Showing posts with label Pengajaran hidup. Show all posts
Showing posts with label Pengajaran hidup. Show all posts

Friday, March 22, 2013

Aku dan jam dinding

Adakah memang semua yang kena travel agak jauh untuk ke tempat kerja pun macam aku,..

Sentiasa menoleh tengok jam dinding & mencongak waktu..
Dari mula bangun pagi, sampailah ke saat aku angkat beg nak keluar dari bilik.

Lepas 3  bulan ni, aku sedar aku jadi begitu.

Sibuk mencongak, like,
Lagi 10 minit, kena siap mandi.
Lagi 5 minit, siap pakai baju..
Lagi 5 minit, siap pakai bedak...

Kemudian bila dah masuk kereta,
OK.. yes, sempat gerak sebelum 6.30 pagi.
Alamak, hari ni dah 6.35 baru nak mula gerak..
6.45, baru sampai sini?


Kalau tertinggal apa-apa? Memang selamat lah takkan patah balik.
Macam hari tu, dalam 1 KM meninggalkan rumah baru tersedar tak pakai jam tangan..haihh
Now aku siap-siap letak jam tangan spare dekat dalam kereta & handbag.. In case aku terlupa so tak ada lah tak berjam tangan seharian.
Sebelum tu, pernah sekali tertinggal purse.. Risau sekejap memikirkan IC dan lesen tak bersama-sama aku sehari. Nasib baik duit nak makan kat kantin masih ada, sebab aku ada sediakan 1 coin purse untuk letak duit kecik..

Sesungguhnya, 5 minit itu sangat berharga. Lewat 5 minit je, besar impaknya..

Itu kisah waktu nak pergi kerja la.. Waktu balik biasanya aku santai je.
Malas nak rushing,, dan ye, aku tak suka bawak kereta laju-laju.. 80 km/jam adalah normal speed aku.

Begini lah kot rupa orang yang kena travel agak jauh nak gi kerja ye..
Duluuuu masa kat Endau memang aku santai sangat-sangat. SANGAT. Especially bab pergi sekolah ni la.
6.45? Boleh je nak gi dapur goreng makanan ringkas buat sarapan. 7.00 a.m. masih sempat bersarapan sambil tengok MHI.
Sebenarnya memang tak patut pun.. Bila aku pikir-pikir semula sekarang, kenapa lah jarang-jarang sangat aku berusaha nak pergi kerja awal dulu.. Langsung tak nak train diri sendiri bersiap awal dan gerak awal..

So, sekarang ni merasalah aku..huhuh..
Jadi, untuk berfikir secara positif, terima sajalah.

Walaupun jadual pagi aku agak padat sekarang, tapi rasa aku jadi seorang yang lebih menghargai waktu.
Aku mula paham macam mana perasaannya bila datang awal ke tempat kerja..
Macam mana rasa cuaknya bila terlewat sikit gerak keluar dari rumah..

Best jugak sampai awal dan tengok keadaan sekeliling masih suram-suram.. Sejukk je ^^

Rasanya kalau masih di sekolah lama, aku masih lagi dengan rutin biasa - L.A.M.B.A.T

Apapun yang berlaku, semua pasti ada hikmahnya kan =)

Saturday, February 09, 2013

Nasihat seorang kakak

Si pemalas kembali.. huhu
Ye, aku memang tak rajin update.. ini pun update sebab rasa macam dah tak tau nak buat apa..
What the dodol ? Taktau nak buat apa?
hoyeahh aku tengah tunggu kereta dicuci.Mati kutu kot... takkan nak tolong bebudak ni mencuci kan..

So marilah mengupdate blog ye..
Sambil duduk tak buat apa dalam keadaan cuaca panas terik ni
Tetiba ada idea nak buat entri..
Sebab bila belek-belek message lama dalam inbox FB terjumpa mesej ni.
Takde la lama sangat pun, perbualan dalam bulan Januari lepas.

Kata-kata / pesanan akhir dari bekas rakan sekerja a.k.a seorang  kakak yang dulu duduk dekat-dekat dengan meja aku;




Masa tu, aku sesaja tanya dia macam mana dengan pertukaran ke sekolah baru.. Sebab aku masih lagi dalam proses nak menyesuaikan diri. Bukan lah rasa teruk sangat di sekolah baru ni.
Cuma, bila dah terbiasa sangat dengan persekitaran sekolah lama, rasa pelik sikit di sekolah baru. Dan sesuatu yang pelik bagi aku memang akan mengambil masa nak membiasakan diri.

Lagipun, akak ni termasuk dalam golongan yang aku rasa selesa nak bersembang / meluah pendapat dan perasaan dalam bab-bab macam ni..

Well, kawan ada banyak jenis kan. Ada yang jenis suka-suka habis di situ je.. Dan ada juga jenis yang ko boleh letak kepercayaan nak bercerita sesuatu yang personal.

Dan tiba-tiba, teringat 1 lagi  pesanan berkesan dari akak ni..
Kenapa berkesan?
Sebab walaupun hanya disampaikan secara verbal tapi aku masih ingat sampai sekarang..
"Jangan kahwin dengan suami orang, Didi.. Ingat tu.."


<^^>

Apapun, aku rindu nak bersembang dengan akak ni..macam dulu-dulu..

*Hanya tinggal kenangan*

Friday, August 24, 2012

Kunjungan teman di hari lebaran

Aku tak tau situasi ni terjadi pada orang lain ke tidak..

Ni kira pemerhatian aku sendiri la ye.. Based pada lingkungan orang-orang di sekeliling aku ni.

Bila raya.. kawan-kawan datang beraya. Kita pun sama-sama beraya.
Adakah memang sepanjang masa begitu? Maksud aku, dari kecil membawa kepada dah dewasa ni, adakah kawan-kawan korang dan korang sekali memang saling kunjung mengunjung?

Apa yang berlaku pada aku; ye semasa masih kanak-kanak memang kawan-kawan rajin datang beraya. Naik basikal pun jadi. Aku pun sama la tu. Lepas dorang datang rumah aku, aku pulak kayuhh basikal datang rumah korang. Takde la sampai habis rumah classmate sekelas aku bertandang.. Cukup la 3-4 rumah kawan yang rapat-rapat. Ai tak berapa nak fofulerr ok masa kecik-kecik dulu.

Bila dah remaja, macam tak ada sangat. Masa tu nak kayuh basikal rasa macam "ek elleh kosser kot nak kayuh-kayuh berpeluh-peluh ketiak".. Nama nak naik motor pun tidak juga. Zaman-zaman aku remaja dulu, jarang-jarang jugak kot dapat lesen mak pak nak hangkot motor bawak beraya. Orang lain aku tak pasti, tapi makpak aku memang tak bagi la kan..hua hua hua,,
Ada tak ada pun, kami gi naik bas. Bas ting tong tu.. Tu pun kena plan la.. Rumah orang tu mesti tak jauh dari jalan besar.. Ada jugak la dalam ingatan aku ni kami pergi beraya naik bas. Remaja sangatt eh. Tak nak kayuh basikal dah. Tapi dok terkepit-kepit pakai baju kurung ayu-ayu tunggu bas tepi jalan.

Dah lepas sekolah, aka zaman U.. Panjang sikit langkah untuk member-member yang dah ada lesen kereta & motor. Boleh la free free beraya kalau dapat lesen guna kereta mak pak. Aku? Tak lepas jugak. Tak ada lesen lagi masa tu. Ada tak ada pun, kalau ada kawan yang memelawa nak datang umah pick up & pastu hangkot sekali beraya,, barulahhh aku beraya. Nama nak mintak makpak tolong hantar nak gi beraya memang tidak la kan..
Masa kat U, beraya jugak, gi rumah member guna public transport je. Dah nama duduk KL kan, gunala segala LRT Komuter yang ada. Member-member yang boleh drive pun sangat baik hati, sanggup pick up di stesen-stesen public transport untuk membawa teman-teman baik ini beraya. 

