Tabs

Tuesday, May 05, 2015

Ke Singapura tapi cuma tuju 1 tempat je

Assalamualaikum

Sebelum aku terlupa cerita pasal trip pendek ke Singapura ni, baiklah aku blogkan di sini ye...

Walaupun aku ni orang Johor tapi seumur hidup memang tak pernah melangkah kaki ke negara jiran tu. Rasa nak pergi tu pernah ada. Tapi kesungguhan tu takde. Bila kesungguhan takde makanya apa pun tak boleh. Kalau bersungguh-sungguh, rasanya solo pun sanggup aku terjah.

Nak dijadikan cerita, 3 hari sebelum hari kejadian, my colleague whatsapp ajak aku temankan dia gi Singapore untuk tengok konsert suju. Aku memang tau dia n kawan dia bercadang tgk Super Show 6 kat Singapore. Tu pun sebab dia tanya2 pasal urusan buat passport kat aku. Nak jadi penyebab, kawan dia tu tak dapat pegi pulak sebab kena jaga mak yang sakit. My colleague ni pulak kalau pegi sendiri memang tak lepas. Family tak bagi. Plus, knowing her aku tak rasa dia berani pegi sorang2. Lepas tu aku agaknya calon terbaik sebab single dan ada passport.

Tapi tak semudah tu kot aku setuju. Mehehe.

Kawan2 zaman u aku dulu cukup paham resmi aku. Kalau aku nak, ok. Kalau aku tak nak ikut, that's it. Tak usah la kau memaksa. Sebab aku rasa aku bukan jenis memaksa orang, especially bab2 jadi peneman ni. So kenapa pulak aku harus dipaksa. Tabiat memaksa aku hanya untuk anak murid je. Ala tu pun paksa buat keje sekolah, huhu. (Walaupun di zaman ini sebenarnya cikgu dah tak boleh paksa anak murid buat keje sekolah.. percaya kah kau?)

My colleague ni pulak dalam whatsapp memang ala2 memujuk yg totally bukan style aku. Aku diamkan sebab kalau terus reply dikhuatiri nanti dia punya operasi memujuk makin bersungguh lalu tertewas. Kebetulan pulak, masa tu aku takkan berjumpa dgn colleague tu untuk 1 hari sebab dia sibuk uruskan budak yang terlibat dengan game volleyball.

Lepas sehari semalam aku mengabaikan message dan panggilan dari dia akhirnya aku bagi jawapan setuju. Akhirnya aku setuju sebab memikirkan ada possibility aku kena amik flight ke Changi Airport suatu masa nanti.. Jadi mungkin kalau aku pegi trip ni aku boleh tengok2 dan belajar sesuatu. Ya. Why not kan. Since passport dah memang ada. Tiket konsert pulak free. Makan pula ditanggung.

So pagi Jumaat seawal kul 7 am aku dah keluar rumah. Letak kereta kat car park UTHM. That colleague jemput aku dan kami bergerak ke JB naik kereta dia. Aku ingat kawan ni dah pernah drive masuk Singapore rupanya tak pernah yeee. Dia pernah pegi ikut family satu ketika dahulu tapi dah lama tak pegi. Mak n adik beradik dia selalu jugak masuk Singapore katanya. So kat situ aku ada rasa lega. Mungkin lah dia tau macam2 n bersedia nak memandu di sana. Aku memang zero knowledge pasal pemanduan di Singapore. Plus aku tak study apa2  nak masuk Singapore ni. Role aku hanya peneman, katanya.

Sampai JB, beli makanan untuk lunch siap2. Nasib baik aku pernah pergi bangunan JB Central tahun lepas, so tau la jugak mana nak beli makanan kat area tu.

Pemanduan masuk ke Singapore bermula dengan pengalaman pahit sebab kena marah dengan polis trafik. Tskk. Kami berdua boleh tak perasan mana laluan kereta nak menghala ke arah Woodland lalu termasuk ke lorong lori. Polis tu kemahen lagi marah, siap cakap nak saman. Berapa kali dia ulang2, "ke depan, saman rm300!". Yang kami ni dok laa ikut moto dia. Dalam fikiran dah ready nak bayar saman. Tetiba bila kami ikut dia dok tercegat dari jauh buat muka bengis. Awww marah pulok? Tadi kata suruh ikut dia sebab nak kena saman. Adoii la. Persoalan kena saman atau tidak ni kena tunggu kawan aku check dengan sistem saman kemudian nanti.

