Tabs

Monday, June 30, 2014

Cara nak ke Gamcheon Cultural Village

Dalam entri sebelum ni, catatan perjalanan ke Gamcheon Village aku kemain cerita betapa gembira dan penatnya kami, kemudian terus merudum ke kisah sedih sebab flight cancelled. Langsung terlupa nak kongsi maklumat ni.

By Subway
-=-=-=-=-=
Busan Subway: Toseong St. (Line 1 / Exit 6)

Keluar dari Exit 6, jalan terus dan kemudian belok kanan.
Jalan menaiki jalan berbukit sampai ke sebuah bus stop - Pusan National University Hospital. Depan bus stop tu ada Busan Cancer Centre.
Tunggu bas, dan naik bas nombor 2 atau 2.1 dengan bayaran 900won. Leh pakai T-Money.
Turun di bas stop ke 11 - Gamcheon Cultural Village. Kalau tak sure kat mana nak turun, tanya driver bas. Takpun, awal-awal masa naik bas tu cakap "Gamcheon Munhwa Maeul", takpun print siap-siap perkataan Gamcheon Cultural Village in hangul. Ini dia - 감천문화마을 .  
Print la besar-besar ye, hehe.
Then cari direction guide, papan tanda warna coklat. Panjang-panjangkan leher tu, tengok belah atas jangan tengok depan je. Sebab ianya papan tanda tergantung tinggi di atas.
P/s - Ada yang kata masa nak turun tu, turun dekat Gamcheon elementary school. Yang mana satu sebenarnya, aku pun tidaklah pasti sebab aku hari tu kan naik teksi. Tapi informasi yang aku bagi kat atas tu dari buku Travel to Korea.

By Taxi
=-=-=-=
Seperti kami hari tu, mengejar masa so teksi pilihan terbaik. 
Bagi driver alamat ni: 200 Gamnae 1(il)-ro, Saha Gu, Busan. Telefon # : 051-2933443 
Bayarannya ialah sekitar 15000 - 20000. Kalau ramai-ramai naik satu teksi, apa salahnya kan. Jimat juga. Less hassle nak bertukar train bagai. Melainkan bajet ciput so memang tak boleh nak buat apa lah.


No comments:

Post a Comment