Saturday, August 30, 2014

Kisah penyakit gatal-gatal / Eczema

Entri terkini tentang krim merawat masalah gatal-gatal di kulit boleh dibaca di sini.

Aku tak ingat sejak bila,.. Tapi once in a while aku akan kena penyakit gatal-gatal di badan.
(Ni bukan gatal yang dizahirkan melalui perbuatan tu ye)


Mana-mana tempat pun, logiknya memang akan sentiasa berhabuk kan. Kadang tu perasan ada habuk tapi aku main kibas-kibas je dengan kain dan lepas tu terus baring / tidur atas katil. Kemudian muncul lah bintat pada anggota badan. Bintat tu besar la sikit dari kesan gigitan nyamuk. Gatal dan merenyam. Kalau diusik/digaru ianya boleh membesar dan berair. Seriously, menakutkan.
Pengajaran untuk aku, pastikan cadar dan sarung bantal ditukar secara berkala..
dan, jaga kebersihan. hee.

Biasanya aku takdelah memberi perhatian sangat, sebab aku dah tau apa ubatnya. Bila kena je, aku sapu dengan salap gelenggang ni.
Memang berkesan untuk aku, dengan izin Allah. Lagi cepat di sapu lagi cepat baik. Salap tu aku akan pastikan sentiasa ada stok dengan aku.

Ada sekali tu kena dekat bahagian bawah bibir. Sabo je la kan. Oh ye itu terjadi tahun lepas (2013). Asalnya bintat kecil, tapi sebab aku usik-usik dengan tangan, akibatnya, ianya merebak dan makin besar. Biasalah dekat bibir, kadang-kadang tak sedar aku macam usik dengan gigi (ketap bibir).
Memang horror la. Dalam kerisauan dan takut-takut, aku sapu salap gelenggang tu. Makin teruk.. Tskk.
Nasib baik masa tu dah nak hujung minggu. Sempat la recuperate over weekend. By the time pegi sekolah tak berapa bengkak lagi. Tapi yang itu kata doktor, kayap.
Imagine, kena kayap, dekat muka, bahagian bibir. Terasa diri ini pengotor huhu. Doktor bagi ubat makan dan sapu dan alhamdulillah sihat.
Pengajaran penting buat aku masa tu ialah salap tu mungkin berkesan tapi mungkin juga tak sesuai digunakan pada bahagian muka. Dan jangan lupa, jaga kebersihan.

Dua kali dah ulang ayat jaga kebersihan ni. Aku ni bukan lah pengotor sangat (haha ayat bela diri!) tapi bukan juga spesis clean freak. Cuma bila dah tau aku ni mudah alah pada habuk makanya  perlu lah lebih berhati-hati.

Minggu lepas, sekali lagi aku dikunjungi penyakit gatal ni.. Huahua. Yang merunsingkan aku ialah salap gelenggang tu dah tinggal sikit. Lepas tu aku tak tau kat  mana nak cari dan beli. Kadang-kadang bila aku singgah farmasi dan teringat, bertanya juga. Tapi memang tak ada jual. Sampai aku cari info online. Ada jugak yang jual, tapi macam tak sanggup nak beli, mahal sangat. Harga sebekas tu kalau tak silap aku paling mahal pun dalam RM5 atau RM6. Yang kecil biasanya RM3 hingga RM4. Tapi harga bila dijual online, untuk satu set sabun dan krim dah jadi sampai RM30. omg...
(Aku tau kewujudan sabun gelenggang tu, dan harganya pun cuma dalam RM6 - 7 je. Kegunaannya pun sama, untuk merawat penyakit gatal-gatal/panau)


Ye, sabun tu pun aku beli. Risau punya pasal.. Tapi bau dia, masyaAllah..
Bukan wangi ya. Paham-paham la sendiri. Tapi aku tau ianya berkhasiat. Bak kata sales assistant kat kedai jamu aku aku pegi tu, sabun ni ada daun gelenggang yang berfungsi merawat masalah gatal-gatal dan ada juga gamat yang berfungsi merawat luka.

Oh ye, sabun ni mudah lembik. Rasanya semua pun tau sabun kalau berendam dengan air memang lah akan lembik/kembang. Tapi sabun ni, letak dalam bekas tak berapa berair pun boleh jadi lembik. (The pharmacist warned me before, pasal sabun ni)

Tips:Pastikan simpan dalam bekas bertutup supaya baunya tak memenuhi 1 bilik air. Kalau ikut hidung aku, baunya tu dah ala-ala bau orang melabur pastu tak flush, huhu. Ye, ye,, busuk yang berkhasiat..
Dan jangan lupa pastikan bekas tu sentiasa kering, sebab ianya mudah lembik.

