Tabs

Saturday, October 25, 2014

2014 Saigon September - Day 3, 17 Sept 2014

Assalamualaikum.

Sambung cerita hari ketiga di Saigon.. Rabu, 17 September 2014.  Baca entri hari kedua ke Mekong di sini.
Hari ni aku ikut half day tour ke Chu Chi Tunnel. (Read=kuchi)
Kali ni aku pilih pakej ikut family kak Rina, sebab memang dah janji-janji semalamnya. Kami pilih untuk tempah pakej dari hotel tempat Kak Rina duduk, Than Thu Hotel. Bayarannya USD12. Hotel-hotel lain pun charge harga sebanyak tu. Oh ye, Restoran Basiroh pun ada offer pakej ke Chu Chi Tunnel, opkos dengan makanan halal. Tapi pada aku tak berbaloi, sebab diorang caj USD20, sama macam harga ke Mekong. Kalau makanan bungkus yang dihidangkan sama taraf macam makanan hari sebelum tu, aku rasa tak padan kot.. Dah la trip setengah hari je.

Petang semalamnya, sebenanarnya Kak Rina dah tolong aku book makanan halal dari sorang akak yang jual makanan halal dengan motosikalnya. Aku pesan nasi lemak dan popia. Sepatutnya nak makan popia tu pagi tu.. tapi tak sempat. So aku bawak sekali popia tu ke sana. Kenapa entah aku agak kelam kabut pagi tu. Sibuk nak tukar duit kecik, sibuk nak beli jajan.. Bas janji nak ambil pukul 8.30 pagi di depan hotel.

Lebih kurang pukul 8.35 pagi bas jemput kami, dan seperti biasa akan menyinggah beberapa hotel untuk mencukupkan ahli rombongan. Sekali lagi, hanya kami berempat orang Melayu di situ. Ada sepasang suami isteri berbangsa cina dari Malaysia, sekali dengan kami. Yang lain semua omputeh.

Dalam perjalanan, bas menyinggah di satu pusat kraftangan oleh orang kurang upaya. Aku tak beli apa-apa, tengok-tengok je. Sebab dah tau harganya mesti mahal. Again, pusat kraftangannya macam rupa bangsal-bangsal je gitu. Aku ambil peluang untuk duduk makan popia sementara menunggu orang lain.. Masa aku tengok-tengok kraftangan tu tadi, kebanyakan ahli rombongan satu bas dengan aku pegi tandas. So, masa diorang tengok-tengok tempat tu, aku pulak amik peluang makan.. Lapar hoi..

Lebih kurang pukul 11.00 pagi macam tu, kami sampai ke Chu Chi Tunnel. Oh ye dalam bas, kami kena bayar harga tiket masuk dekat English Tour Guide kami. Alamak aku dah lupa nama dia boleh tak..huhu. Kiranya, 12USD yang kita bayar tu tak termasuk dengan harga tiket masuk ke hutan tu. Ye, tempat tu berupa sebuah hutan. Yang paling aku tak boleh lupa, makin nak sampai ke kawasan tu makin teruk jalannya. Bergoncang-goncang lah bas.. Lalu membuatkan aku pening. Derr..

Sampai je, tour guide beli tiket, serah tiket, dan kami pun masuk ke dalam kawasan hutan. Mula-mula, kami diminta dengar satu taklimat tentang sejarah Chu Chi Tunnel. Kemudian, kami ditayangkan dengan tayangan video mengenai kesusahan orang Vietnam semasa perang dulu. Chu Chi tunnel ni dibina semasa zaman perang..

Antara yang menarik untuk aku kongsikan;
Kawasan dibedil bom

Penerangan mengenai  sebuah pintu terowong..
Kalau yang mok mok macam aku haruslah tak lepas... hee
 

 Peserta rombongan turut diberi peluang mencuba masuk ke dalam lubang terowong..


Kemudian kami ditunjukkan contoh-contoh perangkap yang dibina oleh askar Vietnam..
Memandangkan dari segi senjata, mereka memang tak sehebat askar US tapi menggunakan kelebihan berperang di tempat sendiri, ini yang telah mereka cipta:
Wuuu.. ngeri oo. sekali tersalah pijak terus menjunam jatuh atas cerucuk tajam..


Perangkap-perangkap yang lain:
Sticking Trap

Slipping Armpit Trap

Rolling Trap

Window Trap

Folding Chair Trap

Swinging Arm Trap

Fish Trap

See-saw Trap

Door Trap


Antara lubang terowong lain:




Kat tempat ni, digambarkan macam mana askar Vietnam zaman dulu duduk di bawah khemah:
Untuk memudahkan dorang bergerak dalam hutan, yang kadang-kadang hujan dan berlecak, diorang pakai sandal macam ni je..

Lubang ni untuk pengaliran keluar asap dari dalam terowong.. Diorang siap masak dalam terowong tu.



Kemudian, kami fibawa ke lapangan menembak.. Sesiapa nak cuba menembak boleh, tapi dikenakan bayaranlah..


Sementara menunggu yang menembak selesai, yang lain boleh berehat kejap di sini. Ada jualan makanan kat tepi ni, dan cenderamata. Opkos tak halal.. dan cenderamata nya pun mahal..

Kemudian. kami dibawa pulak ke terowong yang dibolehkan para pengunjung masuk dan mencuba. Terowong ni bersambung-sambung antara satu sama lain. Mula-mula aku nak jugak try.. Tapi lepas masuk tak jadi.. aku patah balik dan keluar.. Gelap dan sempit.. Takut jugak jadi apa-apa.. Buatnya tersangkut ke panik ke.. Once masuk dah tak boleh patah balik tau..
Ini le terowongnya.. Kat dalam tu luas la jugak, macam ada ruang muat 5-6 orang berdiri. Kemudian ada lorong sempit.. Memang kena jalan mencangkung atau meniarap..

Acara terakhir ialah merasa makan ubi kayu rebus. Itulah makanan rasmi askar dan rakyat Vietnam masa zaman perang tu.
 Ubi kayu rebus cicah kacang tumbuk..


Kemudian, balik la semula kami ke bandar Saigon. Memang tak lama la trip ni..

Tak tau kenapa, petang tu sampai je hotel kepala aku pening sesangat.. Sampai aku telan panadol dan tidur.
Aktiviti malam, cambiasa dinner dan meronda pasar malam.. Sambil membeli..

Daa.. sekian cerita di hari ketiga.



No comments:

Post a Comment