Now, dah keje. Dah ada kereta. Patut boleh beraya. Tapi rupanya makin tak beraya rumah member-member. Boleh tak aku nak kata masa aku dapat lesen tu dah boleh dikira macam dah expired? Eventhough tak ada istilah expired untuk orang amik lesen.
Maksud aku cengini:
Masa aku muda dan member-member pun masih single mingle, aku patut dah boleh bawak kereta macam dorang dan pergi beraya.. Tapi masa tu yilek pocik takdek lesen.
Now dah kerja, lambat sikit dapat kerja stabil & akhirnya berlesen & berkereta.. Masih single, tapi nak pergi rumah member pun macam segan-segan sebab dah lost contact.
Huuu dulu ko payah nak beraya rumah orang so macam mana sekarang orang nak beraya rumah kau kan?
Member-member pulak paham-paham la once dah bekeluarga memang unpredictable & unsangkarable.

Kau boleh kontek diorang bebila masa yang kau hendak tapi terimalah kalau diorang tak available untuk melayan kau masa tu. Sangat berbeza dengan masa bujang-bujang dulu.
Dan diorang pulak bebila masa yang diorang hendak boleh kontek kau, regardless masa tu kau sibuk ataupun tak.. Mungkin sebab diorang berasaskan logik, "Apa yang orang bujang takde anak/suami nak sibukkan yeh"

Baiklah, aku bukan nak pertikaikan pasal tu. Itu sesuatu yang aku terima sebagai hukum alam. Sesungguhnya kawan-kawan di masa bujang,, mereka telah memberi komitmen & layanan yang baik kepada teman-teman. Cuma lepas berkeluarga of course keluarga mereka jatuh pada tempat pertama..


Balik pada kisah beraya.
Ada tak ada pun beraya rumah rakan sekerja la nanti bila dah balik ke tempat kerja.

Pemerhatian pada adik beradik:
Pun lebih kurang sama.
Tahun lepas habis SPM, kemain lagi member-member yang datang dah macam rombongan marhaban. Jejak puluh-puluh OK,..
Kakak-kakak ni tengok aje laaa kawan adik-adik datang bertandang.
Sambil mengenang saat-saat berkawan-kawan macam tu dulu..

Tapi tahun demi tahun..
Aku tengok bilangan kawan-kawan adik yang datang pun makin menyusut.

Ye.. fenomena samakah?


Thursday, August 23, 2012

Sense-less?

Nama pun raya kan

So adat la kalau gambar keluarga di hari raya di upload di laman-laman sosial / blog.

Cumaaaaa yang tak berapa nak best ialah berada dalam situasi nak kena explain sesuatu..

ehhh aku ingat dalam kelas je nak kena explain2 dengan budak.. Rupanya kat FB pun kena eh..

Dalam situasi yang macam mana?
 
Ye, dalam situasi begini ye,,

Nampak gambar-gambar raya yang ada muka aku, SEMUA pun terang jelas lagi bersuluh menampakkan yang aku masih bujang. Belum berkahwin. Memang dalam SEMUA gambar pun tak ada nampak bayangan lelaki a.k.a suamiku. Tapiiii masih nak bagi komen macam ni kat bawah gambar: "Didi..still single ker? Selamat Hari Raya "

Aku nak terangkan pun macam malas..
Sudahnya aku terus tak kuasa nak respond apa-apa LANGSUNG dalam FB.
Tengok je.

Ini pun sebenarnya dah banyak hari aku dok contemplating nak tulis ke tak nak tulis ke tak jadi entri..
Sebab it is something that lingers in my head & heart.
Aku tak tau nak luah kan kat orang lain. Family? Friends?
Tak kan tetiba je aku nak bukak topik macam ni kan. Out of blue. Tetiba je.

Come on, peeps.
Use your brain ok.

Dah tu,let say aku ada suami & dah kahwin beberapa tahun dan masih tak dikurniakan anak, kau nampak dalam semua gambar.. tapi kau tergamak nak tanya, " Didi masih tak ada anak kaa?.. Selamat Hari Raya..."

Aku tau, aku tak boleh kontrol apa orang nak cakap & tanya.
Lepas aku tulis semua-semua ni pun, aku sedar, its up to them nak kata & tanya apa.
Mungkin, kalauu..kalau ada insan lain yang terbaca tulisan di blog picisan ni.. & you,, yes you who are reading these right now pernah terdetik nak bertanya macam seorang Encik kat atas tu.. boleh tak, fikir dulu.. sebelum bertanya.

Kalau katakan tak boleh,, nak jugak tanya soalan-soalan macam tu..
Finnneee.
Tanyalah..
Mungkin sampai masa aku rasa gagah nak jawab, aku jawab.

updated:
Attribute to him yang bertanya soalan.
Aku capture & abadikan kat sini.
Dok kat FB sana.. lama-lama masuk archive kan.
Kot-kot aku 'rinduuuu' dengan feeling perasaan liang selibu ditanya soalan macam ni, tak yah susah-susah cari dalam FB.. back read dari blog je.. senang..

Thursday, March 08, 2012

oo-ka-ki-ku

Salam..

Malang itu tidak berbau kan..

Petang Isnin 5/03/2012, dalam kegopohan aku nak ke PPD untuk Taklimat Pengumpulan Data Pendaftaran UPSR, terjatuh lalu terseliuh..

Depan pintu rumah aku je pun..   T__________________T

Masa tu hujan, lantai pun licin.
Bukan nak salahkan lantai, salah diri sendiri ni sebab cuai dan tak berhati-hati..

Lepas jatuh tu, terhincut-hincut, terus memandu.
On the way tu, memang dah terasa hazab nya.. Sempat jeling kaki, ada 1 benjol besar telur ayam.
Tapi apakan daya masih terus memandu tak boleh stop, perjalanan quite jauh & kawasan yang dilalui adalah hutan.
Nak mintak orang ganti pun, it was too sudden.
Terfikir kalau aku ada di tempat orang lain, akan hangin juga kalau tiba-tiba terpaksa ganti ke PPD (last minute pulak tu)..

Akibatnya, lepas dekat 4 jam menahan sakit, siap naik turun tangga 3 tingkat @ PPD maka lepas tu kaki kiri aku terus bengkak.

Ini bukan terseliuh yang biasa-biasa rupanya.
Hampir seluruh bahagian kaki kiri (bawah, bukan betis) aku bengkak.
Termasuk jari jemari kaki & tapak kaki pun rasa tegang.

Nak berjalan memang payah. Apa lagi nak keluar bekerja.

Hari kedua (Selasa), dah panggil orang datang mengurut. Sakitnya tak boleh nak cerita, huhu.
Petang pula kawan dan suaminya tolong bawa ke klinik & farmasi.
Doktor kata tendon dan urat kaki aku yang cedera lepas terseliuh tu.

Dan hari ni, Khamis 8/3 (hari ke-3 cuti) aku akan ke klinik lagi untuk mintak sambung MC lagi 2 hari.
Tidak boleh ke sekolah lagi.
Jalan pun begini, macam mana nak naik tangga..

Dalam pada pelajar tengah amik periksa minggu ni.. Semuanya aku main kirim-kiriman dengan jiran a.k.a rakan 1 sekolah.

Apapun..
Doa cikgu mengiringi kamu semua dari sini sahaja..

p/s - sehari dok umah best jugak. masuk hari ke-2 & 3 mula terasa boring nya...
p/s/s - sayangi & hargai kaki kita... Antara anugerah Allah yang tak ternilai dengan emas permata. BERHATI-HATI SENTIASA, =)

Monday, February 20, 2012

Sentap

Bila ayah saya yang jarang-jarang sekali request sesuatu pada saya, hati saya kata saya mesti tunaikan permintaan ni.
Korang pula, macam mana?

