Friday, November 25, 2011

Besar dah korang ye,,

Entri lama aku, Tahun 2010.
Back then it was the 1st time for me teaching Year 1.

Hey, berdebar ok nak ajar year 1 pertama kali.
Zaman cikgu praktikum, kami memang takkan diberi mengajar Year 1 & Year 6.
Rasanya semua pun boleh paham kot alasannya:

Year 1 - Tahun kritikal. 
Budak baru nak menyesuaikan diri dengan sekolah. Walaupun mostly dah ada pengalaman di tadika/pra-sekolah tapi tetap tak sama dengan pengalaman belajar dalam sesi P&P biasa (P&P=Pengajaran dan Pembelajaran). Oh ye, aku sangat setuju. Kesian ok kalau cikgu baru posting terus kena ngajar Year 1. Kalau cikgu tu boleh carry on, takpe la,.. syabas. Tapi serius, its not an easy task. You need the skill & some knowledge n how to tackle the small kids.
Aku sendiri lepas setahun mengajar baru diberi arahan mengajar Year 1.
Aku rasa? Seronok tapi penat.

Year 6 -  Tahun kritikal gak.. nak amik peperiksaan awam.
Tapi dalam certain case ko takde pilihan. Macam aku la, huhu. Mendaftar je kat sekolah terus pentabir sekolah kasi selepukkk nahhh ajar la kelas tahun 6 ni. Jadik la ketua panitia. huhuhu meratapi ok. Tapi takpe lah I did it. Perit memang perit weyh. Dengan keadaan ko yang zero knowledge pasal mengajar secara praktikal. Ye, dah dapat latihan kat maktab selama SETAHUN, pengalaman mengajar selama 3 bulan, tapi mana lah nak sama si kucing belang kan huhhuhu. Sampai sekolah, ko kena belajar sendiri format UPSR bagai..(ingat kat maktab ada ajar semua ni? huhuh no-no-no)

Erk..kalau dok cerita lagi pasal ni kang dah off topic pulak.

Baiklah, motif entri ni cuma nak highlight, bebudak yg aku pernah ajar masa Tahun 1 2010, masih lagi aku ajar di Tahun 2 2011, tahun depan dah nak masuk Tahun 3 ye. Cepat je masa berlalu...
Depan Taman Pra Sekolah.Masa ni tgh le tour sebab nak kira kelopak bunga-bungaan 

Budak² ni pun dah makin besar. (means aku pun makin tua, huhu)
Dah tak mengaruk sangat macam Tahun 1 dulu. Yang aku pernah gelar Department of Nuisance & Restless Kiddos.
Sekarang pun menggelicai lagi dalam kelas. Tapi tak de la se dasyat dulu.

Okay, tahun depan kita jumpa lagi ye kanak-kanak, tapi bukan dalam kelas BI lagi. Kali ni,











lalalalalalalalalalalaaaaaa~~~~~~


Mari menyanyi bersama cikgu Didi (poyo)

hohho
beralih arah ke dunia muzik pula lepas ni ye.
ehemm..

Thursday, November 24, 2011

Masakan ke laut

Main masak-masak ni kadang-kadang seronok....
Kalau masakan tu jadi / hampirrr jadi. Ada rasa, rupa huduh sikit pun boleh diterima lagi.

Yang tak seronoknya kalau tak menjadi.
Tsk.
Rugi dah tentu-tentu lah.

Terasa sangatlah pembazirannya...
Mula-mula cuba pujuk diri sendiri makan pelan-pelan..
(nak hulur ke jiran mmg outtt la kan)

Kalau dah tahap mulut sendiri pun tak larat nak kunyah...

Selamat tinggal wahai cornflakes...
Huuu penat ahkak berdiri siang ikan bilis.

Ini dia.. cornflake lemauuuuuuu

Cita-cita asal nak buat cornflakes pedas bermadu. Tapi silap teknik kottt. lemauu ya ampun~ lenguh mulut dan rahang mengunyah.

Wednesday, November 23, 2011

Bebola dan gegedik

Aku bukan peminat bola tegar..
Jujurnya, sebelum-sebelum ni memang aku tak pernah bukak siaran bola. Interest=0.

Cuma masa sukan sea yang baru je tamat baru-baru ni, entah tergerak hati tak nak tukar channel lain bila terbukak perlawanan M'sia-Indo.