So awal2 dah discouraged by that incident. Kemudian aku perasan kawan ni print map yg tak membantu nak cari Singapore Indoor Stadium tu. Aku tak berapa percaya pada direction dari Google. Sebab ada je yg mengelirukan. Itu yg jadi pada aku masa bergantung harap pada google direction masa kat ho chi minh dulu. Masa tu dah masuk Singapore (tapi jammed teruk, kt immigration) . Aku pulak tak call maxis centre utk aktifkan roaming. Ah sudah. Member tu pulak dah aktifkan roaming bagai tapi belum ubah setting. Sebab risau kena charge gila2 sbb tak aktifkan roaming aku on off data dan gps kejap2. Kenalah bergantung pada waze aku. I wonder y kawan ni tak install waze dlm henpon walaupun I clearly remember telling her to do that. Dia siap boleh tanya aku waze ni apa. Hmmmm. Takpelah.

So. Dalam ketidakpastian berjaya juga kami lalui urusan2 di imigresen sana. Berjaya masuk Singapore. Memandu sendiri. Dan berjaya juga sampai ke tempat kejadian konsert menggunakan waze. Kemudian bila tanya kawan aku adakah dia sediakan juga map/direction nak balik ke woodland dari stadium, jawapannya ialah tidak. Hmmmm gitu. Ini memang sempoi dan asal boleh yew.

Kami sampai area stadium dalam pukul 12.30 pm. Pusing2 cari parking then masuk 1 shopping mall ni. Kallang Mall tak silap aku namanya. Cari 7E untuk topup kad auto pass (parking and toll). Aku melepaskan hajat gi toilet dan berura ura juga nak cari surau. Toilet memang dah macam kat korea sana, no faucet in small room. Terpaksa korbankan air mineral aku sebab nak guna botol..huhu. Kawan aku pun tak tau menahu pasal toilet awam sebab selama dia pegi Singapore hanya melawat umah saudara mara katanya. Ok. Part surau tu memang tak ada ye. So pandai2 lah.

Pukul 2 pm, kami perlahan2 jalan ke stadium. Memang dari kami sampai tadi dah nampak manusia bergerombolan beratur. Sampai sana kami pun diarahkan untuk terus beratur.. dah nak masuk katanya. Memang pun. Pukul 2.30 pm kami dah selamat duduk dalam tu. Konsert start pukul 3. Boleh kata stadium hampir penuh. Memasing muka teruja. Aku je kot muka confuse. Hihu.

Adoi penat pulak bercerita. Cerita nak detail pulak tu kan huhu. Tapi I have to. Just in case 1 day aku terlupa.

Bosan menunggu, aku keluar kejap beli air mineral n pop corn kat tepi stadium. Asalnya dah beli siap siap dari 7E. Tapi masa nak masuk stadium staff check beg kami dan arahkan buang minuman. K fine.

Akhirnya konsert pun bermula....

Seriously situasi itu tak bleh blah ok. Aku takleh hadam suasana dengan sound system yang maha kuat. Sampai mengegarkan tempat duduk. Bunyinya terlalu kuat sampi berdebar debar jantung. Ingatkan selama ni aku on radio kuat2 dalam kereta dah macam onggile dah tapi suasana dalam stadium tu beyond crazy dah kot, pada aku. Dah la sound system memetir metir macam tu. Yang bersorak tu punnn lahhaii. Hwaaaa tensi mak enchek. At times aku tutup telinga aku sebab tak tahan. Boleh tahan lama gak la konsert tu. Pukul 6.15 macam tu baru settle. Tu pun, masa kami berjalan keluar stadium konsert belum officially habis. Suju members masih tengah bagi ucapan lagi. Tapi kawan aku cakap baik keluar dulu sebelum orang ramai berpusu pusu keluar.

Keluar dan tuju ke kereta. Dapat tau kereta kena saman. Sebab tak pakai kupon. Herghh tadi akak kat imigresen kata bayar parking pakai auto pass. Makcik kat 7E tadi pun tak kata apa apa pasal parking berkupon. Kena saman 30 sgd. Kawan aku dah tak keruan dah. Sebab tak tau macam mana nak settle kan. Nak tanya kat siapa. Pusing pusing akhirnya decided utk tanya passerby. Nasib la..aku approach sorang uncle ni. Tanya punya tanya, akhirnya... agaknya sebab dia tengok muka 2 org foreigners ni macam desperado je kot. Dia offer untuk tolong bayarkan. Siap dia tunjuk akaun facebook dia kat kami. Tapi masalah nya sekarang aku try cari akaun dia tak jumpa pulak huhu. Harapnya aku tak jumpa sebab tak ingat dengan baik lah (ada penyakit short term memoy aku ni). Bukan sebab kami ditipu.