Sebab aku terlalu  risau, masa aku masih dalam pencarian salap gelenggang dan tak berjumpa tu, aku beli krim ni dari farmasi. Namanya 60 cream. Untuk merawat fungus. Pharmacist tu la yang recommend. Aku pakai, tapi macam tak berapa nak berkesan je.

Then, aku berusaha cari lagi di kedai jamu lain, yang jauh sikit. Kebetulan masa tu kena berkursus di bandar so terus plan nak cari kedai  jamu di area bandar sana. Alhamdulillah berjumpa. Walaupun tak sama macam yang aku ada, tapi as long as namanya salap gelenggang, boleh la....

So kat sini nak share, kalau ada sesiapa yang mengalami sakit gatal-gatal macam aku dan berasa risau/runsing, cubalah pakai salap gelenggang ni. Boleh cuba cari di kedai-kedai yang jual jamu ataupun orang yang jual ubat/jamu di pasar malam. Dekat farmasi jarang jumpa. Untuk panau pun insyaAllah berkesan, sebab daun gelenggang memang boleh menghilangkan panau. Kira dah mudahlah kan, tak perlu bersusah payah cari daun gelenggang untuk ditonyoh. Dengan krim/salap ni, tinggal sapu je. Aku ingat masa kecik-kecik dulu adik aku berpanau mukanya, so nenek dan parents sibuk carikan daun gelenggang ni. Masa tu orang tak terfikir lagi kot nak jadikan krim.

Tapi kalau rasa nak adventure sikit pun boleh, tonyoh dengan daun sebenar, hehehe.
Ini lah rupa daun tu.
Sumber gambar dari maswafi.blogspot.com
Kalau nak menebas / membersihkan belukar tu tengok-tengok dan belek-belek lah sikit, jangan lah ditebas sama pokok berkhasiat ni ye.

Sekian terima kasih ^^

Friday, August 29, 2014

Jangan jadi macam LUCY

Gi tengok wayang dengan 1 of my colleague semalam (Khamis). Normally aku jenis malas masuk panggung. Reason, aku pun tak pasti. I just don't feel like watching movie. Tapi memikirkan dah lama tak hang out bersama, maka layankan ajelah. Pulak tu kalau diajak keluar di hujung minggu aku memang biasanya tolak. Aku malas nak bersiap, boleh? Bahaha. So, sementara masih berpakaian cantik (lepas sekolah) marilah merayau.

Pilihan cerita ialah Lucy.

Tak nak lah aku story kan kat sini, karang jadi spoiler. Tapi pendapat aku cerita ni not bad. Aku kasi 4.5 dari 5 bintang.  Sebab penuh aksi dan aku tak tertidur. Menonton filem ni jugak memberi pengetahuan am. Kiranya, kenalah dengan taste aku & berbaloi spend doblas hinggit. (Salah 1 sebab aku malas tengok movie ialah kerana feeling gamble with the money; kalau best ok la. kalau tak best, arghh... serik!) Tapi.. aku ada jugak terbaca komen beberapa blogger dan individu yang kata filem ni membosankan..trailer je macam gempak.. hmmm apa yang boleh aku kata ialah taste manusia lain-lain.. bagi aku cerita tu best. Mungkin sebab aku terlalu banyak tengok drama korea dan jepun, amat amat amat amat jarang tengok english movie so aku rasa ianya lain dan menarik. Ataupun mungkin aksi dalam filem tu dah cukup dasyat untuk aku.. drana korea dan jepun yang aku tengok takde la aksi aksi dan tembak tembak sangat. Erk.. terpulang la pada masing-masing ye! Pendapat orang lain tak semestinya sama dengan kita. So kalau nak tengok Lucy, tengok aje.

Point entri aku ni sebenarnya, aku nak highlight ayat my colleague masa tengah tengok wayang,
"Kak Didi, jangan jadi macam Lucy tau. Hati-hati bila berjalan ke luar negara nanti,.."

Sabar je lah tau dengan budak ni. Aku ada sedikit cuak juga sebenarnya. Tapi marilah berfikiran positif Didi. Berhati-hati tu, bukan kat kuar negara je kan. Di mana-mana pun kita kena berwaspada dan berhati-hati..

Lagi satu, bila tengok trailer cerita "The Maze Runner", ada rasa macam nak pegi tengok wayang lagi la, hehehe. 

