Showing posts with label product review. Show all posts
Showing posts with label product review. Show all posts

Sunday, December 08, 2013

Produk Review: Prreti Pore Strips

Assalamualaikum.

Mood nak mengarang pasal cuti-cuti Korea takde. Kali ni nak buat review pasal pore strip.

Warning: Kalau korang jenis penggeli, tengok black head pun boleh geli-geli, better tutup kot page ni. Macam aku, aku takde perasaan kot. Niat aku taip entri ni nak berkongsi pengalaman guna produk yang baik dan berkesan untuk aku. OK?

Rasanya kebanyakan orang perempuan tau kan pasal bintik-bintik hitam kat hidung. Pffftt aku nak story panjang-panjang as intro pun rasa malas.. Macamlah orang tak tau kan apa itu black head.

Straight to the point. Aku nak puji 1 produk ni.
 

Sebelum ni, aku biasa beli jenama B***e. Memang ada juga black head yang 'tertangkap', tapi pada aku tak banyak mana.

Aku memang saja-saja nak try produk ni. 
Frankly speaking, penyebab utama aku capai lalu bayar di kaunter ialah lepas aku tengok kat belakang pek ni tulis 'made in Korea'.. Mehehe sesuatu sangat kan aku ni.. Haipp.. sukati la orang nak kata apa. Aku beli guna duit sendiri kan..hehehe

 

 
Dalam setiap pek ini ada 3 strip. Harga lebih kurang RM6.90 kalau tak silap. Agak mahal pada aku. Tapi tengok pada hasilnya memang berbaloi.



   
End up, lepas guna aku rasa sangat puas hati.
 





Oh ye. Yang aku blogkan ni pore untuk bahagian dahi dengan bawah mulut / dagu.
Ada lagi satu jenis, pek nya warna kuning, khas untuk hidung.
Aku cari-cari tak ada pulak gambarnya dalam lappy ni. Nak snap malas huhu.

Disebabkan aku memang puas hati dengan produk ni, memang aku beli lebih daripada sekali la.
Korang boleh cari dekat farmasi macam Watson ataupun Guardian. Tempat lain, aku tak pasti..

Sebenarnya, ada je cara lain nak hilangkan black head ni kan. Kawan-kawan aku pernah berkongsi testimonial;
  • Guna kapas dan putih telur. (Sila google)
  • Guna kain basah, gosok area hidung tu setiap kali mandi.
Diorang kata, memang berkesan.
Jadi, tepuk dada tanya kerajinan, usaha, kesungguhan dan bajet hehe.. Pada aku mana-mana cara pun OK..Ikut masing-masing iye dok?

Sekian saja, entri kali ini.
Selamat mencuba.

Tuesday, April 09, 2013

[Product Review] Bedak Arab Kokuryu

Assalamualaikum.

Selalu buat review pasal kosmetik dari Korea aje..
Kali ni nak cerita pasal produk dari benua lain pulak ye..

Bedak arab nama diberi.
Nama je bedak arab, tapi dibuat di Filipina.
Lesen dari Jepun.
Target market untuk gadis dan wanita arab.
Tapi kini menjadi kegilaan gadis dan wanita di Malaysia juga.... 

Terpengaruh kerana 1 of my colleague dok cerita, dia pakai bedak ni dah tak payah pakai blusher nak bagi effect pipi merah-merah.. Aku pun agak kekaguman juga sebenarnya. Yelah itu dah kira penjimatan masa berganda. Sapu bedak arab ni dan lepas tu otometik ada effect macam pakai pemerah pipi.. Sangat waaawww ok. Aku kan pagi-pagi selalu mengejar masa..

Selain tu, katanya dengan memakai bedak ni dah tak payah nak sapu foundation / BB Cream bagai.. Sebab terkandung sekali mosturizer dan foundation sekali dalam bedak ni.

Walaupun aku dah ada 2 BB cream yang harus digunakan sampai habis, tapi hati memberontak rasa nak cuba. Gedik sungguh. So, aku pun cuba cari kat kedai kosmetik. Sebab malas nk beli online. Logiknya beli kat kedai lagi murah, ye dak? As no postal charge incurred.
Tapinya, lebih kurang saja,, huhu.
Kena pandai-pandai survey harga lah.. Ada je yang jual lebih murah dari online.

