Very unprofessional.

Kemudian, jenis yang nak kena di ingatkan berkali-kali. Dah di sms berkali-kali tapi tak paham-paham!!! Serius, tak paham-paham!!! Contoh, aku dah clearly kata minta nama peserta, nombor surat beranak & tajuk cerita, tajuk lagu dan tema persembahan. Balas sms cuma nama peserta je yang diberi. Kot iye pun masa membalas tu maklumat lain tak ada, maklumkanlah. Tak perlu lah aku ni berkali-kali tanya manaaaaaaa maklumat yang lain. Aku rasa ni macam jenis baca sekali lalu dan tak nak cuba pahamkan.
Adoiiii at 1 point aku rasa macam aku ni deal dengan cikgu ke? Kenapa slow sangat? Maaf lah kalau yang membaca ni rasa bahasa aku kasar, tapi aku cukup tension dengan cikgu-cikgu ni semua.

Aku ni pun penat jugak ok. Sebab kami tuan rumah, so kami kena masuk semua acara. Mana nak melatih budak, mana nak uruskan karnival, mana nak tanda kertas, mengajar lagi.

Berbalik pada cerita karnival tadi. GPKs sekolah aku kata kali ni kita minta penglibatan sekolah lain sebagai timekeeper dan emcee. Sebab yang lain semuaaaaaaa cikgu sekolah aku uruskan. Ini kan karnival peringkat zon, so seharusnya sekolah lain pun turut sama menjalankan tugas.

Mula-mula aku rasa itu sangat membantu. Tapi rupanya disaster ok??

Sekolah yang patut jadi emcee, memang macam-macam karenah. Hari penetapan dan cabut undi, semua diam je tak kata apa. Dah dekat-dekat dengan karnival mulalah masing-masing dengan macam-macam hal.
Sekolah kecik lah. Tak ada orang so tak dapat nak jadi emcee.
Yang tersilap tarikh karnival pun ada. OK ini aku rasa sangat kelakar dan memang rasa nak mencarut sangat-sangat bila diingat balik. Cikgu tu attend meeting penyelarasan. Tapi boleh tersilap tarikh. Aku tau dia tersilap tarikh tu bila aku contact balik untuk ingatkan sekolah dia kena prepare 1 emcee. Dia nak mengelak lah kononnya, kata tarikh tu ramai cikgu takde. Masalahnya, tarikh yang dia mention tu salah ok!! Salah!! Bila aku clarify tarikh tu salah & minta dia sediakan emcee, senyap je. Pastu berdrama lagi kata sekolah tak cukup cikgu lah apa lah. Last-last bila aku kata sekolah kami (aku ler sapa lagi) yang akan sediakn text barulah dia setuju. Pftttt.

Bila hari karnival kan, boleh pulak dia ingat mana venue dia kena bertugas. Macam ni, bila dia dah kata OK tu, aku memang terus jadikan dia emcee dekat main hall. Yang sebenarnya dia emcee tempat lain. Tapi masa tu, emcee main hall tu pun senyap tak dapat dikesan, so aku rasa lebih baik aku letak cikgu ni dekat main hall.So, pagi tu bila dia datang dan dia argue "eh saya bukan sepatutnya emcee dekat tempat lain ke?" Haaaa kan nampak permainan dia di situ. She clearly remembered that tapi kenapa senyap je tak berbunyi-bunyi pasal tanggungjawab yang dia harus pikul sebelum tu? Nak tunggu aku jugak contact, baru nak respond.

Tu kisah emcee. Belum lagi pasal timekeeper dari sekolah lain. Dah la datang lambat. Dah sampai boleh pulak dia duduk melepak bersembang dekat dewan.

Geram siot.... Geram.. Gerammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm




No comments:

Post a Comment