Monday, October 27, 2014

2014 Saigon September - Day 5, 19 Sept 2014

Assalamualaikum.

Akhirnya. Hari terakhir percutian solo di Saigon.
Flight pukul 8.50 am waktu tempatan.

Sebenarnya, benda palingggg merunsingkan aku dalam trip ni ialah hari terakhir ni.
Sebab flight pukul 8 lebih, makanya aku kena ada kat airport 3 jam sebelum tu.
Risau ok..risau sangat-sangat.

Ikutkan hati, nak naik bas aje ke airport, macam hari aku datang ke sini. Tambang baru 80sen. Tapi, seawal itu (pukul 5 pagi) walaupun hari dah mula cerah tapi bas pun belum beroperasi.

Nak naik teksi.. Aku macam risau. Risau kena tipu diorang caj tambang mahal.
Risau kena bawak lari. Heee. Ingat aku tak takut ke jalan sorang-sorang? Berani aku pun ada limit ok..

2 malam sebelum tu, aku ada bersembang dengan sorang akak ni (aku ada cerita dalam entri hari pertama, jumpa sekumpulan cikgu). Aku cakap aku risau pasal kena naik teksi sorang. Kemudian dia cadangkan aku cuba kontek sorang ustaz ni. Group akak tu sepanjang di Saigon, memang diuruskan oleh ustaz tu suami isteri. Aku amik gambar name card ustaz tu. Ustaz Azim namanya.

So, hari keempat tu, sebelum aku keluar berjalan aku settle kan dulu hal macam mana nak pegi airport hari terakhir nanti. Aku cuba call. Ustaz tu kata dia nak datang hotel aku menginap. OK, lagi bagus kan. So jumpalah kami.. Nasib aku duduk ground floor. Senang nak keluar, senang dia nak cari.

Ustaz tu datang berdua dengan isteri dia. Kami pun berbincang dan janji-janji nak jumpa semula pagi esok, lebih kurang pukul 6.00 a.m. Barulah lega lepas semuanya selesai.

So pagi hari Jumaat tu, aku bangun agak awal untuk bersiap. Tu pun masih kelam kabut.. Tengah kelam kabut tu lah pintu bilik aku diketuk, rupanya mereka dah sampai. Diorang risau sebab try call aku tak dapat. Hehe memang pun, sebab aku dah tukar sim card Vietnam kepada simcard Maxis.

Diorang datang naik teksi. Kiranya diorang escort aku naik teksi ke airport. Caj sebanyak 150000 dong. Aku bayar. Lepas tu, isteri ustaz tu cakap kat aku, boleh tak kalau aku bayarkan teksi diorang balik ke Saigon. Ok yang itu memang aku tak expect tapi takkan aku nak cakap tak boleh kan? The not so good thing is duit dong aku tinggal sikit sangat-sangat.. Sebab aku tak bajet tambang balik jadi 2 kali ganda.. So dalam kekalutan aku bagi semua baki dong yang aku ada dan duit RM25. Aku rasa lebih dari cukup kot untuk buat tambang.

Well, aku tak boleh kata apa la kan.. Since aku takut dan risau nak naik teksi sorang-sorang. Aku anggap itu 'kekurangan' aku travel secara solo.. Mungkin next time, kalau aku nak travel solo lagi, kena consider waktu penerbangan balik tu.. Jangan sampai jadi macam ni lagi.

Airport memang lengang selengang-lengangnya pagi tu. Merayau lah aku kat dalam tu. Dalam kelaparan, huhu.. Takpe aku dah pre book makanan dalam flight.

 Beg yang telah beranak.. Beg oren tu RM75. Beg laptop warna hijau tu RM50

Sikit-sikit manusia mula menbanjiri airport. Makin lama juga rakyat Malaysia dalam airport tu pun semakin ramai. Ada la satu group budak-budak perempuan ni, dalam 5-6 orang, begitu gembira dan kecoh sekali.. Huhu.. Aku terasa macam,, ohh jauhnya gap kita.. Style berjalan-jalan dan membuat kekecohan sesama sendiri begitu, sangat sangattt lah tak in dengan aku.  Entah lah ek.. adakah aku di zaman seusia itu pun macam tu dulu.. Tak ingat dah. Tapi aku yang sekarang memang bukan macam tu.. Kalau ada ahli rombongan aku yang excited terlebih macam tu haruslah kena sound (believe me kalau tak aku yang sound, maybe my travel partner yang akan sound).

Pegawai dorang pun tak masuk keje lagi weh..
 

