Tabs

Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru!

Assalamualaikum.

Selamat hari guru untuk diri sendiri, dan guru lain yang tersesat masuk ke blog ini.
Alhamdulillah, tahun ke 7 memegang amanah ini.

Sambutan hari guru tahun ni bakal berlangsung hari Ahad ni, insyaAllah. Nanti kalau rajin aku share sambutannya.
Perasaan?
Biasa-biasa aje..
Berdebar lagi 16 hari nak fly, ahahaha.. Boleh gitu..

Nak share sesuatu yang aku baru jumpa kat fb seseorang..

Janganlah kita bertanya kepada orang lain persoalan yang menjadi rahsia Allah.

"Bila nak kahwin ni? Umur makin bertambah...."
"Memilih sangat lah tu..?"
"Tak pikir masa depan ke?"
"Garang sangat kottt!"
"Bila nak ada anak ni? Tak nak anak sendiri ke...?"
"Merancang ke?"

Krik krik.. krik krik..


Jangan gores perasaan orang lain yang sedang bersabar dengan ujian Allah,
Yang redha dengan ketentuan Allah..

Kita kahwin awal, bukan bermakna kita hebat mencari pasangan... Hanya kerana sudah sampai jodoh kita.
Kita cepat dapat anak dan ramai bilangannya, bukan bermakna kita hebat dalam soal suami isteri. Tapi kerana rezeki kita telah ditetapkan oleh Allah.

Allah juga sebaik-baik perancang. 

No comments:

Post a Comment