Akhirnya. Selamat sampai Woodland. Kat imigresen urusan lancar je. Dalam pukul 7.45 pm kami selamat masuk JB. Kawan aku pulak, dan dan la masa tu parents dia call and berlaku konflik between diorang. Mak dia sound coz pegi Singapore tak bagitau bapak dia. Kawan aku insisted dia dah bagitau mak dia so kenapa nak bagitau bapak dia lagi. Arghh internal conflict cenggini den tak minat ok. Yang pasti, sepanjang perjalanan pulang tu kawan aku agak rushing sebab nak sampai rumah b4 9.30 pm. Katanya kalau sampai awal maybe parents dia kurang sikit nak berleter. Gitu.. lalu plan asal nak pegi makan dinner tadi terkubur. Sampai Pt. Raja dalam pukul 9.30 pm. Aku yang kuat makan ni memang dah beberapa kali membuang angin dan pedih perut..perut dah masuk angin. Yang kawan aku pulak, sepanjang hari tu dia cuma makan dua tiga suap bihun sup (tak ada selera) Tu pun masa sarapan ok?!! Yang aku ni, sarapan tu dah selamat sepinggan kuey teow goreng. Lunch pulak selamat dihadam nasi ayam kfc, alhamdulillah. Betapa besarnya jurang pemakanan kami. And of course saiz dan ketebalan juga amat berbeza.. huhu. Tapi ini first time untuk aku, berjumpa orang tanpa selera makan ni.Travel partner aku, Daff pun kurus orangnya. Tapi berselera juga bila makan.

Maka sebelum sampai rumah, aku singgahlah makan kat kedai makan kegemaran ditemani diri sendiri. What a day!

Something for me to ponder if I ever wanted to drive in Singapore
=======================================
Boleh je nak memandu masuk ke spore. Tapi study. Dan sediakan waze. Juga teman yang boleh bertenang.

Bila masuk negara orang dan memandu kereta sendiri pula,,, tengok keadaan sekeliling betul betul. Tak kisah la bila nak baca direction ke. Nak parking ke.

Study study study study. Ambil tahu.

As usual, choose your travel partner wisely ok. You know why.








7 comments:

  1. Hmm, memang what a day ni! Mesti macam-macam perasaan pada hari kejadian ni kan.
    Walau apapon perasaan pada hari tu, yang penting dapat pengajaran dan pengalaman, betul tak?

    ReplyDelete
  2. Hi kay!
    Betul. Akhirnya di penghujung hari..lepas tolak tepi semua perasaan2 tu yang penting dapat pengajaran dan pengalaman.

    ReplyDelete
  3. Didi, hari tu ada cakap nak pegi Jepun kan? Bila departure?
    Jepun tgh typhoon dgn earthquake... tu yg tiba2 teringat Didi cakap nak ke Jepun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kay!

      A'ah ada baca psl earthquake kat jepun tp masa tu katanya bandr mcm tokyo kyoto n osaka ok lg. Lepas tu sibuk dgn keje terus lupa nak google2. Nak bkk fb pn x sempat. Huhhu.
      Departure on 29th may ni kay.. lagi 14 ke 13 hari gitu. Harap2 semuanya ok lah.. tp ttp berdebar2 ni.

      Delete
    2. Patutlah senyap je, sekarang tgh nak exam plak kan. Ooh lambat lagi nak pergi, insyaAllah dah OK nanti.

      Btw, Selamat Hari Guru ya!

      Delete
  4. Tq kay! =)

    A'ah sekarang dalam proses nak menanda kertas. Plus sibuk dgn sukantara dan sukan pulak..sebelum cuti hehe

    ReplyDelete
  5. Heya..I'm Singaporean living in JB..attracted to ur posts.. banyak gambar2..and the "fine-prints"...love the what to do's and what not's.. kalau nak tips or if u have any q's tang SG.. maybe i can share my 2 cents..InshaAllah .. :)

    ReplyDelete