Showing posts with label kawaguchiko lake. Show all posts
Showing posts with label kawaguchiko lake. Show all posts

Tuesday, June 23, 2015

2015 May Japan Summer Trip - Part 3

Sambungan dari part 2

Hai bersambung lagi. Sementara ada kerajinan dan kesempatan ni.

Bangun di hari ketiga (Ahad, 31 Mei 2015) dengan bersemangat sebab dapat tidur dengan baik walaupun masih belum cover hutang tidur dari hari-hari sebelumnya. Ini memang betul namanya excited.

Awal aku bersiap hari ni. Plan kami hari ni ke Yamanashi Prefecture untuk tengok Fuji-san. Seriously ini adalah highlight trip ni untuk aku, hehe. Mood aku berada di paras 12 per 10 ok. Sakit tekak pun makin hilang lepas telan beberapa bijik lozenges sejak semalam. Walapun semalamnya aku berjalan dah ala-ala penguin tapi ajaibnya pagi ni kembali menjadi normal. Cuma kulit pada satu jari kaki yang menggelembung sebab melecet je masih di situ. Ahh sabarlah di situ ye jari kaki. Masih jauh perjalanan kita kat bumi jepun ni hehehe.

Pagi tu sarapan lebih kurang je, sebab roti yang aku bawak dah berkulat (bukan brand yg biasa dibeli, beli dari bakery). Banyak jugak yang aku buang. Mana yang masih ok aku buat toast. Sebab beranggapan kalau dibakar mungkin kurang berbahaya. Hahahaha sila jangan tiru perangai kedekut sebegini ye. Dapat la sorang sandwich 2 keping sebab ada bawak tuna 1 tin. Siap bawak bekal lagi huhu.

Sebab tren kosong maka bolehlah berperangai sebegini hehe


Aku dah siap-siap book tiket bas ekspress dari Shinjuku ke Kawaguchiko Station dua minggu sebelum tu, trip pukul 8.10 am. Jadi pagi tu lepas bersarapan, dalam pukul 6.15 am kami dah menapak keluar. Singgah juga kat Family Mart untuk beli onigiri sebagai tambahan bekalan makanan.

Kami naik Toei Asakusa Line sampai Kuramae, lepas tu tukar Oedo Line ke Shinjuku. Sampai Shinjuku dalam pukul 7.15 a.m. Agak berpusing mencari exit yang dekat dengan Terminal Bas huhu sebab Shunjuku Eki sangat besarrr. Mengagau gagau jugak kami. Mula cuak sebab jam menghampiri 7.30 am. Nak tanya orang, semorang pun berjalan laju. Ye lah, paham. Semua rushing nak pegi keje. Akhirnya beranikan diri approach sorang laki ni. Bagi tau dia nak ke Shinjuku Bus Terminal, so ke mana arahnya, exit mana nak amik. Aku siap print gambar luar ofis terminal bas tu dari blog Azra. Memang sangat membantu, sebab lelaki tu terus buat gaya - follow me. Memang ke mana-mana je arah dia bawak, dah tak sama dengan apa yang Azra bagi (maybe dari awal kami dah sesat). Boleh tahan jauh. Keluar gate IC lepas tu lalu dalam underground shopping mall. Laju kebenor encik tu jalan hehe. Sampai pun akhirnya, alhamdulillah. Sangat lahh berterima kasih atas budi baik stranger yang baik hati seperti beliau. Sempat beliau tanya, "Fujiyama?"
Hait, Fujiyama.. Hontou ni arigatou gozaimasss. Itu je lah pun skrip yang dihafal.
Hehehe.
Hmm. paparazi ada di mana2. hahaha

Dah dapat tiket dan settle kan bayaran di kaunter, kami pun menunggu. Sempat lagi berpusing cari mart untuk beli mineral water.

Ohye. Asalnya aku book untuk 3 orang. Kemudian masa claim tiket ni kena beritahulah yang 1 seat dah cancelled. Masa ni, jumpa dengan sorang Chinese dari M'sia. Dia dan keluarganya tengah menunggu untuk dapat tiket bas ke Kawaguchiko juga (dorang dalam waiting list sebab nak beli tix on the spot). So to secure ur seat please make the booking earlier! Book tak kena bayar.

Tepat jam 8.10 pagi bas pun gerak.

Perjalanan lebih kurang 2 jam.
Seronok layan pemandangan bila dah keluar dari Tokyo.