Cuti Thaipusam dan Maulud Nabi hari tu, ayah saya jatuh dari tangga waktu mengecat.
Sebab takut tangga tu tumbang dan hempap dia /  jatuh dalam longkang, maka ayah saya terjun dari tangga.
Dengan ketinggian yang boleh tahan la tingginya.

Akibatnya, tulang pada tumit kaki kiri sedikit retak. Itu yang dalaman.
Yang luaran nampak lebih teruk. Kaki kiri lebam-lebam. Kaki kanan luka.
Kami bawa ayah berurut dan ambil gambar x-ray.

Lepas 2 minggu, ayah saya sms minta tolong saya hantarkan ke Sri Medan, untuk diurut oleh seorang pak imam ni.
Hari Jumaat, saya dah janji dengan bengkel kereta nak servis alignment tayar.
Hari Sabtu, ada aktiviti koko.
Memikirkan sepanjang 4 tahun ni saya TAK PERNAH skip koko, (walaupun kadang-kadang datang tapi datang saja dan tak handle budak sebab kawan-kawan yang handle) maka saya buat keputusan untuk ponteng koko hari tu. Lepas subuh hari Sabtu saya gerak meninggalkan Endau. Perjalanan ke BP ada la dalam 2 setengah -3 jam.

Gedebak gedebuk gedebak gedebuk selesai 2 hari di kampung.

Hari Isnin sekolah macam biasa.
Pagi ada perhimpunan.
Lepas perhimpunan ada short meeting.

Tiba-tiba, ada sorang insan ni yang suarakan terusss pada GB depan-depan semua cikgu,, nak kata yang masa hari Sabtu aktiviti koko tu tak meriah sebab ramai cikgu yang tak de. Dalam 5 orang guru pergi belajar (program pensiswazahan guru). Point hamba Allah ni tadi, nak kasi tahu ada yang ponteng koko.
Lain kali, diharap semua orang dapat datang dan memeriahkan hari Sabtu koko.

Ye, saya la tu yang ponteng.

Tapi, nak ponteng tu pun saya dah berkira-kira.
Kalau saya tak datang, ada tak cikgu-cikgu lain yang tinggal, yang boleh jaga budak.

Memang hari tu sah-sah 5 orang cikgu baru mesti ada. Campur cikgu lama ada dalam 9 orang untuk handle budak dalam 50 orang. Kira ok la tu.

Yang saya sangat-sangat terkilan, tanpa menyelidik dan menyiasat kenapa saya ponteng koko, terus zasss suarakan pada GB.

Lagi sentap, bila ada yang bagitahu, hari Sabtu tu lepas dengar saya balik kampung hamba Allah ni siap boleh keluarkan statement "Kalau ayah sakit pun, macam tak boleh balik kampung hari lain!"

Benci mana pun saya pada seseorang kan, kalau sebut pasal ahli keluarga sakit ke, hati saya terus jadi mellow. Sebab saya memikir macam mana la kalau saya ada kat tempat dia.

Tapi, memang kurang bijak la saya  ni  kan, sebab fikir orang lain pun akan fikir macam tu. TIDAK rupanya. Ada juga manusia yang berhati macam ni.

Saya kan, bukan la dalam kategori anak yang memang rajinnn sangat balik kampung. Maksud saya, saya balik kampung, tapi bukan lah sekerap mana. Lagi-lagi kalau ada banyak kerja. Takpun, memang saya saja-saja nak duduk berehat di rumah sewa sendiri ni. Saya jenis yang begitu.

Tapi, sesekali saya balik, BERSEBAB, dan diperlakukan macam ni saya memang sangat sentap ok.

Hamba Allah itu sendiri pun, pernah je tak pergi koko dengan MAAACAM-MAAACAM alasan.
Hantar bini
Hantar anak
Interview ntah apa-apa lah (pernah dulu pergi interview PTD, walaupun dah jadi cikgu)

Elok je kami kat sekolah ni cover.
Bising memang bising. Tapi aktiviti tetap berjalan seperti biasa.
Uruskan aje laa budak-budak tu.
Lepas tu takde pulak sampai nak mengadu bagai dengan GB.
------------------------------------------------------------------------------
Kisah di atas adalah kisah benar.
Cikgu itu seorang cikgu lelaki.

Sunday, November 20, 2011

A simple Thank You is REALLY appreciate!

Bukan isu besar pun. Tapi untuk tahun ke empat, aku (kami) berdepan dengannya.

Sebagai cikgu Tahun 6, bila hujung tahun maka tak lari lah dari melihat anak-anak murid meninggalkan bangku sekolah rendah, sebelum menjejakkan kaki ke sekolah menengah.

Straight to the point, aku nak cakap pasal pelajar yang sungguh berat mulut bila sudah berjaya. Juga yang sudah habis sekolah rendah dengan keputusan sederhana. Tak terkecuali juga ibu bapanya.

Bila belum berjaya, berjumpa guru, meluahkan harapan, bercerita kegusaran.
Apabila semuanya sudah selesai, berpapasan dengan guru begitu saja.. Ataupun hilang terus,,,

Adat dunia, begitulah sebelum dan sedudah dapat apa yang diinginkan..

Mungkin sudah jelak dengan guru yang mulutnya membebel seperti bertih jagung ini (barangkali).
Kalau betul, kecewanya di hati sebab anak murid GAGAL memahami tujuan guru berleter.

Apapun, semuanya kami telan dalam diam (cuma dah tahun ke empat ni tak larat nak telan, maka aku luah lah sikit kat sini.. selalu ianya off record, jadi topik sewaktu menjamu selera saja)

Aduhai anak murid,
Tak perlu lah 'add' guru-guru di FB kalau dalam realitinya, jika terserempak dengan guru di luar kamu lari / berpaling.
Sebenarnya, kalau tak sudi, tak perlu pun memulakan perbualan dengan guru.. Cukuplah dengan tersenyum dan berkata "cikgu....".

*Mungkin tahun ini perlu mengingatkan murid-murid tentang budaya berterima kasih..
**Pathetic kah kami? Mengharap ucapan terima kasih?? Tapi budaya ni kalau tak dipupuk memang akan terbawa-bawa sampai ke alam tua.

Monday, October 31, 2011

Macam mana ukur kepuasan kerja?

Assalamualaikum..

Meh sembang pasal kerja.
Macam mana kita ukur kepuasan bekerja?

Aku pernah kerja kilang dulu. Kilang buat printer. Tapi aku duduk Department Debug. Kami kena repair the defects product yang operator jumpa dalam line.
Kepuasannya ialah bila kita dapat test product sebanyak mungkin, & of course bila dapat betulkan semula printer tu.
Kira, hari-hari sebelum balik ko boleh measure output hari tu.

Aku pernah jugak jadi cashier. Rasa sangattt puas kalau masa kira wang (malam, sebelum kedai tutup), jumlah dalam mesin adalah tally dengan resit. Rasa macam okayy, hari ni aku bekerja dengan baik,, semua duit pelanggan aku amik dan pulang dengan betul. Kot tak, terlebih seposen pun ko rasa macammmm  tskk. Apasal tak balance eh. (Tahukah anda keje sebagai cashier, kalau duit dalam mesin pada waktu malam, masa nak dikira, terlebih atau terkurang, nilai tu akan ditolak pada gaji cashier tersebut. Kalau seposen takpelah. Kalau seratus? Berpinar jugak mata..
Sama macam tadi, sebelum balik rumah kita dah boleh ukur tahap kepuasan berkerja.

