Saturday, October 04, 2014

2014 Saigon September - Day 1 ,15 Sept 2014

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat pulang dari Saigon, Vietnam.
Alhamdulillah, trip solo pertama aku berjalan lancar.

So, pagi tu seawal jam 6 aku selamat sampai ke Senai Airport. Dari 'You and Me hotel' ke airport, aku naik teksi dengan tambang RM40. Jarak, adalah dalam 10 minit perjalanan. Teksi, aku mintak tolong receptionist hotel untuk tempahkan.Elok sampai airport, tengok kat board, flight ke Saigon dah dijemput masuk. Me being a klutz memang dah gabra dan terus cepat-cepat melepasi kaunter check in. Sebab aku tak check in sebarang luggage so agak cepat lah prosesnya.

Malang untuk aku, sebab 1 pek bateri Energizer aku (ada 12 bijik dalamnya) kena confiscate. Kata puan imigresen tu, sejak kes MH370 tu memang maksimum boleh bawak bateri masuk kabin ialah 2 bijik. So sad ok. Tapi tak boleh buat apa.

Lepas settle urusan kat situ, terus menuju ke gate. Memang awal lagi.. Aku sampai gate dalam pukul 6.15 am macam tu. Boarding time 6.50 am. Lepas confirm kan kat mana gate 8 (gate nak berlepas nanti) aku cari surau. Solat subuh, then, ke situ semula. Pandang sekeliling semua warga Vietnam. Ada gak la beberapa Chinese. So duduk aje lah. Awkward jugak. Tapi heyyy. Ini baru permulaan. Kata nak travel secara solo kan? So duduk la main game dalam henfon.

Then tak lama ada 1 Malay family join duduk sebelah dan depan aku. Semua perempuan; Mak, dua anak dan sorang lagi adiknya. Sembang lah apa yang patut, hehe. As expected diorang terkejut bila tau aku sorang-sorang. Lagi terkejut bila tau aku pertama kali ke sana.

Nan ado lah kan bording time 6.50 a.m. Dalam kul 7.05 am macam tu baru lepas gate 8. Kemudian menapak ke kapal terbang. Tepat jam 7.30 pagi, kapal berlepas. Memang tak menepati waktu, tapi sampai ke destinasi lebih awal dari sepatutnya..

Aku duduk bahagian aisle. Sampai masa makan, alhamdulillah, nasi tomato dan ayam percik menjadi sarapan aku dalam flight. Aku memang macam ni, hehe. Mesti nak makan dalam flight, kalau ada peluang. Walaupun perjalanan cuma 1 jam setengah. Reason? Sebab makanan dalam flight hanya boleh didapati dalam flight, hehe. I don't mind to spend some money on it.

Jam 9.10 waktu Malaysia, kapal selamat mendarat. Cepat dalam 10 minit katanya. Oh ye, waktu di Vietnam adalah lambat 1 jam. Urusan imigresen ok tak ada masalah. Selesai di situ, terus carik toilet. Lepas tu terus berpisah lah dengan family tadi. Sempat aku sapa 1 kumpulan akak-akak yang tengah membeli simcard Vietnam. Again, diorang terkejut lagi bila tau aku pertama kali datang dan seorang diri.

Bagai yang dikata dalam blog traveller lain sebelum ni, keluar airport belok kanan akan nampak bas bernombor 152, warna biru putih. Ye, bas tu ada di situ. Aku cuba-cuba nak ambik gambar airport secara penuh, dengan nama airport jelas tertera.. Tapi nan hado. Tak dapat. Malas nak buang masa, terus naik atas bas. Tiba-tiba disapa oleh sorang Chinese lady. Rupanya dia pun Malaysian. Travel berdua dengan suaminya. Ramah, pasangan tu. Mereka dari Melaka. Oh ye tambang bas cuma 5000 dong bersamaan dengan 85 sen duit kita. Kalau naik teksi, tambangnya dalam RM30 atau 200,000 dong. So tepuk dada tanya poket. Kalau tak banyak barang, ok je naik bas (pada aku la)

Macam biasa, tips naik bas di tempat orang.. duduk area depan. apa-apa hal, senang.


So, perasaan adalah excited. Memang bandar Saigon adalah bandar motorsikal. Oh ye mereka juga gemar membunyikan hon. Tak kira apa jenis kenderaan pun. Cukup suka main hon. Sukatik kau lah kan, bahahaha. Agak pening kepala aku sebab bas bergerak agak lambat, sekejap jalan sekejap berenti. Mungkin sebab waktu tu tengah peak hour orang nak pegi kerja.
Eh ada Lotteria la..

Akhirnya sampai di hentian terakhir, Ben Thanh market. Sila lah turun. Tengok sekeliling dan menuju ke arah bulatan yang ada patung orang berkuda ditengahnya.

Nak melintas jalan di sana, silalah yakin, Kebanyakan jalan ialah one way. Kalau nampak motor agak berkurangan, lintas lah. Nak tunggu jalan tu kosong tanpa motor atau sebarang kenderaan memang tak kan lah kan. Lintas dengan yakin, sebab motor-motor tu yang akan mengelak pejalan kaki. Tapi kita pun melintas tu sambil berjaga-jaga lah ye...

