Tabs

Saturday, June 28, 2014

2014 Summer Escape - Day 0, 1 June 2014

Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam ruangan sembang-sembang cuti-cuti Korea.. Anda bersama pengacara jemputan pada minggu ini...,,
Hihuu bajet pengacara tv ke apa kau ni Dd.

Ok. Mode serius. Aku menulis ni supaya jadi kenangan untuk diri sendiri. Kalau tak ditulis insyaAllah terlupa. Aku tau sangat dah diri aku ni.
Disamping tu mungkin.. Mungkin boleh jadi panduan untuk orang lain. Sebelum tu, mintak maaf awal-awal sekiranya entri ini tak membantu.

Kisah sehari sebelum.
================
01/06/2014 (Ahad)

Hari ni 3 kali aku bertukar bas. Setelah sekian lama tak naik bas.
Dari Parit Raja ke Stesen bas Bt. Pahat.

Kemudian dari Bt. Pahat ke Terminal Bas Bersepadu (TBS)

Bas Mayang Sari jam 12.30 tgh hari

Dan akhirnya TBS ke KLIA2.

Agak sakit juga bahu mengangkat beg dekat 15kg. Depan belakang ada beg ya. Satu backpack yang berat. Satu lagi beg sandang belakang yang menggantikan handbag. Kali ni, aku malas nak bawak handbag. Leceh. Bawak sebijik beg sandang belakang dan boleh sumbat macam-macam.
Dengan beg troli sebiji di tangan.
Seriously mencabar. Tapi malas nak komen sebab diri sendiri yang degil nak bawak barang sebanyak itu. Orang kata, tak rasa tak tau kan? Muahahaha now dah tau, aku sebenarnya agak serik jugak la.

Sampai ke TBS dalam pukul 5 petang. Solat Jamak di surau. Kemudian singgah 7 Eleven makan nasik lemak. Lapar sangat masa ni. Pagi tu makan roti canai tanpa kuah sekeping. Takut sakit perut dalam bas. Sanggup makan roti togel macam tu je.
Encik Bangla, Pekerja 7E tolong panaskan



Elok aku duduk makan ada ramai pulak orang yang follow. Masing-masing makan bersendirian sambil melayan perasaan hehe.



Macam mana nak ke KLIA2 dari TBS
============================
Perut dah kenyang, jom gerak ke KLIA2.
Dari TBS nak ke KLIA2 boleh naik Jetbus ye. Tambangnya RM9. Tiket boleh di beli di mana-mana kaunter pembelian tiket dekat TBS.
Bas dari TBS ke KLIA2 ada setiap jam genap.  Kalau dari KLIA2 ke TBS pulak pada setiap jam tak genap. Eh? Pening? Aku pun pening ni muahaha.
Macam ni, contoh masa trip bas ke KLIA2 macam pukul 1,2,3, dan seterusnya.
Masa untuk trip bas ke TBS pulak pukul 1.30, 2.30, 3.30 dan seterusnya.
Bas dari TBS ke KLIA2 bermula jam 3 pagi sampai 11 malam.
Bas dari KLIA2 ke TBS pulak bermula dari jam 4.30 pagi sampai pukul 12.30 pagi hari esoknya.
Kalau tak paham jugak silalah masuk ke laman web rasmi bas ni ye. KLIK SINI

Bas ke KLIA2 yang aku naik hari tu tak penuh pun. Tak sampai 10 orang pun penumpangnya.
Dalam pukul 6.50 pm., aku dah selamat sampai KLIA2. Bas turunkan betul-betul tepi pintu masuk airport, ground floor kot. Ke LG. Eh apa-apa je lah. Yang penting tu dah dalam airport.
Banyak troli tepi tu. Ambil lah satu. Kalau susah nak leraikan troli tu mintalah bantuan pekerja airport yang berbaju kuning biru (mereka biasanya ada berlegar di kawasan itu).
Troli tu ketat, maybe sebab masih baru.
Turun bas, masuk ikut Pintu 1
Sempat aku merayau-rayau dekat ground floor tu. Kat bawah tu ada kaunter bank utk pertukaran duit (agak mahal pada aku), food court, kaunter teksi dan bas (nak beli tiket Jetbus ke TBS) pun ada di tepi pintu masuk tu.