Kalau orang yang berniaga, mungkin rasa puas kalau hasil jualan sangat bagus. Income juga banyak.
Hari tu jugak kau kira, hari tu jugak kau dapat tau outputnya.

Suri rumah, agaknya rasa puas hati bila dapat settle kan house chores dengan jayanya..
Pun, boleh dilihat dan dinilai dari mata sendiri serta merta.

Mekanik, tentu lah kalau dapat repair apa yang pelanggan hantar. Kalau tak masak jugak kot nak menjawab. Bayangkan kalau kita hantar kereta ke bengkel & tetiba mekanik tu kata "er maaf kak sebab kekurangan ilmu saya tak dapat baiki keta akak,"" haruslah ko kena marah di situ..

dannn,,

Kepuasan sebagai seorang cikgu.
Ini yang nak cerita ni.
Kepuasan bekerja sebagai seorang cikgu ni bukan dapat diukur hari-hari ye.
Kau ajar budak hari ni dalam kelas, besok kau tanya dia, belum tentu dia boleh jawab. Padahal dalam kelas tadi kau dah soal dan 80% yakin yang budak tu faham.
Lagi best, baru je ajar, waktu tu jugak kau tanya punnnnnnnnn belum tentu boleh menjawab.
Maka pulang la cikgu hari tu dengan rasa sebal.

Kau beriya cari bahan, melatih budak untuk sesuatu persembahan/pertandingan,
Dalam masa berlatih tu pulak, nak kena banyak-banyak bersabar, ada macam-macam karenah.
Pun, balik la cikgu dari kerja dengan kadang-kadang membwa hati sebal, kadang-kadang ada la jugak membawa rasa puas.

Kepuasan tu datang,
Bila tiba-tiba diumumkan pelajar kita berjaya dalam peperiksaan. Dapat A contohnya.

Ataupun,
Bila tiba-tiba diumumkan pasukan yang kita latih menang untuk sesuatu persembahan.

Itulah kepuasannya. Yang boleh membuat seorang cikgu senyum sampai telinga.
Yang pasti, kepuasan tu datang pun lepas kita lepas berpenat lelah. Rasa macam, sweet nya,,,, huhuhuh.. walaupun kadang-kadang,
ada pelajar yang claim - "Saya berjaya dengan keputusan yang cemerlang ini adalah berkat usaha saya & doa dan sokongan ibu bapa."

Takpun, "Kami amat gembira dengan kemenangan ini. Ini lah team work kami sepasukan!"

Oyeah,, nama orang yang berlelah mencari dan menunggu kepuasan bekerja ni, sikit pun kau tak ingat kan??
Huhuhuh takpelah. Kalau kamu tak ingat, jauh di sudut kecil hati kami,
Kami ingat

Tuesday, August 16, 2011

Untuk keselesaan, kan?

Tiba-tiba teringat perbualan dengan x - housemate  satu ketika dulu..

Kami bincang pasal barang-barang keperluan dalam rumah.

Ada orang berfikir, selagi tak ada rumah tetap milikan peribadi diri sendiri, maka tak perlu susah payah nak letak atau beli macam-macam dalam rumah.. Contoh;
  • Tak payah la beli katil, tido atas comforter/toto je. Nanti nak pindah leceh.
  • Tak payah la beli sofa, duduk atas lantai je. Nanti banyak sangat nak berangkut bila nak pindah.
  • Tak payah la beli TV besar, beli yang kecik-kecik je. Sementara duduk rumah sewa ni. Karang-karang kalau pindah senang nak angkat.
  • Tak payah la beli almari baju cantik-cantik. Beli yang kain/kanvas ni je. 
Pada aku la kan, kalau memang berfikir seperti di atas sebab kekangan wang, maka tak apa lah. Biasalah dalam hidup kita pelbagai ragam, wang tu sentiasa ada je keperluannya. Kadang-kadang gaji belum masuk pun, dah terbentang 'list' ke mana duit-duit tu akan ditujukan (huhuhu, that's life)

Yang aku rasa agak terpanggil untuk menulis pasal isu ni ialah, "pasti ke boleh dapat pindah??" "pasti ke dalam masa tedekat akan buat / beli rumah?" Kalau aku, jawapannya, "Ye, saya langsung tak pasti.. buat masa ini. Entah bila saya boleh ada rumah sendiri."

Bukan ke itu semua pun 1 keperluan. OK la, benda-benda macam sofa, TV besar, almari tu boleh je kalau nak beli yang biasa-biasa tapi kena juga consider pasal beberapa perkara:
  • Tahan ke tidak. Sampai masa ko betul-betul dapat pindah buatnya terbarai almari tu dek kerana dok diangkat ke sana sini, dah nak kena beli yang baru. Baik la beli yang OK & tahan kan? Ini lah namanya alah membeli menang memakai.
  • Keperluan+kehendak. Yang ini biasalah, orang kata ada yang biasa-biasa pun dah OK, janji ada. Tapi untuk kita yang bekerja ni mesti la sedikit sebanyak terselit kehendak dalam diri, nak yang macam ini, yang macam itu. Dan aku rasa tak salah kot kalau kita berusaha untuk dapat, sebab kita kan kerja. Mungkin kita rasa sesuatu benda tu tak berapa penting, tapi mesti ada, so kita beli barang yang sedang-sedang je harganya. Janji, ada. Untuk barang lain pulak, kita rasa kita mesti ada & hati/perasaan kita kalau boleh naaaaakkk sangat beli benda yang branded, menepati citarasa kalbu idaman hati. Tak salah pun, sebab kita kan kerja.
Yang salah?
Iye, yang salah atau tak berapa betul ialah kalau kau bawak pemahaman kau untuk cakap pada orang, apa yang kau fikir tu macam 100% betul.Siap bagi nasihat/kempen lagi suruh ikut apa yang kau buat.

Lagi satu, buatnya kau tak pindah-pindah maka tidurlah atas toto je sampai dapat pindah. Jangan salah faham pula, as if aku nak kata tidur atas katil adalah lebih baik dan sangat baik compared to tidur atas toto. Again, itu atas keselesaan masing-masing.

Senangnya, cakap dalam hati je boleh,,. Tak payah jadikan isu. Takde orang tanya pun. Bila tiba-tiba ditimbulkan isu begini, tu yang buat orang lain pun terfikir dan bila dah berfikir tu, macam-macam la outputnya.. Nak beli yang mahal ke, murah ke, tak nak beli terus ke, diam-diam saja... huhuh..

Saturday, August 06, 2011

Insiden Tengok Bola

Disebalik kemeriahan rakyat M'sia menonton perlawanan bola antara M'sia-S'pura minggu lalu, rupanya ada 1 tragedi.

Ada peminat yang tecedera lalu hilang keupayaan penglihatan sebelah mata kerana serpihan mercun yang dilemparkan peminat lain. Hilang upaya secara kekal.

Dan rupa-rupanya mangsa tu adalah kawan 1 sekolah masa kat MRSM KT (98-99) dulu.  :(

Ahmad Jazimin aka Mat G, sewaktu dirawat di PPUM
(Gambar diambil dari laman sosial FB isteri beliau)

Malang tak berbau,kan?
Pergi ke stadium dalam keadaan sempuna, tapi baliknya membawa khabar duka.
Besar sungguh dugaan yang harus beliau & isteri serta keluarga hadapi. Isteri beliau pada waktu itu sedang sarat menunggu masa melahirkan anak pertama (mungkin sekarang sudah melahirkan anak). Dan katanya mata kiri beliau yang tidak terjejas itu  mengalami masalah silau. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku doakan Mat G cepat pulih & diberikan kesabaran, dikuatkan semangat & ditetapkan imannya.

