Thursday, April 11, 2013

Kad jemputan dari Korea ^^

Suka!
Walaupun pengirim atau pengantin ni tau, aku tak mungkin hadir dalam majlis kahwin dia, tapi dia tetap nak kirim kad.

Oh ye, pengantin adalah owner kepada guesthouse yang aku duduk di Seoul, masa melawat Korea tahun lepas. (Owner sebenar ialah suami dia, tapi kira owner jugak la,, dah jadi bini kan, hehe)

 Aku, Daff, Min (Owner INSIDE Guesthouse), & Mia
Diorang pakai couple helmet tu sebab kami request..hehe how sweet!

Aku, Mia & Daff. Mia sebaya kami. Oh, kami bertiga lahir dalam tahun yang sama ^^


P/S- Masih berfikir nak beri hadiah apa untuk pasangan yang manis, baik hati & peramah ini.

Wednesday, April 10, 2013

Hidangan sempurna?

Bukan nak menidakkan apa yang tuan kedai ni fikirkan, tapi kalau diambil kira dari segi kesihatan, dan pandangan dari orang yang cuba berdiet, rasanya bukanlah hidangan yang betul-betul sempurna..

Ataupun, sebenarnya sempurna itu subjektif?
Lain orang lain cara mentafsirkan maksud sempurna?

Mari lihat.

Mmmm.. memang sedap. Kecuali part air tu la.. Tak berapa nak sihat.
Bab makanan tu, terpulang. Pada individu yang dah sedia sihat dan kurus, rasanya sesekali makan macam ni, tak mengapa kot.

Tuesday, April 09, 2013

[Product Review] Bedak Arab Kokuryu

Assalamualaikum.

Selalu buat review pasal kosmetik dari Korea aje..
Kali ni nak cerita pasal produk dari benua lain pulak ye..

Bedak arab nama diberi.
Nama je bedak arab, tapi dibuat di Filipina.
Lesen dari Jepun.
Target market untuk gadis dan wanita arab.
Tapi kini menjadi kegilaan gadis dan wanita di Malaysia juga.... 

Terpengaruh kerana 1 of my colleague dok cerita, dia pakai bedak ni dah tak payah pakai blusher nak bagi effect pipi merah-merah.. Aku pun agak kekaguman juga sebenarnya. Yelah itu dah kira penjimatan masa berganda. Sapu bedak arab ni dan lepas tu otometik ada effect macam pakai pemerah pipi.. Sangat waaawww ok. Aku kan pagi-pagi selalu mengejar masa..

Selain tu, katanya dengan memakai bedak ni dah tak payah nak sapu foundation / BB Cream bagai.. Sebab terkandung sekali mosturizer dan foundation sekali dalam bedak ni.

Walaupun aku dah ada 2 BB cream yang harus digunakan sampai habis, tapi hati memberontak rasa nak cuba. Gedik sungguh. So, aku pun cuba cari kat kedai kosmetik. Sebab malas nk beli online. Logiknya beli kat kedai lagi murah, ye dak? As no postal charge incurred.
Tapinya, lebih kurang saja,, huhu.
Kena pandai-pandai survey harga lah.. Ada je yang jual lebih murah dari online.

Maka aku pun mula lah membelek produk ni.
Aku amik no.1, Russet Colour. Untuk kulit melayu cam aku, yang nak kata cerah sangat pun tidok, nak kata gelap sangat pun tidak rasanya..(haha statement dah macam orang perasan)

Pek ni sekali dengan span. Span yang besar dan macam mewah je rasa.. Berlainan sangat dengan span-span dalam bedak yang aku pernah beli sebelum ni.  Tapi sebab besar gedabak maka memang span ni bukan untuk disimpan dalam bekas bedak macam bedak-bedak jenama lain.

Beauty Sponge, gittteww.

Apa yang tertera pada belakang kotak..
Produk ni ada paraben juga ye! huhu

Isi di dalamnya!

Rupa sebenar bedak. Licin. Keras.

Pengalaman memakainya:
Kena basahkan span sebelum memakai bedak. Tapi bukan basah menjejeh-jejeh air tu ye. Basahkan span, pastu perah. Kemudian baru sapu pada bedak, dan seterusnya sapu pada muka. Lepas guna sila lah basuh span ni supaya sentiasa nampak baru dan bersih.

Baunya wangi.

Tekstur bedak dalam bekas sangat licin.

Aku tak berani nak sapu tebal-tebal sangat. Takut jadi wayang cina.
Dannn point yang paling penting. Persoalan sama ada lepas pakai bedak arab ni muka akan kelihatan seperti memakai blusher
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..

Tak pun!!!!

Sebenarnya,, masa aku kat kedai tu lagi, penjual tu dah bagitau aku (dia pun pakai bedak ni), yang tak la sampai nampak macam pakai blusher walaupun hakikatnya ko tak pakai pun blusher.. Aku beriya-iya bagitau apa yang kawan aku bagitau..
Dan penjual tu pun beriya-iya bagitau yang sebaliknya.

Lepas aku cuba sendiri.. Memang pun. Cuma nampak macam pakai bedak saja..

Cuma bedak ni boleh dibawa solat la.

Tapi aku perasan 1 benda, bila lepas 3-4 jam pemakaian, kena la cuba tengok cermin, takut-takut bedak tu macam berkumpul di tepi mata. Sekarang kan musim panas, cepat berpeluh. Aku syak itu sebab aku sapu bedak agak tebal. Di masa-masa lain, elok je tak de jadi macam tu.