Maka aku pun mula lah membelek produk ni.
Aku amik no.1, Russet Colour. Untuk kulit melayu cam aku, yang nak kata cerah sangat pun tidok, nak kata gelap sangat pun tidak rasanya..(haha statement dah macam orang perasan)

Pek ni sekali dengan span. Span yang besar dan macam mewah je rasa.. Berlainan sangat dengan span-span dalam bedak yang aku pernah beli sebelum ni.  Tapi sebab besar gedabak maka memang span ni bukan untuk disimpan dalam bekas bedak macam bedak-bedak jenama lain.

Beauty Sponge, gittteww.

Apa yang tertera pada belakang kotak..
Produk ni ada paraben juga ye! huhu

Isi di dalamnya!

Rupa sebenar bedak. Licin. Keras.

Pengalaman memakainya:
Kena basahkan span sebelum memakai bedak. Tapi bukan basah menjejeh-jejeh air tu ye. Basahkan span, pastu perah. Kemudian baru sapu pada bedak, dan seterusnya sapu pada muka. Lepas guna sila lah basuh span ni supaya sentiasa nampak baru dan bersih.

Baunya wangi.

Tekstur bedak dalam bekas sangat licin.

Aku tak berani nak sapu tebal-tebal sangat. Takut jadi wayang cina.
Dannn point yang paling penting. Persoalan sama ada lepas pakai bedak arab ni muka akan kelihatan seperti memakai blusher
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..

Tak pun!!!!

Sebenarnya,, masa aku kat kedai tu lagi, penjual tu dah bagitau aku (dia pun pakai bedak ni), yang tak la sampai nampak macam pakai blusher walaupun hakikatnya ko tak pakai pun blusher.. Aku beriya-iya bagitau apa yang kawan aku bagitau..
Dan penjual tu pun beriya-iya bagitau yang sebaliknya.

Lepas aku cuba sendiri.. Memang pun. Cuma nampak macam pakai bedak saja..

Cuma bedak ni boleh dibawa solat la.

Tapi aku perasan 1 benda, bila lepas 3-4 jam pemakaian, kena la cuba tengok cermin, takut-takut bedak tu macam berkumpul di tepi mata. Sekarang kan musim panas, cepat berpeluh. Aku syak itu sebab aku sapu bedak agak tebal. Di masa-masa lain, elok je tak de jadi macam tu.

Melalui pembacaan di blog-blog juga aku dapat tau, dengan memakai bedak ni, muka akan jadi lebih cantik bila berpeluh.. Means idok le bila berpeluh muka jadik horror (Tapi bukan juga bila berpeluh muka akan berubah jadi cantik macam Song Hye Gyo ke hapa,,..ok tak kelakar.. Tapi aku rasa perlu clarify statement aku sebelum ni. Makin cantik bila berpeluh tu maknanya nampak macam masih memakai bedak la)

Pengalaman aku juga, kalau aku basahkan muka lepas 2-3 jam pakai bedak, kadang-kadang nampak la bedak ni macam cair dan nak mengalir pada wajah. Sekali lagi aku syak itu berlaku sebab pakai dengan agak tebal.

Dan ye. Kalau lepas 4-5 jam, bila muka dah mula berpeluh, kalau aku sapu tisu pada muka, akan nampak juga kesan bedak pada tisu. Which is good.
Good?
Ada yang claim bedak ni tak tanggal walaupun lepas 8 jam dipakai. Aku rasa itu agak scary kot. Pakai berjam-jam masih kekal begitu. Takpelah, tanggal pun tanggal lah. Bila aku tau bedak boleh hilang sikit-sikit bila disapu tisu, takde lah aku menyental pipi dengan tisu kuat-kuat gila semata-mata nak hilangkan peluh. Sapu pelan-pelan sudahh.. Dan bukankan normal bedak di pipi hilang lepas beberapa jam.
Nama pun pakai bedak kan, bukan sapu cat.. huhu.. 

