Wednesday, October 06, 2010

Entri hampir basi - Raya @ SKLE 2010

Salam
Dah nak habis Syawal pun.
Tapi baru nak bergebang pasal raya..

Serious aku bizi lepas raya hari tu..

Macam biasa, sekolah aku pun ada buat jamuan Hari Raya hari tu.
Betul2 lepas UPSR berakhir, hari Jumaat 24 Oktober.

Yang tak menahannya, GB siap bagi arahan (especially for me, ye! cikgu BI) suruh budak2 Year 6 jawab sekali lagi Paper 2 UPSR. (Ada yang nak tau kenapa? Baiklah, sebab nak estimate sendiri siapa yang berpotensi dapat gred A, B, C ataupun karipap.. D lah kalau karipap tu ye, huhu)

Aku nak nego suruh dorang jawab on the next Monday. Tapi boss kata lambat sangat, takut budak2 lupa.

Fine. Aku tak kisah.. Makcik ikut sajoo, tapi siap pesan kat GB.. suruh dia sendiri yang bagitahu budak2 tentang re-sit ni. Kenapa? Eh mesti la lain effect nya kalau GB yang berpesan compare dengan aku yang berpesan.. Aura nya tu tak sama.. hehehe.. ada faham??

Makanya, pagi2 tu menjawab lah mereka dalam keadaan berbaju raya..
hahahaha..


Siap ada yang muncung2 weh (budak2 la..) bila tiba2 tau kena re sit paper Sains sekali..
Banyak la cekadak.
Malas nak layan~~ Sangkut hanger kat mulut tu kangggg..

Lepas tu, mula la acara..
Tahun ni format nya lain sikit..
Kami buat acara Marhaban ke kelas2..

Cikgu2 bersama budak2 Tahun 6 melawat kelas2 untuk mengalunkan Marhaban & kemudian menjamu selera..

Meriah oooo.. Seronok pulak sebab dapat tau memacam lagu Marhaban.. Budak2 ni lagi advance dari cikgu..


Ni guru kelas tahun 3, hehehe... Cikgu Farah Hanan
Tahun 3 bergabung dengan Tahun 2 (Guru kelas=Cikgu Haslina)
Sebab ni kelas my BFFs, so lama la aku melepak kat sini.. siap tolong2 kemas (sikit je!!! hehehe)lagi.. Sampai tak masuk kelas sorang lagi BFF, Cikgu Linda, Guru kelas Tahun 5..


Menu special kat kelas dorang adalah Lasagna.. Lama dah tak makan weh.. Last masa kat UIA dulu.. kat HS Cafe kalau x silap..

Sedap lasagna hari tu.. sepotong kecil saja telah mengembang dengan jayanya dalam perut aku.. membuatkan aku menapau saja makanan kat kantin hari tu.. Tak bleh masuk dah.. ada unsur2 cheese kan. Harus aku muntah kalau makan nasi lagi masa tu..

Seterusnya, acara membedal eskrem, hehe.. Bukan la acara pun.. Masa rehat adik penjual eskrem ni serve budak2 tu.

Elok je lepas tu, turn cikgu pulak. Aku amik 2 kali (kira ok la, budak2 ada yang sampai 5 kali, hehehe).

Lepas geram. Lama x makan ooo.. Lepas tu matching pulakkkk kaler eskrem dengan baju aku..


Elok2 je habis waktu sekolah, aku pun cha alif ba wau ta - balik kampung.
Sambung raya!! huhuhuhuh

4 comments:

  1. kdg2 aku terpikir terlalu akademiknya sistem education di malaysia...last2 bila dah dewasa masih berpikiran spt budak2 sbb waktu kecik xdiberi peluang bermain, bersukan, berkreatif, bersosial and etc...waktu tua baru nak rasa kebabasan baca komik, tgk katun, anime n etc...

    i dont know but thats happen to me...

    tp setiap perkara pasti ada hikmah..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Sistem pendidikan kita mmg exam oriented..

    Kebanyakan nya x de pilihan tp kena struggle, untuk mengelakkan diri dari tertinggal.
    Apa yang aku ajar2 budak2 darjah 6 skang, masa zaman aku dulu aku dapat masa kat sekolah menengah...(lower form) Tidak la semua, tp mmg agak advance la mereka skarang..

    ReplyDelete
  3. meriah jugak aku rasa kerjaya guru ni..... ohh tetiba ada hari aku rasa nak jadi cikgu..hehe..

    dah tu, lepas jawab soalan....anggaran berapa orang yg dapat A dd?hehe..nak tau jugak ni..hehe

    ReplyDelete
  4. Fida: Jom2!! Ko pun pernah jadi gstt kan.. jom lah cikgu fida..

    huhu..out of 26, cuma 2 je yang aku rasa ada potensi. aku pun x berani nak menaruh harapan sebab aku ni bukan penanda upsr pn.. jd x tau camana style marking dorang. dan aku pn x reti nak predict pasal graf tinggi rendah tu..

    ReplyDelete