Sunday, February 24, 2013

Catatan Perjalanan ke Korea Sehari Sebelum - Siri 2

Nama program: Uuri Hanguk Tour 2012 (muahaha ni suka-suka je letak dalam itinerary kami)
Peserta: 2 orang yang kenal lebih 6 tahun melalui alam maya, Didi dari Johor dan Daff dari T'ganu. 
Tiket pergi: Air Asia X pada hari Rabu, 14 Nov 2012 jam 08.50 pagi
Tiket balik: Air Asia X pada hari Khamis, 29 Nov 2012 jam 09.35 pagi
Memasang impian nak pergi dari tahun 2004..zaman-zaman bergiat dalam Forum Mesra (www.mesra.net)
Perancangan secara serius: November 2011
Tempoh study pasal Hanguk Tour kami: lebih kurang setahun
Pembelian tiket: May 2012 
Lama di Korea: 16 hari
General itinerary: Seoul - Jeju - Busan - Seoul

Selasa 13 Nov 2012
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Aku bertolak ke KL, naik bas ekspres. Tiket bas aku beli online. Boleh rujuk entri pasal beli tiket bas online di sini.

Sampai Terminal Bas Bersepadu Selatan, terus cari surau, solat Zuhur. Kemudian gerak ke stesen lrt Masjid Jamek untuk jumpa member.

elok pulak lengang kawasan ni masa aku nak snap gambar. hehe takde la, aku memang tunggu takde orang baru snap gambar ni. macam malu gitu nak snap bila ada orang.. huhu entahpape.

Sampai masjid jamek, jumpa kawan, terus gerak ke KL Sentral. Plan jumpa my travel partner, Daff kat situ.
Lepak-lepak dan berkumpul di McD. 2 orang member lain datang. Borak-borak dan kemudian ronda KL sentral cari barang.

Lepas solat maghrib, bergerak ke LCCT. Naik kereta Daff yang dipandu adik lelaki dia.
Sampai LCCT dalam pukul 10 malam. Buat web check in. Berlegar-legar sekejap, beli apa yang patut, lepas tu pergi tengok Plaza Premium Lounge.

Kami memang dah plan nak lepak kat situ malam tu. Memang bayarannya agak mahal, RM100++ tapi aku rasa lebih baik dari duduk merata-rata..& masalahnya, ada ke tempat duduk yang proper dan selesa kat LCCT?
Jawapannya: Memang tak ada, ok.Ada kerusi, tapi pada aku tak selesa untuk bertunggu tangga selama 5 hingga 6 jam.

Jadi, lepas tu, kami pun...

Entri tergantung sebentar sebab aku ada hal.. mehehehe.. Nanti aku sambung.

Catatan Perjalanan Ke Korea Sehari Sebelum - Siri 1

Isnin, 12 November 2012
Malam sebelum berangkat ke KL





Semua ini disimpan dalam 3 beg
  1. beg sandang (yang warna coklat tu)
  2. beg sandang belakang (backpack)
  3. beg jinjit (yang boleh ditarik & beroda)

Barang-barang yang menjadikan luggage aku cukup-cukup 15 kg..
Makanan tu boleh tahan berat!
Plus baju dan seluar yang aku bawa.. (Kata nak travel 16 hari kan, takkan nak bawa 2 helai seluar je)

Sudut-sudut dalam kelas

Kalau ada yang membaca entri ni, seorang guru, dan terjumpa entri ni sebab tercari-cari macam mana nak hias sudut-sudut dalam kelas, mungkin entri ni boleh membantu. (Kalau tak membantu, maaflah ye)

Sebab kali ni aku nak kongsi idea kalau ko memang blank habis tak tau nak buat cemana dah.
Ataupun kelas ko dah ok tapi nak kena make up sikit bagi ceria.

Oh ye, entri ni ditulis untuk mengambilkira kemungkinan ianya berguna untuk guru kelas di sekolah rendah ye. Sebab biasanya tugas menghias kelas di sekolah rendah ni memang guru kelas yang pikul. Ko nak harap budak-budak kelas tu yang hias memang takde lah.. Kalau mengharap diorang buat sepah mungkin boleh.
*Aku tak tau lah kalau ada tapi setakat pengalaman aku di 2 buah sekolah, memang beginilah realitinya*

So, aku susun ikut kronologilah, macam mana kisah aku jadi guru kelas dari awal posting sampai sekarang.
Dari situ boleh kot nampak evolusinya. Cuma yang awal-awal tu aku tak ada gambar nak tunjuk.

2008 :
Tahun 2008, masa tu bulan 8. Aku posting nak dekat akhir tahun. Terus ambil alih kelas. Masa tu boleh tahan berserebeh jugak kelas tu. Sebab kelas dekat bangunan lama, bangunan kayu pulak tu. Tapi sebab dah nak akhir tahun maka aku tutup mata je...

2009:
As expected being a class teacher again. Kelas yang sama. Padan muka aku. Kata sangat kelas ni berserebeh kan dulu, huhu. Masa ni aku memang zero lah senang cakap. Idea pun tak banyak. Kelas ni kan dekat bangunan lama so kat belakang kelas memang tak ada papan kenyataan. Belakang tu memang ada dinding kayu gitu je. Habuk toksah cakap lah. So aku adakan sudut-sudut dan menampal bahan-bahan atas dinding kayu tu terus. Memang nampak sangat tak cantik. Untuk langsir  aku cuma beli kain jersey dan buat langsir paras tiga suku. ***Lepas 2-3 bulan budak kelas ni dok lompat-lompat dan tarik-tarik langsir tu.. Habis melendut dan pecah-pecah benang kain jersey tu*** Memang tak berseni dan buruk kelas ni.