Berita ni buat aku risau pada 2 adik lelaki kat kampung tu. Di bulan puasa ni, dah macam tabiat budak-budak bermain mercun. Ngeri betul kalau memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang buruk macam ni. Daripada kena mercun lebih baik rasa cubitan/pelepuk aku dulu. Sebagai warning gitu. Tsk tsk..

Sunday, July 24, 2011

Sesal kemudian yang tiada gunanya

Pepatah kita kata macam tu kan.

Tapi pada pendapat aku, sesal kemudian pun masih ada gunanya.

Contoh terbaik (untuk diri sendiri),
_Mendengar guruh mula berdentum tapi hati agak berkeras tidak mahu menutup PC. Kemudian terdetik di hati untuk lekas-lekas shut down PC melihatkan dan mendengarkan kilat dan petir yang makin menggila. Sejurus selepas menekan button shut down, di kala menunggu shut down screen yang berpusing-pusing di monitor, 99% proses shut down sudah berlaku dan tiba-tiba..

nampak macam ada kilat belakang PC aku. CPU n Monitor 'off ' macam biasa dengan signal system shutdown terakhir pada monitor.

Lepas hujan berhenti, apabila ditekan button start pada PC...._

Yes, you guess it right. Rasanya at that very moment, masa PC aku tgh shut down (bukan log off), masa tu lah petir telah menyambar. Alhamdulillah monitor dan printer masih OK.

My CPU has been electrocuted. And to think that I'm living in an area with the verrr-ryy limited pc-repairing-service.

Saya menyesal. Tapi ini satu lagi pengajaran berguna untuk saya.

Bestnya kalau pandai mendiagnos PC. Bestnya kalau boleh menukarganti barang-barang dalam PC sendiri. Rasa macam nak ambil kursus betulkan PC sekarang juga! Apa yang aku mampu buat tadi cuma buka CPU dan membuang sawang dalam CPU. erk. (kang segan pulak masa nak hantar pada orang betulkan)

Seriously, aku nak belajar repair PC!

**Alhamdulillah, PC sudah OK. Petir menyebabkan kabel dan Power Supply PC aku kong. So, cuma tukar 2 benda tu je.

Kini mendengar rintik hujan saja terus OFF semua peralatan eletrik. Yeah, its our money!

Saturday, July 02, 2011

Hyper-10-sion!

Dalam cuti sekolah 2 minggu hari tu, accidently aku check my BP (baca: Blood Pressure).

Aku jumpa doktor sebab allergic kat bahagian atas bibir. Masa tu, aku tertengok alat check BP ni atas meja doktor and suddenly aku rasa sangat curious dengan my own BP. Rasa macam dah lamaaaa gila tak check.

It turned out that my BP rose to 130/90 which is, quite high. Masa tu dalam cuti, so aku ada bitau mak aku & of course dia bising sebab life style aku yang langsung tak ke arah yang sihat. Masa tu aku rasa biasa je lagi.

Naik sekolah,aku cerita la dekat sorang member ni. As expected, tak lama lepas tu orang lain pun tau pasal isu ni. Sorang member ni pun bawa la dia punya alat mengukur BP pada satu hari Sabtu berkokurikulum. At that time, bacaan aku meningkat lagi, 140/90.

Masa tu dah mula rasa cuak dan takut. Of course la, bila ramai-ramai dah memberi pendapat which is ada yang positif, ada yang negatif. Ada yang membantu, ada yang bergurau tapi menyakitkan. tsk..

Aku memang jenis yang mahukan kepastian, pergi lagi check kat Klinik Desa dalam felda tempat aku mengajar. Ye, masih lagi the same figure. 140/90. Hari tu jugak (tengah harinya) aku pergi Klinik Kesihatan Endau untuk jumpa sendiri dengan Medical Assistant. Masih lagi begitu. dan before aku jumpa MA tu, masa nurse kat depan kaunter check my BP was even rose to 150/100. Aku sangat tertekan OK masa tu. Siap dah meleleh-leleh air mata depan nurse tu.

Sebelum tu aku ada amik 1 pamplet pasal Hypertension, & dari pembacaan aku, aku boleh tau yang bacaan BP aku ni menunjukkan aku adalah dalam HPT Stage 1 (Darah Tinggi Tahap 1)

Hari tu jugak, which is petang tu, aku nak kena bertolak ke Bandar Tenggara untuk berkursus selama 3 hari. Lagi laaaaa tekanan. Tau kena berkursus pun last minute. Apa pun tak kemas. Jauh pulak tu.

Masa tu aku buat keputusan untuk check my BP setiap hari, sebelum jumpa dengan doktor lepas seminggu aku monitor aku punya BP.

So, setiap hari masa berkursus aku jadi pengunjung tetap Klinik Bakti kat Bandar Tenggara, untuk amik bacaan BP. Nak pergi Klinik Kerajaan dah tak sempat, sebab kursus habis pukul 4.30 p.m.  Masa tu pun, bacaan masih lagi 140/90.

Masa tu jugak, aku tertanya-tanya pada diri sendiri, soalan yang orang selalu tujukan untuk diri aku, like
~ada rasa sakit tengkuk ke?
~ada rasa pening kepala ke?

Sebelum-sebelum ni, aku tak ingat pulak kalau pernah mengalami simptom macam tu. Kalau ada, mesti aku dah berbunyi pada kawan-kawan atau pegi jumpa doktor.

Tapi lepas orang dok tanya-tanya aku tu, aku pun tertanya la sendiri; eh, ini ke rasa sakit tu?? macam ni ke peningnya??

Last day sebelum aku dijadualkan jumpa doktor (aku sangat tertekan masa tu huhu) aku gi jumpa sorang doktor kat Klinik Syifa', area Endau ni. Masa tu, bacaan adalah 130/90.

Aku rasa, sesi bersembang dengan doktor tu masa tu adalah ENDORFIN TERBAIK aku. Ye, memang bacaan 130/90 masih lagi tinggi. Tapi cara doktor tu menasihatkan aku, macam lah dia dah buang beberapa biji batu blah batu bertangkup dari atas kepala dan bahu aku.

Lepas beberapa hari mengamalkan cara hidup sihat, aku rasa emosi aku bertambah baik & rasa baik-baik saja. Sorang kawan tempat keje bawa alat check BP & Alhamdulillah bacaan selama 2 hari berturut lepas tu dah menurun.

Nevertheless, aku masih lagi akan pergi Klinik & check dengan doktor sebelum aku bertolak ke Bandar Tenggara Isnin depan.

Yang pasti, sejak minggu lepas:
~aku kawal makan, makanan yang aku masak memang kurang garam
~no to caffein
~no to egg (kalau nak makan pun, bahagian putih je)
~tidur awal setiap hari
~kurangkan mengadap laptop/komputer (yang ni payah sikit, especially hari cuti.Kalau hari sekolah, OK sikit kot)
~rehat kan minda (walaupun part ni pun payah sikit, huhuhu. Selalunya aku memang nak bertenang, tapi kejap-kejap ada panggilan kerja dari kawan & GB)

Moral of the story, jagalah pemakanan dan cara hidup kita ye. Sekali lagi, 'sesorang' yang lain mula sedar bila telah ditimpa sesuatu musibah (aku lah, tu!)

Pemakanan yang kita amik sekarang, mungkin effect nya akan datang berkunjung 4-5 tahun lagi. Ni aku merujuk pada pemakanan diri aku sendiri lah.. Terbayang-bayang zaman kat UIA yang bebass makan fast food. Kemudian bila dah kerja pun semacam je aku punya diet harian... Jadi, memang aku akui semua tu berpunca dari diri sendiri yang tidak menjaganya.

Apapun aku akan teruskan berusaha & semoga my BP akan kembali normal. Amin..
Insya Allah.

Thursday, May 26, 2011

Yang mana satu??

Ada orang, tak puas hati jika diberikan jawatan.
Ada pula, yang tak puas hati jika tak diberikan jawatan.

