Tuesday, January 31, 2012

Rosak dalam pakej

Assalamualaikum.

Selalu 'tuan' nya saja yang berbelanja untuk diri sendiri.. Tapi sekarang aku dah masuk zon 'barang kepunyaan mintak dibelanja'. T__________T


Kalau milikan peribadi macam PC / modem yang rosak, rasanya dah banyak kali kot.. Memang berkeping-keping juga kertas bernilai yang dibelanjakan,,,,

Tapi........... kalau kereta yang menuntut dibelanja,,, konfem kepingan itu berganda lagi kan?

Oyeah.
Sebagai pengguna kereta yang cuma tahu hidupkan enjin & kemudian zas zas zas masuk gear & jalan, maka aku memang tak mengambil berat sangat tentang kebajikan kereta.

Sedar, tayar depan tu nampak pelik sebab ada kesan-kesan koyak. Tapi kata buta pengetahuan am pasal penjagaan kereta kan,,, so memang tak ambil port.

Sampai lah pagi tadi bila dapat pesanan dari orang yang cuci kereta aku,.. barulah nak kelam kelibut.
  • Tayar depan koyak-koyak & benjol.
  • Air cond bocor kot. Cuma keluar angin saja.
  • Wiper belakang patah.
Wahhh gembira je kan aku memandu dari BP-Endau 3-4 hari sudah.
Dah la jauh.
Dah la sorang.
Dah la jalan super duper sunyi.

Kesian kau kereta.

Sebagai seorang yang cepat menggelabah juga, balik sekolah terus aku gi survey-survey.
Lepas tanya-tanya kedai sana-sini so dapat jugak la info kat mana terletak kedai-kedai nak 'bershopping' ni (bershopping la sangatttt kan, #tddmka)
Baguskan, dah duduk sini dekat 4 tahun tapi tak ambil kisah mana kedai aksesori, mana bengkel & mana kedai servis penghawa dingin kereta.
Kedai tayar aku perasan sebab duduk sebelah kedai roti. Kedai roti memang sah-sah la aku selalu singgah.

Dan hasilnya,





Wiper patah:
 






Alhamdulillah bukan betul-betul patah, cuma skru longgar.











Air-cond pula pending. Sebab nak check kena tinggal dalam 24 jam. Habis, nak bergerak macam mana. Baiklah nanti-nanti saja aku pikirkan.

Di bawah ni ada beberapa TIPS penjagaan tayar untuk kereta persendirian. Boleh la baca-baca sambil menung-menung dan fikir-fikir... Ada kaitan tak??



Berikut adalah antara beberapa panduan berguna:
===================================
1 ) Segera tukar tayar jika bunganya sudah haus. Tayar begini mudah tergelincir, terjejas akibat kesan membrek dan kurang sensitif dari segi cengkaman. Dalam keadaan jalan basah, kenderaan mungkin terbabas dan menyukarkan kawalan pemandu.
#Takut nya.


2 ) Pemilihan tayar memang penting untuk keselamatan, keselesaan, kawalan dan ekonomi. Membrek dengan mengejut boleh menyebabkan tayar tergelincir. Periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan ketika tayar dalam keadaan sejuk.
#Dah beberapa tahun bawak kereta baru ada skill brek, elak lubang yang,,, err, boleh la kata sedang-sedang suam-suam kuku.. Tak main hentam kromo macam mula-mula drive dulu.

3 ) Jangan memandu dalam keadaan tayar rosak. Tukar atau perbaikinya secepat mungkin.
#Baik,, lepas ni memang kena berwaspada sentiasa.

4 ) Segera baiki tayar tidak normal. Biasakan memeriksa tekanan, penjajaran dan pusingan tayar. Elakkan tabiat buruk ketika memandu seperti memandu terlalu laju, membrek secara mengejut dan mengambil selekoh secara berbahaya.
#Apakah itu penjajaran & pemusingan tayar ye. Kena deep google lagi ni.
#Baik, baik & baik. Saya cuba.

5 ) Pastikan tayar gantian sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan serta memiliki tekanan angin mencukupi.
#Alamak tak pernah check pun tayar spare kat belakang tu.

6 ) Jangan gabungkan tayar dengan jejari dan tayar tanpa jejari. Pada kelajuan tinggi, keadaan itu menyebabkan gangguan kestabilan kenderaan yang mengakibatkan hilang kawalan serta kecederaan serius.
#Nak cari kat mana tayar spare pun terkial-kial kott,, cemana nak main gabung-gabung tayar ni,,

7 ) Sentiasa pastikan skru tayar dipasang dengan betul dan tidak terlalu ketat. Mustahil dapat membuka skru tayar dengan pembuka tayar biasa sekiranya ia terlalu diketatkan dengan mesin pembuka tayar udara.
#Saya cuma me monitor apek itu menukar tayar tadi. T______T Sambil menahan loya bau getah pada tayar.

8 ) Jangan biarkan tayar lebih muatan. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak. Tayar hanya mampu menampung muatan maksimum jika ia memiliki tekanan angin maksimum.
#Selalu isi angin bila rasa nak jalan jauh je..