Kerusi pun ada banyak. Dari pintu masuk tu kalau belok kiri ada surau dan tandas. Aku suka surau kat level ni sebab tak ada orang. Tak sesak la. Tapi beware lah kot kalau guna surau ni jauh-jauh malam. Sebab sunyi kan. Mana lah tau.. (ada macam-macam kemungkinan, cuma harap semua orang dapat berwaspada)




Bar ni bedepan dengan surau

Then aku cari elevator nak naik atas. Boleh kata setiap tingkat aku explore. Explore gitu-gitu aje lah. Memang besar KLIA2 ni. Level 2 tu kalau tak silap aku mall semata-mata (kalau silap sorry ya). Macam-macam kedai ada.
Kedai makan pun banyak. Yang buka 24 jam pun ada. 

Oh ye. Kalau nak naik lif tu tengok label atas tu betul-betul ya. Macam aku hari tu menonong je masuk lif lepas tu terkejut bila tengok pilihan butang yang ada. Konpius kejap. Bila keluar, tengok atas, derrr. Aku pegi naik cargo lift dah kenapa?


Muahahaha. Kampung sangat kau ni Dd. Nasib aku je kat situ masa tu.

Kemudian dapat berita dari Daff flight dia dari Kuala Trg delay. So aku pun explore KLIA2 lagi then bila dah pancit duduk tunggu Daff dkat McD. Lama jugak aku menunggu Daff. Tak order apa-apa pun masa tu. Memang semata-mata duduk menunggu. Nasib tak kena halau, huhu. Duduk menunggu sambil cuba menghabiskan 1 liter air mineral. Sebab sebelum tu aku limitkan minum air, kes malas nak gi toilet, lagipun 3 kali nak bertukar bas kan.Karang kalau aku nak ke tandas beg aku 3 biji tu apa cerita, siapa nak jaga.

Then Daff sampai. Tunjukkan dia kaunter tukar duit (bank). Lepas tu carik departure hall. Nak ke departure hall ni (L3) kena keluar dari bangunan ni dan masuk 1 bangunan baru. Akan nampak perkataan KLIA2 besar ni antara 2 bangunan tu. Tak jauh mana pun jarak antara 2 bangunan tu.

Kaunter Tukar Duit di KLIA2
=====================
Ada banyak. Tapi hampir semua yang aku jumpa awal-awal tu ialah bank. CIMB, Ambank, Bank Islam dll. Hampir semua level ada.Kalau rajin macam aku (hek!) boleh check kat setiap kaunter untuk tau berapa rate yang diorang offer. Tapi beza tak banyak pun. Dalam 0.01 je. Masa tu, aku bertanya on behalf of Daff yang masih lagi tak kunjung tiba. Dia minta aku tengokkan, sebab nak tukar duit sikit lagi sebelum pegi. Aku memang dah tukar siap-siap dari Bt. Pahat, sebab malas nak fikir lagi pasal semua tu di kemudian hari.  Plus, aku tak sanggup menanggung risiko 'duit tak ada'. Ye, logiknya ada banyak bank maka takkan la semua bank / kaunter pun habis kan.Tapi pada aku bab-bab tukar duit ni antara benda terpenting. So aku memang nak settle kan awal-awal.

Apapun, nak banding syarikat pengurup wang dengan bank, memang bank lebih mahal ye.
Aku cuba jugak tanya Mr. Ask Me, adakah semua kaunter tukar duit ialah bank. Dan Mr. Ask Me kata ye.
Tapi kannnn. Bila aku dah masuk departure hall, aku ada jumpa 1 syarikat sebenarnya (bukan bank).. RTapi rate yang ditawarkan lebih kurang je dengan bank tadi. Standard berurusniaga dalam airport kot.

So, sekiranya ada masa, lebih baik lah survey di tempat sendiri ye. Tepuk dada tanya poket... Kalau memang betul-betul tak ada masa tu, lain lah.. Tapi lepas tu jangan lah menyesal sebab mahal..

Kami Check in pun agak awal, dalam 10.20 p.m. macam ty dah settle. Sebab malas nak bawak troli kan. Then Daff kata dia lapar, so marilah makan. Cari Old Town, order ini.
two bowls for us


Aku yang konon-konon dah kenyang tadi join sekali daff makan. Habis, takkan nak ambik bau je kan hehe.

Lepas makan, masuk balik area departure hall. Snap2 gambar sana sini (well, bukan selalu nak masuk sini kan?) Lepas tu jomlah betul-betul masuk ke departure hall.

