Thursday, December 27, 2012

Insaf

Rasa sesuatu di hati bila baca kisah guru-guru yang ditugaskan di pedalaman. Biasanya di Sabah dan Sarawak lah.

Sangat terkesan di hati. Kalau sekiranya ada sesiapa yang membaca entri ini sedang atau pernah menabur bakti pada anak bangsa nun jauh di pedalaman.. 2 thumbs up for you. Saya titipkan doa buat kamu agar sentiasa tabah & tenang hati. Insya Allah 1 hari nanti apa yang dihajati akan menjadi kenyataan.

Saturday, December 15, 2012

Istanbul aku datang

Dah lama tak tengok filem melayu..
Nak download pun malas; kena fikir banyak kali.. Karang dah download tapi citer tak best,, rugi masa, rugi bandwidth, rugi letrik, rugi space.. Selalu dah pun kena.huhu

Tapi sebab kata peminat Beto kan, aku download juga.. Tu pun cari the smallest file available.. Banyak yang aku jumpa saiz dalam 700MB.. Yang lebih 1 GB pun ada.. tapi kosser la kot huhu.. Akhirnya jumpa pun yang saiz bawah 400MB.

So, review lepas tengok:
Nak kata tahap best gila memang bukan..
Tapi kira boleh la,, Beto & Lisa memang pelakon serba boleh pun kan.. Watak-watak tempelan tu biasalah.. Tapi kalau cari pelakon yang lebih mantap rasanya lagi ok kot..

Pernah baca pasal review orang lain. Pasal orang lelaki perempuan yang duduk serumah. Boleh ke?
Seriously, memang lah tak boleh dowh..

Tapi aku rasa tak perlu lah emo sangat. Ini kan cuma filem. Tengok filem, tengok drama, tengok teater.. Biasanya cerita yang dimainkan tu cuba menggambarkan realiti masyarakat.

Takkan lah semua cerita pun nak kena tunjuk semua yang baik-baik je. Semua pun cerita nak kena tayang orang-orang yang behave je.

Eh ni bukan maksudnya aku menyokong lelaki perempuan bukan muhrim boleh tinggal serumah ye.

Maksud aku, sukati la kan produser dan penulis skrip nak tulis cerita macam mana. Yang penting, kita sebagai penonton yang nak tengok ni. Tengok dan nilaikan sendiri. Mana yang rasa boleh ikut, ikutlah. Yang otak kita kata tak elok tak yah lah ikut. Bukan apa yang otak kata tak elok je, apa yang tak sesuai dengan budaya, agama kita pun tak yah lah ikut.

Aku rasa penulis tu tulis cerita macam ni sebab memang pernah terjadi pun (different gender live together)

Alaaa kalau nak kata isu tinggal sekali, tak payah tunggu nak tengok kat kat Istanbul, kat Malaysia ni pun banyak je.

Lagipun lain orang kan lain cara mentafsir.
Aku tengok filem ni, apa yang terlintas kat kepala aku ialah, patutkah aku gi melancong ke Istanbul?? heeeee



Banyak je beberapa situasi dalam filem ni buat aku berfikir, macam
@Si lelaki tak kasi gf peluk dia sebab diorang ada kat public, tapi bila kat tempat tak de orang, selambe je si lelaki nak peluk perempuan tu..

@Si lelaki kata tak elok peluk2 kat public sebab diorang ada kat negara Islam.. Wahhh statement,,, padahal ko bukan berasal dari negara Islam ke.. Masalahnya, kat M'sia boleh pulak ko berpeluk ye..

Again, ini kan cerita,,
Pendapat songsang macam tu kalau kita dari awal dah tau tak betul.. tak payah laaa nak ikut.

Bagi aku, sendiri tengok, sendiri paham, sendiri amik pengajaran dari cerita.. & of course sendiri terhibur..
Itu matlamat aku tengok filem.


Aku bagi 4 dari 5 bintang..
Sebab sekurang-kurangnya cerita ni tak membodoh2kan penonton.. Macam sesetengah cerita (esp cerita hantu/seram, huhu)

Yang dah berkira-kira nak beli DVD/download, silalah tengok..

Friday, December 14, 2012

oh Bibimbap

Beberapa hari ni tiba2 teringat2 sangat nak makan bibimbap.
So, tadi bertekad la aku gi beli beberapa bahan yang perlu.
Berpandukan resepi dari http://www.maangchi.com/recipe/bibimbap , akhirnya jadi lah semangkuk nasi dengan lauk ala-alaa~~ bibimbap.

Tapiiii
Lepas makan aku rasa macam dah tak nak makan bibimbap lagi lepas ni huhuhu

Berbekalkan pengalaman makan bibimbap 2 kali masa kat Korea, manalahh aku nakk ingat betul2 macam mana rasanya..
Satu perkara yang aku pasti, gochujang (chilli paste yang aku guna membuatkan ada rasa bibimbap. Yang lain tu macam semacam je huhu..
*especially minced garlic.. ewwww

Hari-hari terakhir di Endau

Kalau selama ni, perjalanan Batu Pahat ke Endau membuatkan aku rasa sebal, kali ni ada rasa ngilu.. chewahh pemilihan perkataan x boleh blahh huhu..

Lepas ni entah bila nak sampai Endau lagi kan,,
Eh, jangan.. Aku rsa diri aku sendiri tak boleh dijangka.. Lagipun, 4 tahun di Endau, aku dah tau selok belok kawasan ni. Mana nak duduk. Mana nak tidur. Mana nak cari makan minum. Mana tau termengidam nak makan keropok lekor Endau ke.. no hal.. chalet banyak, hotel pun ada,... Tinggal berani dengan tak berani je weh..

Berbalik pada cerita hari-hari terakhir tadi. Penat memang penat travel 3 jam. Biasalah aku kan. Tapi ada rasa sayu jugak.

Sampai je Endau, aku tak terus ke rumah sewa.  Sengaja melajakkan keta ke Tanjung Gemuk, sebab aku tau ada pasar malam. Beli 2 jenis makanan yang aku rasa susah nak cari kat Batu Pahat lepas ni; sata & bubur lambuk (bubur lambuk kat sini diorang letak pucuk paku & lada hitam)

Petang tadi, pegi sekolah. Ada beberapa urusan nak kena diselesaikan. Dapat jumpa kawan2; kakak2 dan abang2 (kerani, par, tukang kebun, pembantu pra).. Mengemas sedikit lagi barang kat bilik guru.. Sekali lagi ada rasa sayu.

Bercampur dengan rasa geram juga, huhu.
Geram sebab aku rasa banyak gila jawatan diorang bagi aku pegang. Hoiii tau tak sebenarnya aku tak la sebagus mana.. Hujung2 macam ni bila nak mengemas barang aku perasan banyak kerja yang aku tak mampu sudahkan.. Silalah sambung ye.. Wah statement macam orang tak bertanggungjawab je kan. Tak tipu ni, memang banyak & aku geram juga sebab ada je orang yang tak banyak jawatan & lebih banyak masa berpoya2 dari aku.
er.. terpesong lagi..

Kemudian tadi, lepas mengemas2, aku decide untuk ronda2 kawasan Felda Endau.. tempat aku berlatih bawak kereta 1 masa dulu.. Kenangan mengajar kat sekolah dalam Felda takkan aku lupakan..huhu

Monday, December 10, 2012

Kamera Berjasa

Masih lagi topik Korea..
Aku rasa mau beberapa bulan ni entri-entri dalam blog ni pasal Korea je.. takpun yang bersangkut paut dengan cerita cuti-cuti Korea aku..
Huhu maafin.. aku memang tak rajin nak update blog & buat masa ni aku cuma rasa bersemangat nak tulis entri berkaitan cuti-cuti Korea aku..

Lagipun tujuan utama menulis adalah supaya diri sendiri tak terlupa apa yang pernah berlaku dan dilalui..
Aku tak rasa blog ni ramai pembaca & memang aku menulis untuk diri sendiri ^^

Antara benda penting nak bawak gi Korea dulu ialah kamera.
Wahhh memang aku x leh terima kalau gi sana tak bawak kamera..
Macam la senang nak pergikan. Sekali dah pergi harus snap sana sini...

Logiknya, seorang cikgu yang boleh kata muda lagi macam aku mesti ada kamera.. cehh nak jugak kata diri sendiri muda kan,
Lagipun zaman sekarang ni bab2 kamera dah jadi perkara biasa dah. Kalau tak de digital kamera, kamera handphone biasanya ada, kan. Kadang tu kamera handphone jauh lebih canggih dari kamera biasa..
Tapi dalam kes aku, tak kot..

Kamera digital yang aku ada ialah jenama Nikon yang aku beli tahun 2008. Masa tu masih lagi bergelar pelajar maktab. Pensyarah yang beriya-iya suruh beli; katanya boleh membantu dalam P dan P.
Well, aku nak nafikan memang boleh membantu tapi bergantung pada orangnya jugak lah.. Bab rajin dan malas tu. Tapi seriously aku rasa cikgu2 wajib kot ada camera. Banyak je kegunaannya. Takkan la sikit2 nak cakap "Guna la kamera sekolah,,"
Ada masa memang kena guna kamera sekolah tapi ada masanya memang perlu gunakan kamera sendiri.

Alamak dah ter off topik melalut-lalut,, huhu sebenarnya nak cakap, masa nak gi Korea dulu aku ada gak consider nak beli kamera baru.. dengan alasan kamera sedia ada ni dah lama & takut gambarnya tak cantik.

Tapi fikir punya fikir, rasanya tak payah beli kot.. Aku cuma beli tripod je untuk dibawa ke sana. Sebab, kalau nak amik harga dalam RM200++, takut nanti kejap je dah jemu.. Kamera sekarang kan makin turun harganya & makin mantap teknologinya.. Yang aku survey rega RM200++ tu spek lagi elok dari kamera yang aku ada, tapi dijual dengan harga lebih rendah dari kamera aku.. Tu yang aku cakap pasal masa & harga tadi..

Aku rasa, alang2 nak membeli biarlah yang jauh lebih baik.... Mcm DSLR ke.. chewahh..ada hati tu..
Takpun yang lain sikit, yang hebat sikit fungsi fokusnya ke..
Tapi fikir lagi jauh,, lagi baik kalau duit tu aku simpan, kan.. Lagipun apa hal dengan kamera sekarang, elok je berfungsi.. Tak de buat salah apa pun dengan aku, tiba2 aku nak menduakan dengan membeli kamera baru, huhu..

