Tabs

Saturday, November 01, 2014

Hello November

Assalamualaikum.
Gambar takde kena mengena. Aku baru sudahkan tengok 2 episod terakhir cerita ni sekejap tadi.. Berbulan aku donlot dan simpan. Cenggitulah bila dah stop tengok, terus malas nak nyambung. Gambar diambil semasa hari pertama ehxibition ni di sana.

Alhamdulillah entri Vietnam hampir  berjaya disiapkan. Memang berhajat nak siapkan tanpa ada apa-apa pun yang tertinggal. Kalau berjaya, alhamdulillah ada juga 1 travelog yang complete. Sebenarnya jauh disudut hati ni nak jugak la tengok semua travelog yang berkaitan dengan diri ini siap. Nak kata boleh membantu traveller lain tu tak jugak la, sebab makin lama tinggal makin lah dilupakan. Tapi lebih kepada kenangan dan peringatan untuk diri sendiri. Mungkin juga boleh jadi idea untuk traveller lain untuk pergi ke situ.. Walau hakikatnya traveller bilis macam aku ni, semua tempat yang aku pegi adalah tempat orang dah biasa pegi.. hiks! Tapi macam aku cakap tadi, untuk kenangan buat diri sendiri, tanda aku pun dah berjaya sampai ke situ, kao hado aku ado!  Apapun, menyiapkan travelog tertunggak sebelum trip seterusnya adalah satu cita-cita aku jugak.

Now tengah bizi menanda kertas exam. Hehehe bizi la sangat padahal dah 2 hari di hujung minggu ni aku habiskan dengan aktiviti menonton dan mendownload drama. Ada lagi sikittt je kertas 2 (penulisan) yang nak ditanda. Pada aku dari update blog baik lah tanda kertas. Tapi nak tanda kertas macam takde mood sebab enjin menanda dah bergerak secara turbo beberapa hari lalu. So sekarang rasa nak menonton drama. Mind you hari sekolah biasa aku memang tak usik kot hard disk tempat tersimpannya khazanah drama-drama aku.. Memang tak sempat. So aci la kan, 5 hari keje 2 hari layan drama.

Khamis baru ni aku kena pegi satu bengkel. Ramainya cikgu cikgi yang opsyen bi di daerah ni ye. Penuh 1 dewan. Apa yang aku nak highlight kat sini ialah makin lama otak aku makin susah nak ingat muka orang. Aku susah hati kalau tiba-tiba ada yang approach aku cakap "ingat tak kita jumpa kat blablabla bulan sekian sekian..Masa tu bla bla bla" . Kadang tu aku tak ingat ok. Tsk. Serba salah.

Apa lagi.. oh ye untuk tahun depan kaki aku dah terikat untuk 2 trip besar.. besar la pada aku sebab jauh dan tak pernah pegi. Makanya kemungkinan besar sebelum menjelang Jun 2015 aku akan duduk diam-diam di rumah. Dah takyah la nak bukak-bukak laman berhantu Airasia huhu. Nak berjalan perlu study juga. 1 adalah trip backpack yang wajib kena cari maklumat sendiri. 1 lagi adalah ikut agensi dimana aku perlu bayar dan boleh lenggang kangkung ikut sahaja. Memang agak banyak pelaburan bila ikut agensi ni tapi aku nak jugak merasa pegi trip secara santai-santai takyah feel amazing race sangat. Untuk trip bekpek tu aku insyaAllah akan pegi dalam 1 group berempat. Sorang tu, ialah Daff, partner aku ke Korea sebanyak 2 kali sebelum ni. Sorang lagi ialah Zura, cikgu yang aku kenal sebelum pergi ke Korea pada 2012. Kami jadi kawan alam maya dan kebetulan masa aku dan Daff repeat trip ke Korea pada June 2014 ni, dia pun pegi sekali..Siap satu flight lagi. Yang terakhir ialah kawan kepada Zura.