9 ) Jangan pasang tayar yang sudah digunakan sesuka hati melainkan anda tahu sejarahnya. Ia bermakna, anda bertuah sekiranya kakak anda menghadiahkan satu set tayar kerana beliau ingin membeli tayar baru.
#Sapa laaaa baik hati nak bagi tayar free weihh..


Ingat ya, tayar adalah satu bahagian yang sangat penting untuk menjamin keselamatan anda.

Moral of the story:
-=-=-=-=-=-=-=-=-=-
  • Sentiasa beringat dan waspada dengan keadaan fizikal kereta kita
  • Sentiasa beringat menyimpan wang kecemasan untuk kes-kes macam ni. Kecualiiiii kau boleh keluarkan kepingan-kepingan berwarna warni dari purse dengan senang dan mudah.. anytime anywhere gituu.. hehehe.

Ni kat mana nak cari kelas / tutorial menukar dan memasang tayar ganti ni. Dok survey-survey kelas membuat kek/roti saja padahal tak begitu rajin nak buat kot... Baik cari kelas survival skill begini.

Sekian, lepas ni kena rajin-rajin baca tips menjaga kereta ye. (Walau hakikatnya aku tak dapat bertahan lama kalau browse website pasal tayar/kereta ni.... Lain laa kalau nak pilih2 drama apa nak donlot..muahahaha. sengal.)

    Monday, January 30, 2012

    Mampu kah?

    Mampu ker??

    Aku kan pernah buat 1 entri pasal nak ke Korea dulu.
    Ye, plan nya tahun ni. To be exact bulan 5 ni. Kalau tak mungkin bulan 11 ni.
    Tapiiiiii plan itu macam masih terumbang ambing je.

    Banyak OK nak kena study, nak travel negara orang ni.
    Tapinya, sejak bukak sekolah awal bulan 1 hari tu, I am toooo occupied with a loaddddd of things.
    Ni baru nak catch up balik pelan-pelan.


    Kalau nak senang, memanglah. Cari travel agency.
    Tapi katanya percutian ber bajet kan..
    Maka haruslah study sendiri kalau nak tau tawaran terbaik.

    Sempat ke? Cuak rasanya.

    Saturday, January 28, 2012

    Saya sukakannya!

    Memang gembira sekali tengok ada 20++ episodes ye.
    Tapi lepas khatam semua.. rasa macam, lambatnyaaaa nak tunggu Khamis.


    Ye. Naruto kan kuar setiap ari Khamis.

    Nak-nak pulak episod minggu ni berhenti kat babak yang buat aku teruja....
    Naruto jumpa mak dia~~ akhirnya.
    Aritu episod dia jumpa bapak dia..
    Sedih wooo..
    Tak berjurai pulakkk air mata aku, huhuh.

    Penat kot tunggu, berapa tahun dah, bila laaaa nak keluar kisah makpak & di sebalik tabir antara Naruto & Nine Tailed Fox.

    And the next episode his mum is about to tell him why he was chosen to be the Jinchuuriki..
    Naruto wanted to tame the kyuubi inside him, so that he can have full controlled of the kyuubi's chakra..

    Tskk.. Ni kalau yang tak tau apa-apa pasal Naruto baca ni, konfemm cam nak juling bijik mata dengan term2 yang aku guna kan..
    Huuuu, I'm too lazy to explain, sebab pemahaman tentang Naruto ni sangat panjang dan berliku-liku..
    Cuma yang aku pasti, once kau dah tengok dan faham salasilah Naruto ni, kau akan rasa macam tengok Anime ni (Naruto) dah macam tengok drama2 lain kat tv tu.. In fact, aku lagi tak sabar menunggu Naruto kot daripada menunggu drama2 manusia itu..

    Sabo je lah ye..

    Monday, January 23, 2012

    Naruto's parents

    Saya masih demam.. huhuh..
    Entri ini cuma nak post gambar parents Uzumaki Naruto.. Spesel untuk kawan-kawan yang pernah minat/tengok Naruto tapi dah pencen tengok..

    Bapa: Namikaze Minato (Yondaime/Fourth Hokage)















    Ibu: Uzumaki Kushina















    The parents =)

    Saturday, January 21, 2012

    No more coffee

    Aku adalah peminum kopi tegar.
    Baik yang 3 in 1 mahupun yang dalam botol bancuh sendiri tu.. Dari jamann U lagi begitu.

    Sedap kan? Wangi je aroma kopi tu..

    Tapi sejak-sejak aku tahu my BP ada pada paras border, 140/90, aku memang stop terus dari minum kopi.

    Dan aku tak sangka aku boleh teruskan tanpa kopi.

    Kepada kawan-kawan, kalau-kalaulah anda juga penggemar kopi, kurangkan lah minum ye. Memang sedap tapi too much caffein memang tidak baik untuk kesihatan..

    Friday, January 20, 2012

    39 Darjah Celcius

    Itu kata doktor Saupi dari Klinik Syifa tadi.. huhu.
    Aku kena demam urat.