Ada yang nakkan jawatan, tapi tak nak melaksanakan kerja & tanggungjawabnya.

Tuesday, May 24, 2011

Bersembang lebat

Dah lama tak buat.
Dengan seorang housemate. Maklumlah, orang duduk sorang.

Eh kat tempat keje memang bersembang. Tapi tak la selebat mana kerana tuntutan kerja. Kejap kang teberhenti, eh saya ada kelas la tak pelah nanti sambung.

Aku baru balik dari jumpa ex housemate aku. Pertama kali dalam sejarah! Duduk kedai makan lebih 3 jam. Selesai sepinggan nasi ayam goreng ++ 2 gelas air.

Dah lama tak jumpa of course macam-macam report dan pelaporan yang nak dibuat,,, kan.

Rindu pulak zaman duduk dengan dia, dulu! Bukan senang, mahu mencari housemate yang serasi sejiwa, kan???

Bila dah meningkat umur ni. I rather live alone than risking myself living with anybody. Sebab pengalaman mengajar kita kan.

Rumah ni pada aku tempat beristirehat yang aku suka. Kalau di rumah itu ada unsur-unsur tak best, macam orang-orang yang tak berapa nak 'masuk' so macam mana kita nak duduk rehat-rehat dengan tenang hati. Nak balik rumah pun rasa liatttt je.

Hmm.. Apapun, aku selalu gak ingat ex housemate aku ni sebab kerana dialah aku tidur atas katil! Katil aku sekarang adalah ihsan dari dia. Tilam pun. Kebetulan dia ada 2 set so dia dengan murah hatinya bagi aku satu. Masa nak pindah pun, keduanya masih dengan aku.. Sebab dia yang baik hati sedekahkan kat aku.. buat kenang-kenangan!

Thursday, May 12, 2011

A quote a day--- 1

Aku rasa ianya sangat betul!

Treat people well- life has a way of making sure that later you need the help of the people you have treated poorly in the past.

Kalau tak, akan segan-segan ayam nak mintak tolong orang bekenaan lepas tu, kan.

Hmmm...

Monday, May 02, 2011

Takut sendiri

Ni lah dia..
Berani buat tapi takut nak menanggung.

Tetiba ter speed masa lalu area bandar Kluang tadi.. depan sekolah pulak tu.
Terus lah berdebar-debar. Eh tadi menatang berkelip-kelip itu adakah speed trap tool? (padahal aku tak tau pun sebenanya cemana rupa benda tu)

Haruslah berdebar ye. Bulan ni bajet agak lari. So kalau kena saman.. tsk3.. Redha dalam kesedihan.. Dah lah baru ditimpa musibah. erk.

Apapun ini link untuk cek saman online.
Senang ye lain kali aku nak cek lagi. Kot-kot lepas ni lupa daratan & cuba-cuba memandu laju lagi.

Moh le kita cek saman

ATAU

Ni Portal JPJ terus

Saturday, March 26, 2011

Saman!

Tengah kecoh-kecoh orang dok check saman ni, aku pun nak check jugalah..

Manalah tau, di sebalik kesiputan aku membawa kereta,, kot-kot la time terlebih press minyak tu tetiba JLL3092 terserempak dengan benda nih,



Mau letak antena kat dahi kalau tetiba dapat surat/notis suruh bayar saman. Kalau RM3 tu layan lah lagi. Tapi kalau RM300??

Sayang oooo duit.. Penat keje~~

So, tekan-tekan-tekan-tekan-tekan-tekan

akhirnya,

RM0.50 POLIS: JLL3092 Tiada Saman dikeluarkan sehingga 25/03/11. Terima kasih.

Sama-sama lah ye,,
hehehehe

Monday, March 14, 2011

Parenthood is tough!

Assalamualaikum..

Bila seorang bujang bercakap mengenai keibubapaan.. =)

Awal-awal cuti sekolah ni, macam biasa.. aku tak kan dapat balik kampung awal-awal punya..

Kelas tambahan beb. Tak buat, rasa tak sedap. So, buat.
Bila buat, nak la buat awal-awal.. Kata kena rancang cuti kita.. So merancang la ni. Mula cuti terusss zass ada kelas. Lepas kelas baru balik kampung. dan, don't expect me to come here (sini, tempat keje) earlier...

Mak Usu aku dah bitau sebelum cuti aritu yang dia nak datang Mersing. Biasalah, sini kan kawasan peranginan. Diorang dah pernah datang sebelum ni. Tak macam aku, dorang sangat sangat suka dengan pantai. Dari bapaknya (Pak Usu), mak nya (Mak Usu) & anak-anaknya (sepupu-sepupu aku)..

Bila famili yang ada budak-budak kecik ni.. faham-faham la kan, macam mana, huhuhuh. Aku memang dah ingat-ingat lupa, walaupun aku dulu membesar dengan adik-adik sama-sama membesar.

erk. Tak paham? Hehe macam ni. Adik beradik aku ramai, 8 orang. Jarak kami jauh-jauh pulak tu. Masa form 5, aku dapat adik lelaki sulung. Masa tahun 2 kat Matriks, aku dapat adik lelaki bongsu. So, sepanjang aku membesar, aku jugak menyaksikan adik-adik membesar (dari baby ke toddler, ke kanak-kanak n seterusnya)

Dan haruslahhhh bukan menyaksikan aje. Kena lah menolong-nolong juga walau dalam mode terpaksa.

Mandikan baby. Pernah. Aku dah 18 tahun masa adik aku umur 6-7 bulan.

Change diapers/napkin. Lagi la pernah. Ni masa aku sek rendah pun aku kena. Ntah adik aku yang mana tak ingat dah. Termasuk la pakaikan baju.

Kalau terberak, kena la basuh, tiheeeee =) Part ni pun tak best jugak.
Teringat ex-roomate aku masa kat MRSM pernah citer yang dia basuhkan berak adik dia guna kaki. Hahahaha. Gila kejam. Lawak pulak bila ingat-ingat balik.
Aku masih lagi pakai tangan masa tu, huhuhuhu. Macam tak sampai hati pulak nak guna kaki kat situ. After that kasik sabun la itu tangan.
Tapi my mum lagi tough kot, zaman-zaman pakai lampin dulu, dia siap basuhkan lagi lampin yang kena t**i tu. Zaman 90-an, rasanya ramai lagi yang pakai lampin. (Familiar dengan term seluar getah? hehehe.. Dipakaikan diluar lampin pada bayi.)

Buat susu. Alahaiiii memang kena. Semua adik beradik aku pun pernah rasa kena buat susu. Sebab keje yang paling senang. Jangan ko nak mengelak. Ingat lagi, masa tu kalau aku geram, aku buat susu dengan portion air panas yang banyak compare to air masak. So panas la susu tu n adik aku tak boleh nak minum immediately.. Jahatkan aku?

Bagi makan baby. Bubur nasik tu kan. Lepas tu sikit punya hazabb. Baby tu kita dudukkan dalam walker. Lepas tu keje nak merayau je. Bila suap, kadang-kadang dia telan. Kadang-kadang dia luah. Lepas tu comot memang tok sah cakap la. Kadang-kadang dia capai air/bubur dan tumpahkan...
Huahuahuahuahua..

Apa lagi ek.. Pakaikan baju. Yang ni tak susah. Sebab lepas mandi budak kan rasa segar. Syok je sebab wangiii.. Sapu-sapu lotion, bedak bagai..

Walaupun banyak lagi keje-keje yang tough aku tak buat, macam masakkan bubur, basuhkan lampin, dan memacam lagi lah, tapi pernah la merasa semua-semua itu.