Akhirnya, memang 2 minggu kat Korea kamera Nikon aku sangat2 berjasa ok.. Cantik je gambar.. Dengan syarat, tuan punya kamera mesti faham kamera tu & dah pernah godek2 fungsi dalam kamera.. Alhamdulillah aku pernah godek2 jugak kamera ni masa mula2 beli dulu, so masa kat sana macam trial & error lah nak guna balik semua function tu..

Siap pernah 2-3 kali terjatuh lagi ok, masa kat sana.. Biasalah bila dah melekat pada tripod & ada masanya tak sengaja kaki/tangan sendiri tersadung dan jatuh... Tapi syukur, kamera tu masih berfungsi dengan baik.

Last but not least,,
Kamera yang mencuri hati aku,,
Copyright  image: Google & http://cikazimasabdullah.blogspot.com

Entah bila dapat beli ye..

Sunday, December 09, 2012

Berat!

Dulu menonton ini

 


Kini yang ini pula,,





Sesekali tengok drama berat pun ok juga..



Masa itu.. terliurkan,,,,,

2 minggu kat Korea, aku merasalah jugak kempunan beberapa makanan..
Awal-awal sampai, biasalah, keinginan nak makan makanan sana memang sangat tinggi, hehe.
Lagi-lagi sebab aku dah exposed dengan makanan Korea, gara-gara follow tv show + drama Korea.
Tapi awal-awal dah set kat otak, tak boleh makan kerap-kerap sangat sebab nak jaga poket. Aku kan lama kat sana, so awal-awal kena lah jimat-jimat kan duit.

Pendek kata, untuk 4-5 hari pertama aku memang takde craving makanan Malaysia, hehe.

Tapi, kalau dah hari-hari lalu tepi kedai ayam panggang, amik bau-bauan, lama-lama memang tak boleh tahan jugak..
Cakap je tak boleh tahan, hakikatnya kena bertahan.

Hampir 2 mingu, memang teringinnnn sangat nak makan daging ok.

Selain daging ayam & lembu, aku teringin sangat nak makan hotdog.. Kat sana diorang jual hotdog macam jajan biasa. Kalau masuk kedai 7 E atau mini mart yang sewaktu dengannya, memang konfem nampak hotdog. Macam-macam bungkusan, memang menarik.. Tapi saboo je le hew3..
Kalau jalan-jalan waktu malam terutamanya, memang banyak gerai-gerai tepi jalan yang jual snek berupa hotdog ni..

Tengok je la boleh ye, huhu

Awal-awal memang beringat tak boleh selalu makan sebab money constraint.
Tapi kemudian2 memang jarang makan sebab meragukan.. huhu

Kami cuma berani makan apa yang student malaysia kat sana makan, ataupun, pelancong muslim kat sana makan.. Sebelum pergi, dah siap-siap print direction kedai (kami dapat melalui pembacaan blog diorang).
Selain tu, ada jugak pergi restoran & makan (tawakkaltu 'ala Allah) & makanan yang kami pesan hanya yang berasaskan seafood & sayur-sayuran.. Makanan ruji mereka juga nasi, macam kita so tak susah nak cari nasi.

Tapi boleh dikira la, berapa kali je pergi makan luar..
Selebihnya, makan megi dari M'sia, beli nasi segera & makan berlaukkan bekal dari M'sia; serunding, sambal ikan bilis kering, tuna, sardin, telur goreng (beli telur kat sana).
Banyak kali jugak memasak.. Nasi goreng la biasanya. Yang simple2 je. Aku siap bawak perencah nasi goreng dari M'sia ok, hehe. Beli sayur kobis & tambah dalam nasi goreng.
Kalau ikut instinct shopping barang dapur aku, memang macam-macam lagi kot aku beli tapi my travel partner jenis berjimat orangnya so aku pun tahan-tahan la keinginan hehe..

Ini antara kedai feveret kitorang masa kat sana,
    picture credit to Modern Seoul Magazine

Kedai ni macam 7 eleven kat sini. Senang nak jumpa. 24 hours. Kami kalau masuk sini, mesti nak cari nasi segera atau bateri kamera (aku la tu) atau kimbap segera.

Biasanya kami ambil nasi brand ini.. Ada macam-macam saiz. Price varied from KRW1300 to KRW2500. Nak makan kena buka sikit, letak air & panaskan dalam microwave. Ada sekali tu, masa kat Everland kot, kami beli nasi ni & bawak gi sana. Dah siap2 bungkus lauk dari hostel. Ingat ok je makan tak yah panaskan. Sekali bila makan rasa nasi x tanak.. Huhu what to do.. makan je la dengan serunding, tuna & sambal ikan bilis. Dengan cuaca yang sejuk & lauk serta nasi yang sejuk. Kenangan manis tu, hehe

*can u believe me now dah lebih seminggu balik aku tak makan lagi pun hotdog yang aku teringinnn sangat itu hehehe

Saturday, December 08, 2012

Penyakit yang aku dapat masa di Korea

Sebelum cerita benda yang best meh nak tulis pasal benda yang kurang best..

Kalau kat FB orang tengok semua gambar yang macam best2 dan indah2 je kan.. Tapi hakikatnya melancong di negara 4 musim, pada musim sejuk (walaupun salji belum secara rasminya turun), untuk rakyat Malaysia pure macam aku, memang ada lah sedikit 'hadiah'..

Tapi dah namanya nak sangat berjalan kan, so kena terima je lah & tak leh nak banyak sangat bunyik.

1)Tahi hidung berdarah
Maybe sebab sejuk sangat kot. Masa hembus hidung pagi2 pun berdarah jugak. Cuma kira OK la darah tu tak keluar mengalir tiba2.. Cemana pun agak scary jugak la bila korek hidung nampak ada darah beku huhu..

2)Kulit kering kedut2, bersisik2 dan nampak macam orang tua
Yang paling ketara kedut kat tangan dan kaki. Lepas tu kat certain2 area macam pergelangan kaki dan tangan nampak macam kena cakar.. Pedih & lepas balik Malaysia tinggal parut macam kena cakar.. Nasib bukan kat semua tempat berparut.. Jenuh nak menyapu scar serum.

3)Gatal2
Ini berkait dengan kulit kering tadi. In my case, aku kena efek ni lambat sikit dari Daff (my travel partner).. Mula2 macam ok je x de efek apa pun. Masuk hari ke 4 atau ke 5, haa baru aku rasa.. Masa tu aku rasa kat kaki dan peha macam pedih2 & gatal2..Macam gatal+miang+pedih.  Lepas aku bersuci & amik wuduk. Konpius jap.. Belek2 baru prasan kehadiran tanda2 kat atas..
Then, bila pergi tempat yang kurang sejuk macam Jeju dan Busan, hilang pedih2 tu tapi rasa gatal pulak so keje nak menggaru je.. huhu
Dan aku konfem penyakit gatal ni memang common kot untuk traveller sebab masa dok hostel kat Jeju, kami kongsi bilik dengan sekumpulan cikgu, malam2 aku tersedar dok dengar bunyi orang menggaru, hehehe

4)Jari kaki melecet
Nasib cuma 1 jari je. Tapi melecet yang sampai menggelembung tu. Sebelum kuar pagi2 aku akan balut part menggelembung tu dengan handyplast.. Cam leceh jugak la karang nak solat kena cabut pastu pasang balik.

5)Kuku lambat panjang
Aku tau ini bukan penyakit tapi saja nak type jugak. Aku perasan kuku lambat panjang, & bila memanjang tu macam ke dalam, bukan ke depan..huhu aku pun x paham.. & lagi 1 macam banyak je habuk yang terkumpul bawah kuku.. pun aku x paham kenapa.. nak kata wat keje2 kasar memang x lah.. Tapi Daff pun cakap benda yang sama so kita anggap memang cenggitu kot.

7)Kebas2 di hujung jari
Sama laa jari tangan dan kaki.. Macam bila hujung jari kita tersentuh benda panas, pastu rasa kebas je..

8)Sengal-sengal 1 badan
Standard laa kan dah namanya berjalan.. Lepas tu kata backpackers so bawak beban kiri kanan belakang.. Masa ni lah pun aku nak guna salon pas.. Kalau kat M'sia x de nya.. padahal ada gak situasi sakit2 badan kan selama ni.. hehe.. Best jugak tampal koyok kat badan..

9)Lenguh kaki
Yang ni memang pasti hehe. Berjalan tak ingat kan.. Memang banyak gila berjalan.. Kadang tu berlari..
Sebenarnya, aku sangat bersyukur sebab sepanjang 2 minggu kat sana aku mampu berjalan. Sebab aku kan ada macam2 sejarah bab kaki ni.. Kaki yang memang dah sedia sakit, selalu kena urut, terseliuhnya lain, bengkaknya lain, pernag jatuh sampai kena MC lama, macam-macam lah..
Masa kat sana, bile dah jejak hari ke 3, ke 4 macam tu aku dah rasa sakit kaki, especially pagi2 bila bangun tidur.. Memang nampak kaki aku bengkak dua dua belah.. Masa menapak ke tandas tu dah ada rupa penguin kot aku berjalan, huhu.. Tapi peliknya, bila dah sarung kasut dan ready untuk keluar dari hostel kaki aku macam dah ok, hehe. Aku pun tak paham.
Adakah memang sakit tapi aku buat-buat tak sakit lalu terus tak rasa sakit?
Atau adakah memang tak sakit tapi cuma penyakit psikologi je rasa macam sakit?
Yang pasti, ada masanya aku rasa aku lagi bertenaga dari Daff yang kurus itu & ada masanya Daff nampak lagi bertenaga dari aku..
I guess I'm still ok & capable to walk hehe (ehh beza besar tau saiz kami)

**Alhamdulillah sepanjang 2 minggu kat sana aku x kena demam dan batuk.. Selsema macam nak kena tapi malam b4 tidur cepat-cepat la makan ubat.

**Aku memang bawa siap2 vitamin untuk elakkan cold symptom.. bahan2 dari garlic.. Memang aku dah amalkan amik pun selama ni.. So rasanya itu pun membantu.. Asalnya aku makan pil tu sebab nak elak kena gatal2.. aku selalu kena penyakit gatal2, kulit agak sensitif.

**Kalau tengok plastik ubat2 aku dah macam farmasi mini bergerak hehe.. Takpe, bawak je secukupnya kalau nak cari kat sana, ada tu memang ada tapi ada jugaklah payahnya.. 