    Mula dari balik sekolah tengah hari semalam. Rasa macam 1 badan emit haba.. Tapi tangan dan kaki sejuk. Biasanya kalau demam aku telan panadol je tapi kali ni lepas 4-5 jam effect panadol tu habis, aku rasa seram sejuk balik.

    Memang sedih yeee.. Bila sakit tapi keseorangan. Disebabkan aku memang jaranggg2 sangat demam macam ni so aku rasa cemas bila tiba-tiba aku terjaga dari tidur sebab rasa panas yang amat. Rasa 1 badan keluarkan haba.

    Telefon mak aku, dia tak angkat. Akhirnya aku telefon kawan, huhu sebab nak tanya dan conform kan ini memang simptom orang demam ke. Memang sedihhhh. Ambik la sapu tangan basah dan tuam di kepala sendiri.

    Kemudian dapat pula bercakap dengan ayah aku bila telefon rumah..
    Ye.
    -
    --
    ---
    Itu dia, berjurai-jurai air mata lepas tu. Entah aku pun tak paham kenapa. T______________T

    Petang tadi lepas jumpa doktor tu, dia conform kan sekali yang blood pressure aku sudah normal.. 128/80.
    Alhamdulillah syukur padamu ya Allah.
    Rasa macam separuh sakit hilang.

    Okay, mau terus kan makan. Pilih lauk yang sedap-sedap di kedai tadi khas untuk diri sendiri yang demam ni. Tapi memang selera orang sakit ni kurang kan.
    Tekak rasa pahit..

    Thursday, January 19, 2012

    Macam-macam kisahnya..

    Assalamualaikum..

    Usai 19 hari menjengah tahun baru 2012.. dengan hanya 1 entri.. T________T

    Bukan tak online.. Hari-hari online.. Cuma tak ada perasaan nak update.. Jadi, dalam 1 entri ni nak sumbat-sumbat dengan bebrapa cerita.. Supaya 1 masa nanti kalau diri sendiri selak-selak blog ni boleh teringat semula..

    Banyak Kerja
    =-=-=-=-=-==
    OK, kecoh kan aku. Semua orang pun banyak kerja.. Kalau dah namanya bekerja memang setiap masa dan hari ada saja tugasannya.. Ohh kerja memang tak pernah habis. Sentuh sini, nampak yang sana. Ambil bukak yang sana,, ehhh terpandang yang di situ..

    Aku sampai ke tahap kena list kan apa kerja-kerja aku. Kemudian bila dah buat potong dengan garisan pen. Baik di rumah, jugak di sekolah.. Sebab macam kronik je penyakit pelupa aku ni tauuuu.

    Waktu mengajar aku tahun ni memang santai. Cuma 17 waktu.. Agak kembang kuncup juga la dulu masa dapat jadual waktu.. Tapi bila tahun 2012 ini dilalui, masa-masa free aku setiap hari habis dengan kerja-kerja perkeranian dan macam-macam lagi. Ke sana dan ke mari.Tak leh bayangkan kalau masa aku banyak.. ohhhh. Takpelah Didi buat pelan-pelan insya Allah siap juga 1 hari nanti.. Lagipun boleh juga membakar kalori kannn. Kau kan malas bersukan.. T_____T


    Demam
    =-=-=-=-
    Cuaca tak menentu kan? Di sini, minggu lepas masih hujan-hujan dengan agak lebat. 2-3 hari ni cuaca dah elok sikit, panas. Tapi mungkin sebab tu ramai pelajar dan guru yang demam. Aku? Pun berjangkit (kot!) dari rakan guru yang pergi sekolah 1 kereta dgn aku.. Seksa rasanya.. Ini baru demam.. huhuhu.
    Hari-hari dok laung kat anak murid, kalau dah tau demam tak payah datang sekolah.. Datang tapi lepas 2-3 jam menangis merengek nak balik.. baik duduk berehat saja di rumah..

    Kan best kalau cikgu pun boleh buat macam tu. Tapi prosedur MC cikgu rumit siiikittt so aku malas nak layan. Telan panadol sudehh.


    Hujan dan banjir
    =-=-=-=-=-=-=-=-
    Bermula Sabtu 21 Januari ni sekolah ditutup selama seminggu, TBC. Insya Allah aku akan terus bertolak balik ke Parit Raja lepas sekolah esok. Harap-harap ubat yang aku makan hari ni berkesan dan esok boleh drive dengan selesa.. Sebut pasal cuti dan balik kampung ni, exactly 1 year ago, aku terperangkap dalam banjir di Kahang. Tidur 1 malam dalam kereta tepi jalan. So tahun ni aku memang nak balik kampung ASAP.

    Baiklah, rasanya itu saja yang terlintas di fikiran... Daa..
    Selamat bercuti untuk diri sendiri & kawan-kawan yang sama bercuti.. Jaga diri yaa

    Sunday, January 01, 2012

    Selamat Tahun Baru 2012

    Selamat Tahun Baru 2012 ^^

    Semoga lembaran baru ini membawa kebahagiaan & kejayaan untuk semua.

    Mari memasang azam =)

    *Gambar Naruto, khas untuk tatapan kawan-kawan lamaaaa zaman U yg dah pencen tengok naruto..