Tabs

Thursday, August 28, 2014

Ingatan & Motivasi : Kita Ibarat Memiliki Kain Sesentung

Maksud?

"Tarik menutup kepala, kaki terbuka, tarik tutup kaki, kepala terbuka"

Kita tak mungkin sempurna semuanya. Anak yang dianugerah tuhan takkan semua memenuhi impian kita. Kelapa setandan, bukan semua berisi. Pisang setandan, bukan semua sama besar. Jari ditangan, bukan semua sama panjang. Oleh itu, redhalah pada kekurangan, bersyukurlah kepada penganugerahan tuhan. Yang terkurang itu, ujian Allah, peluang untuk bersabar dan berusaha.

Suami isteri nampak perfect, sempurna segalanya, masa belum berkahwin. Bila dah duduk serumah nampaklah kudis sana sini, cacat cela sana sini. Itulah hakikat kekurangan untuk kita redha, bersyukur dan bersabar.

Tidak semua rakan dan pekerja kita sempurna. Terimalah kekurangan mereka  dengan berlapang dada, membetul apa yang tidak kena, menambah apa yang terkurang. Jika anda seorang guru, ingatlah murid anda ibarat jari tangan yang tidak sama panjang. Pencapaian, kebolehan dan perangai adalah berbeza.  Bersabarlah, bertekunlah untuk membaiki padamkan percikan api kemarahan,kerana mereka semua juga ciptaan tuhan.

Kita ibarat kain sesentung, tutup kepala kaki terbuka. Tutup kaki, kepala terbuka. Bersabarlah, berlapang dadalah. Jika anda memarahi anak orang lain, ibubapanya pasti terasa. Jika anda menyatakan kekurangan seseorang, ibubapanya akan terasa. Apakah anda tidak takut jika nada menyatakan kekurangan seseorang , anda akan dimarahi oleh tuhan yang mencipta mereka? Inilah hakikat mengapa kita kena mengawal kemarahan, apalagi kepada manusia. Berpada-pada dan berhati-hatilah. Marah mungkin pada perlakuan, jangan marah pada sifatnya.

==========================================================
Aku terbaca dari FB. Random people. Terkesan di hati.Lalu nak share di sini.

Walapun hakikatnya pada aku bukan senang nak mengamalkan.. Tapi,..

No comments:

Post a Comment