Friday, November 30, 2012

29 jam lepas pesawat Air Asia X bawak aku balik ke Malaysia.


Assalamualaikum...
Selamat kembali untuk diri sendiri. 

Alhamdulilah trip yang dirancang selama lebih setahun dah jadi kenyataan. Rancang untuk pergi secara serius. Kalau kata berangan nak pergi tu, rasanya dah lama, sejak dari zaman drama korea mula glamour, zaman Winter Sonata. Masa tu aku kat main campus tapi tahun berapa tak ingat. Yang aku ingat, ada 1 hari tu aku dan Kama siap ponteng kelas ganti fkm waktu malam semata-mata nak tengok episod akhir winter sonata.

Ni nak mulakan dari mana aku pun tak tau. Cerita selama 16 hari kat Republik Korea. Dan yang syoknya aku bukanlah free sangat walaupun sekarang tengah cuti sekolah. Aku dapat berpindah ke sekolah baru dalam Batu Pahat mulai Januari 2013. Sebelum pegi Korea aku cuma sempat packing semua baju kurung aku. Lepas tu aku dah malas nak pikir sebab lagi berapa hari nak berangkat ke Korea. 

Nak tinggal sekolah perlu siapkan nota serah tugas; aku belum siap..
Nak kena lapor diri kat sekolah baru; 23/11 aku dapat msg whatsapp dari GB sekolah baru minta aku lapor diri awal Dec.. terus rasa tak senang (waktu tu aku kat Lotte World, huhu)
Nak pindah rumah ofkos kena kemas; aku baru kemas 2/10.. pftt
Nak pindah rumah kena cari rumah sewa baru; belum lagi..huhu

Banyaknyaaa.. keje..


Sunday, November 11, 2012

Last minute

Last minute study!!

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=625476

Saturday, November 10, 2012

Seriously I hate packing

Packing is sure not a joke..

Serious penat..
Alangkah packing nak balik kampung dan unpacking lepas balik dari kampung pun bikin aku tensi.. inikan pula packing untuk kosongkan rumah..

Dah 3 jam aku duduk melipat baju kurung ni.. Baju kurung sahaja!! Beg balik kampung memang dah tak de dah.. Dah penuh bersumbat dengan baju basahan. Baju-baju kurung ni aku main lipat ala kadar dan sumbat dalam plastik sampah hitam tu je..

Baiklah nak sambung lipat lagi

T__________T

Thursday, November 08, 2012

Start packing


Hari-hari terakhir sebagai guru SKLE..

Rabu 10/8/2012
============
Raptai majlis anugerah kecemerlangan.
Sibuk dari awal pagi.
Menguruskan persembahan murid tahun 5 & membantu perjalanan & kelancaran majlis raptai.
Penat, tapi jujurnya aku menghargai setiap saat yang dihabiskan bersama kawan-kawan..
Habis waktu sekolah, teringat perlu mengemaskini fail murid KSSR. Berkira-kira dengan kak farah sama ada nak diselesaikan terus atau tangguh esok.. Kaki dah penat wehh seharian berjalan sana sini. Bilik Operasi Pentaksiran setingkat kat atas, memang macam tak larat nak panjat tangga.
Tapi sebab kak farah tekad nak settle kan hari ni, maka aku pun join sekali.
Dan ye,,,,, bila dah update file baru lah perasan ada lagi benda aku nak kena siapkan & masukkan dalam fail..

Turun semula ke bilik guru.
Terfikir untuk terus mengemas harta² setelah 5 tahun bermastautin di SKLE. Masa dah agak suntuk, bila lagi? Esok, Khamis dah ada majlis. Jumaat, mesti lah ada majlis perpisahan kitorang (bila fikirkan rasa macam tak sanggup nak lalui). Ahad, dah nak balik BP.

Kemas-kemas-kemas dan kemas.

Pukul 5 p.m. baru settle.
Itu pun 2 kali mengangkat barang dari bilik guru ke kereta.  

Sampai rumah, online.. Sampai tertido sambil duduk atas kerusi dek kerana penatnya seharian ni..
Apa barang tidur duduk ni?? Terus bentang toto kat ruang tamu ni & lelap.. Nasib baik memang tengah cuti jadi tido je laaa..huhu

Ni baru mengemas episod 1; barang di sekolah..
Bila fikir nak kemas 1 rumah rasa macam...........

Bertabahlah Didi! 

Sunday, November 04, 2012

Alhamdulillah syukur pada mu Ya Allah


Dalam masa yang sama, gembira bercampur dengan sedih.. 
 Saya sedih, tapi saya tak kan tolak lamaran ini..
hehe

*My BFF merangkap rakan sebelah meja, Kak Farah pun dapat bertukar, ke SK Jerek, Gua Musang setelah 10 tahun memohon saban tahun..
Tahniah Kak Farah..
Walapun sedih berpisah dengan ko, tapi sebenarnya aku bersyukur sebab kita berdua dapat. I can't imagine how heart wrenching situation will it be if just 1 of us leave.

Tapi macam ko cakap, Kak Linda yang paling kesian, sebab kita berdua akan tinggalkan dia, huhuhu..
Sedih memang sedih weih tapi we have to move forward... masing-masing ada perancangan kan..

Friday, November 02, 2012

Beli tiket bas online

Zaman aku belajar dulu tak de pun sistem beli tiket online ni.

Tapi memang patut pun sekarang dah ada,.. Apa guna ilmu-ilmu web developing yang student² kat U belajar kan..

Memang sistem ni memudahkan proses beli tiket bas ni.. Dah tak yah bersusah payah pegi ticket counter. Lagi-lagi stok yang duduk ceruk² macam aku ni, huhu

Tapi my first impression, jenuh jugak nak membeli tiket bas online ni. Lagi jenuh dari beli tiket Air Asia kot! Tak tau kenapa sistem nya x berapa nak smooth.
Aku dah buat payment & conform duit aku dah kena tolak, tapi dalam website tu tak update apa-apa dan nampak macam transaksi aku x berjaya.
Sampai aku call nombor customer service kat situ, tengok-tengok orang yang angkat tu kata dia tak jaga bahagian ni.. Dia cuma bagi service pada mereka yang beli melalui website TBS.
Masalahnya aku dapat nombor customer service tu dari website S&S tadi.. 

Kata adik customer service, aku beli melalui laman web syarikat bas tersebut (S&S) so kena call dan tanya kaunter syarikat tu sendiri. Memang la waktu aku beli tadi dah pukul 9.20 pm.. Pekerja kaunter tu sah-sah dah balik.. Tapi bila difikir-fikir ngeri jugak..Macam kena tipu je rasa.

Tapi lepas 15 minit lagi, aku refresh akhirnya berjaya.. Yeay! Alhamdulliah finally that seat is mine.

Aku masuk melalui website ni:



http://www.eticketing.my/ver1/

Pilih mana-mana syarikat bas yang berkenan di hati..

Tips:
@Setiap kali pilih 1 syarikat kita kena mendaftar dalam web syarikat tu.. huhu annoying jugak sebenarnya daftar banyak² kali. Nasib baik x banyak cekadak sangat.

@Kalau nak pilih² seat ambik bas S&S..Transnasional x leh pilih seat. Aku prefer yang boleh pilih..


Asalnya aku memang nak naik bas transnasional. Google² masuk page ni,













https://www.ticket4u.com.my/transnasional/

Lepas tak boleh pilih seat, baru aku cuba masuk website S&S.
Lepas tu terperasan ada jugak pilihan untuk transnasional. Sekali tengok website yang lain pulak..












http://transnasional.easibook.com/onlinebooking.aspx


Tapi dua-dua pun sama tak boleh pilih seat.

Ini pulak pilihan yang lain..
Aku x cuba pun, sebab dah tak larat nak register.
Tapi nampak gaya macam lagi meyakinkan, sebab apa-apa masalah boleh terus rujuk pada customer service; 24 hours! So tak de la rasa gundah gulana menunggu reply emel / jawab kol bila kita cuba hubungi.
 












http://www.tbsbts.com.my/

Aku dah selamat print ticket info. Pasni tinggal nak pegi kaunter tiket & claim tiket sebenar.

Selamat mencuba!


Saturday, October 20, 2012

Percubaan pertama




Sesuatu yang jujur dari aku pasal permohonan nak bertukar aku ni;

Kat mana-mana sekolah pun, sama je. Yang penting macam mana kita bawak diri kita, & macam mana kita bawa budaya kerja kita.

Cuma lepas hampir 5 tahun di 1 sekolah yang sama, aku rasa "penat", "penat" yang payah aku nak ceritakan macam mana. Dengan mengisi e g tukar kali ni, bukan la maknanya aku dah tahap menyampah kat sekolah ni. Biasalah, ada masanya kita rasa kurang berpuas hati & rasa oh kejamnya dunia ini kenapa aku je yang kena berhempas pulas buat kerja2 ni semua tapi ada insan lain yang boleh ambil kesempatan. Tapi tak pe. Insya Allah aku rasa aku boleh handle

Lepas hampir 5 tahun, aku rasa aku barely manage myself; my mind, my emotion, & my motivation. Ada masanya aku cool. Kadang-kadang hilang kawalan jugak la. Sebab geram. Tapi aku bersyukur ada kawan yang sekepala & memahami. Seriously, lepas zaman belajar, bukan senang nak cari kawan sebegitu ye. Berkawan dengan kawan2 single mingle masa kat U berbanding dengan berkawan dengan mak2 orang zaman bekerja ni adalah sangat berbeza. Even my single friends duluuu zaman kat U pun sekarang da jadi mak2 orang. They wont be the same.

Lepas hampir 5 tahun juga, aku mula rasa aku macam dah berubah. Entah ye, nak mengaku sendiri macam x tergamak tapi bila difikir2kan, rasa macam aku besar kepala-----
Agak la.. Agaknya sebab aku rasa aku dah lama & makin senior kat sekolah ni. Tak tau nak gambarkan camana,, tapi yang pasti feeling masa jadi cikgu baru posting dulu dah lama 'pergi'.

1 yang aku sangat pasti, lepas aku perhatikan baik-baik rakan-rakan sekerja kat sini; berada terlalu lama kat 1 sekolah boleh buat kita jadi 'pelik'. Bersangkut paut dengan rasa besar kepala yang aku sebut tadi, memang lama kelamaan sifat tu akan tertanam jugak dalam diri. Cumanya, ada yang jenis besar kepala tapi masih rajin buat kerja,, (cuma bila dah rajin sangat buat kerja tu selalu buat orang lain rasa tensi & ada tendency untuk menunjuk2), ada yang besar kepala dan malas nak buat kerja sebab rasa diri dah sangat rapat dengan orang2 atasan (heyyy korang nak kata apa,, aku ada back up baik punya!), ada juga yang besar kepala tapi buat jugak kerja, cuma tak sehebat orang yang menunjuk tadi.. 

Aku cuma harap aku dapat cari pengalaman baru di tempat baru & mulakan sesuatu yang baru. Aku dah masuk 30 tahun sekarang. Dah sah jawatan. Walaupun masih bujang. Tapi apa yang aku nak tunggu lagi duduk lama-lama kat tempat orang. 

Hopefully I'll hear some good news ^^ soon

Wednesday, October 17, 2012

Kata-kata terkesan di hati

Fikir yang baik-baik
Cakap yang baik-baik
Minta yang baik-baik
Sangka yang baik-baik

Insya Allah...

Yang datang nanti
Semua yang baik-baik

^^

Friday, October 12, 2012

Pattern computer / online saya

Baiklah, aku memang semakin malas update blog, huhu..

Tiba-tiba terasa nak mengomel pasal pattern aku masa menggunakan komputer mahupun semasa online.

Mula-mula bukak PC sebab nak siapkan soalan PSV periksa akhir tahun.
Buka Microsoft Word. Buka Mozilla. Betul dah tu.
Mula-mula OK lagi. Jumpa soalan. Copy paste. Edit sana sini ikut kesesuaian.
Tetiba terasa nak jengah FB sekejap.
Dan eh baca status sana sini.
Dan eh sibuk nak tekan link sana - sini.
Dari 1 ke 1 topik aku search.
Last-last end up buat reserch pasal benda lain... bukannya soalan PSV tadi..

Hikss.
Aku memang pantang online masa nak buat kerja ye...

Baiklah mari siapkan soalan PSV sebelum Ketua Panitia PSV marah,

Sunday, September 23, 2012

he he he







Credit as tagged

Wednesday, August 29, 2012

Mentally Exhausting

Musim kemuncak nak UPSR.
2 minggu je lagi. Eh, tak sampai 2 minggu dah kot.

Penat kot. Waktu bersama-sama budak-budak tu lebih panjang dari biasa.
Waktu yang dipenuhi dengan sesi tanda kertas, self/individual-couching & bebel-bebel.

Mungkin kalau mereka ini behave, macam student² yang nampak kool dalam drama, aku takde lah penat sangat.. huu

Tapi namanya budak kan. Kalau tak menggelenyor memang tak sah..
Sabo je la.

Aku tak de la nak kata pelajar-pelajar aku ni pandai sangat..
Tapi kalau nak dibandingan dengan mereka 6-7 bulan yang lalu, ada la nampak penambahbaikannya.

Dari tak tau buat ayat, sekarang dah tau.
Dari tak reti mengarang, sekarang dah boleh la, tak banyak..sikit.
Dari tak boleh sedor dan perasan kesilapan dalam ayat yang dorang tulis,,,, sekarang dah boleh.

Wish you all the best my dear students =)

Friday, August 24, 2012

Kunjungan teman di hari lebaran

Aku tak tau situasi ni terjadi pada orang lain ke tidak..

Ni kira pemerhatian aku sendiri la ye.. Based pada lingkungan orang-orang di sekeliling aku ni.

Bila raya.. kawan-kawan datang beraya. Kita pun sama-sama beraya.
Adakah memang sepanjang masa begitu? Maksud aku, dari kecil membawa kepada dah dewasa ni, adakah kawan-kawan korang dan korang sekali memang saling kunjung mengunjung?

Apa yang berlaku pada aku; ye semasa masih kanak-kanak memang kawan-kawan rajin datang beraya. Naik basikal pun jadi. Aku pun sama la tu. Lepas dorang datang rumah aku, aku pulak kayuhh basikal datang rumah korang. Takde la sampai habis rumah classmate sekelas aku bertandang.. Cukup la 3-4 rumah kawan yang rapat-rapat. Ai tak berapa nak fofulerr ok masa kecik-kecik dulu.

Bila dah remaja, macam tak ada sangat. Masa tu nak kayuh basikal rasa macam "ek elleh kosser kot nak kayuh-kayuh berpeluh-peluh ketiak".. Nama nak naik motor pun tidak juga. Zaman-zaman aku remaja dulu, jarang-jarang jugak kot dapat lesen mak pak nak hangkot motor bawak beraya. Orang lain aku tak pasti, tapi makpak aku memang tak bagi la kan..hua hua hua,,
Ada tak ada pun, kami gi naik bas. Bas ting tong tu.. Tu pun kena plan la.. Rumah orang tu mesti tak jauh dari jalan besar.. Ada jugak la dalam ingatan aku ni kami pergi beraya naik bas. Remaja sangatt eh. Tak nak kayuh basikal dah. Tapi dok terkepit-kepit pakai baju kurung ayu-ayu tunggu bas tepi jalan.

Dah lepas sekolah, aka zaman U.. Panjang sikit langkah untuk member-member yang dah ada lesen kereta & motor. Boleh la free free beraya kalau dapat lesen guna kereta mak pak. Aku? Tak lepas jugak. Tak ada lesen lagi masa tu. Ada tak ada pun, kalau ada kawan yang memelawa nak datang umah pick up & pastu hangkot sekali beraya,, barulahhh aku beraya. Nama nak mintak makpak tolong hantar nak gi beraya memang tidak la kan..
Masa kat U, beraya jugak, gi rumah member guna public transport je. Dah nama duduk KL kan, gunala segala LRT Komuter yang ada. Member-member yang boleh drive pun sangat baik hati, sanggup pick up di stesen-stesen public transport untuk membawa teman-teman baik ini beraya. 

Now, dah keje. Dah ada kereta. Patut boleh beraya. Tapi rupanya makin tak beraya rumah member-member. Boleh tak aku nak kata masa aku dapat lesen tu dah boleh dikira macam dah expired? Eventhough tak ada istilah expired untuk orang amik lesen.
Maksud aku cengini:
Masa aku muda dan member-member pun masih single mingle, aku patut dah boleh bawak kereta macam dorang dan pergi beraya.. Tapi masa tu yilek pocik takdek lesen.
Now dah kerja, lambat sikit dapat kerja stabil & akhirnya berlesen & berkereta.. Masih single, tapi nak pergi rumah member pun macam segan-segan sebab dah lost contact.
Huuu dulu ko payah nak beraya rumah orang so macam mana sekarang orang nak beraya rumah kau kan?
Member-member pulak paham-paham la once dah bekeluarga memang unpredictable & unsangkarable.

Kau boleh kontek diorang bebila masa yang kau hendak tapi terimalah kalau diorang tak available untuk melayan kau masa tu. Sangat berbeza dengan masa bujang-bujang dulu.
Dan diorang pulak bebila masa yang diorang hendak boleh kontek kau, regardless masa tu kau sibuk ataupun tak.. Mungkin sebab diorang berasaskan logik, "Apa yang orang bujang takde anak/suami nak sibukkan yeh"

Baiklah, aku bukan nak pertikaikan pasal tu. Itu sesuatu yang aku terima sebagai hukum alam. Sesungguhnya kawan-kawan di masa bujang,, mereka telah memberi komitmen & layanan yang baik kepada teman-teman. Cuma lepas berkeluarga of course keluarga mereka jatuh pada tempat pertama..


Balik pada kisah beraya.
Ada tak ada pun beraya rumah rakan sekerja la nanti bila dah balik ke tempat kerja.

Pemerhatian pada adik beradik:
Pun lebih kurang sama.
Tahun lepas habis SPM, kemain lagi member-member yang datang dah macam rombongan marhaban. Jejak puluh-puluh OK,..
Kakak-kakak ni tengok aje laaa kawan adik-adik datang bertandang.
Sambil mengenang saat-saat berkawan-kawan macam tu dulu..

Tapi tahun demi tahun..
Aku tengok bilangan kawan-kawan adik yang datang pun makin menyusut.

Ye.. fenomena samakah?


Thursday, August 23, 2012

Phishing?

Ikut kamus wordweb dalam laptop aku,

Phishing means The luring of an internet user to reveal personal details (like passwords and credit card information) on a fake web page or email form pretending to come from a legitimate company (like their bank)

Pernah beberapa kali aku dapat emel macam ni.. Semua tu kononnya dari bank tempatan, konon nak suruh aku update info.. macam kat bawah ni:


Masalahnya bila masa pulak aku ada akaun bank ni ye?

Banyak je benda yang suspicious dalam emel ni..
*emel penghantar tu macam tahpape je.. [dot]co[dot]za??
*x de logo bank pun
*ape hal simple sangat introduction nya?

Ni lagi satu.. dah lama dapat thru akaun emel yahoo. Malas nak delete sebab nak jadikan bahan entri dalam blog.. Lepas tu tangguh3 sekarang baru nak buat..

Ini kononnya from CIMB.

Yang CIMB ni.. memang ada akaun. Tapi entah aku tak berapa nak percaya la.
Lagipun pernah baca kat front page Maybank2u, yang diorang takkan buat sebarang verification begitu, nak call2 ke email2 ke untuk tanya sebarang info. So i guess it applies to all banks.

Memacam penipuan manusia sekarang di zaman cyber ni ye..

Oh ye. Pernah beberapa tahun lepas dapat call, konon dari petronas, kata aku menang sejumlah wang.
Ribu-ribu jugak la.
Masalahnya...
Apebenda pertandingan aku masuk aku pun tak tau?
Masa tu aku jobless lagi.. Sah-sah miskin. Duit dalam bank pun tak berapa nak ada. On what basis tiba-tiba aku nak terpilih untuk menang wang yang banyak camtu kan?

Ye, aku memang sarkastik. Orang nak bagi duit pun banyak soal.

Tapi fikir logik laa mana ada orang nak bagi duit senang-senang macam tu aje kan.
Lagi pelik, bunyi suara tu macam jauhhhh je kedengaran dalam telefon tu. Tak berapa nak jelas.
Lagiii pelik suara yang bercakap tu dalam telo Indon. Erk? Pekerja Petronas Indonesia kah?
Lagiiii pelik dia mintak no akaun maybank aku untuk dorang masukkan duit.
Masa tu aku yang innocent siap cakap, saya tak ada akaun bank tu. kalau akaun bank lain boleh tak,,
Dan mamat tu siap leh kata aku kena bukak akaun maybank ataupun pinjam no akaun keluarga/kawan dulu..
Derrrr..

Masa aku dah keje cikgu pun, pernah lagi dapat call macam tu.
Punn mintak no akaun maybank. Masa tu aku dah bijak menjawab-jawab ni.
Dia cuba belit, aku pun belit-belit sama.
Sekali dia putar, aku pun putar-putar seround dua.
Tanya aku dok mana la..
Aku cakap la aku dok pedalaman. Which is quite betul la. Endau kira ceruk apa.
Pastu aku belasah je cakap bank jauh dari tempat saya ni. Betullah tu.
Ada 1 bank je kat Endau. Kalau nak yang lain kena travel sejauh >< 30km.
Last-last dia tanya pasal akaun bank.
Aku kata aku tak ada akaun maybank. Akaun Bank Pertanian boleh tak?
Terus mamat tu letak phone.
??

Banyak kali jugak aku cuba ditipu, kan?
Aku pun tak tau kenapa.


Aku x sure sebab malas nak mengkaji macam mana penipuan sebegini diorang buat..
Cuma lepas tengok drama korea-Ghost, aku paham sikit-sikit kot, (see ada jugak la pekdah tgk drama huhuhu)

Once kita klik certain2 link dalam emel mencurigakan ni, kita macam beri laluan untuk dorang menggodam PC kita.
Dorang leh curi info penting & mungkin sampai ke tahap merompak duit dalam bank.. Especially mereka yang aktif guna perbankan internet.

Macam mana kekdah diorang buat. Jangan tanya.
Aku dulu belajar IT tapi tak berapa nak advance sampai ke tahap itu.
Come to think of it,, mana ada institusi yang nak mengajar benda-benda advance macam ni pada student.. Karang semua pun sibuk nak buat keje-keje macam ni..
Semua nak ambil jalan mudah nak kaya.

Dulu-dulu, belajar la pasal IT Security tapi sekarang hampehh 1 benda tak leh nak recall.
Ada jugak belajar buat website tp maafin aku memang tak minat programming.
Java Programming? MySQL? err jenuh aku pikir perkataan ni tadi, ya ampun berkarat sudah otakku.

Ada tak ada pun, 2 je kot saki baki ilmu dari Ijazah IT aku yang aku praktikkan.
1- Penggunanaan Photoshop - sebab aku selalu nak edit gambar. Baik untuk blog atau simpanan. itupun tahap basic2 aje.

2-Ilmu men download -  ini belajar secara tak rasmi.. Pelajaran yang lecturer tak ajar tapi gigih belajar sendiri pastu praktikkan gila-gila punya.. dalam computer lab.. sama ada ada lecturer di depan (dalam kelas) ataupun masa guna general lab.
Down memory lane ni kalau nak imbas balik cerita dan kegiatan men download.
Kot tak tak kan pernah dapat gelaran 'Ratu Download',,
hehehe

Tetiba rindu zaman belajar di U






Sense-less?

Nama pun raya kan

So adat la kalau gambar keluarga di hari raya di upload di laman-laman sosial / blog.

Cumaaaaa yang tak berapa nak best ialah berada dalam situasi nak kena explain sesuatu..

ehhh aku ingat dalam kelas je nak kena explain2 dengan budak.. Rupanya kat FB pun kena eh..

Dalam situasi yang macam mana?
 
Ye, dalam situasi begini ye,,

Nampak gambar-gambar raya yang ada muka aku, SEMUA pun terang jelas lagi bersuluh menampakkan yang aku masih bujang. Belum berkahwin. Memang dalam SEMUA gambar pun tak ada nampak bayangan lelaki a.k.a suamiku. Tapiiii masih nak bagi komen macam ni kat bawah gambar: "Didi..still single ker? Selamat Hari Raya "

Aku nak terangkan pun macam malas..
Sudahnya aku terus tak kuasa nak respond apa-apa LANGSUNG dalam FB.
Tengok je.

Ini pun sebenarnya dah banyak hari aku dok contemplating nak tulis ke tak nak tulis ke tak jadi entri..
Sebab it is something that lingers in my head & heart.
Aku tak tau nak luah kan kat orang lain. Family? Friends?
Tak kan tetiba je aku nak bukak topik macam ni kan. Out of blue. Tetiba je.

Come on, peeps.
Use your brain ok.

Dah tu,let say aku ada suami & dah kahwin beberapa tahun dan masih tak dikurniakan anak, kau nampak dalam semua gambar.. tapi kau tergamak nak tanya, " Didi masih tak ada anak kaa?.. Selamat Hari Raya..."

Aku tau, aku tak boleh kontrol apa orang nak cakap & tanya.
Lepas aku tulis semua-semua ni pun, aku sedar, its up to them nak kata & tanya apa.
Mungkin, kalauu..kalau ada insan lain yang terbaca tulisan di blog picisan ni.. & you,, yes you who are reading these right now pernah terdetik nak bertanya macam seorang Encik kat atas tu.. boleh tak, fikir dulu.. sebelum bertanya.

Kalau katakan tak boleh,, nak jugak tanya soalan-soalan macam tu..
Finnneee.
Tanyalah..
Mungkin sampai masa aku rasa gagah nak jawab, aku jawab.

updated:
Attribute to him yang bertanya soalan.
Aku capture & abadikan kat sini.
Dok kat FB sana.. lama-lama masuk archive kan.
Kot-kot aku 'rinduuuu' dengan feeling perasaan liang selibu ditanya soalan macam ni, tak yah susah-susah cari dalam FB.. back read dari blog je.. senang..

Wednesday, August 22, 2012

Drama Krazeeee Comeback

Salam Aidilfitri untuk pengunjung bertuah blog ni.

Bertuah sebab tiba-tiba stumbled upon blog yang bosan ni huhuh. Sebenarnya tak tau la nak kata bertuah atau malang.

Tak ada apa yang menarik pun di sini, seriously. Nak kata memberi informasi pun bukan.. Cuma once in a while aku teringin nak berkongsi cerita / a piece of mind. Tu pun sesekali yang sangat sesekali..

Selain tu, aku rasa fungsi utama blog ni pada aku ialah sebab beberapa muka surat yang aku jadikan penanda buku.. Iyolah, anytime anywhere kalau aku rasa nak akses laman-laman web yang aku kerap kunjungi, takkan nak salin dalam notebook / henpon kot.. (Pssst.. once upon a time,,, back in 2000-2003 aku memang wat cenggitu, salin all those urls dlm buku nota.. gigih tak?? Itu zaman disket berleluasa, zaman guna komputer dalam makmal komputer, zaman berforum bagai..Pendek kata zaman di mana sapa yang ada pen drive dikira sebagai sorang yang sangat techno & berduit... gitewww.. padahal sekarang... )

Kan dah melalut..

Berbalik pada tajuk kat atas, nak gebang pasal drama je pun. Cuti sekolah ni aku manfaatkan dengan tengok drama korea.. Hellooo.. walaupun aku memang hantu drama korea tapi hakikatnya semasa hari bekerja aku tak berapa layan sangat drama-drama ni ok. Exceptional 1-2 drama je.. Tu pun kalau sempat je. Kenapa??

Ye,, sebab jenuh berdrama dengan student sendiri dalam kelas.. Nak-nak bila sekarang asyik berkepit dengan budak tahun 6 dari pagi sampai tgh hari.. Mau tak berdrama.. Macam-macam drama dilakonkan hari-hari..

Eh melalut lagi..

Baiklah, di sini ada beberapa drama yang membuatkan aku tengok cam zaman-zaman dulu.. Stok tak berenti,, dah lama tak jadi macam ni..

Hanakimi / To the beautiful you..
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-
Spins of dari versi Jepun & Taiwan.. Nakk jugak ada dalam versi korea.. Ala-ala Boys Over Flower & It Started With A Kiss la..
1 yang pasti... Aku under estimate citer ni kot.. Sebab Boys Over Flower & ISWAK tu, bila dalam versi korea je terus jadi tak best..
So aku ingat Hanakimi Korea ni pun ala-ala 2 drama tu..

Tujuan asal tengok: Memula memang tak nak tengok sebab awal-awal tu masa tengok cut version, raw lagi..,, macam ermm alahai tak de daya tarikan. Then tetiba lepas semua citer-citer kat bawah aku tengok sampai current episod, tetiba rasa nak bagi chance kat citer ni..
Kalau nak beza membeza, antara 3-3 versi, macam tak boleh nak bezakan sangat. Hanazakari No Kimitachi E banyak part lawak + tak masuk akal.. Tapi still menghiburkan & comel juga. Seingat aku masa versi Jepun tu baru release memang fofulerrr di kalangan peminat J Dorama..
To The Beautiful You ni, nampak lagi elegan kot & lebih realistik. Umpan nya, dah tentu barisan pelakon yang jugak idols.. ye, remaja-remaja kat luar sana yang fanatik K-POP mungkin dari awal dah ada high expectation dengan drama ni. Shinee's Minho & F(x)'s Sulli..
Aku? Sah-sah bukan lagi remaja. Tapi tak semestinya remaja & peminat kpop je yang boleh kenal mereka, dak gitu?


Arang & The Magistrate
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Baiklah drama ni pada aku lagi best dari Hanakimi tadi.. Cuma, aku dari awal memang dah ada high expectation kat drama ni sebab castings & storyline yang mantap.. Lepas tengok, memang terbukti best.. Cuma compare dengan Hanakimi, aku rasa terkejut sebab Hanakimi tu not bad.. Cemana eh nak kata.. the element of surprise tu berbeza gitu..
Hanakimi-aku surprise sebab drama tu lebih baik dari apa yang aku sangka
Arang-aku surprise & teruja tengok banyak scene dalam tu..

Tujuan asal tengok: I like the storyline, plus suka main casts.. Shin Min Ah & Lee Jun Ki. Cukup 2 orang tu je daya tarikan utama.
Malas weyh nak taip sinopsis. Berminat, google sendiri.
Tapi memang best! Lepas Moon Sun rasanya inilah saeguk drama yang menarik.. Walaupun baru tengok 2 episod. Genre ialah komedi ye. Boleh laa nak release tension.

Miss Panda & Mr. Hedgehodge
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-
Citer yang aku tak sangka best.. Tapi kalau nak compare dengan Arang, memang kureng sikit la dari Arang..