Thursday, August 28, 2014

Ingatan & Motivasi : Kita Ibarat Memiliki Kain Sesentung

Maksud?

"Tarik menutup kepala, kaki terbuka, tarik tutup kaki, kepala terbuka"

Kita tak mungkin sempurna semuanya. Anak yang dianugerah tuhan takkan semua memenuhi impian kita. Kelapa setandan, bukan semua berisi. Pisang setandan, bukan semua sama besar. Jari ditangan, bukan semua sama panjang. Oleh itu, redhalah pada kekurangan, bersyukurlah kepada penganugerahan tuhan. Yang terkurang itu, ujian Allah, peluang untuk bersabar dan berusaha.

Suami isteri nampak perfect, sempurna segalanya, masa belum berkahwin. Bila dah duduk serumah nampaklah kudis sana sini, cacat cela sana sini. Itulah hakikat kekurangan untuk kita redha, bersyukur dan bersabar.

Tidak semua rakan dan pekerja kita sempurna. Terimalah kekurangan mereka  dengan berlapang dada, membetul apa yang tidak kena, menambah apa yang terkurang. Jika anda seorang guru, ingatlah murid anda ibarat jari tangan yang tidak sama panjang. Pencapaian, kebolehan dan perangai adalah berbeza.  Bersabarlah, bertekunlah untuk membaiki padamkan percikan api kemarahan,kerana mereka semua juga ciptaan tuhan.

Kita ibarat kain sesentung, tutup kepala kaki terbuka. Tutup kaki, kepala terbuka. Bersabarlah, berlapang dadalah. Jika anda memarahi anak orang lain, ibubapanya pasti terasa. Jika anda menyatakan kekurangan seseorang, ibubapanya akan terasa. Apakah anda tidak takut jika nada menyatakan kekurangan seseorang , anda akan dimarahi oleh tuhan yang mencipta mereka? Inilah hakikat mengapa kita kena mengawal kemarahan, apalagi kepada manusia. Berpada-pada dan berhati-hatilah. Marah mungkin pada perlakuan, jangan marah pada sifatnya.

==========================================================
Aku terbaca dari FB. Random people. Terkesan di hati.Lalu nak share di sini.

Walapun hakikatnya pada aku bukan senang nak mengamalkan.. Tapi,..

Sunday, August 24, 2014

Tambah Nilai Prepaid Celcom Untuk Setahun

Ye..
Telah ku praktiskan selama beberapa tahun, sebab senang. No more hassle keje nak kena topup sebab kredit dah tamat tempoh. Duit ada, tapi tak leh nak call out sebab dah expired katanya..

Orang tua, beginilah. Kalau remaja-remaja tu haruslah memanjang kredit tak cukup, iye dok.

Apa pun, entri ini bertujuan memberi peringatan kepada diri ini sendiri.
Tiap tahun bila nak renew asyik la nak kena google.

Cara:
Taip EXP1, hantar ke 28882.
Dapat reply, minta kita taip EXP yes kalau setuju, EXP no kalau tak setuju. Hantar ke 28882 ok.
Pastikan dalam fon ada kredit sekurang-kurangnya RM30, sebab nilai itu akan terus ditolak nanti,
Dalam masa 6 bulan tak payah topup apa-apa pun tak apa. Tapi nak masuk bulan ke 7 kena topup sekurang-kurangnya RM10 (kalau tak silap)

Jikalau ingin tempoh sah kredit selama 2 tahun, gunakan step yang sama. Cuma tukar EXP1 kepada EXP2.
Jumlah kredit yang ditolak ialah RM60.

Gitu..

Tapi, kalau dalam tempoh setahun kredit tu habis digunakan, sila lah topup ye. Jangan pulak ingat dah aktifkan on selama setahun tu maknanya kredit dah habis pun still boleh buat panggilan/hantar sms.
Itu merepek dan too good to be true namanya!

P/s - Masa search info pasal ni tadi, terkejut aku. Entri macam ni pun boleh jadi mangsa kopipes ye? Maksud aku, entri orang lain la. Aku terbukak 2 blog, dan kedua-duanya mempunyai text yang sama. Sejibik sejibon kot. Tak tau siapa yang tiru siapa.
Awassss! Jangan meniru sesuka hati ok? Karang je la sendiri. Blog yang agak susah ni boleh diwujudkan, boleh create isi borang itu ini bagai,, takkan taip entri se simple ini pun tak boleh kan... Apakah?