Trip mengikut agensi tu aku daftar sorang-sorang.. Nanti berkenalanlah kan dengan ahli rombongan lain. Sejak gi Vietnam sorang-sorang aku rasa solo trip juga adalah seronok. Tapi certain situation macam payah juga. So, aku join secara solo dan kemudian akan berjalan dan berkenalan dengan traveller lain. Aku fikir, kalau macam tu no hard feeling sebab antara kami tak ada lah rapat mana.. Masing-masing berjalan mengikut hala tuju ketua rombongan. Tak ada nak konflik nak memilih sesuatu atau nak buat keputusan, macam bepkek. Oh ya agensi tu, nak kata agensi pun macam bukan agensi sangat. Mungkin ramai yang dah tau pasal Trip Adik Beradik? Ye, aku mendaftar dengan diorang.. Lama lagi, lebih setahun lagi tempoh nak berjalan ni hehe. So boleh lah berdikit-dikit menyimpan duitnya. Satu kelainan join trip ni ialah kami bakal bergerak dengan lori ais yang dah diubah suai jadi caravan. Lama jugak aku nak buat keputusan nak join ni. Kalau whatsapp dengan founder tu, dah berapa kali whatsapp. harap dia tak cam aku je la.. hehe. Dah bermesej, senyap balik.. pastu tengok gambar dalam instagram dia, rasa bersemangat, whatsapp balik.. Sampailah 2 hari lepas, tiba-tiba aku nampak diorang announce itinerary yang diorang dah siapkan dalam blog. Aku baca, terus tak boleh tahan. Well aku memang nakk sangattt ke situ. Tapi kalau pegi secara bekpek, banyak sangat benda nak dipikir. Pulak tu nak cari travel partner bukanlah mudah ok. Nak jalan solo macam takde keyakinan je sebab jauh.

Kalau bekpek, semua ahli boleh dikatakan kepala. Melainkan ahli tu memang tak amik tau langsung pasal perancangan/itinerary. Bila semua ahli boleh dikatakan kepala (sebab, masing-masing study pasal tempat dll) kadang-kadang tu boleh juga berlaku salah faham. Kadang tu, hal kecik je pun. Macam pasal bangun lambat, nak memilih makanan, kedegilan dan kegelabahan memilih laluan dll (yang pernah bekpek MUNGKIN paham kot). Pasal benda-benda kecik je kan? Tapi biasalah namanya pun manusia. Bila dah letih dan penat, kadang tu tak sengaja suara terover, muka termasam, mulut terlaser.. eh macam-macam lah. Masa tulah pentingnya kebijaksanaan untuk handle emosi dan perasaan. Kalau aku, seboleh mungkin masa travel tu aku cuba menahan perasaan dan tak mau problem tu berlanjutan. Mind you, duit dah labur banyak untuk berjalan kan.. Tak kan nak rosakkan percutian ni macam tu je. Then, bila dah balik M'sia dan aku buat refleksi kendiri (wuhuu perkataan cikgu-cikgu sangat; refleksi tu).. Barulah aku buat resolusi aku nak teruskan jadi travel partner orang ni ataupun tidak. Sebab kenapa, mengapa, tu, biarlah hanya aku yang tahu. Apapun, diri sendiri berhak nak pilih kan.

Sebab tu, aku takut sebenarnya nak bepkek dengan kawan baru. Aku takut kalau nanti, sama ada kawan baru tu yang tak tahan dengan  aku, atau aku yang tak tahan dengan dia. Memang aku cukup takut. Aku takut sebab benda-benda macam tu, trip tu nanti jadi tak enjoy.. Aku taknak. Penat simpan duit tapi what the dodol aku kena melalui trip yang tak best.

Oklah rasanya nak kena berhenti dulu. Dari awal menulis tadi aku ni macam tak ada fokus dan tema.. Tup tup sekarang entri ni macam dah berbau luahan beremosi je hehe.

Till fingers meet keyboard again. 

3 comments: