Tabs

Saturday, September 04, 2021

2019 Kembara Bumi Ambiya Didi_Part 4

Assalamualaikum Warahmatullah..

Sambungan dari Part 3.
Jika mahu baca dari awal, boleh lihat Part 0 .

Juga Part 1 dan Part 2 .

====================================

Selasa, 28 Mei 2019 bersamaan 22 Ramadan 1440.

Sampai di Hotel Metropole, Jerusalem, kami terus dibawa ke ruang makan. Hidangan berbuka puasa adalah juadah dari Timur Tengah. Asing di tekak, namun masih menyelerakan. Mood gembira juga diparas maksima kerana telah selamat menjejaki bumi barakah ini. Usai makan, kami terus check in ke bilik masing-masing. Pasangan bilik telah diberi awal sejak dari hari taklimat keberangkatan di Malaysia lagi.

Kami diberi masa untuk bersiap, solat jamak maghrib dan isyak, kemudian turun berkumpul di lobi untuk sama-sama bergerak dalam kumpulan menuju ke Masjid Al-Aqsa. 

Bukti teruja..terserlah di wajah

Jadi, kami pun di bawa masuk ke dalam kota lama Jerusalem. Bab ni, payah juga nak terangkan tanpa bantuan gambar ya. Jadi mohon rujuk gambar di bawah.

Masjid Al-Aqsa ni letaknya dalam kota lama (Jerusalem's Old City). Bayangkan, satu kawasan bandar yang normal macam di tempat kita. Lepas tu, dalam bandar tu, tiba-tiba ada satu kawasan besar yang dikelilingi tembok tinggi, siap berpintu. Ada beberapa pintu untuk masuk ke kota lama ini. Dalam kota lama ni, terbahagi beberapa kawasan penempatan, sekolah, gereja-gereja dan juga deretan kedai-kedai yang sangat banyak (kedai runcit, restoran, dan lain-lain). Juga terdapat masjid lain selain Masjidil Aqsa.. iaitu, Masjid Umar. Juga ada gereja di dalamnya. So, bayangkan kota ni sangat lah besar. 


Picture credit to BBC

Border putih yang korang nampak di sekeliling kota tu adalah tembok tinggi. Dalam kota lama ni, ada 4 kawasan yang dibahagikan ikut agama. Penempatan muslim, kristian, yahudi dan armenia. Dalam ni juga terdapat kawasan Masjid Al-Aqsa, yang berkeluasan 36 hektar. Tu Masjid Al-Aqsa je ye, bukan kawasan lain. So bayangkan lah sendiri betapa besarnya kota lama ni.

Di antara kawasan penempatan tu, tak ada border atau pemisah ya. Jadi, tembok tinggi tu cuma di luar kota saja, mengelilingi kota lama ni. Macam mana kita nak kenal kawasan tu kepunyaan siapa? Kena lihat papan tanda arah lah, kalau untuk pelawat macam kita ni. Ye, dalam tu ada beratus kot jalan dan lorong. Jujur cakap, kita mudah sesat kalau saja-saja nak explore ikut jalan lain.

Jadi, malam tu kami di bawa masuk berjalan dengan bimbingan Ustaz Adzim. Kami diminta hafal laluan nya, sebab lepas-lepas tu memang kena gerak sendiri bila nak pergi masjid. Sama lah macam kita pergi umrah tu.. Kebiasaannya, cuma hari pertama sahaja mutawif akan ajak untuk gerak sama-sama dalam kumpulan, dan tunjukkan laluan ke Masjid Nabawi dan Masjidilharam. 

Kota lama ni ada banyak pintu. Tak ter explore, kami. Ini pintu yang paling dekat dengan hotel kami. Namanya Pintu Herod (Herod's Gate). Pernah dengar kan, sejarah Raja Herode?



Jauh tak nak sampai masjid Aqsa dari pintu masuk kota?
Pada aku, boleh tahan lah. Tak terlalu dekat, tak juga terlalu jauh. Tapi penat juga jujurnya, hihihi. Lagi-lagi kalau jalan laju-laju. Sebab dalam tu ada kawasan berbukit. Kita boleh rasa ada elevation, naik turun bukit walaupun kita tak pijak tanah. Ya, laluan nya elok je laluan berbatu lama yg saiz nya besar-besar. Tengok gambar nanti ya?

Laluannya juga mesra wheelchair sebab untuk kawasan yang kena mendaki, ada anak tangga dan ada laluan mendatar (kerusi roda boleh lalu). Cumanya, satu cabaran juga kalau menolak kerusi roda untuk sampai ke masjid. Namun ia tidak mustahil, okay? Sebab ada jemaah 1 kumpulan dengan kami yang berkerusi roda dan bertopang (kaki beliau cedera sejak di Malaysia). 

Jalan dalam kota lama, dihias cantik oleh warga muslim kota lama ini.. sempena Ramadan. Lorong-lorong laluan ke masjid tampak meriah dengan hiasan lampu liplap dan ornamen gantungan lain. Sesuatu yang lain dari kebiasaan menyambut Ramadan di tempat kita, kan?




Cantik kan?

Ini pula suasana solat tarawikh di perkarangan Masjid Kubah Emas, atau lebih dikenali dengan The Dome of the Rock. Atau, Qubbat Al-Sakhra.


Waktu Ramadan, Masjid Qibli hanya dibuka untuk muslimin. Muslimat tak boleh masuk. Sebab ramai yang iktikaf 24 jam... Jadi masjid tu penuh. Untuk elakkan percampuran, mereka bahagikan kawasan. Lelaki solat di Masjid Qibli. Wanita solat di Qubah Al-Sakhra. Masjid-masjid di bawah tanah juga penuh dengan jemaah lelaki. Jadi, sepanjang beberapa hari semasa Ramadan di sana, kami yang perempuan ni memang tak berkesempatan untuk pergi masjid-masjid lain selain Masjid Kubah Emas. 

Sebelum masuk waktu berbuka, memang dataran di Masjid Kubah Emas dan Masjid Qibli ni penuh dengan warga tempatan yang duduk berkumpulan untuk berbuka puasa. Meriah betul suasananya, ibarat satu kawasan taman besar yang dipenuhi manusia berpiknik. Ada yang bawa tikar, kerusi kecil dan tapau makanan dari rumah. Kelihatan juga beberapa khemah terpasang, dan mereka beramai ramai duduk di bawah nya dalam kumpulan kumpulan kecil.

Waktu solat terawih pula, jika kita pergi lewat, memang tak ada harapan nak solat di dalam masjid (penuh!) . Jadi, solat lah di dataran (macam di Mekah dan Madinah juga kan?)

Waktu solat maghrib, isyak dan terawih, penuh ya dataran. Dataran Masjid Kubah Emas ni penuh dengan jemaah wanita. Dataran Masjid Qibli pun penuh dengan jemaah lelaki. Penuh dia luar biasa pada aku. Sekali lagi, suasana yang sama seperti di Masjidilharam dan Masjid Nabawi kan. 

Kalau dekat tempat kita, macam penuh nya bazar ramadan..kot? Huhu.. Kenapa aku cakap macam ni.. Sebab memang di kebanyakan masjid kita, lepas 8 rakaat, jemaah mula menyusut kan? Bila menghampiri hujung Ramadan pun sama, makin menyusut. Aku tak pernah lagi nampak orang di sekitar kawasan aku ni sampai solat terawih di perkarangan masjid. Mungkin ada di tempat atau negeri/daerah/bandar/kampung orang lain..mungkin?

Ok lah, pemandangan malam memang indah, tapi pemandangan siang pula lebih jelas. Untuk kefahaman, mari lihat gambar-gambar dalam kota lama waktu siang ek.

Antara kedai dalam kota lama

Laluan ke masjid

Perhatikan anak tangga dan pilihan laluan mendatar disebelahnya. Nampak kan, menurun jalannya?

Papan tanda dalam Bahasa Arab, Al-Haram Al-Qudsi Al-Syarif

Perasan tak ada pintu, tingkap? Itu rumah penghuni dalam kota lama ini. Ini Musim Quarters

Ni dah nak sampai perkarangan masjid ni. Nampak tak papan tanda, Bab Huttah Street 
(jalan pintu Huttah). Bab Huttah ni salah satu pintu masuk ke perkarangan masjid.


Nunnnn di depan sana, bermulalah perkarangan Masjidil Aqsa. Boleh nampak dah rimbunan pepohon pine.

Ready?

One
--
---
----
-----
Two
--
---
----
-----
Go!
--
---
----
-----

Pemandangan depan, lepas keluar dari Pintu Huttah. Nunnn jauh di depan, tu adalah tangga untuk naik ke perkarangan Masjid Kubah Emas ya. Depan ni dah masuk kompleks Al-Aqsa la ni.     

Pemandangan kiri, lepas keluar dari Pintu Huttah. Di sebelah pagar hijau tu ada tandas. Memang agak jauh la tandas dari masjid.

Ohya. Aku skip cerita secara terperinci bab masjid dalam kompleks Al-Aqsa ni dari awal... Aku andaikan korang tau dan sedia maklum.. Tentang masjid-masjid dalam kawasan ni. Tapi aku terangkan lah serba sedikit sebab aku ada sebut dekat atas tu tadi.. Dan mungkin juga akan sebut di entri akan datang. 


Semua sekali ada enam masjid ya. Dua atas tanah (Masjid Qibli yang berkubah kelabu dan Masjid Kubah Emas / The Dome of the Rock)

Juga empat buah lagi bawah tanah: Masjid lama, Masjid Buraq, Masjid Marwani dan Musolla al Rahmah. 

Ok. Insya-Allah akan bersambung lagi di Part 5.


 

No comments:

Post a Comment