Tabs

Saturday, September 05, 2015

2015 May Japan Summer Trip - Part 6 (Nishiki Market)

Antara tempat yang aku suka masa ada di Kyoto ialah Nishiki Market.

Kalau tak silap aku, sampai 3 kali kot kami ke pasar ni.
Macam-macam produk tempatan ada dijual di sini. Tempat yang sesuai kalau nak cari green tea, seaweed & macam-macam lah lagi. Pakkal je kami ni tak tau baca tulisan jepun & tak reti cakap jepun.. kalau tak, macam-macam kot yang dibeli (cewah,, macam kan berduit sangat hahahaha).

Selain dari window shopping, kat sini juga boleh jalankan kegiatan food testing. Ada sehari tu, kami ni memang dah lapar gila. Dalam pada mencari kedai makan yang muslim friendly dekat kawasan ni, kami tersinggah lagi Nishiki Market ni dan sambil-sambil tu dok berenti dekat kedai yang jual makanan yang kami yakini halal. Belinya tidak.. Tapi sibuk merasa, hahahaha. So, sempatlah alas perut yang berdondang sayang sebelum jumpa kedai makan..

Baiklah, mari layan gambar yang banyak ini,

Aku ada sedikit menyesal tak beli jus limau godang ni...
Takpe. Next time. InsyaAllah.

Variety of pickles. Terbau masam jeruknya bila lalu kat tepi..
Adakah ini serupa banchan di korea?

Masa tengok benda ni aku berazam nak buat jugak bila dah balik Malaysia nanti (tak sampai hati nak beli sebab rasa macam boleh sangat kalau nak buat ni!). Tapi nan hado ye, aku tak teringat pun, sampailah bila tengok drama jepun 37.5° No Namida bebaru ni, & nampak pelakon tu makan timun ni huhu.   


Nukazuke pickles.
Again, I learnt the name from that drama. Katanya ada mix of wine/beer ye.





Tamago ni baby octopus kan?
Aku teringin.. tapi tak tau status..
Lalu aku simpan je niat nak beli & berazam makan yang dekat Sushi King.


Buah berangan..
Kami try sample yang dah direbus.
Cam biasa, lemak manis rasanya.


Bonito Flakes (kot)

Seaweed.
Beli.
Cepat je habis bila dah dimakan.

Bagi aku, beli strawberry ni nasib-nasib.
Ada sekali tu beli, manis.
Di masa lain, masam pulak.
Tapi tak semasam strawberry yang aku beli kat Pt. Raja ni laa huhu.
Eh tak jumpa pun strawberi putih..



Pelbagai makanan laut.

Pelbagai jenis produk green tea (teh/coklat/jem), seaweed & crackers ada dijual kat sini.

Sebab owner dia good looking & peramah serta tabah menjawab soalan aku yang macam-macam, maka aku memborong beli teh & seaweed dari kedai dia.
Sebenarnya kalau kena cara penjual maka aku dengan rela hati membeli macam-macam. Bahaya sebenarnya orang macam aku ni huhu. Paling aku kalah bila dengan sales girl dalam kedai kosmetik kat Korea.

Punyalah tamak, beli green tea macam nak buat mandi ok. Last-last bila balik sini tak terbancuh & tak terminum. Tu pun lepas bagi-bagi orang as souvenir. T__T

Pelbagai rice crackers

Mochi.
Ada juga beli. Tapi bukan yang dekat sini.

Walaupun ianya hanya replika tapi tetaplah menggiurkan.

Mampu tengok dan telan ailio saja.

Apapun, sesuatu yang aku kagum dengan pasar ni ialah tahap kebersihannya.
Walapun bercampur dalam satu pasar ada kedai ikan, makanan kering & basah, teh dan macam macam lagi, dalam keadaan sebelah menyebelah pulak tu, tapi pasar tu tak busuk ok. Lantai tu elok je kering.

Selain tu, nampak sangat diorang ni menjaga kebersihan.. Masa kami cuba makan sample buah berangan tu, pakcik yang menjual tu siap perhatikan kami & lepas kami selesai makan dia hulur bekas untuk letakkan kulit buah berangan tu.

Selain dari kami, budak-budak sekolah yang pergi rombongan tu pun ramai berkeliaran kat sini. Gembira je diorang boleh membeli macam-macam produk makanan kat sini. Aku je yang telan ailio tengok diorang makan, huhu.

So, jangan lupa masukkan pasar ni dalam itinerary kalau berhajat ke Kyoto ye~

Tata.

6 comments:

  1. Sangat menarik tertarik. Pelik betul sebab pasar dia orang boleh kering dan bersih, tempat kita berair dan berbau semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fadli: makin berumur ni makin suka pulak pegi pasar2 hehehe. Taste ku sudah berkadar langsung dgn umur nampaknya.

      A'ah yg tu mmg 2 thumbs up. Menjaga kebersihan sungguh.

      Delete
  2. kalau sampai tempat orang.. bab makanan janganla tak try kalo boleh makan..
    memang akan teringat2 kalo tak beli.. ehehe harga tu pejam mata sajalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul..jgn kan tidak, merasa mana yang boleh dan mampu kan,

      Delete
  3. yup..nishiki market dh masuk dlm itinery awal thn dpn.. teruja baca entry akak.. sy pn nk tgk pasar diorg. mcm ana pasar kita xblh sebersih pasar diorg kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai mira. Maaf lambat saya reply .. bila tarikh trip nya.. ya mmg x menyesal ke pasar mcm ni.. teruja dan gembira lagi ada kan.

      Delete