Gambar diambil dari bulatan, lepas berjaya melintas jln. Sebarang jalan, yg blkg bumbung biru tu lah bas stand nya

Cari punya cari, jumpa jugak aku dengan jalan Nguyen Ahn Nin.. Benar bagai dikata, jalan tu dah macam Jalan Masjid India. Penuh Malaysian. Tapi masing-masing buat hal sendiri a.k.a tak pedulikan orang hehe.

Jumpa Saigon Pink 2 Hotel, terus check in. Aku dapat bilik bawah (the only room at the ground floor). Hehe sebenarnya aku yang request nak bilik bawah beberapa hari sebelum tu. Oh ye, aku book hotel direct dengan pihak hotel dan tak buat sebarang bayaran deposit. Alhamdulilah, ok je. Cuma, aku sentiasa berbalas email dengan diorang. Maksud aku, bila diorang hantar emel bertanya sesuatu, aku jawab, dan aku pun kerap emel bertanya sesuatu.. Pada aku itu cara nak pastikan yang aku serius menempah bilik. Kalau diorang ada akaun paypal, boleh je aku bayar. Masalahnya tak ada.

Dan ye, aku siap siap bawak 1 salinan pasport untuk diserahkan pada receptionist. Aku pernah terbaca ada yang merungut bila pihak hotel ni minta passport untuk disimpan. Ye lah, macam risau lah kan tetiba mintak passport kita untuk disimpan. Bila aku bagi diorang salinan, diorang terima je tanpa banyak bunyik. And that's it.

Kira ok la biliknya.. Perabot dalam tu agak usang. Tapi biliknya kira besar untuk 2 orang. Dalam kes aku, cukup besar lah kan,, sebab aku bersendirian.

So rehat-rehat jap. On WIFI. Sempat Kakao dengan Une. Then aku keluar cari makanan. Selang sebuah ke kiri hotel Saigon Pink ialah Restoran Basiroh. Aku order Pho (sebutan mereka = fer).

Oh. Tetiba aku rasa gambar pho ni sangat vivid lalu membuatkan aku lapar. Tapi kan somehow aku rasa kuah pho ni macam banyak ajinamoto. Cili hiris tu pedas gila ok.

Restoran Basiroh ni sentiasa penuh dengan Malays.. clearly from Malaysia. Kemudian, aku survey dua tiga hotel, tanya pasal trip ke Mekong dan Chu Chi Tunnel. Nak bandingkan harga lah kononnya.

Lepas perut kenyang, masuk balik hotel, mandi dan solat Zuhur. Kat sana zuhur masuk dalam pukul 12.00 tengah hari macam tu. Lepas solat, aku mintak peta kat receptionist. Kemudian, bermulalah pengembaraan solo aku dalam bandar Saigon, hehe.

Ikut itinerary aku buat, first day nak pegi
  • War Remnant Museum
  • Central Post Office
  • Notre Damme Cathedral
  • Hard Rock Cafe
Semua diatas berjaya aku sampai berpandukan pembacaan peta dan berjalan kaki, kecuali Hard Rock Cafe. Takpelah. Aku bukan seorang yang mempedulikan  Hard Rock Cafe pun sebelum ni, hehehe. Lagipun masa tu aku dah pancit..

Aku boleh dikatakan sesat sebenarnya awal-awal tu. Beriya tau, dua hari sebelum tu aku kekonon study berpandukan google map. Tak tidur malam aku. Dok copy, paste, copy, paste. Akhirnya, sesat juga dan aku tak jumpa check point bagai yang dikata dalam map. Entahlah salah aku yang tak reti baca map atau salah google map yang tak tepat.

Nasib baik aku ada grab peta Saigon dari hotel. Gunakan itu sahaja, dan berjaya sampai. Awal-awal memang pening. Habis 360 darjah peta tu aku pusingkan. Awal-awal agak pening, tapi lama-lama ok.

Kenangan aku meronda bandar Saigon seorang diri pada hari ni ialah, dikejar pakcik beca yang tak putus asa nak pancing aku naik beca dia. Tengok rupa memang macam kesian, sebab dah tahap atuk-atuk dah. Tapi bila dia tak putus asa memujuk aku naik beca dia sambil bercakap dalam bahasa Vietnam, sedikit demi sedikit kesabaran aku mula menipis. Akhirnya aku lari. Lari ok? (lari-lari anak). Disebabkan itu juga aku makin sesat agaknya. Sebab entah jalan mana-mana aku lari. 
Kemudian, ada lagi 1 lelaki yang sedang menunggang motor, tiba-tiba memperlahankan motor dan cuba approach aku. Boleh bercakap BI, dengan perbendaharaan kata yang agak terhad, tapi masih boleh aku paham. Bersungguh-sungguh menunjukkan buku nota dia, tulisan tangan dari ex-customers dia sebelum ni gamaknya.. Juga dengan beriya menunjukkan nota dari Malaysian. Kekdahnya, nak bagitau kat aku yang sebelum ni dah ada Malaysian yang guna khidmat dia so why not aku pun cuba juga. Lepas tu sendiri letak harga yang aku perlu bayar.
Derrr.
Aku dah tak ingat berapa harga yang dia letak.. Masa tu aku dah mula berangin sebenarnya.. Dah la sesat, penat, gangguan tak habis-habis. Pulak tu mereka bangsa tak paham tidak. Aku tolak cara baik dan kata tidak, dia masih bawak moto kejar aku, sambil deal harga.
Sampai satu tahap memang aku agak menjerit kata, "No!!" Dan terus blah. Bila aku toleh belakang mamat tu pun vroom jugak bawak motor.
Again, entah jalan mana aku lalu.

