Tuesday, January 24, 2023

Welcoming 2023.. Hi everyone! Fi hizfillah..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hai. Bertemu lagi kita.. Di tahun 2023. Alhamdulillah, masih ada rezeki umur dan kesempatan untuk ber blog.. Setelah setahun tak post apa-apa! Hahahah sabar je lah ye. 2022 aku tak ada apa-apa post! Aku dah check dalam draft, memang tak ada.. Hahahah

Dah dekat 16 tahun ok umur blog aku ni. Kalau korang pembaca blog ni dari dulu, berapa umur korang sekarang? I'm 41 years old now. Masa aku mula-mula buat blog ni umur aku 20-an, baru lepas grad dan masih terumbang ambing mencari pekerjaan.

Sedikit terkesan, bila baru-baru ni aku share old post, gambar dari FB.. Gambar waktu aku dalam solo trip di Takayama, Jepun, tahun 2016.. It was 6 years ago.. Ada yang tegur, eh Didi dah 6 tahun ye berlalu.. Saya baca post Didi pasal trip ni dulu. Hehe. Ye, gitulah. Post penuh pasal trip ke Jepun tu pun tak khatam ok, hahahahha.

Keinginan untuk berblog untuk masih ada, tapi kesungguhan tu yang tak ada. Aku salute pada mereka-mereka yang kekal rajin dan istiqamah ber blog ye. Aku, memang tak mampu. 

Adakah istiqamah ber blog termasuk dalam azam 2023? Dah tentu tidak! Hahahaha. Osah kita berjanji pada benda-benda yang dari awal kita tahu payah untuk dilaksanakan ye. Masa telah membuktikan segalanya, hehehe.

Cuma satu je. Dekat blog ni je lah satu-satunya medium yang aku rasa paling selesa untuk mencoret pengalaman travel aku. Ye korang, aku masih berminat travel walau telah mencapai usia 40-an ni. Lepas hampir 3 tahun grounded tak boleh pergi mana-mana kerana virus durjana itu, akhirnya Allah izinkan aku kembali travel pada hujung 2022.. Ke mana kah arah tuju nya? Aha, wait for it ya. Walaupun bila bercakap pasal update travel post ni ibarat menanam tebu di pinggir bibir (gittew perumpamaan aku kasi hahah), aku tetap ada keinginan nak share. Sebab itu semua kenangan yang mahal ye.

Ok lah. Rasanya sampai sini je la aku membebel untuk kali ni. Sebenarnya aku sedar je, blog aku ni bukan ada orang baca, hahaha. Tapi aku sendiri adalah pembaca blog aku. Once in a while, it's nice to re-read my own thoughts ang writings. Pelik tak? Jadi fan kepada penulisan sendiri. Haha pelik pun pelik la ye. Janji aku happy. Tapi yang paling aku ngefans kan (tibahh cakap indon) ialah coretan travel aku sendiri.. Sebab apa yang aku taip adalah apa yang aku rasa dan alami. Bukan orang lain, tapi aku! Kenangan dan pengalaman adalah souvenir termahal untuk aku, ok. Dan tak mustahil juga berlalu masa kenangan tu sikit-sikit akan luput dari ingatan.. Sebab tu aku treasure segala catatan travel yang aku taip dan kongsikan di sini. Lepas tu, di sini aku bebas menulis dan berkarya berbanding di media sosial lain yang aku ada. Entah lah kenapa, tapi aku memang selesa berkongsi tentang travel di sini. Yang ngerti, ngerti lah. Hahah.

Orait till fingers meet the keyboard again. See you soon! Fi hizfillah...



No comments:

Post a Comment