Thursday, October 21, 2010

Short Term Memory Lost

Salam..

Masalah... masalah..

Bukan komputer mahupun laptop aku yang mengalami masalah begini..

Tapi otak aku..

Situasi A
=======
Pernah tak, tengah2 korang bersembang sembang, tetiba korang terlupa apa yang korang nak cakapkan. Senang cerita, ko tak ingat tadi ko cakap pasal apa.

Situasi B
=======
Korang bangun dan bergerak ke satu kawasan tapi tiba-tiba ko lupa, apa tujuan ko pegi ke tempat tu.

Isk.. Isk.. Isk. Sadis.
Ye, aku pernah mengalami kedua-dua situasi sadis di atas.

Dalam Situasi A tu, kalau bersembang dengan ex-housemate aku, Kak B, dia memang dah cukup masak dengan penyakit aku. Nampak je aku macam 'lost', terus dia kata, "Tadi ko cakap pasal ......". Then barulah aku leh sambung cerita macam biasa. Cerita tu, ada dalam kepala aku tapi somehow macam tersangkut kat mana-mana.. tak boleh nak access sendiri.
****Nasib baik tak pernah jadi waktu aku mengajar / interview. Ceh masa interview bukan kes terlupa, tapi tak tau nak jawab..

Dalam Situasi B pula, contoh nak ambil sesuatu dari dalam bilik. Sampai-sampai dalam bilik tiba-tiba macam terpinga-pinga.. eh eh tadi aku nak ambil apa ye,.. So the solution adalah kena patah balik ke tempat asal, dan cuba fikir-fikir semula..
****Cuba aku gi sekolah dan terpinga-pinga berfikir kenapa aku pakai baju kurung & ada kat sekolah ni, ehehehehe.. Alhamdulillah setakat ni kes begitu tak pernah berlaku

Termakan semut?
Lalu bawah ampaian??
Jarang makan kismis???

3 comments:

  1. Hehe Didi...

    aku pun penah jugak mengalami situasi yang ko sebutkan tu..errr..

    dah tua agaknya kita ni dd..huhu

    ReplyDelete
  2. PERNAH GAK...tapi part yg terlupa nak ckp tu jer...pernah gak luper terus nak ckp pe hihi

    ReplyDelete
  3. Fida: indeed,..we are aging.. huhu

    Aideeb: aku rasa ini adalah penyakit yg normal la.. ceaaa nk cover kenyataan..

    ReplyDelete