Jadi, walaupun pakai bedak arab ni, aku masih perlu pakai blusher kalau nak nampak efek pipi merah. Bukan la nak merah macam pengantin pun kan. Sikit-sikit je.
Aku pun tak tau kenapa kawan aku tu claimed yang pipi dia terus jadi kemerahan bila pakai bedak ni. 

1 benda aku nak puji. Lepas sapu bedak ni pada muka, muka akan berada dalam keadaan lembab-lembab gitu. Kemudian, bila dah kering, bedak tu dah elok terletak pada kulit muka. Bila pakai tudung, takkan meninggalkan kesan warna bedak pada tudung.

Kadang-kadang, ada bedak yang bila muka kita dah berpeluh, macam meninggalkan kesan warna bedak pada tudung kan. Tapi, tidak dengan bedak arab ni.

Sekarang, aku selang-selikan kan lah pemakaian bedak arab ni dengan BB Cream+loose powder.
Karang tak habis pulak BB cream.

Love:
=-=-=
Span yang besar, tebal
Tak tinggalkan kedan pada tudung (bahagian yang touch dengan pipi)
Boleh dibawa solat
Bau yang wangi
Tahan lama. Guna sikit je dah OK.

Hate:
=-=-=
No SPF
Kadang-kadang bedak berkumpul tepi mata lepas beberapa jam
Kadang-kadang bedak di muka luntur bila disapu air
Nak pakai kena basahkah span dulu.. aku rasa macam leceh sikit kot, especially when we are on the move.
Bekas bedak. Tak boleh ditutup rapat. Sangat longgar. Memang design bekas bedak ni macam ni.. So kalau nak dibawa berjalan, tak boleh main letak macam tu je dalam poket beg. Mungkin kena diikat dengan getah. Atau dimasukkan ke dalam kotak sesaiz. 

*Aku terfikir jugak, flaw bedak ni (yang aku alami sendiri), adakah disebabkan aku terbeli produk yang tiruan? Aku pun tak pasti. Tapi aku beli dari 1butik yang juga sebuah SPA. Macam tak logik pulak dorang jual barang fake. Aku pernah google untuk bezakan produk fake & ori, rasanya bedak yang aku beli memenuhi kriteria barang asli.


Kesimpulannya:
=-=-=-=-=-=-=
Untuk bedak ni aku bagi 2.5 bintang dari 5 bintang.
Mungkin bedak ni ok dan serasi untuk orang lain, tapi bukan aku.
Biasalah tu kan, skin care pun macam tu..
Walau macam mana pun takde la aku pakai bedak ni makin naik jerawat atau yang seangkatan dengannya.. Cuma, produk ni tak membuatkan aku nak berhenti mencari produk lain.

Consider to buy again:
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Macam tak je. Aku dah aim beberapa produk lain untuk di cuba.

Wednesday, February 27, 2013

[Product Review] Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel

Hai. Kembali lagi dengan entri review produk.

Kali ni tentang produk keluaran Nature Republic. Namanya  Aloe Vera 92% Soothing Gel.

Again, aku review setelah lebih kurang 3 bulan aku pakai.
Produk ni dikatakan best seller dalam kedai kosmetik Nature republic.

Aku tak tau pun pasal tu.. Tapi yang aku perasan hampir semua cawangan Nature Republic yang aku singgah / lalu kat sana pamerkan produk ni di bahagian depan kedai.. Biasa kalau best seller / produk glemer kan memang orang letak kat bahagian depan!

By the way, aku tertarik dengan produk ni masa kat Jeju. Kami sebilik dengan sekumpulan cikgu dari Malaysia. Dan aku  nampak bekas ni atas katil dia.. Kami pun share cerita pasal penyakit gatal-gatal / kulit kering / kulit kedut akibat cuaca sejuk di Korea.. 1 of the teachers kata dia beli produk ni & sejak aku cium bau produk ni & cuba sapu sikit kat tangan, masa tu aku memang terus berazam..
Balik Seoul kang mesti beli!

