Wednesday, September 30, 2015

Off Market

Assalamualaikum,

Mencelah cerita majlis perkahwinan adik aku masa awal cuti sekolah hari tu.
Sabtu, 19 September 2015.

Ini adik yang nombor 5.
Aku jarang cerita pasal famili dalam blog kan. Entah, aku mahukan privasi kot huhu.

Ini hantaran dari pihak perempuan, hasil keras-tangan aku hihi. Sebab tu nak abadikan dalam blog ni =)
Aku pun main belasah je sebenarnya. Tak pernah buat hantaran pun. Tapi sebab yang lain pun (siblings) sama-sama tak reti maka boleh aje lah macam ni pun.









Hantaran dari pengantin lelaki;

 The pengantin;
Ini masa malam nikah.


My family.


Hari kenduri =)
Officially off the market


Gambar 1 family masa hari kenduri boleh pulak tak ada ye huhu.. Sebab masing-masing bz. Lepas tu, hari kenduri tu jugak pakcik aku meninggal dunia. Masa majlis ni tengah berlangsung. Arwah memang ada sejarah komplikasi jantung. Start dari malam nikah tu, dia dah mula semput dan sukar bernafas. Pagi tu memang tak berupaya nak keluar menjengah majlis langsung. Menjelang zuhur, arwah menghembuskan nafas terakhirnya, kat rumah kami. Al-fatihah untuk arwah Pak Malik. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Untuk adik aku, Nor & pasangannya Fikri, selamat melayari kehidupan baru sebagai suami isteri. Semoga bahagia dan gembira selalu, sampai ke syurga. Amin..


Thursday, September 24, 2015

Sabai..sabai..

Assalamualaikum.

On my way back to Batu Pahat from KLIA2.

Akhirnya aku gagal update entri trip Jepun sampai tiba trip seterusnya. Tapi niat tetap ada, insyaAllah akan disambung jua.

Trip aku yang paling pendek setakat ni. 3 hari je huhu.





Motip sangat letak gambar makanan kan. Tapi tengok gambar ni buat aku telan2 ailio huhu.

Selamat Hari Raya Aidiladha =)

Saturday, September 05, 2015

2015 May Japan Summer Trip - Part 6 (Nishiki Market)

Antara tempat yang aku suka masa ada di Kyoto ialah Nishiki Market.

Kalau tak silap aku, sampai 3 kali kot kami ke pasar ni.
Macam-macam produk tempatan ada dijual di sini. Tempat yang sesuai kalau nak cari green tea, seaweed & macam-macam lah lagi. Pakkal je kami ni tak tau baca tulisan jepun & tak reti cakap jepun.. kalau tak, macam-macam kot yang dibeli (cewah,, macam kan berduit sangat hahahaha).

Selain dari window shopping, kat sini juga boleh jalankan kegiatan food testing. Ada sehari tu, kami ni memang dah lapar gila. Dalam pada mencari kedai makan yang muslim friendly dekat kawasan ni, kami tersinggah lagi Nishiki Market ni dan sambil-sambil tu dok berenti dekat kedai yang jual makanan yang kami yakini halal. Belinya tidak.. Tapi sibuk merasa, hahahaha. So, sempatlah alas perut yang berdondang sayang sebelum jumpa kedai makan..

Baiklah, mari layan gambar yang banyak ini,

Aku ada sedikit menyesal tak beli jus limau godang ni...
Takpe. Next time. InsyaAllah.

Variety of pickles. Terbau masam jeruknya bila lalu kat tepi..
Adakah ini serupa banchan di korea?

Masa tengok benda ni aku berazam nak buat jugak bila dah balik Malaysia nanti (tak sampai hati nak beli sebab rasa macam boleh sangat kalau nak buat ni!). Tapi nan hado ye, aku tak teringat pun, sampailah bila tengok drama jepun 37.5° No Namida bebaru ni, & nampak pelakon tu makan timun ni huhu.   


Nukazuke pickles.
Again, I learnt the name from that drama. Katanya ada mix of wine/beer ye.





Tamago ni baby octopus kan?
Aku teringin.. tapi tak tau status..
Lalu aku simpan je niat nak beli & berazam makan yang dekat Sushi King.


Buah berangan..
Kami try sample yang dah direbus.
Cam biasa, lemak manis rasanya.


Bonito Flakes (kot)

Seaweed.
Beli.
Cepat je habis bila dah dimakan.

Bagi aku, beli strawberry ni nasib-nasib.
Ada sekali tu beli, manis.
Di masa lain, masam pulak.
Tapi tak semasam strawberry yang aku beli kat Pt. Raja ni laa huhu.
Eh tak jumpa pun strawberi putih..



Pelbagai makanan laut.

Pelbagai jenis produk green tea (teh/coklat/jem), seaweed & crackers ada dijual kat sini.

