Assalamualaikum.
[Adapun entri ni sekadar cerita-cerita sebelum aku pegi dan waktu
mula-mula sampai aje la ye. Warning: agak bosan cerita ni huhu. Aku buat
supaya diri sendiri tak terlupa, apa yang dah berlaku.]
Setelah hampir sepurnama blog terabai, hehe marilah up entri baru.
Dah lebih kurang seminggu balik dari Jepun. Cuti sekolah pun tinggal 1 hari je lagi, sobs.
Bila lama bercuti ni, aku memang ada satu penyakit - malas.
Nak dapatkan balik momentum bekerja tu, adeh..huhu.
Apapun, syukur alhamdulillah trip kali ni berjalan lancar.
Ahli rombongan kali ni masih lagi kami berdua, aku dan & Daff, beserta sorang lagi kawan baru, Zura. Aku & Daff kenal Zura sejak 2012. Kebetulan masa tu kami sama-sama bakal ke Korea & dapat tau bakal check in di guesthouse yang sama. Sebab kami berkongsi profession, & minat pun sama (travel), maka dari situ sikit-sikit aku kenal dia ni.
Nak dijadikan cerita, one day dia ajak aku pegi Jepun sama-sama.
Lebih kurang setahun yang lalu. Masa tu memang AirAsia tengah ada promo. Tiket kami dari KL ke Tokyo. Kemudian dari Kansai ke KL. Semua sekali harganya RM750 (tak termasuk luggage, insurans & makanan).
Bila berjalan dengan orang yang biasa travel ni, pengagihan kerja jadi lebih mudah. Zura dengan sukarelanya jadi tukang book tiket & accommodation. Biasanya kalau aku travel dengan Daff, bab-bab flight aku serah kat dia. Bab tempat tinggal keje aku. Itinerary buatlah sama-sama.
Itinerary ke Jepun, kami bahagi-bahagi kan. Aku dan Daff study pasal
Tokyo. Zura cover bahagian Kyoto & Osaka. Walaupun masa untuk study
panjang, tapi aku tetaplah culas dan malas. Sampai ke hari nak bertolak
ke KL pun masih terhegeh-hegeh print itu ini huhu.
Bila diingat balik, aku dan Zura gamble je bincang untuk beli tiket walaupun takwim cuti sekolah belum keluar. Kemain lagi kami study pattern cuti pertengahan tahun untuk 3 tahun kebelakangan (over tak?). Yelah, nak aim kombinasi harga tiket yang paling menjimatkan kan.
Tapi, namanya kita manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Hari kami patut berangkat ke Jepun tu masih hari bersekolah untuk Zura (Hari Jumaat). Dan hari pertama cuti sekolah untuk aku (Johor dah start cuti hari Jumaat kan). Nak dijadikan penyebab lagi, sekolah si Zura ni nak buat sukan di hari Sabtu. Adoilah.
Maka plan akhirnya dirombak. Zura apply Optiontown (yang ini aku tak berapa paham ek, kena study lah kalau nak tau) untuk tangguh tiket pergi dan balik. Means, dia pergi dan balik dari Jepun sorang-soranglah.
Maka, 29/5 petang Jumaat berangkatlah aku dan Daff ke Jepun. Kami pilih untuk jadi gelandangan di Haneda airport malam tu, sebab menjangkakan sampai sana dah hampir tengah malam. Semua urusan imigresen settle dalam pukul 11.15 pm. Cari kawasan berbangku kat tepi arrival hall. Memang ramai je orang yang tidur kat situ.
Dan seperti yang aku jangka, aku mengalami penyakit susah nak tidur malam tu. Hiargghh. Dah la beberapa malam sebelum tu pun aku susah nak tido. Tension nak siapkan pelbagai kerja sebelum cuti sekolah (tanda kertas, karnival BI daerah, kursus) dan sibuk siapkan iti & study itu ini, plus nervous nak berjalan jauh. Dalam flight pun aku tak boleh nak tidur. Dan memang sengaja taknak tidur, konon nak bagi tidur lena bila dah sampai kat Haneda lah kan.
Ceh. Takde maknanya ye. Elok lepas aku solat jamak Maghrib Isyak, aku jadi segar huhu. Cuba jugak tidur.
Ada lah dalam sejam gitu tidur-tidur ayam, akhirnya aku bangun untuk pegi solat subuh. Waktu tu, subuh masuk pukul 2.45 pagi. Lepas solat subuh, aku jadi celik segar bugar balik sebab dah basuh muka apa semua kan. Serius aku risau sebab aku tau bila siang menjelma, trip akan terus bermula, takde masa rehat-rehat dah.. Dan aku tau aku bakal berdepan situasi kepala noneng sebab tak cukup tidur dan rehat.
Dan sebagai penambah perisa, beberapa minit sebelum naik flight petang tu, aku dah mula rasa macam nak kena demam. Halah halah halah.. hehehe. Ekceli pagi 29 haribulan tu, aku sempat gi jumpa sepupu aku sekeluarga yang baru balik umrah. Diorang duduk kat tune hotel klia2 tu. Dah alang kepalang aku ada kat situ kan so pegilah jumpa. Memang bagai dijangka, orang baru balik umrah biasanya macam kena demam, batuk n selsema (tgk my parents dulu gitu jugak).. understandable, sebab penat dan perubahan cuaca kan.
And me being someone yang senang nak berjangkit when it comes to cold and flu ni, hehehe apalagi..lepas dua tiga jam terus terasa kelainannya... mungkin jugak dah memang aku sendiri yang nak demam.. kes penat sangat dengan macam macam aktiviti sebelum cuti sekolah. Bila bersin tiba tiba rasa perit semacam je kat tekak, terus aku rasa, emmm this is it! Antara benda aku takutkan bila travel - .....sakit.
Apapun, dari 29 sampai 30 hb tu 4 biji paracetamol telah aku telan. Aku dah risau kalau kalau kat airport kena tahan sebab diorang detect suhu badan aku tinggi. Dah terbayang bayang kes malaysian kena tahan kat airport di vietnam pasal demam tu kan.. haa.. tak memasal je nanti.
Oh ye kat bawah ni gambar prayer room kat Haneda Airport. Dekat Level 3.
So, pagi tu dalam pukul 5.30 kami mula gerak tinggalkan Haneda Airport. First train adalah jam 5.17 am. Tidaklah kami naik first train, sebab kami masih terhegeh-hegeh nak beli IC card, nak tengok kiri kanan atas bawah kan hehe. Semuanya berjalan lancar, walaupun kena baca instruction satu-satu mana nak beli, mana nak tuju dll.
Pemandangan Jepun pertama untuk kami, hehe.
Gembira sebab dah sampai, tapi risau memikirkan apa yang bakal terjadi seharian nanti huhu, especially dengan diri yang tak berapa nak fit. Penat + light cold + sleep deprivation. And to think that this is just the beginning of this trip. Hahahahaha inilah namanya, banyak berjalan luas pengalaman kan. Untuk trip kali ni aku merasa berjalan dalam keadaan tak berapa nak sihat.
Ok, next entri aku sambung dengan cerita kami ke guesthouse di Asakusa, dan bermulanya Tokyo Tour kami.
Baca entri seterusnya.