Tujuan asal tengok: Sebab Seung Ah is there. Seung Ah ni selalu bawak watak tempelan je, macam dalam ISWAK/Playful Kiss & The Moon that Embrace The Sun. Aku boleh dikatakan suka la kot tengok dia berlakon, tempelan-tempelan pun. So bila tau dia adalah main cast, nak juga cuba try test.

Selain tu saje je nak tengok si Donghae ni berlakon cemana.. Not bad la.. Idok le kayu.

Dan keputusannnya,, teruskan tengok,

May Queen
=-=-=-=-=-=
Tengok drama ni serious feeling nya macam tengok drama Giant.
Tak tau nak explain cemana tapi gitulah feeling nya.
Long drama, jejak 30 episod. Pasal kekeluargaan, manusia miskin kaya, jatuh bangun, love triangle (elemen wajib drama korea) & memacam la.
Dah tentu ada part yang dragging.. Tapi apa susah,, kita pun drag aje laa timeline tu..
Yang pasti, best & aku akan follow.

Tujuan asal tengok: Sebab Jae Hee & Kim Rae Won are there! Tapi setakat 2 episod pertama memang best. Those actors tak muncul pun lagi, sebab sekarang tengah zaman kanak-kanak.. Tapi itupun dah best. Kalau tak best, tak kuasa kot aku nak follow. Masa ku berharga, ok! Especially bila dah start naik sekolah nanti..




The list keep going.. Ada lagi yang dalam waiting list ni..
Heh.. memang berdrama sungguh ye.

Monday, August 13, 2012

Drama dalam kelas

Bukan sesi berdrama dalam pembelajaran ye.
Kau bawak watak ni, aku bawak watak tu
No no no no no
Bukan itu yang aku maksudkan.

Ni drama ala-ala kisah benar gitu.
Hari-hari ada skrip tersendiri.
Kadang-kadang skripnya dekat nak sama.
Situasi? Kadang-kadang macam lebih-lebih kurang je.
Ni lah namanya drama kehidupan.

Kata guru umpama pelakon, kan?
Ye, hampir setiap hari berlakon lah aku.
Macam-macam watak kot..
Kadang jadi cikgu garang
Kadang jadi cikgu pelawak
Kadang jadi cikgu serius
Kadang jadi ala-ala spy / wartawan..
or kekadang jadi cikgu bermulut laser.
Kadang-kadang dah macam mak-mak / akak-akak
Jadi ala-ala bibik pun pernah.

Semua tu dengan harapan,
Satu hari nanti, pelajar-pelajar ni akan tahu.
Dalam hidup ni ada masanya memang kita kena berlakon.

Walau ada orang kata, "jadilah diri sendiri, jangan berlakon jadi orang lain."
Derrr,,, tengok keadaan dan situasilah..
Kalau macam aku ni, terus terang by nature aku memang seorang yang tak berapa nak mengambil peduli dan kisah sangat dengan keadaan sekeliling.. ye, aku suka buat hal sendiri..
Tapi melangkah ke dalam zon sekolah, nak tak nak kena la ambil tahu juga.
Bukan sekadar ambil tahu je ok, bertindak sekali ikut kesesuaian.


berDrama berFikir

Dah lama kot aku tak layan cerekarama melayu kat tv.
Tapi kali ni entah kenapa lepas tengok terus rasa nak tulis sesuatu.
Rasa macam fikiran aku dok memutar-mutar berfikir pasal cerita tadi.

Aku ingatkan cerita baru.. Rupanya cerita recycle. Dah pernah tayang tahun lepas. Aku je yang tak tau.

Sinopsis:
Bara Cinta Ramadhan
Malek, seorang pemandu lori yang sudah berkahwin dengan Rozita & mempunyai 3 anak. Mereka tinggal bersama ibu Rozita dikampung. Hidup cukup-cukup makan, tak macam keluarga adik Rozita yang agak senang. Menjelang Ramadhan & Syawal, si ibu mentua & adik ipar Malek mendesak agar Malek berkongsi membeli langsir & perabot baru. Malek yang memang bergaji kecil terasa sesak, tambahan pula dengan Rozita yang termakan hasutan ibunya agar menuntut dibelikan barang kemas.

Daripada awal sampai tiga suku cerita, dikisahkan dengan dengan mak mentua Malik.yang agak annoying, dok membebel-bebel dan perli-perli Malek anak beranak. Perli pulak tu depan-depan biras, menantu & cucu-cucu..

Tapi, bila difikir-fikir ada jugak logiknya kenapa orang tua tu jadi macam tu,


~Dorang dulu kawin lari kat sempadan, pastu tak keluar belanja pun.~Dah 13 tahun kawin, tak ada penambahbaikan dalam cara hidup.
~13 tahun kawin, tak pernah belikan barang kemas apa-apa untuk isteri, walau sebentuk cincin.
~Persiapan raya selalu kantoi-kantoi.. Kadang ada kadang tak ada..

Mak mana yang boleh selamanya berdiam diri tengok anak sendiri hidup macam tu kan...
Aku yang tak de kena mengena pun terasa ketidakadilannya untuk isteri itu.

Tapi towards the end, bila si Malek tu pinjam duit bos & belanja-belanja juadah buka puasa kat Bazaar Ramadhan & aku pun boleh teka apa jadi pastu.
Sad ending.
Makanan terbang melayang.

So, terus moral cerita ni terarah pada: Jangan paksa suami menyediakan sesuatu diluar kemampuan..

Kan ke bagus kalau diselitkan babak Malek / Rozita tu buat kerja-kerja sambilan untuk cari duit sikit-sikit. Berniaga kecil-kecilan ke... bercucuk tanam ke.. menjahit ke,,  Kurang-kurang takde la rasa macam,,, 13 tahun kottt kawin tapi macam pasrah je dengan kehidupan macam tu. & lepas tu macam dah kebuntuan tak tau apa nak buat dah.

Tak pasal-pasal cerekama malam ni buat aku menaip entri baru.. Haihh
Tapi at least cerita tadi lebih bermakna dari cerita neelofa kul 7 isnin-khamis tu.. huhu
Cerita ni, ada jugak pro and cons yang kita boleh buat kita berfikir.. & cuba paham kenapa agaknya watak tu berfikir macam tu.
Kalau citer neelofa tu, serius sampai sekarang aku tak paham kenapa skrip/jalan cerita tu mesti nak macam tu..
(ada couple yg terlanjur & si pempuan dah pergnant.. pastu masih boleh keluarkan babak couple tu berdua dok manja-manja, tanya-tanya mengidam apa, pujuk-pujuk & paling tak boleh blah teka-teka & bitau jantina baby..)
Aku tak paham-paham kenapa mesti nak tunjuk babak camtu & memang tak boleh nak paham.
Aku tak tengok mana pun, cuma sehari tu tertengok sebab biasa sambil bersiap nak berbuka aku on tv.. terbukak la cerita tu.

*Senang je kot nak download cerekarama 'bara cinta ramadhan' ni.. google tajuk drama & memacam link akan kuar..

Thursday, July 26, 2012

Berbuka 6 Ramadhan

Hari ni hari penat..

End up tak masak (dasarrr P), tp aku ada ini, dah siap dari malam tadi, sebab teringat nak pulang mangkuk jiran.

Lepas siap-siap mandi & solat, gi dapur untuk siapkan kuahnya.
Again, kerja senang, bukak tin dan campurkan saja.

Memang plan berbuka hari ni nak makan ini je sebab malasss. Tapi tetiba rasa bersalah kat perut dan diri sendiri. Ye, jadi tukar plan, meh le buat jemput-jemput bawang sikit.

Elok-elok aku siap ayak tepung,,.
Assalamualaikum... kak Diiiii..

Ehheh. Perlukah aku sambung buat jemput-jemput ini..


Monday, July 23, 2012

No title

-For my own pleasure of streaming. Later on.-




*Her voice always reminds me of Ailee*

Thursday, July 12, 2012

Bila cikgu menjawab soalan online

Aplikasi online ni mmg menguji kesabaran ok?

Dari jam 8 pagi dok depan komputer ni tapi sampai sekarang tak sudah-sudah lagi..

Saboo je le

Wednesday, July 11, 2012

Copy and Paste

Post ni aku copy paste direct dari laman facebook kawan se U dulu, Phia.

Tips kalau jumpe kawan lama (yg dah lost contact):

1) Kalau tengok dia jalan sorang2.. jangan tanye mane suami/ isteri ko? ntah2 belum kawen lg..

2) dah kalau tau die mmg belum kawen - jangan tanye bila nak kawen? itu mmg soalan paling meluat tahap nak muntah ok!

3) kalau jumpe die berdua suami-isteri - jangan tanye mane anak2? maybe die belum ade rezeki nak dapat. kalau dah ade, alhamdulillah.

3) Boleh tanye ko keje mane skang? tp tak perlu lah nak tanye pangkat ape? gaji berape? ade allowance bersalin ke tak?

4) Soalan paling tak berpelajaran - ko skang pakai kete ape? perlu ke ko nak tau? ape ko nak tolong byr installment kete die ke? melainkan die mmg kaki riak, mmg nak sgt ko tau yg skang die pakai kete vios. duh!

Sekian, pesanan khidmat masyarakat :)
Tapi, dalam dunia ni tak semua orang ada common sense sebegitu kan, hehe.. 
Pasrah aje la.. 

Tuesday, May 29, 2012

Bookmarks

http://budgettravel2korea.blogspot.com/search/label/itinerary

IY2 http://www.mediafire.com/?k6sa6cdqcf7kg

CARI page 43


Friday, May 25, 2012

Insya Allah, sebelah langkah sudah kami jejaki

hehe..

Finally, we bought the tickets yesterday.

Ye, aku sangat excited sampai x leh tido (ni tak tau laa malam nak bertolak lagi laaa macam mana rasanya..)

Semoga dipermudahkan Allah urusan kami ini =)

Monday, May 21, 2012

Kegembiraan si gemuk

1 kegembiraan & motivasi pada insan gemuk yang berdiet ialah bila melihat perubahan pada angka-angka yang tertera pada mesin penimbang.

Kalau nombor tempat 'sa' yang bergerak (mengecil ya, bukan bertambah, huhu) pun dah rasa bahagia.. Apalagi kalau berjaya pecah nombor pada tempat 'puluh'. Rasa nak canang 1 dunia. (walau hakikaknya ada org lain kisah?? hew3)

Menambah itu sangat senang, mengurangkan itu amaaaaatlah payah.


Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru 2012

16 Mei 2012
Rabu

7.30 am
Sampai di sekolah.
Feeling macam artis sekejap lepas keluar kereta.. sebab budak2 darjah 5 dah tunggu aku.
Dengan hadiah. heeee
Terharu. 2-3 hari sudah baru je lepas rotan2 mereka yang tak siap kerja rumah aku. Tskk.. (Setiap kali masuk kelas induksi aku adalah merotan. ok?)
Rotan tetap rotan. Ada tujuan, bukan suka2.

9.30 am
Aerobik & acara sukaneka di padang.
Penat.
Badan gedempol macam ni yang dah lama gila tak bersukan, sekali henyak acara padang cenggini memang la pancit.
Tapi ok la.. Suka suka di hari guru kan.
Bukan selalu nak ada sukaneka.

11.30 am
Bergerak ke dewan sekolah untuk acara permainan rakyat (indoor games)
Yang pasti tak ada 1 acara pun yang aku menang. Serak lidi kalah. Timbang ceper pun kalah. memang x de bakat bersukan..
*masa timbang ceper ketara nampak tangan aku menggigil. Lapar + penat..

12.30 pm
Karaoke.
Tahun ni dah insaf. Tak nak masuk dah, huhu.
So jadi juri.
Tapi serius penat & letih dek acara2 awal tadi.

1.30 p.m
Acara penyampaian hadiah.

2.00 pm
Jamuan makan. Lambatnya makan hari ni..

8.00 pm
Sakit2 badan...

Hari Guru untuk tahun ke 4 aku di SKLE..
Penat itu sangat pasti, but it'll surely be remembered..

#Gambar kemudian la upload.. Aku dalam mode siput malam ni. Penat katanya huhu
#Baru pasan, pemberi hadiah aku adalah budak2 kelas aku sendiri, tahun5 (aku guru kelas)..
#Banyak barang2 berunsur kaca yang aku dapat tahun ni. Jenuh mengemas ni heuhuuu

Monday, May 14, 2012

Penenang atau penyerabut?

Sebagai manusia biasa kalau ada masalah mesti rasa lebih lega kalau dapat bercerita pada seseorang kan.
Dah namanya kehidupan, jadi takkan dapat lari dari kegusaran, dukacita, penyakit dan ye, masalah.

Apa yang aku nak highlight kat sini ialah, adakah dengan bercerita masalah/kegusaran kita itu kita akan rasa semakin lega(nice feeling),,,,
atau makin menyerabutkan (awful feeling).

Contohnya macam ni:
Katakan kita di ditimpa sesuatu penyakit & mengadu pada seseorang (dia bukan doktor)
Tapi respon yang diterima like, "kau ni macam-macam lah!"


???

Sampai hati kan?

At least kalau tak nak simpati pun diam saja pun cukup..


Contoh lain:
Menakut-nakutkan si pencerita/peluah .. dengan ayat-ayat macam;
Haaaa ni kalau kau tak berubat cepat ni memang sahhhh. ko makin teruk.  (sambil gelak-gelak & bersenda ria)
??? apakah???
Hati batu, mungkin.
Atau tak cukup bijak membaca situasi, waktu bila oleh bergurau.

As Im getting old, I learn many things..
Salah satunya ialah jangan mudah bercerita pada orang.. apa punnnnn.. iya,, apa punnnnnnnnn..
Unless orang tu memang betul-betul boleh dipercayai..
Siapa lagi nak jaga hati sendiri betullll-betullllllll,, kalau bukan diri kita sendiri kan?

& sometimes we need to be kejam.
Asyik-asyik nak kena buliiiii saja apa cerita, kan?
Pertahankan lah diri sendiri..

Sunday, May 06, 2012

Mood ke mari kau,,



Maghrib tadi baru sampai dari kampung halaman.

Dah hampir sejam duduk depan PC tapi nama nak buat kerja-kerja sekolah memang macam x de harapan...

Tiba-tiba rasa mahu menulis di blog.

Kisahnya bertajuk, "Aku dan Lambat"   ^_______________________^


Seperti biasa aku yang kurang disiplin ini selalu saja terlajak dan tersasar dalam bab-bab menepati masa,, yang melibatkan kejadian-kejadian nak tinggalkan rumah.

Alangkah dulu-duluuuu, waktu zaman naik bas ekspres pun aku memang muka/kaki lambat, ini kan pula bila memandu kereta sendiri....

Ye, aku dan lambat memang tak boleh dipisahkan.

Masa sekolah rendah, cara ke sekolah bersilih ganti.
Mengayuh basikal pernah.
Dihantar naik kereta pernah.
Membonceng motor pernah.

Yang aku ingat, setakat pakai tudung dalam kereta / atas motor tu memang biasa dah.. wahahahaha..
Pernah la beberapa kali aku buat.

Hebat tak, dengan duduk atas motor boleh pakai tudung / betul2 kan tudung.
Memang selebet kan..
Itu semua gara-gara lambat la..
Mak aku kat kuar dah pin pin pin motor.
Nasib tak kena tinggal.

Kemudian zaman sekolah menengah duduk di asrama.
Waktu pulang ke asrama tamat pukul 6 p.m.
Pukul 6.15p.m. macam tu dah kena beratur untuk dinner.
Minah lambat macam aku, kadang-kadang 5.45 p.m. macam tu masih kat rumah lagi.
Ayah kat kuar rumah dah lama start enjin kereta.
Kali ni, memang tak boleh tinggalkan aku la...
Tapi mak ayah aku dah warning kalau kena denda dorang tak nak campur... -_____-

Form 4, up sikit, duduk asrama yang lebih jauh.
Kena naik bas ekspres bertolak malam.
Sekali lagi lambattt bersiap untuk dihantar ke stesen bas,,
Mak ayah memang dah bising-bising.
Takut ditinggalkan bas..

Bila belajar di U, pun masih lambat.
Pernah juga tertinggal bas ekspress (kahhh..akhirnya!!)
Tak cakap dengan orang tua, diam-diam beli tiket lain, nasib baik ada..

Seterusnya sekarang bila dah kerja dan berkereta..
Mak ayah (ayah la, biasanya) masih berbunyi..
Lambat-lambat sangat bertolak dari rumah, nanti sampai rumah sewa dah malam.
Jalan dah la sunyi, kau tu sorang..


Yang sebenarnya, selain dari aku memang susah berdisiplin menepati masa,,
Aku syak aku ni sebenarnya berat hati nak tinggal kan rumah...

Jadi, adakah harus aku mengisi E G Tukar tahun ini?
.......




Saturday, April 28, 2012

Soalan yang selalu diulang,,,

Assalamualaikum..

Antara soalan yang selalu diulang bila berada dalam kelas

1)Murid: Cikgu, nak selang?
Aku: Ye. Selang begini dan begini.

2)Murid: Cikgu, buat sekarang?.......... just a few seconds after I told them that they have to DO IT NOW!
Aku: Eh tak la tengok je. /  Tak la buat esok je
atau
toleh belakang & tengok je si pemilik suara tu, kemudian pasti akan ada suara lain yang menyampuk,
"ye lah kau ni buat la sekarang, kan cikgu dah cakap tadi..."


Soalan 1 tu aku tak berapa kisah sangat.. Latihan ada berbagai bentuk..

Tapi soalan 2 tu memang tak boleh blah..




Saturday, March 10, 2012

The holiday begins!

Assalamualaikum

Kaki masih berbalut..

T______________T

Masih dalam proses pemulihan..

Seperti biasa cuti sekolah aku mesti berbekal dengan kertas jawapan pelajar untuk ditanda.
Cuma kali ni menanda dengan kaki berbungkus lah ye huhu.

Selamat bercuti bagi yang bercuti  & menjalani hari-hari bekerja untuk yang bekerja =)

p/s - nama je bercuti, tapi kami masih perlu bekerja,,

Thursday, March 08, 2012

oo-ka-ki-ku

Salam..

Malang itu tidak berbau kan..

Petang Isnin 5/03/2012, dalam kegopohan aku nak ke PPD untuk Taklimat Pengumpulan Data Pendaftaran UPSR, terjatuh lalu terseliuh..

Depan pintu rumah aku je pun..   T__________________T

Masa tu hujan, lantai pun licin.
Bukan nak salahkan lantai, salah diri sendiri ni sebab cuai dan tak berhati-hati..

Lepas jatuh tu, terhincut-hincut, terus memandu.
On the way tu, memang dah terasa hazab nya.. Sempat jeling kaki, ada 1 benjol besar telur ayam.
Tapi apakan daya masih terus memandu tak boleh stop, perjalanan quite jauh & kawasan yang dilalui adalah hutan.
Nak mintak orang ganti pun, it was too sudden.
Terfikir kalau aku ada di tempat orang lain, akan hangin juga kalau tiba-tiba terpaksa ganti ke PPD (last minute pulak tu)..

Akibatnya, lepas dekat 4 jam menahan sakit, siap naik turun tangga 3 tingkat @ PPD maka lepas tu kaki kiri aku terus bengkak.

Ini bukan terseliuh yang biasa-biasa rupanya.
Hampir seluruh bahagian kaki kiri (bawah, bukan betis) aku bengkak.
Termasuk jari jemari kaki & tapak kaki pun rasa tegang.

Nak berjalan memang payah. Apa lagi nak keluar bekerja.

Hari kedua (Selasa), dah panggil orang datang mengurut. Sakitnya tak boleh nak cerita, huhu.
Petang pula kawan dan suaminya tolong bawa ke klinik & farmasi.
Doktor kata tendon dan urat kaki aku yang cedera lepas terseliuh tu.

Dan hari ni, Khamis 8/3 (hari ke-3 cuti) aku akan ke klinik lagi untuk mintak sambung MC lagi 2 hari.
Tidak boleh ke sekolah lagi.
Jalan pun begini, macam mana nak naik tangga..

Dalam pada pelajar tengah amik periksa minggu ni.. Semuanya aku main kirim-kiriman dengan jiran a.k.a rakan 1 sekolah.

Apapun..
Doa cikgu mengiringi kamu semua dari sini sahaja..

p/s - sehari dok umah best jugak. masuk hari ke-2 & 3 mula terasa boring nya...
p/s/s - sayangi & hargai kaki kita... Antara anugerah Allah yang tak ternilai dengan emas permata. BERHATI-HATI SENTIASA, =)

Monday, February 20, 2012

Sentap

Bila ayah saya yang jarang-jarang sekali request sesuatu pada saya, hati saya kata saya mesti tunaikan permintaan ni.
Korang pula, macam mana?