Sebab owner dia good looking & peramah serta tabah menjawab soalan aku yang macam-macam, maka aku memborong beli teh & seaweed dari kedai dia.
Sebenarnya kalau kena cara penjual maka aku dengan rela hati membeli macam-macam. Bahaya sebenarnya orang macam aku ni huhu. Paling aku kalah bila dengan sales girl dalam kedai kosmetik kat Korea.

Punyalah tamak, beli green tea macam nak buat mandi ok. Last-last bila balik sini tak terbancuh & tak terminum. Tu pun lepas bagi-bagi orang as souvenir. T__T

Pelbagai rice crackers

Mochi.
Ada juga beli. Tapi bukan yang dekat sini.

Walaupun ianya hanya replika tapi tetaplah menggiurkan.

Mampu tengok dan telan ailio saja.

Apapun, sesuatu yang aku kagum dengan pasar ni ialah tahap kebersihannya.
Walapun bercampur dalam satu pasar ada kedai ikan, makanan kering & basah, teh dan macam macam lagi, dalam keadaan sebelah menyebelah pulak tu, tapi pasar tu tak busuk ok. Lantai tu elok je kering.

Selain tu, nampak sangat diorang ni menjaga kebersihan.. Masa kami cuba makan sample buah berangan tu, pakcik yang menjual tu siap perhatikan kami & lepas kami selesai makan dia hulur bekas untuk letakkan kulit buah berangan tu.

Selain dari kami, budak-budak sekolah yang pergi rombongan tu pun ramai berkeliaran kat sini. Gembira je diorang boleh membeli macam-macam produk makanan kat sini. Aku je yang telan ailio tengok diorang makan, huhu.

So, jangan lupa masukkan pasar ni dalam itinerary kalau berhajat ke Kyoto ye~

Tata.

Monday, August 31, 2015

2015 May Japan Summer Trip - the students

Assalamualaikum,

Lama kebenor nak menyambung cerita  huhu.
Entah apa benda aje yang aku sibukkan huhu. Ohye aritu ada ujian bulanan. Seminggu pulun buat soalan. Kemudian, 2-3 minggu jugaklah nak settle kan menanda. Dalam masa yang sama ada macam-macam event mcm sambutan raya & program sambutan bulan kemerdekaan. Nak tak nak ko jadi guru kelas kena la jugak relakan hati latih budak untuk masuk pertandingan itu ini walaupun cikgunya tak berapa nak kreatif huhu.

Ok sambung cerita.

Dalam trip aritu,  aku perasan Kyoto dipenuhi dengan budak-budak sekolah menengah yang pegi rombongan. Memang bersepah sepah dengan budak sekolah saja.Seronok aku tengok baju uniform sekolah diorang yang pelbagai rupa. Sebab kat Malaysia takde situasi tu kan. Ni pendapat peribadi aku la; budak sekolah kat Korea nampak lebih bergaya & fashionable. Kalau student perempuan kat Korea, bajunya ala-ala fit fit je dengan badan, skirt pun ala-ala singkat hehe. Yang lelaki pulak biasanya ada segelintir tu rambut berfesyen fesyen.

Berbeza dengan budak sekolah kat Jepun, aku perasan walaupun uniform diorang pelbagai rupa tapi skirt maintain labuh bawah lutut ok. Top yang dorang pakai pun nampak longgar dan sangat sopan. Yang uniform jenis pinafore pun nampak labuh. Memang takde nak pakai sampai nampak bentuk body. Kalau yang lelaki pulak semua pakai long sleeve. Fesyen rambut memang totally berbeza.. Memang nampak la itu rambut student, hehe.

Apapun, ini pendapat peribadi aku la. Mungkin ada je yang lain dari apa yang perhatikan.

Kami sempat bergambar dengan sekumpulan student masa nak balik dari Fushimi Inari. Tengah sama-sama tunggu train, kami ajak diorang bergambar.



Aku try jugaklah nak bersembang dengan budak-budak ni, tapi memang macam ayam dengan itik la huhu. Mungkin diorang menggelabah sebab tetiba ada foreigner terlebih peramah bertanya-tanya, jadi soalan macam "How old are you?" pun budak-budak ni dah kelu lidah. Baiklah dik kalau ko tak leh jawab meh akak pulak nak cuba cakap jepun, "Nansai desuka?" Haha barulah tau diorang ni 14 tahun. Nak tanya bebanyak hakak pun hafal 2 3  ayat tu je. Dah tu, takkan nak tanya nama setiap sorang pulak kan.

Rupanya kami naik tren yang sama.. Tiba-tiba dalam tren budak-budak ni datang approach kami pulak, dan suakan 1 surat dalam BI. Mula-mula kami blur jugak, sebab budak-budak ni sengih-sengih & kami tak paham apa diorang cakap. Rupanya itu surat dari cikgu BI dorang, mintak tolong foreigner yang budak-budak ni approach, untuk bantu diorang ni settle kan 1 assigment. Tujuan assignment tu nak bagi budak-budak ni berkeyakinan speaking dengan foreigner.. Masalahnya, budak-budak tu lambat sangat nak approach kami dan masa tu lagi satu dua stesen je nak sampai destinasi.. huhu. Selain surat tu, ada jugak diorang tunjukkan senarai soalan.