Memandangkan aku pengabai sport selama ni, maka ada beberapa soalan dok berlegar-legar dalam kepala aku pasal malaysia soccer ni. Tapi soalan pun macam tak berapa nak membina so agak segan rasanya nak bertanya sesiapa huhuh.
(mode malu bertanya sesat jalan eh,,)

Baiklah mari sambung 'mendengar' bola sepak.
Aku bukak je tv. Tapi mata ke PC hehe.


*bila baca-baca komen dan status kat FB (pasal player), rasa agak sebal. aku tau mereka-mereka cuma bergurau, tapi somehow you dont feel good while read it. gedik,,, kot. 


*minit ke 52, Syria mendahului gol dengan 1-0. Cantik tandukan pemain tu huhuh.

Sunday, November 20, 2011

A simple Thank You is REALLY appreciate!

Bukan isu besar pun. Tapi untuk tahun ke empat, aku (kami) berdepan dengannya.

Sebagai cikgu Tahun 6, bila hujung tahun maka tak lari lah dari melihat anak-anak murid meninggalkan bangku sekolah rendah, sebelum menjejakkan kaki ke sekolah menengah.

Straight to the point, aku nak cakap pasal pelajar yang sungguh berat mulut bila sudah berjaya. Juga yang sudah habis sekolah rendah dengan keputusan sederhana. Tak terkecuali juga ibu bapanya.

Bila belum berjaya, berjumpa guru, meluahkan harapan, bercerita kegusaran.
Apabila semuanya sudah selesai, berpapasan dengan guru begitu saja.. Ataupun hilang terus,,,

Adat dunia, begitulah sebelum dan sedudah dapat apa yang diinginkan..

Mungkin sudah jelak dengan guru yang mulutnya membebel seperti bertih jagung ini (barangkali).
Kalau betul, kecewanya di hati sebab anak murid GAGAL memahami tujuan guru berleter.

Apapun, semuanya kami telan dalam diam (cuma dah tahun ke empat ni tak larat nak telan, maka aku luah lah sikit kat sini.. selalu ianya off record, jadi topik sewaktu menjamu selera saja)

Aduhai anak murid,
Tak perlu lah 'add' guru-guru di FB kalau dalam realitinya, jika terserempak dengan guru di luar kamu lari / berpaling.
Sebenarnya, kalau tak sudi, tak perlu pun memulakan perbualan dengan guru.. Cukuplah dengan tersenyum dan berkata "cikgu....".

*Mungkin tahun ini perlu mengingatkan murid-murid tentang budaya berterima kasih..
**Pathetic kah kami? Mengharap ucapan terima kasih?? Tapi budaya ni kalau tak dipupuk memang akan terbawa-bawa sampai ke alam tua.

Friday, November 18, 2011

My 20 cent on 2011 UPSR result

Assalamualaikum

Akhirnya, selamat sudah keputusan UPSR diumumkan Khamis lepas..
Pertama kali aku sendiri pergi PPD ambil keputusan pelajar.

Dannnnn..
Alhamdulillah, ini mungkin rekod dan pencapaian terbaik kami (sepanjang 3 thn aku mengajar di sini lah,,)

19 calon.
100% kelulusan untuk:
BM Pemahaman
BM Penulisan
Matematik
Sains

94.7% kelulusan untuk Bahasa Inggeris, seorang pelajar gagal dengan gred D.

Its a good news kan?
Tapi to be honest semalam aku menangis dah macam aktress Neng Yatimah.
(Malu untuk diingat,, rasanya)

Memang itu keputusan yang baik.(result budak).. Tapi aku agak stress memikirkan yang sekolah tak dapat capai target 100% lulus sebab subjek aku.

Sangat sedih. Bukan dibuat-buat. Tapi air mata memang mengalir laju-laju tanpa dapat ditahan lagi bila aku berfikir dan terus berfikir.

Rasa,, apa yang aku buat selama 3 tahun mengajar budak ni.


Selepas tidur 1 malam dengan mata yang bengkak & muka sembab, hari ni aku rasa lebih bertenang.


Hey, I've done my job, apa. Memang dah tersurat begini. Semua pun dah berusaha  kan. Semua pun berharap yang terbaik kan.

Tapi, kita sebagai insan hanya boleh merancang dan mengharap. Selebihnya ketentuan Tuhan.

Aku cuba lagi tahun depan, Insya Allah ^^

UPSR celebration

Maka dengan ini saya meraikan kejayaan UPSR 2011 dengan cheese tart blueberry & strawberry filling.

Tskkkk..