Asalamualaikum.
Ha. Ada yang suka shopping? Hehe ye aku pun tergolong dalam kategori suka shopping. Dari dulu. Especially bila dah bekerja. Zaman study dulu aku menahan diri. Sebab dah tau duit pun tak berapa nak ada kan. So tak payah nak gedik sangat meninjau itu ini. Kang dah berkenan tapi tak boleh nak membeli tak ke satu hal.
Seiring dengan zaman, cara kita semua membeli pun dah tak sama dengan 15 tahun lepas kan. Sekarang ni, ramai (I'm one of them!) yang suka membeli barang di alam maya kan. Belek. Pilih. Tanya. Order. Bayar. Confirm. Tunggu.
Seingat aku, masa duduk di Endau dulu, alasan aku terjebak dengan online shopping ialah sebab tinggal di kawasan luar bandar. Takde tempat best nak beli barang. Katanya. Eh kataku, hehehe. Seriously sekarang aku rasa alasan tu tak boleh pakai.
Benda yang selalu aku beli ialah tudung. Oh lawanya masa tu tudung-tudung awning thai silk dengan kain lycra bercorak. Then kain cotton. Biasalah barang yang dibeli adalah yang berkaitan dengan pakaian nak bekerja. Oh ye ada lagi. Handbag. hahaha. Masa tu awal-awal aku bekerja kan. Baju dan tudung pun tak banyak lagi. Handbag pun ada satu dua.
Cukup 5 tahun di Endau aku dapat tukar ke BP. Masa tu baru betul-betul sedar, hobi membeli aku telah menyebabkan diri sendiri mengalami kesusahan nak packing barang-barang ketika nak berpindah. Nak packing untuk berpindah tu satu hal. Nak menyimpan di bilik aku yang kecil ni pun satu hal. Jadi, atas dasar kesedaran diri, tahun 2013 (tahun pertama duduk BP) aku TAHAN diri sendiri dari membeli sebarang baju.
Gigih sangat ni, tak membeli. Sampailah satu masa aku sedar pasal tudung Aidijuma, hehehehe. Masa tu sawan online shopping aku kembali datang. Sebab aku fikir, tudung aje pun. Tak susah kan nak simpan tudung? hehehe. Aku katakan sawan, sebab memang banyak betul koleksi aidijuma yang aku berkenan. Kemudian boleh pula branch Aidijuma di buka dalam BP, dekat BP Mall. Hmmm. Memang rabak. Tapi aku tetap layankan. Pernah sekali, sebab nak sangat-sangat 1 corak tudung ni, aku rela keluar kejap lepas maghrib ke situ. Pegi sana semata-mata nak beli tudung, then balik. Memang tak sampai sejam settled.
Kemudian dari tudung, sikit-sikit terjebak beli jubah dress. Masa tu aku siap standby pita pengukur kot dalam bilik. Bila ada masa belek-belek instagram seller, aku siap ukur badan sendiri, hahahaha. Waktu tu, agak berfikir panjang lagi nak membeli. Hati mahu, tapi akal kata jangan..mahal. menyemakkan almari. Dan membazir. Kemudian perasan baju tu dah sold out. Then berkenan lagi, tahan diri lagi, nantilah nantilah.. akhirnya sold out lagi.. Lepas tu bila dah habis sibuk nak tanya-tanya dengan seller, *tak produce lagi ke?* *tak restock ke?* adoii elok sangat kan perangai.
Sampai lah satu masa aku tekadkan hati, kalau tak nak frust, beli je laa. Karang bila dah habis barulah nak tengok sold out item tu lama-lama, huhu. Dan ye. Tak lama pun aku nak penuhkan almari dengan baju-baju cantik tersebut. Tskk.
Seller yang menjadi pujaan hatiku ialah Ruccimodisch web: www.ruccimodisch.com, instagram: ruccimodisch. Si penjual ni memang gigih orangnya, graduate dari UITM. Tak silap aku si pemilik bukan study bahagian fashion pun. Tapi memang dia minat dan ada bakat bab mereka cipta jubah dress yang Muslimah & BF Mummy friendly. Seingat aku , aku terjebak membeli dari zaman diorang berjual beli guna email. Lepas tu up lagi guna whatsapp. Kemudian diorang jual guna website & akhirnya berjaya bukak butik. Servis baik. Urusan jual beli sentiasa lancar dan bertambah baik. Walaupun sekarang aku dah stop dari membeli jubah dress (sebab asyik beli tapi ada lagi yang tak dipakai;) tapi diorang keluarkan pulak blouse..hehe memang menjana ekonomi negara ok aku jadinya.
Sebab dah meroyan membeli tudung aidijuma dulu, sekarang aku dah hentikan kegiatan, hehe. Sebab tu aku suka layankan apa yang aku nak.. Sebab aku tau akan sampai satu masa dimana aku akan berhenti. Lepas berhenti biasanya aku dah tak toleh-toleh lagi dah. Aku stop membeli tudung AJ bukan sebab apa, sebab yang ada-ada dah dibeli menungu-nunggu giliran nak dipakai, huhu.