Akhirnya sampai juga ke War Museum.



Komen aku tentang semua tempat di atas yang aku berjaya tinggalkan jejak ialah.. so so aje. Aku tak menyesal, sebab kalau tak ke tempat-tempat tersebut, ke mana lagi aku nak tuju kan? Walau bagaimana boring dan plain sekalipun, aku nak jugak sampai ke situ, sebagai tanda aku dah ke Saigon.
Kurang-kurang, apa yang orang biasa lawat di Saigon, aku dah pernah sampai.
Sesungguhnya, waktu aku menaip entri ni aku tak berkeinginan nak repeat ke Saigon lagi, hehehe. Perasaanya berlainan sungguh dengan melawat Korea. OK I know I'm not being fair to compare these two countries.

So kat bawah ni adalah gambar-gambar aku di tempat-tempat tersebut. Gambar diambil menggunakan bantuan monopod. Mula-mula malu-malu. Lama-lama bila dah penat,,, ada aku kesahhh, hehehe. Biar la orang nak tengok pun... Janji ada gambar dan kenangan..

War Remnant Museum



Bahagian dalam muzium pulak..
Kat bahagian dalam ni kena rajin membaca lah ye. Memang ilmiah sangat. Aku tak amik gambar semua benda.. Selected things, yang aku berminat sahaja.

Antara tinggalan dan peralatan perang yang digunakan.. Barulah ku tahu memacam pistol dan senapang wujud.




Kesan peperangan:

 

Kesian kan.
Antara kesan paling dahsyat ialah racun Agent Orange. Apa yang aku paham, askar amerika lepaskan racun kimia ni untuk membunuh pokok-pokok.. dan ianya juga memusnahkan manusia.. Kesannya bukan sekejap-sekejap tapi bergenerasi.. Anak cucu dan cicit menjadi cacat.

Dibawah ni pulak alat membunuh dan menyiksa tahanan perang yang digunakan oleh tentera Amerika untuk menyiksa rakyat/tahanan Vietnam. Memang kejam nak mamp.
Add caption
 

Notre Damme Cathedral

 


Gigih kan promosi kedai 2 ringgit? bahahaha
See.. Belakang tu je dah bangunan pejabat pos tu.

Aku amik gambar dari luar je.. Bangunan ni tak silap aku gereja.



Central Post Office




 
  Kat tengah tu kaunter jualan souvenirs like poskad, keychain, fm, used stamps..


Kaunter belian setem & pengeposan surat


Antara misi aku ialah singgah post office ni, beli setem untuk koleksi dan poskan poskad kepada diri sendiri. hehehe.
Cukup 15 hari lepas pos, poskad selamat sampai atas meja sekolah.

Nampak tak taman di belakang tu?
Aku memang penggemar taman hehe.
Taman ni tidak ku ketahui namanya. Lokasi, betul-betul depan bangunan Cathedral Notre Damme. Hari pertama ni aku lalu je, sebab nak cepat katanya.. Takut tak sempat pegi semua tempat-tempat yang aku dah senaraikan. Tapi memang dah set dalam kepala nak menyinggah ke sini, hari kemudiannya.

Walaupun nampak macam tak berapa nak banyak tempat aku pegi, tapi tetaplah penat sebenarnya. Ate, jalan sendiri kan. Dengan sesatnya. Dengan membawa badan gemuknya..

Petang tu sebelum gelap aku selamat sampai hotel semula. Sempat juga menyinggah satu dua kedai menjual baju. Konon nak survey kan. Tak nak beli dulu, nak survey je.
RM75
RM65
Aku berkenan yang kaler kelabu tu.. RM75

Hari pertama ni aku memang tak masuk lagi Ben Thanh market. Pandang je dari tepi dan luar.
Malamnya, meronda pulak pasar malam. Keluar je hotel, memang terus ada pasar malam. Tapi tak berapa penuh.. Jalan yang penuh dengan pasar malam ada tiga. Aku nak explain kat sini macam susah.. Tapi once sampai sana senang je kot nak nampak.. Dengan syarat kena rajin explore la.

Untuk hari pertama ni, aku beli 2 helai jersi untuk 2 orang adik lelaki. 1 helai blouse. Semua tu setiap satu berharga RM20. Elok kainnya. Yang blouse tu, kalau kat Malaysia sah-sah RM49 ++ .

Okay.. Sekian dulu coretan hari pertama ^^
 

No comments:

Post a Comment