Apa yang menarik pasal aloe gel ni, ianya tak mengandungi paraben, mineral oil mahupun sebarang pewarna.
Korang boleh google pasal paraben ye. Paraben ni macam bahan pengawet la senang cerita. Digunakan dalam kebanyakan kosmetik dan kebanyakan ubat-ubatan macam  minyak2 sapu. Korang pakai Felinna Inchloss? Aku pun pakai.. walaupun aku tau dalam tu ada paraben..huhuhu.. Kadang tak leh nak elak.. macam shampu.. kebanyakan pun ada paraben.. Abis takkan tak pakai shampu langsung kan..
Kesimpulannya, dalam kehidupan seharian kita memang payah nak cari produk yang paraben free!

Tapi dah alang-alang jumpa 1 ni, maka marilah mendapatkannya, ya..hehe

 Bahagian belakang produk. Maklumat dalam 2 bahasa, korean and english language.

Saiz sebenar dibandingkan dengan handphone Nokia aku. Agak besar jugalah sebenarnya.


 Harga di Malaysia aku tak pasti.
Harga masa aku beli di Nature Republic Korea ialah KRW 4400 (Kalau convert guna android application, lebih kurang RM12.60.. Tapi mujurlah kot nak dapat harga tu.. biasanya dah datang Malaysia harga jadi jauh lebih mahal)
**update.. baru jumpa info pasal harga di Nature Republic outlet dalam Malaysia. Sebekas harganya RM39.90
(Mahal ye.. huhu tapi berkhasiat tahu!)
 Isi kandungan dalam bekas ialah 300 ml.
Takde sudu atau penyedok disediakan ye.

Cara pakai:
Ambil dalam kuantiti sedikit, sapukan pada bahagian yang ingin ko sapukan.. As easy as ABC..
Sebab tak disediakan sudu / penyedok maka pepandailah korang mencuit isinya. Nak guna tangan boleh, nak pakai sudu boleh.. Aku pun, ikut dan je.. Tapi masa nak transfer ke dalam botol berpam ni aku guna lah sudu
Aku beli bekas with pump dari Guardian Pharmacy.. Lebih senang, mobil & praktikal..

Tadaaa.. Gitu.. dah siap letak dalam bekas dengan pump. Aku bawa ke sekolah hari-hari. (masa awal-awal aku letak dalam pump.. tapi lepas tu aku dah tak kuasa nak bawak.. Hoiii jadi cikgu di sekolah baru ni ko ingat sempat nak mekap-mekap. Tak payah la bawak ke sekolah. Tak sempat nak menggunakannya pun..huhu.)


Antara kegunaan gel ni, menurut sumber yang aku jumpa dari internet.. memang multi-tasking! daebak! hebat! marvellous!

Setakat ni aku sendiri pernah guna untuk no 2, 4, dan 7. Kat bawah ni pengalaman aku guna aloe gel ni..

Make-up base:
Aku campurkan dengan BB cream dengan ratio 2:1. BB Cream 2, aloe gel 1. Campuran tu nampak lebih cair & 'creamy'.. Lebih senang meresap ke kulit muka lepas di sapu.. Tapi jangan salah ratio.. Nanti nampak tak balance.

**update-aku pernah je mix dalam ratio yang salah.. yelah kan, bersiap di awal pagi dan nak cepat..Biasanya aku picit BB cream dulu lepas tu baru picit aloe gel..dalam tergesa-gesa pernah je jadi ratio 1:1.. tapi sebab nak cepat, haku malas nak add semula BB cream (masa di waktu pagi sangat berharga wooo).. aku blend & sapu je kat muka.. Dan hasilnyaaa... lepas aku mula berpeluh, nampak la BB cream tu macam bergumpal di kawasan-kawasan macam tepi hidung..& tepi mata. (which is quite terrible to see huhu!).. So, berusahalah mencampurkan dengan ratio yang betul ye.