Oh ya, lagi satu ramai yang bercerita pasal pegawai imigresen kat Airport sana yang tak mesra alam.. Well, pada aku biasa-biasa aja. Diorang memang tak senyum. Tapi masih jalankan tugas dengan baik (sekiranya ko tak buat masalah). Masa beratur tu geng terlebih gembira beratur belakang aku dan sibuklaaa bersembang pasal ni. Hadoi dik. Dah ko ingat pegawai tu nak ucap selamat jalan terima kasih sila datang lagi ke hapa..  Nasib baik tak kena sound sebab dok bising-bising dan terlebih kecoh masa beratur..

Pagi tu, ada 2 flights ke Malaysia. Satu ke JB dan satu lagi ke KL. Geng kecoh tu ke KL. Tak ramai Melayu dalam flight yang sama dengan aku.

Tepat jam 8.50 a.m. waktu Vietnam, selamatlah aku terbang meninggalkan Than Son Nhat Airport dengan 101 kenangan.. Eh 101 bukan 1001? Aku memang rasa 101 je sebab tak banyak kenangan sangat la di Saigon ni. Maksud aku, tak banyak tempat menarik yang dikunjungi.


Repeat Saigon? Hehe tak kot.. Saigon sesuai untuk yang datang dengan tujuan nak bershopping. Aku boleh je bab shopping ni. Suka bukan tak suka. Tapi bile berjalan tu, aku expect untuk tengok pemandangan yang cantik-cantik, atau cuba sesuatu yang tak pernah aku cuba sebelum ni. Shopping patut jatuh pada nombor dua. Selagi boleh tahan nafsu shopping tu, tahan la dulu..


Akhirnya dapat jugak merasa nasi ayam Mr. Chin  ni.. Selalu memang bukan menjadi pilihan..
 Rasanya so-so aje!


Ada satu lagi cerita bila dah sampai Senai Airport.. Aku kena tahan dengan abang dan cik kastam.. Diorang suruh aku bukak kedua-dua beg aku. Sabo jelaaaa dah la beg penuh. Cik kastam tu tanya berapa aku spend untuk beli semua souvenir tu.. Aku cakap la dalam RM500 (sebenarnya lebih). Dia kata untuk yang keluar negara dalam 4 - 5 hari macam aku limit nak membeli souvenir hanya dalam RM200-300 je. Erk.. dumbfounded sekejap ok. Aku tak tau apa-apa pasal ni. Last time ke Korea pun macam-macam gak yang aku beli.. Tak pernah pun kena macam ni.

Maybe sebab aku sorang?
Entah la.
Tapi sebab aku pun terer gak berlakon dan memainkan air muka... hehe you don't underestimate a teacher ok? Cikgu dengan anak murid pun selalu berdrama dalam kelas.
Aku cakap aku tak tau pun pasal ni semua.. Ni first time aku aku keluar negara secara solo. First time juga ke Vietnam. Atas alasan tak tau itu, maka aku dilepaskan. Kata cik kastam tu lagi, nak ikutkan dia boleh rampas barang-barang aku. Dia kata sepatutnya kalau nak beli banyak-banyak kena pos barang tu through kargo.. eii entah aku pun tak paham. Aku tak study pasal tu dan tak pernah pulak baca pengalaman orang lain pasal ni.

Entah la ek, aku ingat kan bila aku beli kuota luggage dan masa check in tu barang aku tak melebih berat, semuanya ok je. Manalah aku terfikir pasal benda macam ni. Sungguh unsangkarable. Nak ikutkan ramaiiiii lagi yang shopping lebih banyak dari aku. Aku ni pun tertahan-tahan je membeli. Tak de langsung beli untuk berniaga ke apa.. Semua sovenir untuk family, kawan-kawan dan diri sendiri je.

Tak boleh aku lupa ada 1 ayat cik kastam tu

Kastam: Akak jalan sorang? Boleh ek akak berjalan sorang? Kalau saya tak boleh.
Aku: (masa ni dah mula pissed off sikit sebab bengang kena bukak beg) Entah la dik. Boleh je. Ni akak dah balik pun..

Apapun, semua berakhir dengan baik.. Syukur alhamdulillah. Tak ada barang yang tak lepas.
 
Oh ye entri seterusnya aku akan share tip beli makanan halal yang murah dan peta untuk explore bandar Saigon secara solo..

Till then, assalamualaikum.

Sunday, October 26, 2014

2014 Saigon September - Day 4, 18 Sept 2014

Assamualaikum.

Cerita hari keempat. Baca kisah ke Chu Chi Tunnel pada hari ketiga di sini.

Semalam kan aku pening kepala.. Pening tu berpanjangan ok.. Jadi aku decide untuk tidur lama sikit dan berehat. Malas nak torture diri sendiri.

Plan hari ni santai-santai je. Pegi minum kopi dekat kedai kopi, lepas tu jenjalan kat taman.

Mula-mula aku masuk tengok-tengok apa ada dalam Ben Thanh. Hahaha dah hari keempat baru masuk dalam tu ok.. Sebab aku dah tau barang dalam tu agak mahal, so macam takde perasaan sangat nak membeli. Bila dah tak ada perasaan nak membeli lalu tak teruja langsung lah ye.

Masa ni ada satu kejadian sadis.. Aku terjatuh terduduk kat dalam Ben Thanh Market ok. Kebetulan selipar yang aku pakai agak licin.. Lantai dalam tu pun agak licin.. Bedebuk terjatuh. Nasib baik ada peniaga (entah peniaga entah bukan) datang tolong bangun kan aku yang tergamam.. Huhu.

Then pegi makan tengah hari kat Restoran Amin. Sebelum ni asyik makan dekat Basiroh aje. Oh ye sepanjang aku kat sana, memang tak ada langsung masuk ke restoran lain. Sebab takut mahal..huhu. Kalau tengok restoran tu ada aircond, memang conform mahal.. Aku lebih rela spend duit uutuk shopping barang daripada makan makanan mahal-mahal.. Lagipun makanannya sama macam makanan yang ada di Malaysia.

So lepas makan, solat zuhur, bergerak la aku.
Cari Trung Nguyen, kedai kopi. Kalau kat Malaysia ni ala-ala Starbuck la..
 
 
 

Cewah padahal kat M'sia masuk Starbuck pun tak pernah aku ni..
Oh ye. Kat bawah ni jualan produk kopi je. Nak minum kat situ naik atas.

Arghh pahit.. Sedap lagi kopi RM3.

Then, terus cari taman..
Mari layankan gambar-gambar ni ye.

 Dari taman ke satu taman aku berjalan..
Bajet artistik sangat la ni?? hehehe

Warga Vietnam beriadah di petang hari..




Ok, taman terakhir ialah taman yang dekat depan bangunan Cathedral tu.. Namanya aku tak tau..
Dalam perjalanan.. jalan raya yang mula sibuk dengan mereka yang baru balik kerja.

Tadaa dah sampai..
Redup je tempat ni.. Tapi aku ada 1 pengalaman tak best.. Boleh ada ada sorang pakcik ni kencing kat salah 1 pokok kat situ.. Lepas tu, bila aku nampak lecak-lecak kat pangkal pokok terus aku terpikir ianya bekas orang kencing.. duh..

Then gerak ke tempat terakhir which is Reunification Palace.

Selesai amik gambar, aku gerak balik ke hotel.. Hari ni lebih santai sebab dah paham dan pandai baca map, berbanding hari pertama hehe.

As usual, malamnya aktiviti yang sama.. Dinner dan kemudian merayau kat pasar malam.. perabihkan duit. huhu.

Berjalan kat Vietnam ni, pada aku sakit hati kalau tak bawak duit secukupnya.. Sebab harga barang-barangnya agak murah la..compare dengan kat tempat kita.

So, tamat lah kisah hari keempat. Flight je JB adalah pada hari esok, jam 8.30 a.m.

Sekian dulu, nanti aku sambung lagi. Tak sabar nak habiskan cerita Vietnam ni. Sebab nak cerita pasal trip ke Sabah pulak..hehe.

Saturday, October 25, 2014

2014 Saigon September - Day 3, 17 Sept 2014

Assalamualaikum.

Sambung cerita hari ketiga di Saigon.. Rabu, 17 September 2014.  Baca entri hari kedua ke Mekong di sini.
Hari ni aku ikut half day tour ke Chu Chi Tunnel. (Read=kuchi)
Kali ni aku pilih pakej ikut family kak Rina, sebab memang dah janji-janji semalamnya. Kami pilih untuk tempah pakej dari hotel tempat Kak Rina duduk, Than Thu Hotel. Bayarannya USD12. Hotel-hotel lain pun charge harga sebanyak tu. Oh ye, Restoran Basiroh pun ada offer pakej ke Chu Chi Tunnel, opkos dengan makanan halal. Tapi pada aku tak berbaloi, sebab diorang caj USD20, sama macam harga ke Mekong. Kalau makanan bungkus yang dihidangkan sama taraf macam makanan hari sebelum tu, aku rasa tak padan kot.. Dah la trip setengah hari je.

Petang semalamnya, sebenanarnya Kak Rina dah tolong aku book makanan halal dari sorang akak yang jual makanan halal dengan motosikalnya. Aku pesan nasi lemak dan popia. Sepatutnya nak makan popia tu pagi tu.. tapi tak sempat. So aku bawak sekali popia tu ke sana. Kenapa entah aku agak kelam kabut pagi tu. Sibuk nak tukar duit kecik, sibuk nak beli jajan.. Bas janji nak ambil pukul 8.30 pagi di depan hotel.

