Hi. Di sini aku nak share soalan periksa (Ujian bulanan) untuk subjek BI Tahun 5 (KSSR).
Sesungguhnya aku sangat mengalu-alukan kalau ada cikgu-cikgu lain yang buat sendiri soalan, dan sudi nak bertukar-tukar dengan aku. Kalau 10 orang sudi menyumbang dan menerima, so kita dah ada 10 set soalan kan. The next time kita nak buat ujian boleh lah mix and match ikut kesesuaian anak murid masing-masing. Cuma aku harap soalan tu adalah soalan yang ditaip semula lah.. Kalau yang scan dari buku latihan bulat-bulat lepas tu masukkan scanned image tu dalam microsoft words macam tu je.. emm.. tetttttt hahaha teka sendiri lah ye.
Honestly, aku agak frust dengan sikap segelintir warga pendidik dalam bab-bab "mencari" soalan di internet ni. Ada yang jenis semuaaa nak senang. Kalau boleh nak fail yang di download tu adalah editable.. Senang tinggal nak tukar nama sekolah je kan. Ada tu siap merungut-rungut, mengomel orang yang share soalan ni "tak ikhlas". Tak ikhlas katanya, sebab share soalan yang tak boleh di edit.
Adoi lah. Orang tu dah susah payah buat soalan. Tak kisah la kalau dia tiru buku ke apa ke. Tapi dia dah buat. Dia dah share. You yang download lagi mau complaint itu ini ye. Setakat ada nama sekolah lain and you tak boleh nak edit.. Itu bukan satu masalah besar pun sebenarnya. Haha ada je caranya nak settle kan, kena berfikir sikitt je. At least yang mendownload tak duduk lama-lama depan PC untuk siapkan kertas soalan. Sekurang-kurangnya orang tu dah memudahkan kerja betul tak.
Disebabkan aku pernah dengar sendiri rungutan sebegitu, terus aku terbantut nak share soalan yang aku buat di internet.
Tapi kali ni aku nak share jugak la. Dengan harapan ada juga insan lain yang sudi berkongsi. Soalan aku pun bukanlah bagus sangat. Tapi aku kerah otak juga dan berusaha cari gambar dan soalan yang relate dengan topik yang aku dah ajar.
So, this is the question that I set for my year 5 pupils, for the first test (Ujian Sumatif 1). Chapters covered are Unit 1,2 3 (Family Day, Spending Saving Sharing & Superheroes). By the way, I was in charge for paper 2. So no Paper 1 ya. It was done by other teacher.
You can download it here