Hair treatment
Pada diri aku, lebih kepada scalp treatment. Kulit kepala aku memang dari zaman remaja lagi bermasalah. Banyak kelemumur. Kelemumur sampai tahap berkeping-keping. Tapi tak la penuh satu kepala. Kat bahagian tertentu je.. Dah banyak shampu aku cuba. Yang murah. Yang mahal. Yang berubat. Yang berangin. Yang ada mention anti kelemumur, anti dandruff, anti ketombe bagaiiii.. tapi...tak jalan jugak.
Pasrah sudah. Tinggal tak cuba pergi Yunnam hair care je. Tapi memang tak la kot nak pegi Yunnam.
Banyak lagi kegunaan duit dari buat pegi sana, macam melancong ke Yunan... OK tak kelaka.. huhu

Dapat aloe gel ni, aku pakai sebagai gel rambut.. rasa sejukk je lepas sapu dan kena kulit kepala.. Alhamdulillah kepingan kelemumur tu makin kurang.. (ini disahkan oleh akak yang menggunting rambut aku kat 1 salon ye.. Dia kata kelemumur aku yang berkeping tu ada kat bahagian depan, kiri kepala je).. Dulu kan, ada di kiri dan kanan sebenarnya. Jadi, mari teruskan memakai aloe gel yang best ini.

Body care:
Aku sapu pada muka biasanya.. lepas meresap tu rasa kulit muka sejuk dan wangi.. I like the smell.
Kadang-kadang aku sapu pada bahagian pada kaki yang kasar.

Ni nak cerita pasal bau aloe gel ni. Nak kata wangi sangat pun tidak. Nak kata macam bau aloe vera yang ko patahkan direct dari pokok pun tak.. Its just.. pleasant smell..

Ni ada beberapa produk dari farmasi di Malaysia yang aku try bau..

Bukan lah dari bau terus boleh judge produk ni bagus atau tidak.. Pada aku, setiap produk pun ada kelebihan tersendiri.. Kalau tak, takkan boleh dikeluarkan dan dijual, kan.

Tapi setakat ni dari segi bau, aloe gel dari Nature Republic ni menang la kot. (pada aku la!) Selain tu, Nature Republic Aloe Gel ni dah diterangkan mengenai penggunaannya yang meluas..

Consider to buy again: Definitely. Tapi macam susah sikit sebab kat Batu Pahat takde Nature Republic outlet. Tony Moly ada la. Aku perasan kat Tony Moly pun ada aloe vera soothing gel  ^^
Aku tau ada yang jual online.. Tapi tengok la dulu cemana,,huhu..
Mungkin kalau boleh memesan pada yang melancong ke sana, aku akan beli lagi. Tak pun, kalau aku sekali lagi ke Korea, aku akan beli produk ni terus dari sana!

UPDATE (19/05/2013):
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Ramai kot yang berminat dengan produk ni, sebab ini entri paling popular dalam blog ni. Aku sebagai pengguna pun memang terus suka lepas pertama kali guna.. Again, friendly reminder siapa yang memang ada plan nak ke Korea boleh lah masukkan dalam a-must-buy-list.. Sebab memang murah kat sana.

Tapi, yang macam aku, yang tak tau nak beli kat mana.. (sampai sebekas yang ada pun guna sikit-sikit, jimat-jimat), ini ada berita baik!
Boleh beli dari dorang ni ---> EPieceKR  
Takde la mahal sangat macam beli kat Nature Republic outlet dalam Malaysia (which is tak semua tempat ada pulak tu,,). Dorang ni dari Kuching Sarawak so of course there should be some postage fee..but still, worth it. Aku cadangkan kongsi dengan kawan-kawan atau beli banyak sikit untuk jimatkan belanja pos.

Sebenarnya, aku dah lama jugak belek-belek produk ni melalui web Qoo10.. (Sebab yang aku punya dah nak habis) Siapa yang rajin online shopping tau lah kot. Kita order barang dari Korea, dan tak payah pening-pening pasal pertukaran mata wang sebab semuanya dah automatically dikira dalam Ringgit Malaysia. Tapi pada aku, masih mahal, sebab melibatkan kos pos dari sana. Lagi-lagi kalau setakat nak beli 1-2 bekas. Then, there goes the issue of missing and broken item. Risau jugak kan, beli dengan penuh pengharapan tetiba barang hilang, tak sampai, atau rosak/pecah..

Jadi, mari membeli Aloe Gera Gel yang wangi dan best ini!!!!

Monday, February 11, 2013

[Product review] Tony Moly Red Appletox Honey Cream

Hai.
Entri ni adalah untuk review 1 produk yang aku dah pakai selama 2 bulan.
Red Appletox Honey Cream nama diberi. Produk ni adalah keluaran Tony Moly.