Macam Azra juga, aku sangat excited bila nampak;

Aku siap berpindah tempat duduk, haha.. Punyalah jakun sibuk nak amik gambar. Nasib baik juga seat depan sekali dah kosong, sebab ada penumpang yang dah turun.
Tapi kan, terima kasih di atas kejakunan itu, sebab dapat jugalah gambar puncak Fuji.. Bila dah sampai area Kawaguchiko, puncak Fuji-san makin menghilang dan terus menghilang..

Kami selamat sampai Kawaguchiko Station pukul 10 pagi.
Antara gambar kesayangan.. Biarpun tak jelas mana.. So boleh bayangkan tak betapa hauk nya gambar yang lain? Huhuhu.

Sampai je terus cari bus stop nombor 7 sebab nak pegi ke Shibazakura Festival.
Hari aku ke sini ialah hari terakhir festival ni.
Walaupun dah tau hakikat kalau ke sini pemandangannya memang dah lain bebenor dengan waktu kemuncak bunga-bunga tu kembang mekar, tapi tetappp nak jugak meneruskan misi.

 Entrance fee pun dah turun harga ye, huhu.. Sebab bunga dah makin menyusut.
Blend well. Hahahaha. Shawl tak bergosok. T__T

Dalam setengah jam naik bas nak ke situ. Trip pukul 10.10 pagi. Just nice.

Sesampainya.. Sampai hati kau menyorok Fuji;
Ini jelah pemandangan Fuji-san yang  paling 'jelas' di festival shibazakura ni ye.
Apapun kami teruskan ajelah penjelajahan tempat ni.
Memang tempat ni tak besar mana. Plus cuaca yang dah mula panas terik membuatkan kami terus cut mana-mana area yang tak berapa nak cantik.

Basically hampir semua area adalah togel-togel sebegini. Terbantut aku nak share gambar, hahaha.. Jadi, untuk memupuk rasa kagum dengan ciptaan Tuhan lalu berazam untuk ke sini juga di lain tahun, silalah kunjungi blog Azra dan tengok gambar gambar yang dia post ye.
Aku memang tak boleh buat apa lah, sebab cuti sekolah sentiasa tak berjodoh dengan musim bunga di Korea dan Jepun. *pasrah*

Pusing-pusing tengok souvenir shop kat situ. Sempat grab sebijik fm.
Kemudian kami terus gerak ke point untuk tunggu bas. Duduk situ makan bekal sandwich & onigiri tadi. Eh baru terasa lapar.

Pukul 12.30 tengah hari kami dah sampai semula di Kawaguchiko Station. Beli tiket untuk Kawaguchiko Lake Tour pulak.

Kat sini aku terkilan juga.. sebenarnya, ada 2 jenis tiket bas..
1 untuk 1-day-tour = Red Line.(harga 1030 yen)
2 untuk 2-days-tour=Green Line (harga 1200 yen)

Ikutkan hati aku, dari awal, memang nak sangat amik yang green line. Sebab ada 1 tempat yang aku teringin sangat nak pegi, iaitu Healing Village. Yang ni  bukan area Tasik Kawaguchiko tapi Tasik Saiko. Tapi memandangkan kami cuma peruntukkan sehari je nak ke kawasan ni, lepas tu berkongsi hari pulak dengan shibazakura festival, maka dari awal aku kena lupakan ajelah Healing Village tu ye. Nak ke Saiko Lake tu boleh tahan jauh.

Tup tup kan bila sampai sini, tiket Red Line tu sold out. Tinggal yang Green Line je.
Maknanya, aku dah ada access nak ke situ (Healing Village, Saiko Lake) tapi tetaplah tak boleh pegi sebab kekangan dari segi masa.. huhu reda dalam pasrah tu namanya ok. Tiket kami nak balik ke Shinjuku adalah pada pukul 4.40 pm ye.. Sedangkan masa tu dah nak pukul 1 petang.
Sabarrr je lah.
Tskk.. (Kay! Sebab tu saya nak kena repeat!)

Kami dah piilh kat mana nak turun.
Mula-mula sekali ke last stop. Number 22. Natural Living Centre.
  Fujisan yang menyorok

Tengah syok bergambar tiba-tiba diorang ni tegur. Layan-layan bersembang dan amik gambar. Siap bagi origami sebagai souvenir. Hujung-hujung tu dioraang bagitau diorang ni orang gereja & bagi kad nama pada kami; aku ingat lagi ayat dia , "If you open this website you can find anything you want to know about Christian". 
 Tanaman herba mereka. Yang purple tu lavender kan?

Kedai di situ. Aku tak beli apa-apa huhu.

Tak lama kami di sini. Dalam setengah jam je gitu. Tunggu the next bus dekat bus stop tepi kedai ni.
Ok, let's go to the next stop. Ikke!