Now, adik aku yang bongsu dah 10 tahun. So sikit-sikit memori pasal penjagaan kanak-kanak kecil ni makin dilupakan. Juga keserabutannya, hehehe =)

Lepas tu kakak-kakak semua dah besar. So jangan ada sesiapa yang berani buat perangai mengada, hehehe. Di tempat kejadian juga akan kena.
Kena apa tu? hehehehe faham sendiri suda.

Tapi dengan kedatangan para sepupu-sepupu aku yang kecik-kecik ni buat aku rasa erk.. Ini sama macam zaman dulu-dulu.

Menangis tanpa sebab yang boleh diterima akal orang dewasa..
Menyepahhhhh. Ye, sepah orang tua macam aku dengan sepah budak-budak memang tak sama.
Berkecahh. Nak gosok gigi je tapi aku dengar dalam bilik air dah ala-ala nak basuh bilik air. Sila la basuh kasi bersih, bolehh???
'Mandikan' kulit-kulit siput n kerang dengan washing liquid kesukaan aku. Arghhhh..korang,,
Baca komik-komik sampai terkoyak/bercerai muka surat.. {huhu.. nanges..}
Tanya soalan banyak sangat. Tapi diorang tanya kat mak dorang la. Bukan tanya aku. Yang pasti mak nya pun tak terlarat nak layan. Zass aje kot. Hehehehe.

Apapun, kehadiran diorang 2-3 hari ni mesti buat aku terkenang-kenang lepas ni bila rumah dah kosong semula.. Meninggalkan seorang cikgu gemuk yang suka online.

^^

P/S - Kekadang bila ada yang menyaund (sound) si bujang ni,
Dia: "Alaaaa, ko bujang memang la tak rasa lagi macam mana besarkan budak, hehehehe"
Aku: "hehehehehe hoh." (Dalam hati: Aku pun pernah rasa jugak, maybe ko di zaman baya-baya aku tak merasa pengalaman macam aku, cuma ditakdirkan ko dah berkahwin/kahwin lebih awal dari aku sekarang.. So, apehal ko nak rasa macam ko sorang je yang pernah mengalaminya dan orang-orang bujang macam kami, tak tau apa-apa.. Kami mungkin berdiam saja, tak cakap apa-apa.. but then, er.. )

Saturday, February 19, 2011

Ibarat roda..

Assalamualaikum..

Selalu kan dengar, orang kata.. dunia ini ibarat roda.. Kadang-kadang kita ada kat atas. Pada satu masa lain nanti kita akan duduk kat bawah pulak. Kadang-kadang kita mengeluh kenapa laaaa asyik duduk kat bawah. Tanpa kita sedari masa berlalu & tiba-tiba, baru kita tersedar yang kita dah duduk di atas pulak..

The point is, how would you behave on each situation? Tang duduk kat atas, bawah & juga tengah2 roda tu,...


Malam semalam ada 1 unknown number naik kat phone aku. Berlari-lari aku yang tengah masak nasik-goreng-takde-jenama (no identity though, memacam aku letak huhu) masuk ke bilik capai henfon.

Dah macam psycho aku. Tekan button receive, tapi senyap tak bersuara. huhu. Taktik tu. Aku malas melayan panggilan merapu. Tunggu the other side dulu bercakap.(Ni aku buat dekat anonymous aje ok..)

Its happened that it was my ex classmate masa kat maktab, Encik X. Aku macam.. eh motif kol aku?? Sebab kami memang tak ngam dari zaman maktab.

gedebak-gedebuk-gedebak-gedebuk bercakap lebih kurang

rupanya..

Hm.. Nak mintak soalan dari aku. Aku kata aku banyak keje dan jawatan kat sekolah. (Well it is a fact!) Kalau setakat ujian bulanan aku tak sempat nak taip-taip. Main fotostat dari buku je. So aku cadangkan dia buat macam tu.

He said, tak nak, OK. Tak suka.

Patutnya kalau tak suka amik soalan dari buku, so sila lah kerahhh otak bina soalan sendiri. Tapi makan masa la. Lagi-lagi kalau banyak kelas nak ngajar.

Eh. Jawabnya tak boleh pulak (dah agak!). Banyak kelas nak mengajar. Dari Year 2 sampai 6.

Aku suggest, gi la cari dari network sekeliling. Dalam satu zon, daerah, takkan tak ada kontek sekolah lain.

Cikgu-cikgu BI sekolah area situ tak suka share bahan.. Katanya..

Last-last, dia siap bagitau suggestion kat aku. Yang tak tahannya, aku pun terlibat sekali. Mintak aku poskan soalan-soalan Majlis Daerah dalam simpanan Bank Soalan sekolah aku. Takpun, scan kan, email softcopy kat dia.

Eh, kau! Senang je ye?

Dia kata, dia boleh bayar kat aku.

Ni bukan soal bayaran.

1
=-=
Kau cikgu. Kau nak kasi ujian pada budak untuk uji kefahaman dia dalam topik yang kau dah ajar. Tapi kau mintak soalan dari orang lain, yang ada kumpulan-kumpulan pelajar dengan kelemahan tertentu. Sama ke?

2
=-=
Tak suka soalan dari buku? Aku rasa soalan dari buku banyak je yang OK. Aku pun pilih-pilih soalan dari buku, yang ada kaitan dengan topik yang aku dah ajar. Tapi aku taip semula. So nampak la kemas sikit. Kau? Ambil dari buku pun kau taknak. Bina sendiri kau kata tak sempat. So, jalan terbaik mintak kat orang?

3
=-=
Cikgu-cikgu sekolah lain yang berhampiran tak suka sharing. Huhu. Ye. Aku cukup faham tang itu. Tapi perlu ke kau salahkan diorang kalau diorang tak nak share? Adakah kau cukup rapat dengan diorang untuk kau copy-copy bahan hak cipta diorang sesuka hati? Adakah kau pernah tawarkan apa-apa bahan untuk kau kongsi dengan diorang sebelum ni?
It's not like, kau jumpa someone tepi jalan & main mintak-mintak macam tu je..
Kalau itu adalah bahan yang Pihak Atasan suruh sebar-sebarkan pada sekolah-sekolah berdekatan.. Aku rasa tak ada masalah.

Tapi cakap terus terang la.. Aku rasa malu nak mintak soalan periksa dari kawan di sekolah lain. Aku sendiri tak pernah membayangkannya. Tak tau, kalau aku minta, orang nak kasi atau tidak. Lain la, kalau bunyi nya, nak tukar-tukar soalan, macam soalan Percubaan ke..

Menyediakan soalan (aku guna perkataan menyediakan, sebab terpulang pada cikgu nak bina sendiri atau nak ambil dari buku) tu bukan ke termasuk dalam tugas hakiki seorang cikgu???

Seorang Encik yang juga seorang ketua keluarga tak patut menunjukkan side yg begitu lemah macam ni. Aku tak nampak apa-apa keterangan dari dia yang menunjukkan dia berusaha, kecuali
~Dia berusaha mintak kat cikgu-cikgu sekolah lain. Tapi tak dapat.
~Kemudian, berusaha cari balik nombor-nombor lama classmate kat maktab untuk dihubungi. Lantak la tak pernah tanya khabar sebelum ni pun takpe. Janji boleh call untuk mintak soalan. Usaha la tu kan.
~Berusaha meyakinkan aku dengan memberi alasan-alasan yang boleh dikuis & ditepis aku dengan mudah. Alasan tak relevan la bang. Maap.

Dia lelaki. Patut lebih tabah. Ye, ayat aku macam berlagak tapi aku memulakan karier ni dengan kepayahan. Sendiri-sendiri juga. Tapi belajar la sikit-sikit. Kumpul bahan sikit-sikit. Kenal network sikit-sikit.

Sila berusaha lagi! & tolong refleksi diri.