Tony Moly pula ialah 1 syarikat dari Korea Selatan yang mengeluarkan barangan kosmetik. 

Packaging yang sangat lah cute. Comel kan bekasnya?

  
Bekas plastik yang kukuh. Kalau jatuh pun insyaAllah tak pecah (melainkan ko sengaja hempas atau rejam.. huhu) 


Krim ni mengandungi extrak madu Manuka (Manuka Honey) dan Royal Jelly. Dikatakan elok untuk melegakan kulit bermasalah, juga bagus untuk kulit sensitif,  Madu hitam yang kaya akan mineral dan amino-acid, memberikan kelembapan dan memelihara kulit agar tetap elastik dan lembap, Selain tu, sesuai dengan namanya juga, krim ni mengandungi ekstrak epal. Ekstrak epal juga dipercayai boleh menghaluskan kulit.


Harga: RM61.90 di semua Tony Moly branch dalam M'sia
(kalau beli kat Korea adalah jauh lebih murah,, so kalau  memang ada plan nak ke sana dalam masa terdekat ni boleh la masukkan dalam a must buy list)
 Isi kandungan dalam bekas: 80 ml.
Didatangi dengan 1 sudu kecil untuk cedok krim.

Cara pakai:
Lepas cuci muka & apply toner sebelum tidur, sapukan pada seluruh wajah secara nipis, tepuk ringan agar krim cepat meresap. 
Ingat, sapu secara nipis ye. Sebab produk ni ada campuran madu, jadi ianya agak melekit/sticky. Macam aku, memang tak suka produk yang melekit-melekit ni, lagi-lagi nak sapu kat muka. Tapi masa aku pertama kali try produk ni, sales girl tu beriya-iya yakinkan aku yang produk ni tak membuatkan kita rasa melekit.Dan setelah balik Malaysia, cuba pakai.. sampai 2 bulan kot aku nak ambil masa cari 'kaedah' sesuai memakai produk ni.
 Kenapa????
Sebab memang melekit... kalau di sapu banyak-banyak! Lepas sapu (dan tepuk pelan-pelan) tu, biarkan dalam masa 5-15 minit barulah produk ni meresap dalam kulit. 
Lepas tu kulit akan rasa lembab je..
Tapi, sebab kulit aku jenis cepat berminyak, lepas 2-3 jam memang muka akan tetap berminyak la.. (kalau nak kira berminyak punya cerita, pakai krim ke...tak pakai krim ke.. tetap mukaku berminyak.. At lease kalau pakai krim & lepas tu berminyak, aku tau kulit aku dapat gak kebaikan memakai krim)
Aku memang takkan pakai krim ni di siang hari sebab kulit aku jenis berminyak.. Kalau pakai sebelum tidur tu tak apa lah sebab bangun pagi kalau muka berminyak pun kita memang akan cuci kan.
Selain tu krim ni takde kandungan SPF so tak sesuailah dipakai pada siang hari. 
Selain muka, aku apply juga pada tangan.. Sebab aku suka bau krim ni.. Sangat lah epal baunya. Sebenarnya sebab utama aku terjebak membeli krim ni adalah kerana baunya yang wangi. Manis-manis epal gitu.. 
Produk ni insyaAllah tahan lama.. Kan aku kata kena sapu nipis-nipissss je kan, supaya tak melekit sangat muka dan tangan tu nanti.. So memang penjimatan berganda lah disitu ye.  

Consider to buy again: Yes, coz Im in love with the smell.. Oii seriously wangi tau. Walaupun aku tak suka benda melekit, tapi aku sebenarnya sukakan produk berasaskan madu.
Yang paling penting, lepas 2 bulan guna krim ni aku rasa kulit muka aku yang kasar ni dah makin lembut gitu. Aku rasa penyebabnya bukan lah semata-mata disebabkan krim ni.. Tapi untuk mereka yang memang jenis tak pakai krim langsung sebelum tidur macam aku sebelum ni, mungkin boleh cuba pakai..


Selamat mencuba, kalau terberkenan dengan Red Appletox Honey Cream ni, !!