Tabs

Saturday, August 01, 2015

2015 May Japan Summer Trip - Part 4.2 (Odaiba Island)

Baca entri sebelum:
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4.1

Sampai je di jeti, kami meneruskan perjalanan meronda Odaiba.
Masa ni memang tengah panas terik.

Aku memang tak berapa tau pasal Odaiba, sebab yang study ialah Daff.
Yang aku tau kat sini ada patung Gundam yang besar dan Statue of Liberty tu.

Ok marilah tengok gambar.


 Teens. Perasan aje tu lens dihalakan ke diorang, hehe.

Tu dia. Dari jauh.
Daikanransha "Giant Sky Wheel".

Dekat.
Entah bila nak merasa naik ferris wheel.



Venus Fort Shopping Mall.
Part of Palette Town.
Shopping mall ni nampak sangat unik & exclusive.
Sekadar tengok-tengok begitu saja. Sebab dah tau tiada kuasa membeli di sini. Masa ni, si Zura mencari-cari kedai kasut crocs sebab ada kiriman dari kakaknya.
Memang kami aim 'sekali lalu' je kat sini, sebab itinerary hari ni macam-macam.
Sempat bertanya pada sales girl jalan nak ke patung gundam besar tu.
Bangunan-bangunan di sini macam bersambung-sambung & ada potensi untuk sesat.
Ikut petunjuk sales girl tadi, kami keluar dari Palette Town & menghala ke bangunan Diver City Tokyo Plaza.


Dari jauh laluan ni nampak macam tulang temulang dinasour.
Walaupun kami lalu tepi bangunan Divercity tapi kami tak masuk pun. Ikut jalan luar, lalu Symbol Promenade Park.
Biasanya aku cukup suka dengan park, tapi kali ni memang surrender sebab cuaca yang panas.

Akhirnya.
Elok je sampai, habis suda show - Gundam Comes To Life.
Dalam sehari show ni ada 3 kali; pukul 12pm, 3pm, 5pm.

Peminat Gundam Nombor 1.
Bila aku check folder gambar dari kamera Daff, habis dari pelbagai sudut Daff amik gambar statue ni. Ada satu masa, aku tengok Daff & Zura siap duduk bersila depan patung ni..
Daff, injong! Two thumbs up!
While me, konon-konon jadi puteri lilin, berdiri somewhere kat bawah pokok. Bosan menunggu, aku main kamera, selfie. Lepas tu ada foreigner lain approach nak amikkan gambar aku. Hehehe padahal aku dah tau taktik dia offer nak amikkan gambar, sebab lepas tu nak suruh aku amikkan gambar dia pulak. Layankan ajelah. Mesti solo traveller tu.

Aktiviti di sini tak lain tak bukan amik gambar sampai lebam.
Ayat Daff yang aku tak boleh lupa, "Didi, kenapa handsome sangat Gundam ni???"
Erk, Kita tiada jawapan untuk soalan itu Daff..
Krik krik..

Dekat setengah jam berpanas depan ni, akhirnya kami masuk ke dalam Diver City Plaza, sebab kat dalam ni la kedai kasut crocs tu. Daff pulak aim nak ke kedai Hello Kitty.

Beli. Tak beli. Beli. Tak beli.
Baiklah. Tak beli.


Tolong la. Comel sangat nih,

Sempat juga masuk H&M, sebab Daff nak cari gift untuk bakal anak sedara.
Settle shopping shopping an Daff, kami keluar dari sini.
Seterusnya mahu mencari Satute of Liberty.

Fuji TV.

Tangga di satu sudut bangunan gergasi ini.

Aqua City Odaiba.
Betul-betul depan Fuji TV.
Statue of Liberty tadi ada depan Aqua City ni..

Akhirnya,


Selesai sesi fotografi,  terus tuju je Daiba Station. Dekat je dari statue ni.


Dari sini kami naik Yurikamoke Line, menuju ke Shimbasi St dengan tambang 320 yen.

Hala tuju kami seterusnya ialah ke Shibuya.
Next entri. Hehe.

2 comments:

  1. Lawak betul komen kawan Didi tu, memang peminat tegar Gundam ni sampai robot pon nampak hensem.
    Saya tak pernah round abis Odaiba ni, pernah sampai Fuji TV tu je sekali.

    Try tak matcha ice cream tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Nasib dia tak beli je figura ke robot kecik ke (mahal sgt lagipun).
      Odaiba ni mcm best jugak. Tapi utk di explore dlm sehari mcm kelam kabut juga. Plus cuaca summer yg panas melekit, huhu.

      Hehe try. Harajuku creep pun try. Tp takut nak letak pix, kang ada yg tanya2 psl hukum etc etc. Kami berani beli sbb tgk ada org lain (with msian tour guide) beli. Apapun, kat sana rasa nak cuba semua benda yg ada kaitan dgn matcha..

      Delete