Tabs

Friday, September 16, 2016

Sekian lama kau menghilang.

Assalamualaikum.

Ya. Sekian lama aku menghilang.

Warning siap-siap la dulu hehe. Sebelum mula menaip pun aku dapat rasakan ini macam entri sampah. Erk macam tak berapa sedap pulak bunyinya. Maksud aku, entri ni takde motif yang memberi manfaat kepada yang membacanya. Bukan travelog. Bukan juga berkongsi bahan pelajaran. Okey dah warning awal-awal maka jangan menyesal membacanya ya (herghh macam kan orang tertunggu-tunggu update kau je kan, huhu).
Tetapi? Sebenarnya ikut suka tuan blog la kan hehe. Kenapa pulak aku nak rasa bersalah ni huhu.

Tahun ni juga adalah satu rekod untuk blog ni, sebab setakat aku mengarang entri ini, jumlah entri 2016 yang ada tak sampai pun 5. Hai apa nak jadi pun tak tau la ye. Kesimpulan yang aku boleh buat ialah, mengarang ini tidak boleh dipaksa-paksa.

Dan dah masuk tiga suku daripada tahun 2016, aku masih di sini tidak berjalan-jalan hehehe. Kebenarannya ialah, aku malas nak study, boleh? haha. Orang kata, kalau malas nak study, amik je lah travel guide, apa susah? The truth is, aku dah buat pun, tahun lepas. Dan kesannya tak berapa baik untuk diri aku ye haha. Yang pasti, travel dengan strangers adalah tak sesuai langsung untuk aku. Seperti biasa, aku akan menahan diri dalam kebanyakan situasi-situasi tak best (sebab tak nak spoil kan mood bercuti diri sendiri dan orang lain,) tapi kesannya sangat lah memakan diri. Penat tau, tahan perasaan marah ni. Bila dah balik Malaysia, belek-belek gambar yang ada, sambil bersulam dengan rasa geram dan seribu penyesalan, huhuhu. Memang la menyesal. Bukannya senang nak merancang percutian kan huhu.

Baiklah cukuplah disitu episod mengenang kenangan tak berapa best ye huhu. Sebelum aku mengundur diri, kutitipkan sekali gambar-gambar syok sendiri ini.. mana tau nanti bersemangat balik nak sambung travelog hehehe. Gambar semua takde watermark. Ate, malas katanya kann.

Merenung nasib diri atas jambatan. Aku suka sangat spot ni. Atas jambatan ni. Korean Folk Village, Suwon. 2014.


Ini pulak.. tak berapa nak merenung nasib diri la. Sebab ini hari pertama aku join trip ni bersama strangers itu hehe. Kampung Bilbo Baggins, Mata-Mata.

Okay pandangan depan lah pulak hehe.
Daaa.. Until fingers meet keyboard again.

2 comments:

  1. Hi didi,

    saya setuju sgt part "nak mengarang tak boleh dipaksa2.."; semuanya bergantung kepada mood kan? tapi bab entry sampah atau tidak, lantak p lah..blog kita, suka hati kitalah nak tullis apa hehehe

    travel dengan 'strangers'..actually, saya juga ada pengalaman travel dgn 'strangers' ini..awalnya mmg byk skit hati, sakit jiwa dan sebagainya..tapi lama kelamaan, bila dah biasa arrange trip dan travel dgn mereka2 ini saya belajar utk terima semuanya dgn hati yang terbuka..la ne saya enjoy je travel dgn 'stranger' *oppps :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai zilla 😊

      Semoga ada sinar kerajinan untuk saya mengapdet blog lepas ni.. hehe.

      Baca komen zilla, saya teringat baru2 ni ada member bagitau..

      Kalau dulu org ckp, tak pandai buat sesuatu pegilah belajar, atau silalah cuba untuk berubah.. tapi zaman skrg benda tu tak berapa relevan. Sbb ada sesetengah org mmg tak boleh nak ubah dah fitrah diri dia sendiri...Jadi, org lain disekeliling yg kena cuba ubah pemikiran.. tukar cara berfikir & menerima keadaan.

      Rasanya sekarang saya lebih faham kot. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Mungkin saya jd fobia sebab baru pertama kali cuba dan terus serik. Mungkin kalau saya cuba lagi lepas ni, lain pula keadaannya..

      Yang pasti zilla. Nak belajar terima semuanya dgn hati terbuka ni boleh tahan susah, kan? Tapi mmg x mustahil. Sebab semakin saya tua saya rasa saya semakin sedikit terbuka (tp sedikit je la huhu).

      Wahh. Komen dah mcm 1 entri hahahaha. Sebenarnya kalau kena dgn topik laju je kepala dan jemari ni bekerjasama hihi.

      Delete