Tuesday, August 31, 2010

Jom cuti!

Salam Ramadhan & Salam Merdeka!

Untuk kawan2 yang sudi membaca blog biasa2 ni. =)

Hari ni hari cuti.
Nawaitu awal, ada hati juga mahu buat kelas tambahan. Tapi kena dush3 ngan beberapa cikgu.
"Oit.. tuisyen3.. kesian tau kat budak. Penat mereka. Mereka pun nak g beli baju raya jugak!"

Hmmpph..
Hari Ahad x pernah ada tuisyen kan.
Hari Sabtu pun cuma sekejapan saja.. Pukul 11 ++ dorang dah free...

Okay lorrrr.
It's not that aku ttttak nnnnak cuti.
Best ohhh cuti.

Jomlah kita bercuti hari ni...

Tapi nak bercuti dalam rumah saja.. =)

Misi hari Merdeka ni adalah untuk memerdekakan rumah sewa aku ni dari kesepahan.
Kesepahan yang sangat tegarrr..
Kesepahan lepas housemate aku berpindah keluar...
Kesepahan yang sangat la sinonim dengan aku...

Baiklah.
Rumahku,,


BERTUKARRRRR!!!!

Sunday, August 29, 2010

The moving objects

Salam Ramadhan & Salam 1 Malaysia..

Mengada2kah aku?
Masa boleh tengok tv, tak nak tengok.
Now, tak dapat tgk, rasa naaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak sangat tengok. (panggg ;p)

Aku rasa aku sangat mengada.

TV baru aku dah sampai.
Tapi akaun astro x aktif2 lagi (katanya....)
So masih tak dapat tengok la objek2 bergerak di kaca tv.

* tv + astro sebelum ni, osmet aku punya... semalam dia moved out. Akaun atas nama dia so dia la yang bawak..

Arghhh.. x dapat tengok nasi lemak kopi o....

Thursday, August 26, 2010

1,2,3 Lekuk! Banyak sungguh pinggan mangkuk!!

Salam Ramadhan..
Esok Nuzul Qur'an kan. Tsk3 tapi aku masih ABC =(
Takpelah lusa maybe aku dah boleh continue.

Selamat bercuti lah pada yang duduk kat negeri yang amik cuti.
Johor memang tak amik cuti Nuzul Qur'an sebab kami dah amik cuti Awal Ramadhan.
Banyak cantik muka nak selalu2 cuti.

Cuti2 pun aku tatappp kena gi sekolah, kasi polish itu budak2.
Kejap kang menyental..
Kejap kang menggilap..
Kejap kang menyembur..
Kejap kang membelai (erk?) ** payah tau.. dah marah2 pastu kena make sure menjaga hati mereka juga..
Marah adalah kerana cuai yang buat cikgu menyampah.
Jaga hati adalah kerana mereka calon 5a sekolah.

Kak, apa kaitan bebelan ko dengan tajuk entri ni?

Er..maaf.
Sindrom cikgu cikgi. Kan dah biasa ada set induksi. Pastu terus melalut sana sini.

Baiklah. Entri ini adalah perihal pinggan mangkuk yang makin lama makin berlonggok kat dapur.
Bukan aku punya. Tapi JIRAN TETANGGA aku punya.

Bukan kes Cik Didi tak cukup pinggan mangkuk periuk belanga sampai meminjam jiran punya. Tapi kes jiran tetangga yang baik hati bersedekah makanan pada aku yang sebatang kara duduk di rumah kecik ini.

Aku mengaku aku bukan lah salah seorang dari masyarakat yang baik. Iya, tak tipu. Kalau waktu aku balik dari sekolah, jiran2 aku duduk berkumpul depan pintu, cukup lah aku senyum2 dan terus jalan masuk ke rumah. Kadang2 aku tak toleh2 pun dan terus saja masuk. Lagi2 kalau dorang tak pandang aku. Hina kan perangai?

Pernah 2 hari cuti aku betul2 duduk dalam rumah tak keluar langsung. Tiba2 sorang jiran yang memang layak aku gelar nenek berdiri tepi tingkap bilik aku dan panggil2..

"Diiiiiiiiiii oooo Diiiiiiiiiiiiiiii"

diam. (telinga aku bertutup ngan headphone)

"Diiiiiiiiiii oooo Diiiiiiiiiiiiiiii"

iye tokkk..
Krek. Tingkap naco aku kuak.