Cuti Thaipusam dan Maulud Nabi hari tu, ayah saya jatuh dari tangga waktu mengecat.
Sebab takut tangga tu tumbang dan hempap dia /  jatuh dalam longkang, maka ayah saya terjun dari tangga.
Dengan ketinggian yang boleh tahan la tingginya.

Akibatnya, tulang pada tumit kaki kiri sedikit retak. Itu yang dalaman.
Yang luaran nampak lebih teruk. Kaki kiri lebam-lebam. Kaki kanan luka.
Kami bawa ayah berurut dan ambil gambar x-ray.

Lepas 2 minggu, ayah saya sms minta tolong saya hantarkan ke Sri Medan, untuk diurut oleh seorang pak imam ni.
Hari Jumaat, saya dah janji dengan bengkel kereta nak servis alignment tayar.
Hari Sabtu, ada aktiviti koko.
Memikirkan sepanjang 4 tahun ni saya TAK PERNAH skip koko, (walaupun kadang-kadang datang tapi datang saja dan tak handle budak sebab kawan-kawan yang handle) maka saya buat keputusan untuk ponteng koko hari tu. Lepas subuh hari Sabtu saya gerak meninggalkan Endau. Perjalanan ke BP ada la dalam 2 setengah -3 jam.

Gedebak gedebuk gedebak gedebuk selesai 2 hari di kampung.

Hari Isnin sekolah macam biasa.
Pagi ada perhimpunan.
Lepas perhimpunan ada short meeting.

Tiba-tiba, ada sorang insan ni yang suarakan terusss pada GB depan-depan semua cikgu,, nak kata yang masa hari Sabtu aktiviti koko tu tak meriah sebab ramai cikgu yang tak de. Dalam 5 orang guru pergi belajar (program pensiswazahan guru). Point hamba Allah ni tadi, nak kasi tahu ada yang ponteng koko.
Lain kali, diharap semua orang dapat datang dan memeriahkan hari Sabtu koko.

Ye, saya la tu yang ponteng.

Tapi, nak ponteng tu pun saya dah berkira-kira.
Kalau saya tak datang, ada tak cikgu-cikgu lain yang tinggal, yang boleh jaga budak.

Memang hari tu sah-sah 5 orang cikgu baru mesti ada. Campur cikgu lama ada dalam 9 orang untuk handle budak dalam 50 orang. Kira ok la tu.

Yang saya sangat-sangat terkilan, tanpa menyelidik dan menyiasat kenapa saya ponteng koko, terus zasss suarakan pada GB.

Lagi sentap, bila ada yang bagitahu, hari Sabtu tu lepas dengar saya balik kampung hamba Allah ni siap boleh keluarkan statement "Kalau ayah sakit pun, macam tak boleh balik kampung hari lain!"

Benci mana pun saya pada seseorang kan, kalau sebut pasal ahli keluarga sakit ke, hati saya terus jadi mellow. Sebab saya memikir macam mana la kalau saya ada kat tempat dia.

Tapi, memang kurang bijak la saya  ni  kan, sebab fikir orang lain pun akan fikir macam tu. TIDAK rupanya. Ada juga manusia yang berhati macam ni.

Saya kan, bukan la dalam kategori anak yang memang rajinnn sangat balik kampung. Maksud saya, saya balik kampung, tapi bukan lah sekerap mana. Lagi-lagi kalau ada banyak kerja. Takpun, memang saya saja-saja nak duduk berehat di rumah sewa sendiri ni. Saya jenis yang begitu.

Tapi, sesekali saya balik, BERSEBAB, dan diperlakukan macam ni saya memang sangat sentap ok.

Hamba Allah itu sendiri pun, pernah je tak pergi koko dengan MAAACAM-MAAACAM alasan.
Hantar bini
Hantar anak
Interview ntah apa-apa lah (pernah dulu pergi interview PTD, walaupun dah jadi cikgu)

Elok je kami kat sekolah ni cover.
Bising memang bising. Tapi aktiviti tetap berjalan seperti biasa.
Uruskan aje laa budak-budak tu.
Lepas tu takde pulak sampai nak mengadu bagai dengan GB.
------------------------------------------------------------------------------
Kisah di atas adalah kisah benar.
Cikgu itu seorang cikgu lelaki.

Thursday, February 16, 2012

Si Cilik Yang Tak Reti Diam

Dah lama aku tak kena ajar budak-budak tahun 1. First and last time, tahun 2010.
Masa tu, aku sendiri yang request nak ajar year 1, dengan niat nak 'ikut' budak.
Maksudnya, aku nak terusss ajar diorang selama yang boleh.
Sebab, bila kita dah kenal betul-betul pelajar kita, senang sikit kot nak handle dan tackle masalah pembelajaran diorang.

Dan...
Aku ada niat, sampai 1 masa nanti aku mungkin dah tak payah la ajar budak tahun 6, biar cikgu lain pulak yang ganti (dengan ikut sistem 'ikut budak' ni la..)
Tapi harapan la kan... T______T        -malas nak cerita kenapa

Baru-baru ni, aku kena relieve kelas tahun 1.
Sebagai seorang yang dah lama tak ajar budak-budak kecik ni maka masa tu aku agak nervous kot.
Maksud aku, tak sure nak ajar apa. Kalau budak tahap 2 memang dah sah-sah aku kasi je latihan ala-ala dan ke arah UPSR, buat ayat. Ajar grammar ke. Spelling ke.

Tapi budak-budak kecik ni lain sikit.
Nak kontrol diorang 1 hal lagi..

Maka, dalam keadaan pasti tak pasti tu, masuk jugak la aku dalam kelas tahun 1.
Mula-mula OK lagi, sebab cikgu BM dia ada lagi dalam kelas & budak-budak kena siapkan keje BM.
Patut masa aku relieve tu diorang kena siapkan jugak latihan tu.
Keluar je cikgu ni, OK...

Mula la sorang, dua melilau...
Aku suruh duduk, duduk la kejap.. Lepas doploh saat kang eh bangun lagi.

Dah la aku memang tak kenal nama diorang. Dok terpanggil-panggil dengan panggilan "adik xxxx", "adik yyy" je (sebab aku ajar kakak-kakak dan abang-abang dorang)

Belum lagi dengan karenah dorang yang tiba-tiba je datang depan dan bercerita. Cerita yang tak ada permulaan dan hujung pangkal pulak tu.
Budak-"Cikgu, ayah kita kan, dia kan, dah balik dari kerja dah ni.."
Aku-....  ye lah.

Paling tak boleh blah,

Aku-Siapa yang bawa jadual kelas terkini, saya nak tau lepas ni masa subjek apa. Jadual kat depan ni jadual yang lama.
Budak A-Masa.....................Masa........................ Masa.......................... Masa........................ Masa.................... (Aku dah jenuh dah ni)....... Masa........ Cikgu mak kita dah kemas kan beg kita tapi dia tak bagitau kita lepas ni masa apa..........

Aku-..............

Pencinta Seni - Corak Jidar

Hari Rabu... Hari memakai pakaian beruniform.. Hari ada subjek PSV..

Minggu ni tajuknya Corak Jidar, menggunakan teknik tekapan/capan..
Mari melihat gambar;


Ini hasil kerja cikgunya...
Haruslah buat dulu untuk jadi contoh..
 dari corak

kepada,,


frame (jidar)


Dan giliran mereka pula berkreatif  ;)






depan PSV corner.. pemilik-pemilik lukisan bertuah ^^

Monday, February 13, 2012

Sayur campur masak lemak & tempe-tahu-goreng

Masih lagi dalam mode makan makanan berwaspada.. Sampai alahan ni betul-betul baik.

Ini lauk semalam (hari Ahad). Bakal juga jadi lauk hari ni.
Memang standard aku la kot sekali masak 1 lauk boleh makan 2 hari..
Kadang-kadang sampai 3 hari...
Lebih sadis kalau jejak 4-5 hari... Biasa aku buang dah kot lepas tu. Wat ngabeskan gas je panaskan lauk tapi tak makan..

Lauk 1-Sayur campur masak lemak cili padi
[Mula-mula plan nak buat sayur cendawan masak lemak cili padi. Sekali masa kelebet-kelebet isi dalam peti ais. Eh, ada ini. Eh yang itu pulak bila nak masak. Tssskk, yang ni mana tahan lama selalu kan lepas 2-3 hari je dah rosak.. So pilih-pilih-pilih, end up lauk ni jadi sayur campur masak lemak cili padi.]

Bahan-bahan
1 paket cendawan
Sedikit kobis & kobis bunga
1 keping tahu
Sedikit tauge
2-3 biji cili padi, seulas bawang putih & merah, sedikit kunyit hidup &  sedikit ikan bilis (ditumbuk bersama) 
1 paket santan segera. Kalau guna santan sebenar lagi baik. Tak pun, santan kotak pun boleh saja (santan paket kena bancuh sikit dengan air)


Cara-cara memasak:
Masukkan santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk. 
Tenggekkan atas api.
Kacau sentiasa sampai mendidih. 
Perasakan dengan garam. 
Bila dah mendidih masukkan sayur yang keras-keras dulu, macam karot & kobis bunga.
Lepas 2-3 minit masukkan pula sayur-sayur lain.
Tutup api bila nampak sayur layu sikit. Sikit je. Sayur layu-layu karang khasiat kurang.


Lauk 2-Tahu dan Tempe goreng KFC
[Dapat nama KFC sebab pakai tepung goreng ayam KFC tu je, hehehe. Padahal takde cap KFC pun tapi dah biasa sebut nama tepung tu cenggitu]

Bahan-bahan:
Tempe (potong saiz segi empat sama comel-comel muat masuk mulut)
Tahu (aku potong 2 je)
Tepung goreng ayam KFC,, agak-agak la dengan banyak mana tahu & tempe (dibancuh dengan sedikit air, biar pekat-pekat)
Sedikit ketumbar, jinta halus dan kasar (ditumbuk, lumat atau tidak tak pe, janji tumbuk)


Cara-cara memasak:
Ambil tempe & tahu yang dah siap dipotong itu, celup dalam bancuhan tepung tadi.
Deep fry sampai masak kekuningan.


Lastly, 













Sebiji tomato yang dihiris.... Muka lepas kena alergi ni memang agak sedehh. Dah la memang tak berapa nak licin kan maka kena lah makan suplemen semulajadi macam tomato..