Jumpa adik-adik ni. Back in 2012, kami terjumpa sebab duduk di guesthouse yang sama. Diorang ni cikgu yang mengajar di Selangor. Tak sangka kali ni jumpa lagi, naik flight yang sama, destinasi yang sama tapi plan lain-lain.



Dah masuk dalam, selesai dengan urusan check badan check passport, kami cari surau sebab Daff n Oshin belum solat. Memang banyak surau dalam KLIA2 ni. Semua pun selesa. Telekung wakaf pun ada.

Nak ke gate berlepas memang jauh ye dari pintu masuk balai berlepas tadi. Aku ada 1 kenangan kelakar masa ni. Tetiba kaki aku kena simpul biawak. Hehehe. Sabo je lah kan. Belum pun sampai Korea ok. Aku rasa kaki aku terkejut kot. Dah lama tak jalan jauh / banyak. Berapa kali kena berhenti sebab nak luruskan jari kaki.

Menunggu lagi. Overall, hari ni aku memang banyak menunggu. Tapi takpe, memang itu yang sepatutnya kan. Daripada kelam kabut dan berkejaran sebab dah kelambatan. Aku lagi prefer awal dan melaluinya dengan tenang. Cewah. Sebab, bila aku baca kes orang yang kena tinggal flight la, denied to enter the departure hall la, sebab kes lewat, aku rasa macam, kenapa kau lambat?? Dah tau nak naik flight tak boleh lewat-lewat. Lepas tu dok complaint sana sini kata AA kejam lah apa la..
OK. Emosi tetiba.

Dalam jam 12.45 a.m. macam tu, pintu masuk ke katerbang pun dibuka. Alhamdulillah.
So marilah. Kami tak dpt window seat. Mamat korea duduk sekali dengan kami (window). Daff duduk tengah. Aku aisle. Alhamdulillah senang nak ke tandas hehe.
Rakan sebangku.

Jam 01.15 a.m., kapal terbang berlepas. Gelap. Apa pun tak nampak so marilah tidur ya.
Tapi as expected aku memang tak boleh tidur. Excited + tak selesa. Penat dah penat dah. Mengangkut beg berkilo-kilo. Tapi I just can't sleep.
Byk kali juga aku pegi tandas malam tu. Akibat minum air 1 liter kan.

Makan tetap makan. Kimchi Chicken Duruchigi. Tak boleh tidak, aku memang nak makan dalam flight. Makanan dalam flight hanya ada dalam flight, dan sebab jarang naik katerbang maka sekali naik aku mesti nak makan..


Dah makan, mari cuba melelapkan mata. Ada la, dalam sejam kot terlelap.
Perjalanan dari KL ke Busan ambil masa dalam 6 jam.
Dalam pukul 5.00 a.m. macam tu dah mula cerah di luar.
Bila dah start cerah tu lagi lah aku tak boleh tidur. Jeles betul aku dengan adik-adik (geng cikgu2) kat belakang yang lena sepanjang flight.


Akhirnya, dalam pukul 8,25 a.m. waktu korea, kami selamat mendarat di Busan. Awal dari waktu jangkaan.


Turun je, lepas selesai prosedur imigresen, kami salam-salam dengan adik-adik tadi. Diorang terus nak tuju ke guesthouse. Aku dan Daff memang nak kena lepak airport sekejap.

Lepas lalu imigresen tu ternampak pulak kaunter tukar duit (Hana Bank). Daff tukar duit lagi kat sini. Aku pun tukar lagi sikit, habiskan baki Ringgit Malaysia yang ada, sebab tempting. Macam untung lagi sikit la kalau tukar kat Korea. Siapa yang nak tukar duit kat Gimhae Airport ni, boleh lah panjang-panjang kan sikit leher tu, lepas keluar imigresen tengok kanan, ada kaunter Hana Bank.

Kami naik ke level 3 (Atas sekali) sebab nak bersihkan diri dan tukar seluar di toilet. Kalau kat bawah tu macam sibuk dan tak sesuai pulak nak selongkar beg. So pilih area yang tak berapa nak ramai orang dan bergilir masuk toilet.

