Friday, June 27, 2014

Random talk - June 2014

Assalamualaikum,

Naik je cuti sekolah pertengahan tahun hari tu, sekolah aku terus sibuk dengan latihan untuk hari sukan. Jadi memang hari-hari pun kena berpakaian sukan. Kecuali ada 1 hari tu, hari terbuka. Dan sehari lagi, aku kena hadiri 1 pembentangan headcount.

Sukan sekolah & Johor cuti sebab team JDT menang
===========================================
Alhamdulillah sukannya pun dah berjaya dilangsungkan hari Rabu, 25 Jun. Nasib tak buat hari Khamis, kalau tak, tak pasal je kena tangguh. Khamis 26 Jun hari tu diisytiharkan cuti umum di negeri Johor, atas kemenangan team JDT dalam Liga Super. Eh ye ke Liga Super eh. Aku memang total ignorance bab-bab bola ni. Aku memang totally tak minat,, setakat ini lah.. Tapi aku hormat lagi lah dengan orang yang berkecimpung dalam arena bola ni, tak pun those yang memang fanatik bola.. Tapi bila dah dapat cuti ni, memang suka lah kan. Terima kasih kepada semua pemain pasukan Johor Darul Takzim yang membawa kemenangan.. hewhewhew bajet ada pemain bola baca blog kau Dd? Takdelah, dah tetiba dapat cuti ni kena lah jugak berterima kasih. Sah-sah hari sebelum tu hari sukan, so memang badan lemau-lemau.. Berangan jugak, best nya kalau dapat cuti kan.. Tapi sedar diri, mana lah mungkin dapat cuti.. So bertahan aje lah. Sekolah sehari dan kemudian cuti 3 hari (Johor amik cuti Awal Ramadhan hari Ahad tu)

Cerita sukan pulak.
Kali ni aku bukan ditugaskan bahagian program dan urusetia. Tapi tiba-tiba jadi emcee. Nasib baiklah pasangan aku Khairun, deskmate merangkap kawan baik di sekolah juga. So, senanglah nak berurusan. Plus, Khairun ni dah memang emcee masa hari sukan tahun lepas. Nak ikutkan, memanglah aku tak suka jadi emcee. Tapi, tak sampai hati nak susahkan GPK Koko. Cewah bunyi macam bagus je kan, tapi betullah, GPK Koko aku baik orangnya, aku agak rapat jugak lah dengan dia walapun beza umur kami jauh. anak dia dah besar-besar. Tapi dia macam boleh masuk dengan orang muda. Nak bandingkan dengan lagi 2 orang GPK yang ada, aku lagi selesa bercerita dengan dia. OK ni dah tersasar ni nak cakap pasal hari sukan ke GPK ni.. der..

Kebaikan menjadi emcee adalah ko tak berapa nak penat semasa hari sukan tu. Duduk pun bawah khemah ok. Makanan pun orang yang hantarkan. Tak payah pening kepala tengok karenah budak-budak di khemah. Kau hanya dengan skrip dan mikrofon aje. Memang aktiviti yang tak mengeluarkan kalori langsung ok.
Tapi ada juga keburukan. Kalau ada problem dengan result, maka emcee akan menggelabah. Mana tak menggelabah, kita umum lain, penerima hadiah dan hadiah lain.. Haaaaa kan! Untuk kesilapan itu, memang bukan salah kami emcee, itu salah urusetia yang key in markah dalam sistem komputer. Tapi nak salahkan dia pun tak sampai hati, sebab dia pun dok bebel-bebel orang yang buat sistem tu serah sistem last minute.
Habis tu, nak salahkan orang yang buat sistem last minute kah? Nasib baiklah dia buat. Sebab bukan semua sekolah ada kepakaran ini. Aku grad IT pun memang KO lah kalau kena create sistem mcm tu.

Pada aku, tak payah lah nak salahkan siapa-siapa. Human make mistake. Masa suasana chaostic tu aku banyak diam je. Aku pun jenis cepat naik angin. Tapi dalam situasi macam tu, aku belajar sesuatu. Marah-marah dan menjerit adalah buruk rupanya. Lagi buruk kalau ada yang jenis suka menyiram minyak pada api yang marak.. Ko dah tau situasi tu tegang, tapi ko lagi mau keluarkan statement-statement menyirap. Adalah lebih elok kalau masa tu semua pun boleh bertenang dan cakap takpe, takpe, slow-slow betul kan. Kan ke hati yang nak marah tu pun boleh jadi lembut semula..

Aku ni sebenarnya, malas nak melayan situasi macam tu. Kalau dalam bilik guru tu, aku lagi suka pakai headphone dengar lagu dari mendengar perbualan orang. Kera sumbang sangat kan? Tapi, paham-paham je lah perbualan ada macam-macam dan tak semua perbualan menarik (bagi aku) dan boleh diterima semua orang. Kalau tak mendengar lagu, aku lagi prefer browse instagram (sebab instagram tak kena block dengan yes kat sekolah) ataupun browse through website AA tengok kot ada tiket murah, weeeeee. Dasar sangat nih.

Overall, hari sukan 2014 boleh dikatakan berjaya.

Hari Terbuka
============
Sebab tahun ni aku bukan guru kelas maka aku duduk saja di bilik guru. Nak ikutkan, nama aku diletakkan untuk membantu 1 kelas ni. Tapi guru kelasnya dah bagi green light dia boleh handle sendiri, so aku duduk di bilik guru je lah, huhu. Macam kejam jugak sebab aku tak naik menjengah pun, hihu..Tapi, sebelum tu pun aku dah tolong dia kemas kelas. 1 je aku nak highlight kat sini, orang yang tak pegang kelas seriously memang rilex habis semasa hari terbuka, ok? Aku boleh bayangkan kesibukan guru kelas dalam kelas semasa hari terbuka. Sebab sepanjang 6 tahun aku mengajar ni, cuma 2 tahun je aku merasa tak pegang kelas. Sekali masa di Endau dulu. Dan tahun ni.Pada aku, sepatutnya semua pun kena merasainya.

Summer Escape 2014
=================
Alhamdulillah, everything went well as planned. Bila lahh nak update kan, hehehe. Insya Allah aku update dan share gambar.

Oklah, perut ku dah berbunyi-bunyi. Kena stop dulu rasanya.

Selamat berpuasa ya.
Ramadhan al-kareem,  al-mubarak.

No comments:

Post a Comment