Lebih kurang pukul 8.35 pagi bas jemput kami, dan seperti biasa akan menyinggah beberapa hotel untuk mencukupkan ahli rombongan. Sekali lagi, hanya kami berempat orang Melayu di situ. Ada sepasang suami isteri berbangsa cina dari Malaysia, sekali dengan kami. Yang lain semua omputeh.

Dalam perjalanan, bas menyinggah di satu pusat kraftangan oleh orang kurang upaya. Aku tak beli apa-apa, tengok-tengok je. Sebab dah tau harganya mesti mahal. Again, pusat kraftangannya macam rupa bangsal-bangsal je gitu. Aku ambil peluang untuk duduk makan popia sementara menunggu orang lain.. Masa aku tengok-tengok kraftangan tu tadi, kebanyakan ahli rombongan satu bas dengan aku pegi tandas. So, masa diorang tengok-tengok tempat tu, aku pulak amik peluang makan.. Lapar hoi..

Lebih kurang pukul 11.00 pagi macam tu, kami sampai ke Chu Chi Tunnel. Oh ye dalam bas, kami kena bayar harga tiket masuk dekat English Tour Guide kami. Alamak aku dah lupa nama dia boleh tak..huhu. Kiranya, 12USD yang kita bayar tu tak termasuk dengan harga tiket masuk ke hutan tu. Ye, tempat tu berupa sebuah hutan. Yang paling aku tak boleh lupa, makin nak sampai ke kawasan tu makin teruk jalannya. Bergoncang-goncang lah bas.. Lalu membuatkan aku pening. Derr..

Sampai je, tour guide beli tiket, serah tiket, dan kami pun masuk ke dalam kawasan hutan. Mula-mula, kami diminta dengar satu taklimat tentang sejarah Chu Chi Tunnel. Kemudian, kami ditayangkan dengan tayangan video mengenai kesusahan orang Vietnam semasa perang dulu. Chu Chi tunnel ni dibina semasa zaman perang..

Antara yang menarik untuk aku kongsikan;
Kawasan dibedil bom

Penerangan mengenai  sebuah pintu terowong..
Kalau yang mok mok macam aku haruslah tak lepas... hee
 

 Peserta rombongan turut diberi peluang mencuba masuk ke dalam lubang terowong..


Kemudian kami ditunjukkan contoh-contoh perangkap yang dibina oleh askar Vietnam..
Memandangkan dari segi senjata, mereka memang tak sehebat askar US tapi menggunakan kelebihan berperang di tempat sendiri, ini yang telah mereka cipta:
Wuuu.. ngeri oo. sekali tersalah pijak terus menjunam jatuh atas cerucuk tajam..


Perangkap-perangkap yang lain:
Sticking Trap

Slipping Armpit Trap

Rolling Trap

Window Trap

Folding Chair Trap

Swinging Arm Trap

Fish Trap

See-saw Trap

Door Trap


Antara lubang terowong lain:




Kat tempat ni, digambarkan macam mana askar Vietnam zaman dulu duduk di bawah khemah:
Untuk memudahkan dorang bergerak dalam hutan, yang kadang-kadang hujan dan berlecak, diorang pakai sandal macam ni je..

Lubang ni untuk pengaliran keluar asap dari dalam terowong.. Diorang siap masak dalam terowong tu.



Kemudian, kami fibawa ke lapangan menembak.. Sesiapa nak cuba menembak boleh, tapi dikenakan bayaranlah..


Sementara menunggu yang menembak selesai, yang lain boleh berehat kejap di sini. Ada jualan makanan kat tepi ni, dan cenderamata. Opkos tak halal.. dan cenderamata nya pun mahal..

Kemudian. kami dibawa pulak ke terowong yang dibolehkan para pengunjung masuk dan mencuba. Terowong ni bersambung-sambung antara satu sama lain. Mula-mula aku nak jugak try.. Tapi lepas masuk tak jadi.. aku patah balik dan keluar.. Gelap dan sempit.. Takut jugak jadi apa-apa.. Buatnya tersangkut ke panik ke.. Once masuk dah tak boleh patah balik tau..
Ini le terowongnya.. Kat dalam tu luas la jugak, macam ada ruang muat 5-6 orang berdiri. Kemudian ada lorong sempit.. Memang kena jalan mencangkung atau meniarap..

Acara terakhir ialah merasa makan ubi kayu rebus. Itulah makanan rasmi askar dan rakyat Vietnam masa zaman perang tu.
 Ubi kayu rebus cicah kacang tumbuk..


Kemudian, balik la semula kami ke bandar Saigon. Memang tak lama la trip ni..

Tak tau kenapa, petang tu sampai je hotel kepala aku pening sesangat.. Sampai aku telan panadol dan tidur.
Aktiviti malam, cambiasa dinner dan meronda pasar malam.. Sambil membeli..

Daa.. sekian cerita di hari ketiga.