Melalui sebuah sekolah.. Kalau banyak masa nak juga amik gambar elok-elok.



Asalnya, tak plan pun nak ke sini. Tapi dalam perjalanan tadi tengok tempat ni macam best. Moh lah tengok apa yang ada ye.

Ler. Kat sini ke.
Aku pernah terbaca pasal 8 views of Mt. Fuji ni, tapi tak sangka kena turun kat sini.
You ignorant lady; study tak habis~

Apapun, indahnya pemandangan kalau betul-betul dapat menyaksikan Fuji Hakkei ni kan.
Adapun pemandangan yang disajikan untuk kami hanyalah begini;

Ok, nexttttttttt!

Kawaguchiko Music Forest Museum ni memang aku dah aim dari awal.

Ternyata tempat ni membuatkan kami tak berenti nak amik gambar, hehe.
Di kebanyakan tempat kat taman ni, baunya wangi je. Sebab pokok bunga ros di kiri kanan kan.

Sampai kat sini, baru perasan.
Laaaaaa. Yang kami dok excited dari tadi ni rupanya teaser je. Itu cuma outer garden.

The real Kawaguchiko Music Forest is actually inside, and you have to pay 1500 yen per entry.
From this point we can actually hear the orchestra like music.

And guest what. Aku dengan Daff yang agak frust sebab tak sangka kena bayor, kami decide untuk tidak masuk. Masa tu, aku tak rasa menyesal pun. Sebab aku lagi risau kalau tak cukup duit huhu.

Tapi sikalang ada sikit menyesal ooo. Sebab akhirnya duit belanja aku bawak berlebih hehe.
Untuk memujuk hati, aku fikir mungkin ini petanda aku kena datang lagi. Wuuhuu Saiko Iyashino Sato Nenba, wait for me!!!

So, sayonara Music Forest.

Sawah padi di belakang bus stop.
Aku memang jakun dengan sawah padi, sebab kat tempat tinggal aku cuma ada pokok getah dengan sawit je, huhu.

Sampai di Kawaguchiko Station dalam pukul 4.00 petang. Sedang elok pada aku, sebab bas kami pukul 4.40 nanti.

Jangan kan tidak, alang-alang dah sampai, mari snap snap apa yang patut dekat stesen ni.
Kadang-kadang aku rasa, kalau lah bukan sebab mata aku yang saksikan sendiri pagi tadi, rasa macam tipu je boleh nampak puncak gunung fuji di belakang stesen ni.
Lain sungguh pemandangan pagi dengan petang ok?

So, moral of the story, datang ke sini seawal pagi yang mungkin (opkos bila dah mula cerah la) untuk tengok pemandangan fujiyama yang superb.

Ada yang kata kalau pegi petang pun ok. Petang sebelum senja gitu. Masa tu pun boleh nampak gunung fuji dengan jelas juga.

Now, aku sendiri consider untuk bermalam kat area ni untuk kepuasan diri. Kalau diizinkan untuk ke sini lagi lah.

Ohye. Bas kami yang katanya pukul 4.40 pm tu kan, delay rupanya. Dekat pukul 5 petang baru bas sampai, dan elok pukul 5 terus jalan. Cuak juga mula-mula.
Dannnnn. Kerana hari itu hari Ahad agaknya, jalan kat highway jammed teruk. Kami sampai kat terminal bas Shinjuku pukul 8.15 p.m.
Kalau semalam, jam 8.30 malam dah tak jumpa kedai makan muslim friendly yang masih dibuka.. Apalah nasib hari ni agaknya huhu. Aku dah terbayang kebab semalam. Takpun beli nasik then makan dengan tuna.

Alhamdulillah kami jumpa Ippin Restaurant. Rupanya dekat gilaaa dengan hostel kami. Dalam 50 meter je. Bernasib baik juga sebab masa tu restoran belum ditutup. Kami sampai situ pukul 9.15 pm macam tu. Cuma, makanan yang available terhad la, sebab dah lewat kan. Aku order grilled chicken. Sekali sampai, hanya grilled chicken beberapa ketul dengan hirisan kobis dan sehiris lemon. Baru aku tau nak nasik kena order lain hehehe. Memang makanan sihat betul ni hehehehe.
  Grilled Chicken + rice. 690 yen per set.


Sekian saja cerita hari ketiga.
Bersambung di cerita hari ke empat yang super duper penat sebab kami cover Sumida Park, Odaiba, Harajuku (Takeshita Dori), Shibuya & Ameyoko Dori. Hahahaha memang penat.. effect dia sampai sekarang aku tak habis penat lagi ni.. over tak, hehehe.

Selamat berpuasa ya..