Salam Ramadhan..
Esok Nuzul Qur'an kan. Tsk3 tapi aku masih ABC =(
Takpelah lusa maybe aku dah boleh continue.
Selamat bercuti lah pada yang duduk kat negeri yang amik cuti.
Johor memang tak amik cuti Nuzul Qur'an sebab kami dah amik cuti Awal Ramadhan.
Banyak cantik muka nak selalu2 cuti.
Cuti2 pun aku tatappp kena gi sekolah, kasi polish itu budak2.
Kejap kang menyental..
Kejap kang menggilap..
Kejap kang menyembur..
Kejap kang membelai (erk?) ** payah tau.. dah marah2 pastu kena make sure menjaga hati mereka juga..
Marah adalah kerana cuai yang buat cikgu menyampah.
Jaga hati adalah kerana mereka calon 5a sekolah.
Kak, apa kaitan bebelan ko dengan tajuk entri ni?
Er..maaf.
Sindrom cikgu cikgi. Kan dah biasa ada set induksi. Pastu terus melalut sana sini.
Baiklah. Entri ini adalah perihal pinggan mangkuk yang makin lama makin berlonggok kat dapur.
Bukan aku punya. Tapi JIRAN TETANGGA aku punya.
Bukan kes Cik Didi tak cukup pinggan mangkuk periuk belanga sampai meminjam jiran punya. Tapi kes jiran tetangga yang baik hati bersedekah makanan pada aku yang sebatang kara duduk di rumah kecik ini.
Aku mengaku aku bukan lah salah seorang dari masyarakat yang baik. Iya, tak tipu. Kalau waktu aku balik dari sekolah, jiran2 aku duduk berkumpul depan pintu, cukup lah aku senyum2 dan terus jalan masuk ke rumah. Kadang2 aku tak toleh2 pun dan terus saja masuk. Lagi2 kalau dorang tak pandang aku. Hina kan perangai?
Pernah 2 hari cuti aku betul2 duduk dalam rumah tak keluar langsung. Tiba2 sorang jiran yang memang layak aku gelar nenek berdiri tepi tingkap bilik aku dan panggil2..
"Diiiiiiiiiii oooo Diiiiiiiiiiiiiiii"
diam. (telinga aku bertutup ngan headphone)
"Diiiiiiiiiii oooo Diiiiiiiiiiiiiiii"
iye tokkk..
Krek. Tingkap naco aku kuak.
"Buat apa.. senyap je 2 hari tak keluar2 rumah.."
"Hehehe saya berehat cukup2 tok.. penat 5 hari sekolah"
Err.. kak, masih tak dapat tangkap apa kaitan bebelan ko dengan tajuk entri ni?
OK baiklah, baiklah.
Dah 2-3 hari aku berfikir apa sebenarnya aku nak masak untuk pulangkan pinggan mangkuk jiran2 ni. Hina2 perangai aku pun, aku tak tergamak nak pulang pinggan kosong..
Memandangkan lusa maybe dah boleh puasa maka aku rasa I'll be back to normal.
Tido awal.
Bangun awal.
Masak makanan sahur.
Masak makanan berbuka.
Hantar juadah ke rumah jiran.
Mungkin bulan puasa ini mampu mengubah perangai tak cantik aku ni.
Mungkin.
Insya Allah..
Didi...bagusnya jiran tetangga ko... bertuah ko....jeles lak aku... jiran aku..err....dan aku pun..errr..
ReplyDeleteFida: Hmm ko pun tau kan kawasan kejiranan d kampung2.. tp aku yg kunun2 bandar ni (cehhh) kekadang rasa rimas bila jiran sibuk nak amik tau.. hmm.. kna muhasabah diri lagi nih!
ReplyDeleteaku suka kat jiran ko.huahaha...
ReplyDelete