Orang yang kau pernah lemparkan kata keji, akhirnya,, dia yang kau minta tolong untuk membantu saat macam ni.

Sekian. Usaha Tangga Kejayaan.

P/S - Ye. Aku mungkin sudah berubah menjadi lebih sarkastik setelah menimba pengalaman setahun jagung. Sedar diri, saya masih orang baru. Tapi juga sedar diri, jangan sewenang-wenangnya membiarkan diri dibuli sesuka hati.

Thursday, February 03, 2011

Banjir itu sangat ngeri

Salam.

Selamat bercuti sempena tahun baru cina! Setelah sekian lama tak apdet blog, entri kali ni pasal aku yang terpeangkap dalam banjir selama 20 jam. Gegarrrr

Pengalaman pertama dalam hidup ok,

Isnin 31 Januari

Aku baru nak terhegeh2 balik kampung bercuti.. Sabtu & Ahad ada kelas tambahan tahun 6. Gerak dari rumah lebih kurang 10.30 am dalam hujan & gerimis. So far perjalanan ok je. Sampai kat Kahang (aku tak ingat dah KM berapa, tapi dah lepas pekan Kahang & mula masuk kawasan ladang kelapa sawit) terberhenti sebab air dah naik memenuhi jalan. Kereta memang no-no-no la kan. Sebab rasa berkoba2 nak balik, aku buat keputusan untuk tunggu. Tunggu punya tunggu, dalam sejam masih tak surut-surut. Haruslahh, hujan pun tak berhenti2..

Lepas sms2 dengan my mum, aku decide untuk patah balik ke Endau. Baru jalan dalam 2 KM aku terberhenti lagi sebab air pun dah memenuhi jalan. OK. Aku patah balik ke depan sebab kat situ cuma ada kereta aku je. Lagipun aku tengok kawasan tu agak rendah, compare dengan kawasan mula-mula aku tersekat tadi. Drive laa ke depan. Sampai situ keadaan masih sama. Tunggu lagi. Kemudian aku ikut 2 buah kereta ni patah balik ke belakang. Entah la. Dalam keadaan macam tu, aku memang blur tak tau dah nak buat keputusan. Ikut je la orang.

Sampai balik kat tempat tadi. Encik keta hitam (tak bertanya2 nama pun. nasiblah.) suggest kami stay kat situ tunggu. Ada la dekat 3.5 jam tunggu . Da la rasa nak terkucil. Tahan saja. Ayah aku dah kol suruh aku buat keputusan drastik. Tinggalkan keta & naik bas pegi Kluang/Mersing (Masa tu ada lagi bas2 yang lalu lalang-bas besar so memang lepas). Erk.. Tergamakkah aku nak tinggalkan keta yang aku baru bayar 2 tahun ni?

Aku pun start la kemas-kemas barang aku (oh tak de apa nak kemas pun since semuanya pun elok terletak dalam beg. Hey, I'm on my way home kan..) Tunggu-tunggu. Bas pun tak lalu dah. Bersyukur la jugak sebenarnya sebab aku memang tak sanggup nak tinggalkan kereta ni. Dalam kul 5 lebih kurang tetiba encik kereta itam suggest kami redah air ke depan semula. Sebab kat depan ada 1 trak askar. So lebih selamat kot.

Ilmu baru untuk driver amatur macam aku. Nak redah air: off aircond - gear 1- press minyak kuat2 - jangan berhenti & brek.

Tunggu punya tunggu.. eh, tak jalan-jalan pun dorang (kereta hitam, kereta oren & van). Aku pun matikan enjin & tetiba ada kol masuk. Member kol nak tanya cemana aku masa tu. Gedebak gedebuk bersembang, lepas je putus connection tetiba kereta hitam & oren kat depan gerak redah air. Oh No!! Kelam kabut aku start kereta. Van kat belakang aku dah gerak potong kereta aku. Huuu So meredah la air dalam keadaan panik. Sangat ngeri ok. Air tu agak dalam. Aku dapat rasakan kereta aku yang makin slow as I move forward. Menggigil-gigil aku bawak kereta ok. Oh, ye. Aku seorang diri.

Alhamdulillah. Selamat kami semua meredah 2 air banjir. Sampai laa ke kawasan yang ada 1 kumpulan lagi tersekat.

Kat 'tempat' baru tu, aku rasa lebih lega la, walaupun memang masih terperangkap. Sebab ada ramai lagi orang. Ada gak 1 kereta viva. 1 gen 2 dengan famili lengkap. Beberapa van & lori. Yang pasti ada jugak la kaum wanita. Termasuk 1 trak askar. Memang confirm kami tak boleh lepas ke Kluang. Air sedalam cermin lori. Jangan cari pasal. So memang dah termaktub la aku merasa tido dalam kereta, kat tepi jalan.

Aku update family kat kampung. Dorang lega lepas dengar aku tak bersendirian. Huhu. Nasib baik ada 2 henpon. Terus tutup 1. Nak jimat bateri. Mintak member kat Kemaman yang sudah dipastikan bekerja & sedang berada di ofis pada waktu tu & boleh tolong topupkan thru M2U.

Malam tu, separuh makan makanan yang askar tu belikan. Separuh lagi naik trak askar tu meredah air patah balik ke pekan Kahang beli makanan. Aku termasuk dalam golongan yang tak payah beli makanan. Alhamdulillah.

Kul 10 lebih aku dah siap-siap duduk diam-diam dalam kereta. Nak duduk dengar askar & encik-encik lain bercerita, aku dah malas sebab topik mereka terlalu random. Boleh pulak dorang citer kisah seram masa aku join mendengar.

Selasa 1 Februari

So, tido laaa dalam kegelapan dalam kereta ye. Selang 2-3 jam sekali, aku tersedar. Paling ngeri masa tersedar kul 12 lebih huhuhu... Sunyiii je. Aku tak berani nak pusing-pusing badan pun. Pejam je mata.

Pagi tu aku kuar dari kereta kul 7 am. Terus ke depan nak tengok situasi air. Dah surut sikit. Tapi katanya yang kat depan sana masih dalam.

Dalam pukul 7.30 am tu, trak askar mula gerak ke depan. Banyak jugak la kereta-kereta, van-van & lori-lori yang ikut meredah sama. Aku? Sekali lagi di persimpangan dilema ok. Aku nak patah balik. Entah. Aku ada bad feeling kalau nak ke depan. Tapi kereta-kereta lain semua nak ke depan. So, tak berani la aku nak redah air patah balik sorang-sorang. ..

So ke depan lah kami.. redah air lagi. Tup-tup sampai kat depan lagi banyak lori, kereta & van bersusun tak boleh jalan. Air lebih dalam & panjang. Alhamdulillah, tiba-tiba adik kereta Viva yang park sebelah kereta aku malam tu ajak aku patah balik. Syukur sangat-sangat. Lagipun hari dah mendung. Kalau hujan turun kang tak pasal-pasal je terperangkap sekali lagi.

Begitu lah kisahnya. Akhirnya selamat la aku sampai semula ke pekan Endau ni. Tak pe la, famili aku pun paham & kata tak yah nak rushing-rushing balik. Safety comes first.

*Dalam situsi macam ni, proses perkumuhan dalam badan harus juga dijalankan. Kang jadi penyakit lain pulak kalau terlalu lama ditahan-tahan? Macam mana? Aku pun tak tercapai akal mula-mula tu. Akak kereta Gen 2 tu ajar aku.. huhuh..

*Tak boleh solat. Diri pun rasa tak bersih. Kata ustazah & my parents, dalam keadaan darurat macam tu takpe. Kada' bila dah selamat nanti.

*Aku rasa macam nak standby macam-macam benda dalam kereta lepas ni. Charger phone dlm kereta, air bersih, berus, ubat gigi. ubat-ubat..