Saturday, March 21, 2015

Maaf dah delete..

Assalamualaikum,

Baru-baru ni aku dapat tau yang aku sudah tersilap makan sesuatu yang tak halal semasa di Korea (samgak kimbap yang ada beef gochujang). Menyesal tak sudah aku huhu. Masa tu aku cuma bertanya pada adik cashier, sama ada kimbap tersebut ada mengandungi haiwan selain ikan. Yang aku pilih tu tuna. Mana nak tau rupanya dalam pepper paste pun ada daging lembu. Adik tu pun dalam keadaan nak cepat kan.
Now aku dah delete gambar tu, ekoran dari teguran seorang hamba Allah yang prihatin. Takutnya.. Kalau orang lain pun sama membeli disebabkan aku membeli dan makan. Maknanya aku pun ada 'share' dalam perkara tersebut.

Ekoran dari kejadian tersebut, aku delete semua post berkaitan makanan yang kami makan dan restoran yang kami pergi di sana. Maaf ya. Bila ada orang bertanya, aku akan kata aku refer pada blog orang. Beliau pernah tinggal di sana dan mana-mana entri beliau tentang restoran / makanan yang beliau cuba, aku fikir tentulah ia boleh aku cuba juga. Itu yang aku jadikan pegangan. Dan aku sentiasa yakin dengan apa yang dia kongsikan. Tapi untuk menjawab persoalan orang aku rasa tak berapa nak yakin, sebab aku menulis berdasarkan pengalaman yang CUMA SEKALI.


Yang pasti, makanan di Murree Restaurant adalah sah halal. Selain tu, ada satu kedai dekat Myeongdong, dekat-dekat dengan kedai Apple (Frisbee)... Namanya Heuksando. Yang itu menunya semua seafood. Tapi aku tau diorang tetap menjual alkohol huhu. Again, kedai makan yang 100% halal ialah Murree..
Direction ke situ boleh lah google sendiri dengan keyword "asam pedas heuksando". Saat aku taip entri ni, entri entri berkenaan masih di situ ye hehehe.

Ok ya, sekian terima kasih..Maaf atas sebarang kesulitan.


No comments:

Post a Comment