2010:
Guru kelas lagi. Tapi tukar kelas. Dapat kelas di bangunan yang baru sikit. Kelas tu dah cantik berhias. Cikgu sebelum tu hias kelas guna bahan kekal. Macam dekat papan kenyataan, dia guna tikar getah sebagai alas. So, memang tahan bertahun-tahun la kan? Langsir pun dia guna kain jenis nylon. Memang tahan walaupun dah nampak buruk sikit sebab dah lama. Lepas tu, langsir tu dah siap-siap ikan reben di tengah dan dia lekatkan terus pada tetulang tingkap guna stapler. Budak-budak pun dah kena warning jangan suka-suka bukak langsir tu.

2011:
Masih lagi guru kelas di kelas yang sama. Langsir tak tukar. Papan kenyataan tinggal update je.

2012:
Kena pindah kelas lain. Bilik tu dulunya bilik guru. Sebab bangunan baru dah siap, maka bilik guru pun berpindah tempat. Kelas baru ni ada banyak papan kenyataan. Tapi memang nampak biasa-biasalah sebab masa jadi bilik guru, takde siapa nak ambil kisah pasal ganti alas papan kenyataan. Biar buruk. Janji tak koyak.
Untuk gantikan alas papan kenyataan tu, aku beli plastik alas meja ni. Kan ada dijual ikut meter, dekat kedai-kedai biasa pun ada. Semeter paling murah boleh dapat dalam RM2.80. Ada macam-macam warna.

Ini aku pasang sorang-sorang ok. Masa ni aku kena bertugas waktu cuti. Nak lekatkan plastik tu guna la stapler tembak yang besar tu. Berpeluh-peluh jugak mengerjakan sorang-sorang.



Langsir aku beli kain nylon. Beli kat pasar je.Pilih la corak yang ceria sikit. Semeter dalam RM3.00. Untuk sekelas penuh macam ni banyak meter jugak kena beli. Dekat RM100 jugak dibelanjakan untuk langsir sahaja.
(beli langsir kelas macam ni tak boleh claim ok.. sebab tu kengkadang cikgu-cikgu pakai langsir lama dari rumah, ataupun beli langsir terpakai je)
*Aku cari-cari gambar langsir sahaja tapi tak jumpa.. Tengok-tengoklah gambar di bawah ni rasanya ada jugak ter snap gambar langsir. 

Untuk label kat papan kenyataan tu, aku ambil dari laman web www.sparklebox.com
Memang macam-macam ada. Pepandailah pilih. Aku pilih bentuk rama-rama. Failnya dalam bentuk words dan boleh di edit.

Papan kenyataan ni kan panjang, so pandai-pandai jugak lah bahagikan untuk beberapa mata pelajaran.
Separator antara mata pelajaran tu, aku pakai reben.





 Bahagian bawah papan tu, aku tampalkan sifir dan senarai synonim-antonym.. Sifir tu Panitia Matematik yang sediakan. Tinggal tampal ke. Senarai antonym-synonim tu aku taip sendiri. Nanti aku share. Masa print / fotostat tu gunalah kertas berwarna jadi nampak menarik sikit bila disusun dan ditampal.

Separuh daripada bahan yang aku tampal tu aku ambil dari majalah kanak-kanak macam ASUH, ANA MUSLIM.. Kan ada banyak info dan maklumat menarik.. Fotostat warna dan laminate kan saja.. 


Ini pulak contoh hiasan di bahagian depan kelas.

Untuk meja guru, aku beli alas meja bunga-bunga. Ada perasaan menyesal jugak sebenarnya beli jenis ni, sebab nipis dan tak tahan sangat. Lepas tu untuk skirting aku beli kain jersi. Jahit siap-siap ropol tu. Kalau tak nak jahit ropol siap-siap pun takpe, masa stapler pada meja nanti lipat-lipat dan jadikan ropol.. 

***Kayu hoki yang nampak merata-rata dalam gambar tu, sebab masa aku snap gambar ni dah akhir tahun. Masa ni tengah melatih budak-budak untuk persembahan akhir tahun.. Adapun kayu hoki tu di digunakan  sebagai props.. sebab tu dok bersusun dalam kelas ye..

***Bendera malaysia saiz kecil tu pulak sebab sebelum tu ada pertandingan hias kelas sempena bulan kemerdekaan. 


Sekian saja entri kali ni. Harap dapat membantu.

**Updated on 28/03/2013**
Perkongsian Bahan1:
Label Subjek (bentuk rama-rama warna kuning) 
Label Subjek (bentuk rama-rama warna biru)

Saturday, February 23, 2013

Time to say goodbye

Entri khas mengenang hari-hari terakhir di Endau.. Macam biasa aku ni keinginan nak update blog memang tinggi.. Siap snap gambar bagai.. Tapi lepas tu tak update pong!!


Antara lauk-lauk terakhir yang di masak di sana.. Masa ni pinggan mangkuk dah packing. Jadi pakai bekas plastik je.


Kawasan dalam rumah yang dah kosong..

Bilik aku selama 3 tahun setengah
Bilik utama yang aku jadikan bilik stor



                                                                                 
Ruang tamu



Tandas (layankan aje la ye, huhu)


Entah bila nak sampai ke sini lagi.. Simpang ke Felda Endau


Pandangan hadapan simpang masuk ke Felda Endau