Tapi taklah bermaksud aku terus pencen dari shopping tudung. Cuma stop membeli tudung AJ. Seterusnya terjebak pula dengan shawl. *pitam*
Shawl yang menjadi pilihan ialah keluaran Rina Salleh Clothing. web: www.rinasalleh.com . Instagram: rinasallehclothing
Yang ni, sejak dari aku mula beli memang dah tau dorang ni well-establish clothing/scarf company.. So servis memang terbaik.
Scarfsweethoney. web: www.scarfsweethoney.com . Instagram: scarfsweethoney
Scarfsweethoney banyak jual tudung instant yang cantik-cantik. Diorang sentiasa come up dengan warna-warna shawl yang rare. Servisnya ok. Urusan jual beli smooth je. Boleh beli through whatsapp diorang layan no problem.
Tudungruffle. web: www.tudungruffle.com . Instagram: tudungruffle.
Yang ni semua yang dijual tudung 4 segi. Trademark diorang ialah ruffle di bahagian penjuru-penjuru tudung. Model nya lawa, so tudung semua nampak lawa.. Hahaha takdelah. Memang semua tudung diorang lawa-lawa. Aku rasa Tudung Ruffle ni sentiasa improvise tudung diorang. Dari yang simple kepada yang complicated tapi tetap lah cantik. Cumanya, ada masa tertentu urusan jual beli akan jadi slow sebab proses mereply whatsapp diorang agak lambat kalau nak bandingkan dengan seller yang lain. Walaupun lambat, diorang tetap gigih membalas. Dan bahasa yang diorang guna sentiasa sopan. Sentiasa berbudi bahasa gitu. Hehe awal-awal tu rasa nak marah juga, dah tanya / transfer duit dekat seminggu tapi takde reply kan huhu. Aku syak diorang terlalu sibuk. Sebab,, lambat macam mana pun, akhirnya diorang akan reply dan pos tudung tu. Dengan tudung ruffle ni, aku memang tak pernah serik nak membeli walaupun sekali order tu hanya sehelai sebab tudung yang dijual cantik-cantik warna dan pattern nya. Memang lain dari yang lain. Sekarang aku dah tau style dorang, aku memang bayar dan tunggu tanpa sebarang harapan supaya tudung tu cepat sampai.
Eh tetiba entri aku dah jadi entri promote online shop ye. hehehe. Takdelah, sekadar nak berkongsi apa yang aku suka dan kebaikan penjual-penjual tersebut. Mana tau ada yang berkenan sama dan membeli kan.. Silah ushar laman web ataupun instagram diorang ni, dan marilah sama-sama menjana ekonomi negara.
Kahkahkah sesuatu sangat ni.
Aku tau, ada orang tak berkisah pun pasal membeli tudung, shawl atau baju ni. Ada yang fikir, buat apalah nak membazir spend duit banyak-banyak ke arah itu, walhal boleh dapat dengan harga yang jauh lebih murah. Boleh je pakai ulang-ulang tudung/ baju yang sama. Tudung yang sama, ada je yang dijual dengan harga yang lebih murah. Well, tepuk dada tanya selera. Aku tak kata tanya poket, sebab ada orang, memang ada duit dalam poket cuma dia rasa tak perlu dan tak nak membeli. Aku pulak fikir macam ni,, fitrah kerja aku kena berdepan dengan orang ramai. Budak kecik pun orang kan? Tak salah aku pakai lawa-lawa depan kanak-kanak ni supaya diorang pun rasa seronok tengok aku. Arghh susah aku nak terangkan, mungkin ada yang tak boleh relate apa kaitan baju cikgu yang lawa dengan anak murid.. Selain tu, diri sendiri pun rasa happy. Itu aku lah. Aku akan rasa happy bila datang sekolah dengan penampilan yang presentable dan cantik (well at least cantik di mata ku hohoho)
Ok tetiba entri aku dah ke arah penampilan keyakinan diri pulak dah hahaha I need to change the entry. Tapi malas nak fikir, so lantokkan di situ.
Rasanya kena stop di sini dahulu ya..
Salam singgah dan salam perkenalan,
ReplyDeleteSaya pon sangat addicted dengan online shopping... Ada je benda yang nak dibeli kan. Lagi-lagi sekarang ada smartphone, sambil golek-golek dalam bilik pon boleh shopping.
Saya setuju dengan ayat-ayat last tu, kerja saya pon banyak jumpa orang. Dulu pakai cantik-cantik dan kemas sebab terpaksa tapi sekarang memang pakai untuk diri sendiri. Bila kita rasa cantik, motivasi pun tinggi je nak pergi tempat kerja kan.
Hi kay! Tq sudi singgah sini ^^
DeleteA'ah betul2.. dgn smartphone skrg sambil golek2 ats katil pun boleh jadi shopping.
Hehe kan? Mmg ada impak positive dkat psikologi diri sendiri.. saya sendiri masih pakai baju kurung 10 thn lepas sbb masih elok dan rasa suka kat baju tersebut n bila dipadankan dgn 1 tudung/shawl baru rasa gembira berganda.