Sunday, February 11, 2007

Buat Kerja Dengan Ikhlas, Bukan Untuk Menunjuk atau Riak

Peringatan untuk diri sendiri sendiri juga ni.

Sebelum apa-apa, nak mengaku dulu.
Aku sendiri tak berapa pasti, definisi riak dan menunjuk ni mungkin berbeza, bergantung pada tahap penerimaan diri masing-masing.

Kadang-kadang kita tengok, "eh dia ni macam semacam je cara melambung diri sendiri,,"
Orang lain pulak fikir, "wahhhhh.. bagusnya, rajinnyaaaa kamu ,"

So, bila membaca entri ini, jom la sama-sama fikir-fikirkan. Kalau rasa apa yang aku fikir ni salah, bagitau aja.. Kalau memang betul pemahaman aku salah, aku pun nak betulkan.


Situasi 1
======
Tengok ni, buku ni. Sampai dah tekoyak-koyak kulitnya. Buku orang lain elok lagi. Sampai terfikir,,, punya laaa rajin saya ni. Buat kerja sampai terkoyak-koyak buku.

Respon aku: errr.. bukan blur tapi terdiam sebab otak tengah menganalisis.
Respon jujur dari dalam: pliss la.. huhuhu kenapa perlu berdepan dengan situasi mcm ni, aku tak tau nak respon apa..

Situasi 2
======
Saya dah buat dah semua ni (sambil mengirai-ngirai puluhan helaian kertas pelbagai kerja depan aku).


Respon aku: ooo.. banyaknya.. (diam banyak sebab otak tengah menganalis)
Respon jujur dari dalam: Perlu ke tunjuk? Perlu ke? Perlu ke? Ko memang well-aware orang lain tak buat lagi & mungkin takkan buat. Motipppp kau nak tunjuk? Sambil senyum-senyum bangga. Mengharap pujian kah? Tapi maaf la, saya bukan dalam kategori senang memuji..

Situasi 3
=======
Saya dah siap dah kerja sampai hari sekian-sekian, tu yang nak tinggal ke kat sini, tak payah bawak balik

Respon aku: oooo eh.
Respon jujur dari dalam: Seingat aku la kan, aku sendiri kalau dah siap kerja tu pun tak de deeee aku nak sibuk-sibuk bagitau orang. SATU SEBAB UTAMA, kalau la orang tu belum siap, aku tak nak bagi dia pressure sebab dia belum siap, tapi...aku dah siap keje aku.  


YE.. Aku mengaku di sini aku memang tak IN dengan human behaviour yang macam ni..
Kebanyakan masa aku memang buat dont-know dan blur je tapi hakikatnya otak aku sentiasa dan tak berhenti memproses.. memproses data pasal perangai dan orang sebegini,,,, like:
  • Apa aku nak buat eh. Apa aku nak buat supaya perasaan sendiri tak 'tersentuh'.
  • Apa aku nak buat supaya dia sedar bukan dia je yang boleh buat kerja tu, cuma orang lain ni mungkin lambat sikit,,, dan tak mustahil orang lain boleh buat sesuatu yang lebih baik lagi.

Inikah,, namanya dalam hidup ni... ada pelbagai manusia..

P/S- Satu yang pasti, benda macam ni jadi motivasi untuk aku buat kerja & tunjukkan pada orang sebegitu, yang orang lain pun boleh buat tau. Tapi still, bila aku dah siap buat sesuatu kerja pun, aku tak pandai/reti nak tunjuk-tunjuk. Tskk. Spoil betul.