"Buat apa.. senyap je 2 hari tak keluar2 rumah.."

"Hehehe saya berehat cukup2 tok.. penat 5 hari sekolah"

Err.. kak, masih tak dapat tangkap apa kaitan bebelan ko dengan tajuk entri ni?

OK baiklah, baiklah.
Dah 2-3 hari aku berfikir apa sebenarnya aku nak masak untuk pulangkan pinggan mangkuk jiran2 ni. Hina2 perangai aku pun, aku tak tergamak nak pulang pinggan kosong..

Memandangkan lusa maybe dah boleh puasa maka aku rasa I'll be back to normal.
Tido awal.
Bangun awal.
Masak makanan sahur.
Masak makanan berbuka.
Hantar juadah ke rumah jiran.

Mungkin bulan puasa ini mampu mengubah perangai tak cantik aku ni.
Mungkin.
Insya Allah..

Wednesday, August 25, 2010

Pum Pang Pum Pang

Salam ramadhan untuk yg berpuasa. Yang tak pun boleh juga. Sebab anda2 yang tak itu, mesti ABC kan? Macam saya juga sekarang.

ABC = Allah bagi cuti..
Bukan saja2 kan? =)

Edisi lain di mulut, lain di hati, sungguh2 lain di kepala~
============================================
Semenjak 2 menjak ni, hari-hari aku rasa nak pass out. Zonk out. Baru2 je terasa seperti nak jadi. Tapi masih belum jadi. Nasib baiklah. Disebabkan kepala yang sentiasa rasa nak black out, lain2 deria rasa aku pun ikut sama black out. Kepala fikir lain. Mulut cakap lain. Lain.
Lain ke?
Lainlah!

Pagi-pagi tadi boss panggil masuk meeting. Apa lagi kalau bukan tanya progress budak2 tahun 6. Kata lagi 3 minggu nak UPSR. Memang harus (ke wajib?) kalau sorang boss nak tau perkembangan.

10 minit sebelum tu baru je pum pang pum pang dalam tahun 6. Macam mana tak pum pang pum pang. Dah aku pesan berkali2 buat dan bawak set latihan yang aku bagi. Kalau first time lainlah juga ceritanya. Tapi dah nak masuk set 5. Tak paham2 lagi? Tak bawak? Tak siap? Adakah boleh keluar muscle kamu nak bawak kertas2 yang cikgu bagi? Atau boleh terseliuh urat tangan? Kalau tak bawak set latihan tu, bila masa kamu nak buat? Kalau tak bawak set latihan tu, waktu BI selama 60 minit tu apa nak dibuat?Kata nak lulus? Tapi kenapa perangai tak macam orang nak lulus? Kata tak suka kena marah, kena bebel? Tapi kenapa perangai tak semenggah? Kenapa tak sedar2 diri lagi UPSR dah nak dekat?

Masa bos tanya progres tahun 6, otak aku memang ligat berfikir bebelan aku sebelum tu. Juga perangai budak2 tu. Tapi sedar2 laju saja mulut aku jawab, Insya Allah cikgu. Saya masih lagi mencuba dan tidak berputus asa.

See!!! Fikir lain. Cakap lain.

Kan ke bagus kalau depan bos pun boleh pum pang pum pang cerita balik 'siri' dalam kelas tadi. (Pastu aku yg kena panggg,, hehe)

Tapi masakan.
Aku bukan stok mengadu. Pada aku mengadu itu keji ok. Grown up yang macho mcm aku kurang wajar mengadu. Cehhhh..

---------------------------------------------------------------------------------------

Okeh. Agak lega. Baru lepas sesi meluah perasaan dengan rakan guru senior dari sekolah lain. Kurang2 ada yang memahami. Saling menasihati. TQ Kak Linda SK Tanah Abang! TQ Kak Linda SM Sains Sultan Iskandar! TQ Kak Xor SK Seri Mersing! Kita berada dalam bot yang sama.

Senyum... =)

Bosan kan entri takde gambar?
Mari, gambar gemuk aku yang terkini.
Sedang mengapdet papan kenyataan sekolah. Aku teacher-on-duty untuk minggu ke 30 ini.


Baco yo!!