Aku ni ada hati nak mandi lagi tau,siap bawak portable pail,, tapi bila dah dalam tandas takut nak basahkan lantai.. Kat sana kan dorang tak cebok, main lap-lap dengan tisu je so memang tak ada pili air tepi mangkuk tandas. Sebab tu aku bawak portable pail. Tapi, akhirnya tak guna jugak sbb takut makcik cleaner marah. Dia tak marah pun, tapi, pepaham sendiri lah kan. Makcik tu dok mengelap lantai / keluar masuk tandas je.. Risau aku. Akhirnya, lap-lap badan/basuh muka & basahkan rambut je. Aku siap ambil tisu dan lap lantai yang dah basah tu ok? Memang tak kering sepenuhnya tapi tak ada le lecak sangat macam sebelum tu.  Dan rupanya Daff pun buat benda yang sama.. Huhu.

Lepas bersihkan diri, kami sarapan pulak. Ada roti Gardenia yang aku beli kat KLIA2, makan dengan sambal bilis kering. Buat milo (3 in 1) 1 tumbler kecil & bersarapan la kami kat situ. Belakang tempat kami melepak tu ada nursery room. Siap ada water dispenser kat situ so boleh lah kami amik air panas dan bancuh air. Settle sarapan, kami cari tempat nak simpan luggage, kat level bawah sekali.

Kami simpan luggage sebab nak jalan-jalan area Busan sementara menunggu petang. Flight ke Jeju kami adalah pukul 4 petang tu.

Cerita berjalan di Busan aku up dalam entri seterusnya ya.
^^

Baca cerita seterusnya  ^^,

9 comments:

  1. Heyy..orang parit raja lah! Hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam. Saya ada follow blog pasal travel ke korea. Is it safe for a female to travel alone while staying in mapo-gu? any tips?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Balqis

      I've been there twice and more to come, insya Allah. Sebenarnya, saya ada rasa nak mencuba travel ke sana secara solo. Sebab teringin nak travel solo & nak travel secara santai2. Ikut daya tenaga sendiri. Kalau larat, pegi. Tak larat, rehat dulu. Macam tu.

      Insya Allah selamat.
      Tapi kena lah berjaga-jaga jugak kan. Kalau sorang tu, elakkan berjalan malam. Elakkan berjalan di tempat yang sunyi. Dalam Seoul biasanya sentiasa penuh dengan org. Selagi ada org saya rasa ok je.

      Takde lah macam sesetengah tempat di indonesia/vietnam, whereby penjual barang main tarik2 suruh beli barang diorang, mmg xde.

      Delete
  3. Salam nk tanye brape kos last trip u kat saba selama 15hari??

    ReplyDelete
  4. 3 kali naik bas?! Saya tabik spring la dekat awak, kalau saya mesti dah terjelepuk penat sebelum sampai klia2 lagi. Saya yang sekali je bas dr kl sentral ke klia2 pon dah rasa pening2 lalat bila sampai airport...

    Wah, kuat betul jodoh awak dengan adik2 cikgu dari Selangor tu ya! Kat Korea dah tak terjumpa ke lepas tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe apa nak buat terpaksa kay! Mmg puas naik bas sampai 3 kali.

      lepas berpecah di epot busan mmg dah x berjumpa dgn adik2 cikgu Selangor tu.. tp mmg jodoh kami kuat kot hehe sbb insyaAllah hujung mei ni akan reunion semula utk sama2 bekpek ke jepun, insyaAllah. Dr strangers now we become travel partners.

      Delete
    2. Wah bestnya nak ke Jepun pulak! Makin bertambahlah ahli rombongan nampaknya ya!
      Best kan travel ni, dapat menambahkan kawan. Saya sebenarnya tengah baca entry-entry awak ni. Suka cara penceritaan awak (yelah cikgu kan, mesti pandai mengarang kan :D)

      Delete
    3. A'ah kalau x iya2 x sampai jgk ke jepun ni hehe. Kena ada member yg tegas mengajak jom pi jepun!lupakan korea dulu hehehe. Tapi kan kay, belum pegi lagi dah ada niat nak repeat acanerrr. Sbb ralat x dpt pegi Shirakawago huhu. Saya sukaaaaaaaaa sgt2 tempat2 mcm tu. Kampung2 tradisional dorang gitu.. ala2 korea folk village n mbc dramia. Rasa masuk ke zaman yg lain. Tp mmg x leh squeeze in dah sbb 6 hari penuh je berjalan lepas tu nak travel dr tokyo ke osaka pulak. Then bila study2 tau pulak pasal kagoshima.. alaa kena pegi lain kali la jwb nya.

      Adoii segan. Saya selalu rasa ayat2 saya memeningkan. Sbb tulisan dlm blog ni mcm percakapan dlm hati n kepala je kan. Something yg x terluah di mulut kekdahnya hehe

      Delete