Melalui pembacaan di blog-blog juga aku dapat tau, dengan memakai bedak ni, muka akan jadi lebih cantik bila berpeluh.. Means idok le bila berpeluh muka jadik horror (Tapi bukan juga bila berpeluh muka akan berubah jadi cantik macam Song Hye Gyo ke hapa,,..ok tak kelakar.. Tapi aku rasa perlu clarify statement aku sebelum ni. Makin cantik bila berpeluh tu maknanya nampak macam masih memakai bedak la)

Pengalaman aku juga, kalau aku basahkan muka lepas 2-3 jam pakai bedak, kadang-kadang nampak la bedak ni macam cair dan nak mengalir pada wajah. Sekali lagi aku syak itu berlaku sebab pakai dengan agak tebal.

Dan ye. Kalau lepas 4-5 jam, bila muka dah mula berpeluh, kalau aku sapu tisu pada muka, akan nampak juga kesan bedak pada tisu. Which is good.
Good?
Ada yang claim bedak ni tak tanggal walaupun lepas 8 jam dipakai. Aku rasa itu agak scary kot. Pakai berjam-jam masih kekal begitu. Takpelah, tanggal pun tanggal lah. Bila aku tau bedak boleh hilang sikit-sikit bila disapu tisu, takde lah aku menyental pipi dengan tisu kuat-kuat gila semata-mata nak hilangkan peluh. Sapu pelan-pelan sudahh.. Dan bukankan normal bedak di pipi hilang lepas beberapa jam.
Nama pun pakai bedak kan, bukan sapu cat.. huhu.. 

Jadi, walaupun pakai bedak arab ni, aku masih perlu pakai blusher kalau nak nampak efek pipi merah. Bukan la nak merah macam pengantin pun kan. Sikit-sikit je.
Aku pun tak tau kenapa kawan aku tu claimed yang pipi dia terus jadi kemerahan bila pakai bedak ni. 

1 benda aku nak puji. Lepas sapu bedak ni pada muka, muka akan berada dalam keadaan lembab-lembab gitu. Kemudian, bila dah kering, bedak tu dah elok terletak pada kulit muka. Bila pakai tudung, takkan meninggalkan kesan warna bedak pada tudung.

Kadang-kadang, ada bedak yang bila muka kita dah berpeluh, macam meninggalkan kesan warna bedak pada tudung kan. Tapi, tidak dengan bedak arab ni.

Sekarang, aku selang-selikan kan lah pemakaian bedak arab ni dengan BB Cream+loose powder.
Karang tak habis pulak BB cream.

Love:
=-=-=
Span yang besar, tebal
Tak tinggalkan kedan pada tudung (bahagian yang touch dengan pipi)
Boleh dibawa solat
Bau yang wangi
Tahan lama. Guna sikit je dah OK.

Hate:
=-=-=
No SPF
Kadang-kadang bedak berkumpul tepi mata lepas beberapa jam
Kadang-kadang bedak di muka luntur bila disapu air
Nak pakai kena basahkah span dulu.. aku rasa macam leceh sikit kot, especially when we are on the move.
Bekas bedak. Tak boleh ditutup rapat. Sangat longgar. Memang design bekas bedak ni macam ni.. So kalau nak dibawa berjalan, tak boleh main letak macam tu je dalam poket beg. Mungkin kena diikat dengan getah. Atau dimasukkan ke dalam kotak sesaiz. 

*Aku terfikir jugak, flaw bedak ni (yang aku alami sendiri), adakah disebabkan aku terbeli produk yang tiruan? Aku pun tak pasti. Tapi aku beli dari 1butik yang juga sebuah SPA. Macam tak logik pulak dorang jual barang fake. Aku pernah google untuk bezakan produk fake & ori, rasanya bedak yang aku beli memenuhi kriteria barang asli.


Kesimpulannya:
=-=-=-=-=-=-=
Untuk bedak ni aku bagi 2.5 bintang dari 5 bintang.
Mungkin bedak ni ok dan serasi untuk orang lain, tapi bukan aku.
Biasalah tu kan, skin care pun macam tu..
Walau macam mana pun takde la aku pakai bedak ni makin naik jerawat atau yang seangkatan dengannya.. Cuma, produk ni tak membuatkan aku nak berhenti mencari produk lain.

Consider to buy again:
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Macam tak je. Aku dah aim beberapa produk lain untuk di cuba.

Monday, April 08, 2013

Buku Program Mesyuarat PIBG

Assalamualaikum.

Walaupun logiknya semua sekolah dah selesai mengadakan Mesyuarat Agung PIBG sekarang..
Tapi sesaja nak share bahan.
Buku program ni dibuat dengan template (design, corak) yang aku download dari page microsoft office.
Dah disusun dalam microsoft words, so that bila print depan belakang dah jadi bentuk buku kecil. 

Boleh je kalau di edit untuk program lain di sekolah..

Muka depan

Muka depan lagi..









Download Buku Program Mesyuarat PIBG


Semoga dengan perkongsian ni ada sesuatu yang berfaedah aku boleh kongsikan & jadi 1 amal jariah.
=)

Happy downloading & feel free to leave your comment!

P/S - Mungkin nanti tak sama sebijik macam dalam gambar kat atas.. sebab font yang digunakan mungkin tak ada dalam PC/Laptop korang.. ubah la ikut keserasian mata memasing ye,