Memang tak settle la jawabnya. Sempat tanya satu dua soalan je. Aku pun confuse lagi masa ni, siapa yang nak kena tanya, kami ke diorang. Kitorang bedal aje lah tanya-tanya 2, 3 soalan. Hehe, soalan "How old are you?" diorang tak faham tapi bila aku soal "Do you have boyfriend?" paham aje budak-budak ni ye.. ewahh.

Ralat betul kitorang rasa. Kalaulah budak-budak tu dari awal lagi (masa tengah tunggu tren) bertanya, mungkin dah settle. Sampai ke hostel Cikgu Jula & Cikgu Didi membebel-bebel pasal budak-budak tu, huhu. (Nature cikgu yang suka membebel dibawa ke mana-mana, walaupun pegi bercuti dengan niat asal nak lupakan sekejap kehidupan aku sorang cikgu, huhu)

Nampaknya, jodoh kitorang dengan budak-budak ni panjang bila esoknya, waktu kami pegi Nijo Castle boleh terserempak lagi dengan budak tiga orang ni, haha. Masa tu kami sedang elok bergambar depan 1 bangunan dalam Nijo-Jo. Dah jumpa tu, terus kami ke tepi & diorang pun macam paham-paham terus je memasing ready keluarkan apa-apa yang patut. Masing-masing ada prepare 1 nota, dan diorang siap bacakan nota tu kat kami. Kiranya itu macam self introduction la.

Yang approach aku namanya Riko (yang lagi dua orang memasing bacakan untuk Daff & Zura) & lepas tu terus diorang sama-sama interview kami bertiga. Barulah aku paham... Diorang yang kena bertanya rupanya..

Antara soalan yang diorang tanya (memasing bergilir, take turn nak soal ok.. comel sangat)
Where are you going to go after this?, What is your favourite food in Japan? (kami cakap takoyaki padahal masa tu belum ada merasa takoyaki pun haha, belasah je, tak ingat nama lain) Do you like Japan? (opkos.. kalau tidak tak sampai dik, hehe) & Where are you from?

Sebagai bukti budak-budak tu kena jugak amik gambar dengan kami.

Masa tengah posing depan istana. 
Bila aku belek gambar ni aku perasan yang budak tiga orang tu ada kat belakang tu.

Selepas sesi interview ringkas.
Riko yang berdiri sebelah kanan aku.

Ni pulak bergambar dengan student lain;
Yang ini masa kat Odaiba. Aku tak pasti diorang ni ikut rombongan sekolah jugak atau ponteng sekolah & pegi jalan-jalan lepas sekolah.


Odw to Kinkaku-Ji.
Kumpulan ni dari jauh dah menarik perhatian kami sebab ada yang bertudung.

Budak ni pun macam paham-paham pandangan kitorang, hehe. Dah dekat-dekat dengan kami, dia siap bagi salam. Orang Pakistan. Dari dialah kami dapat tau memang budak-budak sekolah seluruh Jepun tengah ada program lawatan. Macam ala-ala kerja kursus diorang la..
Tak dapat nak sembang lama-lama sebab dia pun tengah dalam program kan.

Aku perasan kebanyakan kumpulan tu bercampur lelaki dan perempuan. Elok pulak tu aku tengok takde nak gaduh-gaduh ke apa..
Aku tak leh bayangkan kalau anak murid aku sendiri kena buat program macam ni. Suruh duduk dalam kumpulan berbincang buat kerja pun asyik nak bercekau. Kalau tak bercekau, terpesong sama-sama main. Tak pun memasing blur tak reti berbincang. Hadoiii.


Ni dalam kawasan Kinkaju-Ji.
Masa ni kami dapat tau yang diorang ni pegi rombongan, ditemani pakcik driver teksi ok. Bukan cikgu. Aku pun tak paham cemana perjalanannya. Menarik tu. Cikgu tak yah iring, pemandu teksi yang bertanggungjawab bawak budak pergi melawat.
Info ni pun aku dapat dari pakcik driver tu sendiri.. Leh tahan english pakcik tu, siap leh keluarkan perkataan excursion lagi, hehe.

Lagi gambar pelajar:
Ni sekolah rendah kot..

 Haha pitam.. Bebudak saja.







Gitu.
Dah macam berjalan dekat pasar malam aku rasa dia punya sesak...

Sebab payah benor nak bergambar dengan background ala-ala aku sorang je pengunjung kat situ, maka marilah snap gambar manusia bersimpang siur di belakangnya ye hehe.

Apapun, kenangan dengan bebudak sekolah ni antara kisah yang membuatkan trip kami ke Jepun ni menarik..