Monday, May 02, 2011

Takut sendiri

Ni lah dia..
Berani buat tapi takut nak menanggung.

Tetiba ter speed masa lalu area bandar Kluang tadi.. depan sekolah pulak tu.
Terus lah berdebar-debar. Eh tadi menatang berkelip-kelip itu adakah speed trap tool? (padahal aku tak tau pun sebenanya cemana rupa benda tu)

Haruslah berdebar ye. Bulan ni bajet agak lari. So kalau kena saman.. tsk3.. Redha dalam kesedihan.. Dah lah baru ditimpa musibah. erk.

Apapun ini link untuk cek saman online.
Senang ye lain kali aku nak cek lagi. Kot-kot lepas ni lupa daratan & cuba-cuba memandu laju lagi.

Moh le kita cek saman

ATAU

Ni Portal JPJ terus

Monday, April 25, 2011

Doing my work.. day and night

Lepas balik tuisyen pukul 10.15 p.m. tadi, masih perlu menyiapkan bahan untuk mengajar esok: Bahan bantu mengajar, nota & latihan untuk pelajar..

Semoga usaha cikgu-cikgu selama ini diberkati Allah, ditetapkan iman dan hati agar sentiasa ikhlas menjalankan tanggungjawab mendidik.
Amin..

Sunday, April 24, 2011

Nak balik! Nak balik! Nak balik!

Bukan lah sesuatu yang menghairankan kalau jiran sebelah rumah aku ini memekak dari pagi. Pagi hari Sabtu/Ahad.

Masa mula-mula pindah sini dulu, I found it quite annoying. Seriously. Kadang tu aku masih golek-golek atas katil then aku tesentak sebab dengar hilaian tawa dorang. Tak de jalan lain lagi dah. Bangun aje la. Lagipun jam dah jejak pukul 8. (Kadang tu 7.30am dah start ok, hehe)

Mungkin memang style mereka. Bila bekumpul sesama saudara mara akan sembang-sembang riuh rendah hilai mengilai begitu. Jiran terdekat aku ni tuan rumah aku. Sebelah rumah dia adalah umah mak tuan rumah aku, yang duduk bersama adik tuan rumah aku sekeluarga. So mak tuan rumah aku adalah jiran aku juga.

Ni memang jiran dalam erti kata sebenar, ok.
(Kalau diukur dari segi jarak la)
Rumah aku dan rumah tuan rumah ni sangat la dekat. Bergolek dalam 5 round je dah sampai (Ibaratnyalah.. Koserr nak main golek-golek atas tanah hokeiii)
Tingkap depan dapur dia ni mengadap tingkap ruang tamu rumah aku. Jarak antara tingkap dia dengan tingkap aku adalah dalam 2 setengah meter.

Bila dah lama-lama aku dah immune. Paling tidak, bukak aje lah tv kuat-kuat, ye dak.

Tapi kelakar jugak, bila sesekali family aku datang dan dorang pun komen benda yang sama. "Ek. Bisingnya pagi-pagi".
WELL... Tidak kah mereka itu familiku, hehe.

Family mempunyai citarasa yang sama.
Macam tu juga dengan family tuan rumah aku yang gemakan aktiviti berkumpul dan pumpampumpam kuat-kuat sebegitu.

Apa-apa ajer,,,,

*Rindu nak balik rumah makpak di kampung... Dah sebulan lebih tak balik weihhhh.

Craving for McD

Gara-gara pagi-pagi dah bukak blog orang.
Ada pulak yang tayang-tayang entri bersarapan di mekdi.

Celah mana nak cari mekdi kat area sini weihh.. Mintak maap. Ada tak ada pun KFC tapi kena drive 30 minutes la.
*malas nak salin baju. malas nak keluar rumah. sehari ni nak duduk rumah puas-puassss*

Sabor ye. Jap gi instant pau tu masak, ha makan lah dan bayangkan aje itu adalah dabelcis beger.

*Bila menstuation begini selera memang beso & mengada-ngada. Makan nak sedap aje.
**Apakah menu hari ini ye. Semalam aku isytiharkan hari mengemas dan membasuh aku. Hari ni nak isytiharkan hari memasak pulak. Masalahnya, aku dalam zon kitikal, hari ketiga period dan as usual the pain is here & aku rasa kaki aku mengembang.
Waduh waduh.